PIAGAM AUDIT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Similar documents
ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

PROSEDUR AUDIT DALAM PK.UiTM.(P).03

Mengukuhkan metodologi dan amalan profesional audit dalam di Universiti Awam Malaysia selaras dengan International Professional Practice Framework

GARIS PANDUAN PERMOHONAN IMBUHAN PENERBITAN JURNAL / PROSIDING / SITASI BERINDEKS SCOPUS

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

5. All fields are compulsory and MUST be filled up. For fields that do not apply to you, please put as N/A (not applicable).

PROBLEMS ASSOCIATED WITH EVALUATION OF EXTENSION OF TIME (EOT) CLAIM IN GOVERNMENT PROJECTS


PENGELUARAN PERAKUAN KEKOMPETENAN DAN PERAKUAN KECEKAPAN BARU MENGIKUT STCW 1978, SEPERTI PINDAAN

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) e-purchase ORDER FOR SERVICES

PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN PROSEDUR UNIT KOMPUTER. Proses Backup ( Windows) BPKP/KlOK-118 Bilangan Semakan : Q Tarikh :

IMBASAN KEMBALI BENGKEL SELF RELIANCE 1

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

BAGI PEREKA GRED B41/42

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

JAWATANKUASA IT DAN ELEKTRONIK (JITE) Universiti Teknologi MARA Shah Alam

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT

Bidang tugas JLICT yang telah ditetapkan ialah: Senarai keahlian JLICT yang telah ditetapkan sebagaimana pekeliling tersebut adalah seperti berikut:

PRA BENGKEL WEBOMETRICS

KAEDAH PENYUSUNAN PORTFOLIO

SIARAN UNDANG-UNDANG UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA. 24hb Disember 2013 AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971


PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

REGISTRATION FORM SYSTEMATIC REVIEW AND META-ANALYSIS WORKSHOP 26 TH to 28 TH October 2015 (3 DAYS) Selangor, Malaysia. REGISTRANT DETAILS

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT. PROGRAM KELAYAKAN MASUK SENARAI KURSUS Sarjana Sistem Maklumat

DASAR KESELAMATAN ICT UPSI

DASAR ICT. Dan Telekomunikasi UTeM Dasar Sistem Aplikasi Universiti Dasar Akauntabiliti Dan Kerahsiaan Maklumat Dasar Keselamatan ICT

Memaklumkan pelaksanaan Pelan Strategik Latihan ICT Sektor Awam (PSLISA) dalam membangunkan kompetensi digital penjawat awam.

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

TRUSTED CLOUD COMPUTING FRAMEWORK IN CRITICAL INDUSTRIAL APPLICATION MERVAT ADIB BAMIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

GARIS PANDUAN BAGI BAYARAN PERKHIDMATAN STAF TEKNIKAL DI LUAR SKOP TUGAS HAKIKI OLEH UNIT TEKNIKAL & PERKHIDMATAN

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

PENGURUSAN DAN PEMELIHARAAN REKOD DALAM PERSEKITARAN ELEKTRONIK

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

STATEMENT OF APPLICABILITY (SoA)

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST333 Distributed & Grid Computing [Perkomputeran Teragih & Grid]


HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

SECURITY MANAGEMENT (MCSH4473)

PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 NOTICE (Collection, Recording, Storage and Retention of Personal Data)

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

FUZZY NEURAL NETWORKS WITH GENETIC ALGORITHM-BASED LEARNING METHOD M. REZA MASHINCHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DASAR ICT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA. Pejabat Infrastruktur dan Infostruktur Aras 5 & 6, Menara SAAS Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Selangor

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

ISI KANDUNGAN. Tarikh akhir kemaskini: 9 November 2016 Hakcipta Pusat Komputer, UTeM ms 2

DASAR KESELAMATAN ICT

ENHANCING WEB SERVICE SELECTION USING ENHANCED FILTERING MODEL AJAO, TAJUDEEN ADEYEMI

STUDY OF FLOATING BODIES IN WAVE BY USING SMOOTHED PARTICLE HYDRODYNAMICS (SPH) HA CHEUN YUEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CENTRE FOR INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY (CICT) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)

MALAYSIAN STANDARD. Licensed to KOLEJ UNITI / Downloaded on : 24-Jan :48:01 PM / Single user license only, copying and networking prohibited

Set out below is a statement on how the Group has applied the principles of the Malaysian Code on Corporate Governance.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TAKLIMAT MODEL BAHARU SISTEM PEMANTAUAN LAMAN WEB DAN PERKHIDMATAN DALAM TALIAN KERAJAAN BAHAGIAN KERAJAAN DIGITAL, BKD 11 APRIL 2018

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/OPR/BEN-BYR/P004 PROSEDUR PEMBAYARAN PINJAMAN / PEMBIAYAAN KENDERAAN DAN KOMPUTER

DYNAMIC TIMESLOT ALLOCATION TECHNIQUE FOR WIRELESS SENSOR NETWORK OON ERIXNO

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FASA KESEDIAAN DIGITAL FORENSIK BAGI KERAJAAN NEGERI JOHOR RUZANA BINTI JAFFAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST331 Principles of Parallel & Distributed Programming [Prinsip Pengaturcaraan Selari & Teragih]

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

STATUS INTERNAL AUDIT ISO 9001 DAN ISO/IEC DI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

STANDARD PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2015

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ADAPTIVE METHOD TO IMPROVE WEB RECOMMENDATION SYSTEM FOR ANONYMOUS USERS

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

TAKLIMAT KESEDARAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 JUN PAGI DEWAN TAKLIMAT SERDANG

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Website Notice Relating to Personal Data Protection Act 2010

DASAR KESELAMATAN ICT BAHAGIAN HAL EHWAL UNDANG-UNDANG (DKICT BHEUU) VERSI 2.0

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

TAKLIMAT SELF-REVIEW PORTFOLIO UNTUK AUDIT PENGEKALAN SWAAKREDITASI..

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST331 Principles of Parallel & Distributed Programming [Prinsip Pengaturcaraan Selari & Teragih]

DASAR KESELAMATAN ICT V1.0 UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

CIRCULAR 2017/02. Dear Valued Members, Warmest greetings from Sara Worldwide Vacations Berhad!

Personal Data Protection Policy. English

Laporan Aktiviti PI1M Kg Jepak

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) SINGLE ENVELOPE TENDER

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

Transcription:

1. PENDAHULUAN Unit Audit Dalam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UAD) ditubuhkan sebagai badan bebas yang memberi perlindungan terhadap kepentingan UTHM melalui aktiviti pengauditan dan rundingan bagi penambahbaikan dan mempertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan kawalan dalaman dan tadbir urus UTHM dan Pusat Tanggungjawab di bawahnya. 2. PERANAN UAD adalah kawalan pengurusan yang memberikan perkhidmatan sokongan kepada pihak Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Jawatankuasa Audit (JKA) dan Pengurusan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Pengurusan UTHM). UAD membantu LPU, JKA dan Pengurusan UTHM meningkatkan keberkesanan dengan lebih sempurna melalui kaedah berikut: Mengenal pasti dan menilai risiko-risiko yang menghalang pencapaian objektif UTHM; Membantu meningkatkan keberkesanan sistem kawalan dalaman dengan memastikan wujudnya struktur pengurusan, serta penyeliaan secara berterusan bagi mengelak sebarang penyelewengan, pecah amanah dan kerugian kepada UTHM; Membantu meningkatkan kecekapan pengurusan tadbir urus dengan memastikan wujudnya amalan tadbir urus yang baik, sistem dan Unit Audit Dalam UTHM 1 / 15

prosedur serta penyediaan aliran dan proses kerja yang efisien bagi mengurangkan halangan terhadap pencapaian objektif UTHM; Menilai penjimatan, kecekapan dan keberkesanan dalam penggunaan sumber-sumber UTHM bagi mengelak sebarang pembaziran, pemborosan, penyalahgunaan kuasa dan mencapai objektif yang ditetapkan; Melaporkan keberkesanan sistem kawalan dalaman dari segi pentadbiran dan pengurusan, perakaunan, pengkomputeran, teknologi maklumat atau perkara-perkara yang berkaitan dengan UTHM dan seumpamanya; dan Memberikan laporan dengan syor-syor yang bertujuan untuk membaiki dan meningkatkan keberkesanan kawalan dalaman, pengurusan risiko dan hal-hal berkaitan amalan tadbir urus melalui aktiviti audit yang dijalankan. 3. PROFESIONALISME UAD melaksanakan pentadbiran dan fungsi-fungsinya mengikut polisi yang dibentuk oleh kerajaan, LPU, JKA, Pengurusan UTHM dan akta-akta lain yang berkaitan. UAD juga mengutamakan pematuhan kepada Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998 berkenaan Garis Panduan Mengenai Peranan dan Tanggungjawab Kementerian, Lembaga Pengarah dan Ketua Eksekutif Dalam Pengurusan Badan Berkanun Persekutuan. Unit Audit Dalam UTHM 2 / 15

Pelaksanaan aktiviti audit dalam dan profesionalisme adalah berasaskan kepada: Arahan-arahan dari pihak berkuasa UTHM; Manual Audit Dalam UTHM yang diluluskan oleh LPU dan JKA; International Professional Practice Framework - The Institute of Internal Auditors Malaysia (IIAM) yang merangkumi definisi audit dalam, kod etika dan piawaian International Standards for the Professional Practice of Internal Auditing yang membentuk prinsip asas bagi amalan profesional audit dalam; dan Kod Etika UAD UTHM 4. KUASA Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya, Juruaudit Dalam diberi kuasa penuh melalui polisi dan arahan kerajaan, LPU, JKA, Pengurusan UTHM dan akta-akta berkaitan untuk membolehkannya: Menemui mana-mana pegawai / kakitangan UTHM di semua peringkat untuk mendapatkan keterangan atau maklumat yang diperlukan; Memeriksa dan mendapatkan apa juga salinan dari buku, dokumen, rekod, minit mesyuarat dan lain-lain bentuk sumber maklumat manamana Pusat Tanggungjawab termasuk salinan digital tanpa kos; Memeriksa semua rekod UTHM, buku, minit mesyuarat, dokumen, wang tunai, barang-barang dan lain-lain harta atau aset UTHM yang tertakluk kepada audit; Unit Audit Dalam UTHM 3 / 15

Menyemak dan menilai dasar, rancangan, peraturan dan rekod Universiti; Mendapatkan nasihat dan panduan daripada mana-mana pegawai / kakitangan Universiti atau daripada mana-mana pegawai / kakitangan di dalam perkhidmatan kerajaan atau badan profesional mengenai bidang dan skop audit yang diaudit; dan Bebas dan tidak terhalang untuk memeriksa, menyemak dan mendapatkan sebarang maklumat daripada pihak berkuasa UTHM. LPU, pihak Pengurusan UTHM dan kakitangan UTHM berkewajipan dan dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya kepada JKA dan Juruaudit Dalam untuk membolehkannya melaksanakan kewajipan-kewajipannya dengan wajar dan saksama. Juruaudit Dalam bertanggungjawab untuk memastikan semua maklumat yang diperolehi dikendalikan dengan penuh hati-hati, kerahsiaan, kejujuran dan ketelusan seperti yang digariskan dalam kod etika profesional Juruaudit Dalam. Juruaudit Dalam dan semua pihak yang menjalankan tugas audit adalah tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972. Bagaimanapun, UAD adalah bertanggungjawab memastikan segala maklumat disimpan dengan baik dan elemen rahsia terpelihara dan mematuhi akta-akta serta prosedur berkenaan penyimpanan maklumat yang diguna pakai di UTHM. 5. ORGANISASI Unit Audit Dalam UTHM 4 / 15

Ketua UAD bertanggungjawab melaporkan hal-hal pentadbiran (contohnya urusan sumber manusia, kewangan dan lain-lain perkara) kepada Naib Canselor dari semasa ke semasa. Manakala bagi pelaporan fungsi pengauditan, Ketua UAD bertanggungjawab melaporkannya secara terus kepada JKA melalui Mesyuarat JKA yang dikendalikan sekurangkurangnya empat (4) kali setahun. JKA akan membincangkan perkara-perkara yang dibentangkan dan memperakukan tindakan yang perlu sebelum melaporkan kepada LPU. Selain itu, Ketua UAD juga boleh menghubungi dan merujuk kepada ahliahli JKA dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Pelantikan staf UAD adalah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh UTHM. Segala hal-hal berkaitan penggajian staf, kemudahan, imbuhan dan sebagainya adalah mengikut garis panduan yang diguna pakai oleh UTHM. Penilaian prestasi tahunan Ketua UAD dan staf UAD adalah berdasarkan format penilaian prestasi yang dipersetujui oleh JKA dan Naib Canselor UTHM. 6. BADAN BEBAS DAN BEROBJEKTIF Aktiviti UAD akan kekal bebas daripada campur tangan Pengurusan UTHM termasuklah hal-hal yang melibatkan pemilihan tajuk auditan, kandungan auditan, skop auditan, prosedur auditan, kekerapan pengauditan, masa auditan atau sebarang kandungan laporan yang membenarkan UAD bertindak secara bebas dan berobjektif. UAD tidak terlibat secara langsung mahu pun berkuasa ke atas operasi atau mana-mana aktiviti bagi perkara yang telah diaudit. Oleh yang Unit Audit Dalam UTHM 5 / 15

demikian, UAD tidak akan terlibat dalam melaksanakan kawalan dalaman, penggubalan prosedur, pembangunan sistem, penyediaan rekod atau sebarang penglibatan lain yang boleh menjejaskan pertimbangan Juruaudit Dalam di masa akan datang. Bagaimanapun, UAD adalah tidak dihalang untuk dijemput sebagai penasihat kepada aktiviti-aktiviti tersebut sebagaimana yang digariskan di dalam Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998. Walau bagaimanapun, nasihat yang diberi itu tidak boleh bercanggah dengan peraturan Universiti dan mengkompromi kepentingan dan kebebasannya sebagai Juruaudit Dalam. Keterlibatan UAD dalam proses khidmat nasihat yang diberi adalah dalam lingkungan skop penasihatan bagi tujuan mengelak kesilapan dan kesalahan serta kepada pematuhan peraturan yang betul tanpa penglibatan sepenuhnya dan secara langsung di dalam membuat keputusan bagi pihak pengurusan. Juruaudit Dalam perlu menunjukkan tahap profesional yang paling tinggi dan berobjektif dalam mengumpul, menilai dan menyampaikan maklumat berkaitan pengauditan yang sedang dijalankan. Juruaudit Dalam perlu membuat penilaian yang seimbang bagi semua keadaan yang berkaitan dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan sendiri atau orang lain dalam membuat pertimbangan. Piagam Unit Audit Dalam UTHM perlu dibentangkan dan disemak semula kepada JKA dari semasa ke semasa bagi menerangkan fungsi bebas dan kuasa UAD dalam menjalankan tanggungjawabnya. Piagam ini seterusnya diperakukan dan diluluskan oleh JKA dan LPU. Unit Audit Dalam UTHM 6 / 15

7. TANGGUNGJAWAB UAD diberi tanggungjawab untuk mengkaji, menganalisa, menyiasat, menilai dan memberi pendapat, pandangan serta cadangan ke atas manamana aspek, aktiviti, fungsi atau operasi UTHM. Untuk tujuan tersebut, UAD akan melaksanakan tugas-tugas pengauditan berdasarkan perkara berikut:- Unit Audit Dalam UTHM 7 / 15

Mengkaji semula pelaksanaan polisi dan aktiviti UTHM dan pusat tanggungjawab di bawahnya dalam tempoh tertentu untuk mengetahui sama ada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan adalah berdasarkan dasar, arahan dan peraturan pengurusan dan dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik; Menilai kebergantungan dan integriti maklumat dan kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti, mengukur, mengelaskan dan melaporkan maklumat tersebut; Menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawasan operasi; Mengkaji ketepatan dan kesahihan maklumat kewangan dan mengenal pasti cara untuk mengukur, menjenis dan melaporkan maklumat tersebut; Mengkaji sistem sedia ada untuk memastikan ianya selaras dengan dasar dan peraturan terutamanya bidang yang mempunyai kesan terhadap operasi serta menentukan sama ada UTHM mematuhinya. Jika perlu, mencadangkan dasar yang sesuai; Mengkaji cara yang sesuai untuk melindungi aset dan mengesahkan kewujudan aset tersebut; Menilai faedah dan keberkesanan penggunaan sumber yang ada, mengenal pasti peluang untuk meningkatkan penggunaan sumber Unit Audit Dalam UTHM 8 / 15

yang efisien serta mencadangkan cara untuk mengatasi masalah yang berkaitan; Mengkaji perjalanan organisasi dan pelaksanaan program untuk memastikan sama ada hasilnya selaras dengan objektif yang telah ditentukan, dan telah dilaksana sepertimana yang dirancangkan; Menyelaras tugas UAD dengan Audit Luar; Menjadi penasihat dan pemerhati dalam pembangunan sistem pengurusan berasaskan komputer terutama dari aspek: i. Ciri-ciri kawalan dalaman; ii. Ciri-ciri ketepatan; dan iii. Keupayaan merekod dokumentasi supaya sistem yang dimajukan ini dapat membantu UTHM mencapai matlamatnya. Membantu Universiti meningkatkan kecemerlangan pengurusan kewangan serta pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan kewangan ke arah memperolehi prestasi cemerlang dalam Penarafan Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan oleh Jabatan Audit Negara. Mengemukakan jadual kerja auditan tahunan kepada Naib Canselor dan JKA untuk pertimbangan dan kelulusan; Melaporkan kepada pihak pengurusan sesiapa yang sepatutnya mengambil tindakan atas sesuatu teguran audit; Melaporkan kakitangan yang didapati melakukan penyelewengan; Unit Audit Dalam UTHM 9 / 15

Memastikan setiap perancangan dan tindakan yang dibuat oleh UTHM telah mengambil kira pandangan audit sebelumnya berdasarkan laporan-laporan audit yang diedarkan; Menilai semua rancangan dan tindakan yang telah diambil selaras dengan teguran audit mengenainya; dan Mengemukakan laporan setiap suku tahun kepada JKA yang meliputi perkara berikut: i. Tindakan susulan yang telah diambil di atas penemuan audit dalam yang penting; ii. Peningkatan keberkesanan dan kelicinan operasi, hasil daripada tindakan audit; iii. Penyelarasan Audit Dalam dan Audit Luar untuk mengelakkan pertindihan; iv. Perancangan kerja audit; dan v. Halangan yang dihadapi dalam melaksanakan kerja-kerja audit; 8. STANDARD AMALAN AUDIT DALAM UTHM Juruaudit Dalam mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi standard tingkah laku yang mulia, bersih dan amanah serta profesional dalam perhubungannya dengan auditi. Bagi mengekalkan keyakinan auditi, tingkah laku ini hendaklah sentiasa terkawal dan utuh. Antara amalan yang perlu diikuti sepanjang masa adalah:- Unit Audit Dalam UTHM 10 / 15

Juruaudit Dalam mestilah bertindak secara bebas, adil dan saksama. Justeru itu, Juruaudit Dalam tidak boleh dipengaruhi oleh manamana pihak atau individu atau terpengaruh oleh kepentingan peribadi. Unit Audit Dalam UTHM 11 / 15

Keutuhan memerlukan Juruaudit Dalam menghayati prinsip keadilan dan kebenaran. Ia juga menuntut Juruaudit Dalam berpegang kepada prinsip objektiviti, mematuhi standard tingkah laku profesional, membuat keputusan berasaskan prinsip profesional dalam menjalankan tugas. Menggunakan hemat yang munasabah bagi mendapatkan cukup fakta termasuklah mempertimbangkan maklumat dan pandangan yang dikemukakan oleh auditi atau pihak-pihak lain sebagai bukti sahih bagi menyokong pendapat dan kesimpulan audit. Berhati-hati dalam menggunakan maklumat yang telah diperolehi semasa melaksanakan tugas dan tidak menggunakan maklumat Rahsia untuk sebarang faedah persendirian atau dengan cara apa sekalipun yang diketahui akan menjejaskan kepentingan dan nama baik Universiti. Kesimpulan Juruaudit Dalam setelah mengambil kira maklumat, pandangan yang dikemukakan oleh auditi, mestilah dibuat secara adil dan saksama. Laporan yang dibuat hendaklah mendedahkan fakta-fakta penting yang diketahui jika tidak didedahkan akan menyelewengkan laporan ke atas perkara sebenar atau akan menutupi amalan yang bersalahan dengan undang-undang. Juruaudit Dalam bertanggungjawab untuk berkelakuan secara profesional pada setiap masa dan perlu mengamalkan due professional care dalam menjalankan tugas dan melaporkan penemuan audit. Bagi melaksanakan tanggungjawab profesionnya, Juruaudit Dalam hendaklah berusaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan Unit Audit Dalam UTHM 12 / 15

secara berterusan selaras dengan keperluan dan perkembangan semasa. 9. RANCANGAN AUDIT TAHUNAN Ketua UAD akan mengemukakan rancangan audit tahunan kepada JKA untuk semakan dan kelulusan. Rancangan audit tahunan merangkumi tajuk pengauditan, jadual kerja audit serta keperluan bajet dan sumber (mandays) bagi tahun berikutnya. Ketua UAD akan memaklumkan sebarang batasan sumber, perubahan pengauditan dan kesan-kesannya kepada JKA. Rancangan audit tahunan disediakan dengan menggunakan pendekatan Risk Based Internal Auditing (RBIA) berdasarkan analisa risiko di semua Pusat Tanggungjawab (PTj) dan aktiviti yang boleh diaudit (auditable entities) dengan mengenal pasti risk rating berdasarkan impact dan likelihood terhadap semua aktiviti utama / auditable area yang wujud di Universiti. Senarai PTj dan aktiviti yang dipilih adalah mengikut indeks risiko yang tinggi serta mengambil kira cadangan atau permintaan daripada JKA dan Pengurusan UTHM. Sebarang perubahan ke atas rancangan audit tahunan yang telah diluluskan akan dimaklumkan kepada JKA melalui laporan aktiviti secara berkala. 10. PELAPORAN DAN PEMANTAUAN Satu laporan bertulis akan disediakan dan dikeluarkan oleh Ketua UAD atau wakil yang dilantik oleh JKA setelah berakhirnya proses pengauditan dan Unit Audit Dalam UTHM 13 / 15

diagihkan mengikut kesesuaian. Keputusan atau cadangan yang dikeluarkan oleh UAD akan dimaklumkan kepada JKA. Laporan audit akhir dikeluarkan terdiri daripada maklum balas daripada pihak yang diaudit dan tindakan yang telah dan akan diambil bagi penemuan-penemuan audit dan cadangan-cadangan khusus yang dinyatakan oleh UAD. UAD bertanggungjawab menjalankan susulan ke atas penemuan dan cadangan yang dinyatakan sepertimana yang dipersetujui. Penemuanpenemuan penting akan kekal sebagai isu terbuka sehingga ianya diselesaikan. 11. PENAMBAHBAIKAN UAD MELALUI PELAKSANAAN QUALITY ASSURANCE REVIEW (QAR) UAD juga akan mengadakan semakan secara dalaman terhadap kerjakerja yang telah dilaksanakan dan juga keseluruhan pentadbiran UAD. Ianya selari dengan pelaksanaan QAR di Unit Audit Dalam. Tujuan semakan dan penilaian ini adalah untuk memastikan UAD beroperasi dan berfungsi mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. 12. PENILAIAN BERKALA Ketua UAD akan melapor secara berkala kepada LPU, JKA dan pihak Pengurusan Universiti mengenai tujuan, kuasa dan tanggungjawab pengauditan serta prestasi ke atas rancangan audit tahunan tersebut. Laporan tersebut mengandungi isu pendedahan risiko, isu kawalan Unit Audit Dalam UTHM 14 / 15

dalaman, isu tadbir urus dan lain-lain perkara yang diperlukan atau dicadangkan oleh LPU, JKA dan pihak Pengurusan Universiti. Diluluskan oleh: Prof. Dr. Arham bin Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Audit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Tarikh: Prof. Ts. Dr. Wahid bin Razzaly Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Tarikh: Unit Audit Dalam UTHM 15 / 15