KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA

Similar documents
DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

GARIS PANDUAN PERMOHONAN IMBUHAN PENERBITAN JURNAL / PROSIDING / SITASI BERINDEKS SCOPUS

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN. PEJABAT BURSAR Kod Dokumen: UPM/OPR/BEN-BYR/P004 PROSEDUR PEMBAYARAN PINJAMAN / PEMBIAYAAN KENDERAAN DAN KOMPUTER

CIRCULAR 2017/02. Dear Valued Members, Warmest greetings from Sara Worldwide Vacations Berhad!

POLITEKNIK PORT DICKSON KENYATAAN SEBUTHARGA B

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

PENGELUARAN PERAKUAN KEKOMPETENAN DAN PERAKUAN KECEKAPAN BARU MENGIKUT STCW 1978, SEPERTI PINDAAN

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

KAEDAH PENYUSUNAN PORTFOLIO

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

3. Pembaharuan pendaftaran tahun 2018 boleh dikemukakan melalui salah satu cara berikut:

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 2 Lampiran 2.0

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) e-purchase ORDER FOR SERVICES

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

GARIS PANDUAN MENGENAI GALAKAN KEPADA PENYEDIA KEMUDAHAN RANGKAIAN SAMBUNGAN TERAKHIR (PKRST) PERKHIDMATAN JALUR LEBAR

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

YAYASAN KUOK BERHAD Arahan Permohonan

NOTIS PEMBAHARUAN PENDAFTARAN 2017 JURUTERA PROFESIONAL DENGAN PERAKUAN AMALAN JURUTERA PROFESIONAL & PEMERIKSA BERTAULIAH

GARIS PANDUAN BAGI BAYARAN PERKHIDMATAN STAF TEKNIKAL DI LUAR SKOP TUGAS HAKIKI OLEH UNIT TEKNIKAL & PERKHIDMATAN

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang

1. Name: 3. BEM Registration No.: Tel. No. :... Mobile Phone No. : :... Fax No. :...

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

KUiTTHO.(PB)10.12/04 Jld.II( 14 ) Tarikh: 16 November 2006 PEKELILING BENDAHARI BIL. 07 /2006

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

3. Pembaharuan pendaftaran tahun 2018 boleh dikemukakan melalui salah satu cara berikut:

REGISTRATION FORM SYSTEMATIC REVIEW AND META-ANALYSIS WORKSHOP 26 TH to 28 TH October 2015 (3 DAYS) Selangor, Malaysia. REGISTRANT DETAILS

Frequently Asked Questions (FAQs)

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU ADZAM SHAH (POLIMAS)

JAWATANKUASA IT DAN ELEKTRONIK (JITE) Universiti Teknologi MARA Shah Alam

VIXMATECH COMPUTER SALES & SERVICES

3. Pembaharuan pendaftaran tahun 2019 boleh dikemukakan melalui salah satu cara berikut:

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

ISI KANDUNGAN. Tarikh akhir kemaskini: 9 November 2016 Hakcipta Pusat Komputer, UTeM ms 2

5. All fields are compulsory and MUST be filled up. For fields that do not apply to you, please put as N/A (not applicable).

[Borang Permohonan] Application Form

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) SINGLE ENVELOPE TENDER

BORANG PENCALONAN HADIAH UNIVERSITI NOMINATION FORM FOR UNIVERSITY AWARD

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

INQUIRIES. :

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT. PROGRAM KELAYAKAN MASUK SENARAI KURSUS Sarjana Sistem Maklumat

PERSONAL DATA PROTECTION ACT 2010 NOTICE (Collection, Recording, Storage and Retention of Personal Data)

PROBLEMS ASSOCIATED WITH EVALUATION OF EXTENSION OF TIME (EOT) CLAIM IN GOVERNMENT PROJECTS

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

BAGI PEREKA GRED B41/42

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT111/CPM111 Principles of Programming [Prinsip Pengaturcaraan]

SINDIKET MENIPU ORANG RAMAI MENGGUNAKAN NAMA DAN LOGO LHDNM

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA) DOKUMEN HARGA

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI KENYATAAN SEBUT HARGA B

DOKUMEN SEBUT HARGA SEBUT HARGA ALAT GANTI PERKAKASAN KOMPUTER DAN RANGKAIAN BAGI SEKSYEN RANGKAIAN, BAHAGIAN KOMUNIKASI METEOROLOGI TAHUN 2016

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN PROSEDUR UNIT KOMPUTER. Proses Backup ( Windows) BPKP/KlOK-118 Bilangan Semakan : Q Tarikh :

PANDUAN PENGGUNA PORTAL

PEMBENTANGAN ANUGERAH INOVASI. PROJEK : Sistem Prin;ng Menggunakan Kad Matriks (Konsep Topup) di PPICTP UTM Kuala Lumpur

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]

BORANG CADANGAN KENDERAAN PERDAGANGAN

Visitor Management System

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

REGISTRATION OF SUPPLIER (ROS) STEP-BY-STEP GUIDE PENDAFTARAN PEMBEKAL PANDUAN LANGKAH DEMI LANGKAH

BORANG CADANGAN KERETA PERSENDIRIAN EZY PLUS (Peningkatan Manfaat Kereta Persendirian) CAWANGAN : KOD PEKERJA/RUJUKAN : NO. NOTA PERLINDUNGAN :

KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN POLITENIK JPP-SH05/2017

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

BORANG CADANGAN KERETA PERSENDIRIAN

Your New PIN-enabled Contactless Card

CREATING USER ID AND PASSWORD : NOTA PENTING NOTA PENTING SEBELUM MEMULAKAN PROSES CREATE USER ID & PASSWORD

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

PERU BAHAN PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN ARAHAN KERJA UNIT KOMPUTER. Tatacara Proses AGM03. BPKP/KJAK-104 Bilangan Semakan : 0 Tarikh :

PANDUAN PENDAFTARAN VENDOR PNB

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS522 Advanced Data Communication & Computer Networks [Rangkaian Komputer & Komunikasi Data Lanjutan]

FORM H REGISTRATION OF ENGINEERS ACT 1967 (REVISED 2015)

MSS 318 Discrete Mathematics [Matematik Diskret]

ICT SPM 2011 SUGGESTION ANSWER. Section A

FMM SIJIL PENGURUSAN STOR DAN GUDANG January 30 April 24, 9.00 am 5.00 FMM Perak

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

VIXMATECH COMPUTER SALES & SERVICES

Date: July Zero fee through Maybank s ATMs. RM10/ - per withdrawal

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

SEBUTHARGA PENYELENGGARAAN PORTAL RASMI MAKTAB KOPERASI MALAYSIA MENGUNAKAN PERISIAN "JOOMLA"

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST333 Distributed & Grid Computing [Perkomputeran Teragih & Grid]

Pertandingan Abilympics Kemahiran Hidup dan Leisure

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST332 Internet Protocols. Architecture & Routing [Protokol, Seni Bina & Penghalaan Internet]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT211-CPM313 Programming Language Concepts & Paradigm [Konsep & Paradigma Bahasa Pengaturcaraan]

Study of Distributed Coordination Function (DCF) and Enhanced DCF (EDCF) in IEEE MAC Protocols for Multimedia Applications.

Transcription:

KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA Karung Berkunci 1200 Ayer Keroh 75450 Melaka Tel.: 606-2332266 Fax: 606-2332277 PEJABAT BENDAHARI Ruj. Kami (Our Ref.) : KUTKM.03/10.12/3/1 ( 8 ) 23 Oktober 2001 Ruj. Tuan (Your Ref.): PEKELILING BENDAHARI BILANGAN 8/2001 Semua Ketua Bahagian/Dekan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia Ayer Keroh, Melaka. Assalamualaikum wrt. wbt. Y. Bhg. Datuk/Prof/Dr./ Tuan/Puan, SKIM PINJAMAN KENDERAAN KOLEJ UNIVERSITI TEKNIKAL KEBANGSAAN MALAYSIA PANDUAN AM Skim Pinjaman Kenderaan terbahagi kepada dua bahagian iaitu: a) Skim Pinjaman Kenderaan (Konvensional) b) Skim Pinjaman Kenderaan (Al-Bai Bithaman Ajil) Skim Pinjaman Kenderaan Kolej Universiti Kebangsaan Malaysia adalah terbuka kepada semua staf samaada yang berjawatan tetap atau kontrak. Staf yang bertaraf sambilan adalah tidak layak untuk dipertimbangkan.

SKIM PINJAMAN KENDERAAN (KONVENSIONAL) 1.0 KELAYAKAN 1.1 Pemohon mestilah seorang staf Kolej Universiti berjawatan tetap atau kontrak yang memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi. (Para 4.1 PP 7/93) 1.2 Berikut adalah kelayakan pembiayaan maksimun pinjaman yang dibenarkan: GRED/KATEGORI Kereta: Kumpulan Pengurusan Tertinggi a) Jawatan Utama b) Jawatan Gred Khas Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Kumpulan Sokongan (Kelulusan Khas untuk Gaji RM1,320.00 dan ke bawah) JUMLAH HAD PINJAMAN RM60,000.00 RM55,000.00 RM45,000.00 Motosikal RM 5,000.00 Basikal RM 500.00 (Para 2.1 SPP 9/2000) 2.0 KELULUSAN 2.1 Ketua Jabatan perlu memastikan bahawa Pinjaman Kenderaan yang dipohon adalah mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang staf. 2.2 Kuasa meluluskan pinjaman ini setelah dipastikan bahawa pemohon benar-benar telah mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, adalah di bawah kuasa Jawatankuasa Pinjaman Kenderaan. (Para 2.1 PP 7/93)

3.0 KAEDAH PERMOHONAN DAN MENGISI BORANG 3.1 Semua permohonan hendaklah dikemukakan dalam Borang Permohonan yang telah dilengkapkan sebanyak 4 salinan. 3.1.1 Salinan Asal diserahkan pada pemohon 3.1.2 Salinan Kedua dilampirkan bersama baucer bayaran 3.1.3 Salinan Ketiga direkodkan dalam fail permohonan 3.1.4 Salinan Keempat disimpan dalam fail peribadi peminjam. 3.2 Pembelian hendaklah diuruskan sendiri oleh pemohon dengan pembekal atau pemilik kenderaan. 3.3 Pemohon dikehendaki mendapatkan sebutharga/surat tawaran dari pembekal atau pemilik kenderaan. 3.4 Pemohon dikehendaki mengemukakan dua salinan dokumen-dokumen berikut kepada Pejabat Bendahari: 3.4.1 Lesen memandu 3.4.2 Salinan Surat Pengesahan Jawatan/Surat Tawaran Jawatan KUTKM 3.4.3 Penyata gaji terakhir pemohon dan penjamin 3.4.4 Kad pengenalan pemohon dan penjamin 3.4.5 Sebutharga untuk kereta baru 3.4.6 Surat Jualbeli dari penjual bagi kereta terpakai 3.4.7 Sijil Penilaian Kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja Raya atau Jabatan Pengangkutan Jalan dan Sijil Pendaftaran untuk kenderaan terpakai 3.4.8 Surat pengesahan dari pembekal berhubung tarikh sebenar kenderaan dapat dibekalkan. (Para 4.1 PP 7/93) 3.5 Semua Sijil Penilaian Kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja Raya atau Jabatan Pengangkutan Jalan hendaklah disertakan butiran berikut: 3.5.1 Nama pemilik berdaftar 3.5.2 Jenis, nombor dan kuasa kenderaan 3.5.3 Nombor chasis dan nombor enjin 3.5.4 Nilai kereta/motosikal; dan 3.5.5 Baki tempoh kereta/motosikal tersebut berekonomi dan selamat dipakai. (Para 8.1(ii) PP 7/93)

4.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PINJAMAN 4.1 Pinjaman hanya boleh diberi kepada seorang staf sekali sahaja dalam tempoh lima tahun dengan syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan. (SPP 5/2001) 4.2 Bagi staf dalam tempoh percubaan atau kontrak, pinjaman hendaklah dijamin oleh 2 orang penjamin (Staf KUTKM) dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya. (Para 4.4 PP 7/93) 4.3 Jumlah potongan bulanan pinjaman kenderaan tidak boleh melebihi 1/3 daripada gaji pokok staf dan jumlah semua potongan termasuk potongan bulanan kenderaan yang ditanggung oleh staf berkenaan tidak boleh melebihi 60% daripada gaji pokok serta elaun-elaun lain. 4.4 Jumlah pinjaman tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran insurans dan lain-lain bayaran tambahan yang berkenaan kepada kenderaan tersebut. Harga bersih kenderaan ialah harga jualan kenderaan + cukai eksais + cukai jualan + hawa dingin + getah pelapik lantai dan penahan lumpur. Bagi pinjaman kereta Proton Saga, harga bersih kenderaan selain daripada itemitem tersebut boleh juga termasuk item-item yang berikut: 4.4.1 radio kaset 4.4.2 power window 4.4.3 central locking system 4.4.4 boot tray 4.4.5 penahan angin 4.4.6 penahan karat 4.4.7 jejalur badan, spoiler belakang dan skirting 4.4.8 alarm kereta 4.5 Peminjam hendaklah membeli Polisi Insurans Komprehensif bagi melindungi kenderaan itu di mana jumlah amaun perlindungannya tiaptiap tahun hendaklah tidak kurang dari baki pinjaman yang masih ada. (Para 4.7(i) PP 7/93) 4.6 Peminjam tidak boleh menjual, memindah hak milik atau menggadaikan kenderaan tersebut tanpa kebenaran khas dari Pejabat Bendahari. (Para 4.7(ii) PP 7/93)

4.7 Permohonan pinjaman dari staf yang bergaji kurang dari RM1,320.00 sebulan, untuk membeli kereta, hanya boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pejabat Bendahari dengan syarat : 4.7.1 Ketua Jabatan memperakukan bahawa: (a) (b) (c) Staf itu tidak dapat menjalankan tugas rasmi dengan cekapnya setiap hari tanpa menggunakan kereta sendiri, ataupun staf yang berkenaan telah disahkan oleh Lembaga Perubatan (Perintah Am Bab F) sebagai tidak boleh menunggang motosikal. Staf mempunyai lesen memandu yang sah. Jumlah potongan bulanan untuk pembelian kenderaan berkenaan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok staf dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaunelaun yang diterima. Jauhnya perjalanan kerana tugas rasmi melebihi daripada 200 km tiap-tiap bulan selama 3 bulan berturut-turut. 4.7.2 Staf yang berkenaan telah diberi kelulusan untuk menuntut Elaun Hitungan Batu Kelas C. (Para 5.3 PP 7/93) 4.8 Bayaran Perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum diselesaikan adalah dikenakan kepada peminjam melainkan pinjaman membeli bot dan basikal di mana dikecualikan daripada bayaran perkhidmatan. (Para 6.1 PP 7/93) 4.9 Bayaran Perkhidmatan sebanyak 10% setahun akan dikenakan ke atas ansuran-ansuran tertunggak sehingga selesai. (Para 6.2 7 PP 7/93) 4.10 Sebarang permohonan pertukaran jenis kenderaan yang dibeli hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu dari Bendahari. (Para 4.2 PP 7/93)

5.0 KAEDAH PEMBAYARAN BALIK 5.1 Cara-cara pembiayaan balik Pinjaman Kenderaan adalah seperti berikut : 5.1.1 Pinjaman dan bayaran perkhidmatan hendaklah dibayar balik sebanyak yang sama jumlahnya pada tiap-tiap bulan. (a) (b) (c) (d) (e) Kereta - Tidak melebihi 84 bulan (Baru) Tidak melebihi 72 bulan (Terpakai) Motosikal - Tidak melebihi 60 bulan (Baru) Tidak melebihi 48 bulan (Terpakai) Motobot - Tidak melebihi 48 bulan Tidak melebihi 48 bulan (Enjin Motobot) Bot - Tidak melebihi 12 bulan Basikal - Tidak melebihi 12 bulan 5.2 Pinjaman hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum peminjam bersara atau meninggalkan perkhidmatan atau tamat tempoh kontrak perkhidmatannya. Tempoh maksimum peminjam hendaklah tidak melebihi dari baki tempoh perkhidmatan staf dengan kerajaan. 5.3 Baki pinjaman peminjam yang meninggal dunia boleh diselesaikan oleh waris si mati atau hasil dari penjualan kenderaan. 5.4 Baki pinjaman peminjam yang meletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan di KUTKM, hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikh meninggalkan perkhidmatan atau dari hasil penjualan kenderaan. 5.5 Bendahari adalah diberi kuasa untuk membuat potongan sekaligus semua ansuran tertunggak atau baki pinjaman yang belum diselesaikan termasuk bayaran perkhidmatan sebanyak 10% setahun daripada gaji bulanan peminjam. 5.6 Penangguhan bayaran balik ansuran bulanan pinjaman kenderaan adalah dibenarkan kepada staf yang telah diluluskan cuti tanpa gaji oleh kerajaan. Walau bagaimanapun bayaran perkhidmatan mengikut kadar biasa masih berkuatkuasa sepanjang tempoh penangguhan cuti tanpa gaji tersebut. (Para 7 PP 7/93)

6.0 TINDAKAN SELEPAS PERMOHONAN 6.1 Setiap permohonan pinjaman akan dimesyuaratkan dalam Jawatankuasa Pinjaman Kenderaan yang akan diadakan pada setiap bulan. Pemohon perlu menunggu keputusan permohonan pinjaman sehingga dibawa ke dalam mesyuarat mengikut senarai pemohon. 6.2 Selepas permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Pinjaman Kenderaan, surat kelulusan dan surat tawaran akan dikeluarkan. Pemohon dikehendaki menandatangani akuan persetujuan menerima pinjaman dalam tempoh 30 hari selepas surat tawaran dikeluarkan. 6.3 Surat Perjanjian (4 salinan) akan disediakan dan dihantar kepada pemohon untuk ditandatangani dan disetemkan. Untuk setiap RM500.00 pinjaman, nilai cukai setem yang dikenakan adalah RM2.50. (Para 3.3 PP 7/93) 6.4 Cek akan dikeluarkan atas nama syarikat pengeluar selepas perjanjian pinjaman ditandatangani antara pemohon dan pihak Kolej Universiti dan selepas mendapat pengesahan dari pembekal bahawa kenderaan yang ditempah sedia untuk didaftarkan dan diserahkan kepada pemohon berkenaan. 6.5 Pemohon dikehendaki menyerahkan dokumen berikut: 6.5.1 Resit pembelian 6.5.2 Cover Notes/ Sijil Insurans Komprehensif 6.5.3 Buku Pendaftaran Kenderaan yang tercatat HAK MILIK DITUNTUT OLEH KUTKM 6.6 Semua dokumen ini harus diserahkan dalam tempoh 30 hari selepas cek bayaran dikeluarkan. Sekiranya peminjam gagal untuk menyerahkan dokumen-dokumen tersebut dalam tempoh 30 hari, maka pinjaman itu dianggap terbatal. Bendahari hendaklah mengambil tindakan untuk mendapatkan kembali semua wang pinjaman kenderaan secara sekaligus dan staf berkenaan dikenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 10% setahun ke atas jumlah pinjaman yang diluluskan. Gaji dan elaun-elaun staf berkenaan tidak akan dibayar sehingga kesemua pinjaman dengan bayaran perkhidmatan sebanyak 10% setahun dikutip secara potongan dari gaji dan elaun-elaun peminjam tersebut. 6.7 Jika pinjaman kenderaan dibatalkan atas sebab-sebab lain daripada para 6.6, Bendahari hendaklah mendapatkan balik baki pinjaman kenderaan

yang telah diluluskan dengan bayaran perkhidmatan sebanyak 10% setahun secara potongan gaji dan elaun-elaun peminjam berkenaan. 6.8 Peminjam hendaklah mengemukakan Sijil Insurans tiap-tiap tahun kepada Bendahari. (Para 12 PP 7/93) 7.0 LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN 7.1 Jumlah insurans yang diambil mestilah tidak kurang dari jumlah baki harga jualan yang masih ada. 7.2 Kenderaan yang dibeli melalui skim ini hendaklah dibeli secara terus dan tidak tertakluk kepada lain-lain urusan kewangan (tiada cop hakmilik dituntut oleh mana-mana syarikat kewangan) 7.3 Pinjaman Kenderaan KUTKM tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan baki pinjaman kenderaan dengan syarikat kewangan. (Para 13.1 PP 7/93) 7.4 Kenderaan tidak boleh didaftarkan atas nama pemohon sebelum pinjamannya selesai. 7.5 Baki pinjaman hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum staf bersara, meletak jawatan atau tamat tempoh kontraknya. 7.6 Bayaran balik dibuat secara ansuran melalui potongan gaji bulanan dan kadar bayaran ansurans adalah seperti yang terdapat pada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 9 Tahun 2000. (rujuk laman web www.treasury.gov.my) 8.0 PENALTI DAN TINDAKAN SURCAJ 8.1 Semua syarat dan peraturan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Bendahari hendaklah melaporkan dengan segera apa-apa penyelewengan atau kegagalan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan ini. 8.2 Bayaran penalti 10% setahun ke atas jumlah pinjaman akan dikenakan ke atas peminjam dan tindakan surcaj akan diambil terhadap pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan pinjaman berkenaan sekiranya terdapat syarat-syarat dan peraturan tidak dipenuhi. (Para 15 PP 7/93)

* Sumber Rujukan adalah dari : Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1990 Pekeliling Perbendaharaan Bil 12 Tahun 1990 Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 Tahun 1993 Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 1993 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2001 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2000 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 1996 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 16 Tahun 1988

SKIM PINJAMAN KENDERAAN (PRINSIP AL-BAI BITHAMAN AJIL) 1.0 TAFSIRAN Al-Bai Bithaman Ajil bermakna jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran iaitu menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan ditangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa yang ditetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur. Harga Belian bererti jumlah kos bagi kenderaan yang akan dibeli oleh pihak kerajaan melalui bayaran seperti berikut : i) Amaun pembiayaan kerajaan yang diluluskan kepada staf ii) Bayaran muka yang ditanggung oleh staf jika harga kenderaan melebihi kelayakan staf. Amaun Pembiayaan Kerajaan bererti jumlah yang dibiayai oleh kerajaan berdasarkan kepada kelayakan staf. Bayaran Muka bererti amaun perbezaan di antara harga belian dengan amaun pembiayaan kerajaan. Harga Jualan bererti jumlah sebenar yang akan dibayar oleh staf berikut : i) Bayaran muka yang ditanggung oleh staf jika harga kenderaan melebihi kelayakan pangkat. ii) Amaun Pembiayaan dan Keuntungan Kerajaan Keuntungan bererti satu kadar keuntungan yang akan ditetapkan oleh kerajaan dari semasa kesemasa. Tugas rasmi bererti tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain daripada menghadiri kursus-kursus dan tidak termasuk perjalanan ulang-alik ke pejabat. Polisi Perlindungan Takaful bererti suatu skim perlindungan insurans kenderaan yang berasaskan kepada prinsip saling jamin-menjamin yang diluluskan oleh kerajaan. (Para 2 PP 8/93)

2.0 KELAYAKAN 2.1 Pemohon mestilah seorang staf Kolej Universiti berjawatan tetap atau kontrak yang memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi. (Para 5.1 PP 8/93) 2.2 Berikut adalah kelayakan pembiayaan maksimun pinjaman yang dibenarkan: GRED/KATEGORI Kereta Kumpulan Pengurusan Tertinggi a) Jawatan Utama b) Jawatan Gred Khas Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Kumpulan Sokongan (Kelulusan Khas untuk Gaji RM 1,320 dan kebawah) JUMLAH HAD PINJAMAN RM60,000.00 RM55,000.00 RM45,000.00 Motosikal RM 5,000.00 Basikal RM 500.00 (Para 2 SPP 9/2000) 3.0 KELULUSAN 3.1 Ketua Jabatan perlu memastikan bahawa Pinjaman Kenderaan yang dipohon adalah mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai. 3.2 Kuasa meluluskan pinjaman ini setelah dipastikan bahawa pemohon benar-benar telah mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan adalah di bawah kuasa Jawatankuasa Pinjaman Kenderaan. (Para 3 PP 8/93) 4.0 KAEDAH PERMOHONAN DAN MENGISI BORANG 4.1 Semua permohonan hendaklah dikemukakan dalam Borang Permohonan yang ditetapkan sebanyak 4 salinan. (para 4.1 PP 8/93) 4.2 Pembelian hendaklah diuruskan sendiri oleh pemohon dengan pembekal atau pemilik kenderaan.

4.3 Pemohon dikehendaki mendapatkan sebutharga/surat tawaran dari pembekal atau pemilik kenderaan. 4.4 Pemohon dikehendaki mengemukakan dua salinan dokumen-dokumen berikut kepada Pejabat Bendahari: 4.4.1 Lesen memandu 4.4.2 Salinan Surat Pengesahan Jawatan/Surat Tawaran Jawatan KUTKM 4.4.3 Penyata gaji terakhir pemohon dan penjamin 4.4.4 Kad pengenalan pemohon dan penjamin 4.4.5 Sebutharga untuk kereta baru 4.4.6 Surat Jualbeli dari penjual bagi kereta terpakai. 4.4.7 Sijil Penilaian Kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja Raya atau Jabatan Pengangkutan Jalan dan Sijil Pendaftaran untuk kenderaan terpakai. 4.4.8 Surat Pengesahan dari pembekal tarikh sebenar kenderaan dapat dibekalkan. (Para 4.1 SPP 8/93) 4.5 Semua Sijil Penilaian Kenderaan yang dikeluarkan oleh Jurutera Kerja Raya atau Jabatan pengangkutan Jalan hendaklah disertakan butiran berikut: 4.5.1 Nama pemilik berdaftar 4.5.2 Jenis, nombor dan kuasa kenderaan 4.5.3 Nombor chasis dan nombor enjin 4.5.4 Nilai kereta/motosikal; dan 4.5.5 Baki tempoh kereta/motosikal tersebut berekonomi dan selamat dipakai (Para 9.1(iii) PP 8/93) 5.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PINJAMAN 5.1 Pinjaman hanya boleh diberi kepada seorang staf sekali sahaja dalam tempoh lima tahun dengan syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan. (SPP 5/2001) 5.2 Bagi staf dalam tempoh percubaan atau kontrak, pinjaman hendaklah dijamin oleh 2 orang penjamin (Staf KUTKM) dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya. (Para 5.4 PP 8/93)

5.3 Jumlah potongan bulanan pinjaman kenderaan tidak boleh melebihi 1/3 daripada gaji pokok staf dan jumlah semua potongan termasuk potongan bulanan kenderaan yang ditanggung oleh staf berkenaan tidak boleh melebihi 60% daripada gaji pokok serta elaun-elaun lain. (Para 5.8(ii) 8/93) 5.4 Jumlah pinjaman tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran insurans dan lain-lain bayaran tambahan yang berkenaan kepada kenderaan tersebut. Harga bersih kenderaan ialah harga jualan kenderaan + cukai eksais + cukai jualan + hawa dingin + getah pelapik lantai dan penahan lumpur. Bagi pinjaman kereta Proton Saga, harga bersih kenderaan selain daripada itemitem tersebut boleh juga termasuk item-item yang berikut : 5.4.1 radio kaset 5.4.2 power window 5.4.3 central locking system 5.4.4 boot tray 5.4.5 penahan angin 5.4.6 penahan karat 5.4.7 jejalur badan, spoiler belakang dan skirting 5.4.8 alarm kereta (Para 5.5 PP 8/93) 5.5 Peminjam hendaklah menyertai takaful kenderaan (Komprehensif). Jumlah wang yang diambil pada tiap-tiap tahun hendaklah tidak kurang dari baki pembiayaan yang belum diselesaikan. (Para 5.1 PP 8/93) 5.6 Peminjam tidak boleh menjual, memindah hak milik atau menggadaikan kenderaan tersebut tanpa kebenaran khas dari Pejabat Bendahari. (Para 5.7(i) PP 8/93) 5.7 Permohonan pinjaman dari staf yang bergaji kurang dari RM 1,320.00 sebulan, untuk membeli kereta, hanya boleh dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pejabat Bendahari dengan syarat: 5.7.1 Ketua Jabatan memperakukan bahawa: (a) Staf itu tidak dapat menjalankan tugas rasmi dengan cekapnya setiap hari tanpa menggunakan kereta sendiri, ataupun staf yang berkenaan telah disahkan oleh Lembaga

(b) (c) (d) Perubatan (Perintah Am Bab F) sebagai tidak boleh menunggang motosikal. Staf mempunyai lesen memandu yang sah. Jumlah potongan bulanan untuk pembelian kenderaan berkenaan hendaklah tidak melebihi 1/3 daripada gaji pokok staf dan jumlah semua potongan gajinya hendaklah tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok serta elaunelaun yang diterima. Jauhnya perjalanan kerana tugas rasmi melebihi daripada 200 km, tiap-tiap bulan, selama 3 bulan berturut-turut. 5.7.2 Staf yang berkenaan telah diberi kelulusan untuk menuntut Elaun Hitungan Batu Kelas C. (Para 5.7 PP 8/93) 5.8 Sekiranya harga belian tersebut, adalah melebihi daripada pinjaman maksimun, staf hendaklah menyelesaikan sendiri amaun bayaran muka. Bayaran muka ini akan dianggap telah dijelaskan di dalam perkiraan bayaran balik. (Para 6.3 PP 8/93) 6.0 KAEDAH PEMBAYARAN BALIK 6.1 Cara-cara pembayaran balik pinjaman kenderaan adalah seperti berikut : 6.1.1 Pinjaman dan bayaran perkhidmatan hendaklah dibayar balik sebanyak yang sama jumlahnya pada tiap-tiap bulan. (a) (b) (c) (d) (e) Kereta - Tidak melebihi 84 bulan (Baru) Tidak melebihi 72 bulan (Terpakai) Motosikal - Tidak melebihi 60 bulan (Baru) Tidak melebihi 48 bulan (Terpakai) Motobot - Tidak melebihi 48 bulan Tidak melebihi 48 bulan (Enjin Motobot) Bot - Tidak melebihi 12 bulan Basikal - Tidak melebihi 12 bulan 6.2 Harga jualan setelah ditolak bayaran muka, hendaklah dibayar balik oleh staf, secara ansurans dan melalui potongan gaji pada tiap-tiap bulan. Kaedah pembayaran balik ini adalah seperti yang terdapat pada lampiran SPP Bil 9/2000. (Sila rujuk laman web www.treasury.gov.my)

6.3 Pinjaman hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum peminjam bersara atau meninggalkan perkhidmatan atau tamat tempoh kontrak perkhidmatannya. Tempoh maksimum peminjam hendaklah tidak melebihi dari baki tempoh perkhidmatan staf dengan kerajaan. 6.4 Baki pinjaman peminjam yang meninggal dunia boleh diselesaikan oleh waris si mati atau hasil dari penjualan kenderaan. 6.5 Baki pinjaman peminjam yang meletak jawatan atau meninggalkan perkhidmatan di KUTKM, hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum tarikh meninggalkan perkhidmatan atau dari hasil penjualan kenderaan. 6.6 Bayaran balik pinjaman hendaklah diselesaikan sepenuhnya dalam tempoh yang dipersetujui atau dalam kes tertentu dimana seseorang staf atau warisnya berada dalam kesempitan ( Asarah) seperti mengalami kebakaran atau banjir, Jawatankuasa Pinjaman Kenderaan boleh atas pertimbangan itu dengan cara dan tempoh yang ditentukan. 6.7 Baki harga jualan boleh diselesaikan lebih awal dari tempoh yang ditentukan. Dalam hal yang demikian Jawatankuasa Pinjaman Kenderaan atas budi bicaranya boleh memberikan Muqassah (Rebate) mengikut kadar yang akan ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara dari masa ke semasa. 6.8 Bendahari adalah diberi kuasa untuk membuat potongan sekaligus semua ansuran tertunggak atau baki pinjaman yang belum diselesaikan. 6.9 Penangguhan bayaran balik ansuran bulanan pinjaman kenderaan adalah dibenarkan kepada staf yang telah diluluskan cuti tanpa tanpa gaji oleh kerajaan. Dalam hal ini, tempoh bayaran balik hendaklah dijadualkan semula tanpa dikenakan apa-apa bayaran tambahan bagi tempoh berkenaan. (Para 8 PP 8/83) 7.0 TINDAKAN SELEPAS PERMOHONAN 7.1 Setiap permohonan pinjaman akan dimesyuaratkan dalam Jawatankuasa Pinjaman Kenderaan yang akan diadakan pada setiap bulan. Pemohon perlulah menunggu keputusan permohonan pinjaman sehingga dibawa kedalam mesyuarat mengikut senarai pemohon.

7.2 Selepas permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Pinjaman Kenderaan, surat tawaran pinjaman dan surat kelulusan akan dikeluarkan. Pemohon dikehendaki untuk menandatangani akuan persetujuan menerima pinjaman dalam tempoh 30 hari selepas surat tawaran dikeluarkan. 7.3 Surat Perjanjian akan disediakan dan dihantar kepada pemohon untuk ditandatangani dan disetemkan. Untuk setiap RM 500 pinjaman, nilai cukai setem yang dikenakan adalah RM 2.50 (Para 4.3 PP 8/93) 7.4 Cek akan dikeluarkan atas nama syarikat pembekal selepas perjanjian pinjaman ditandatangani antara pemohon dan pihak Kolej Universiti dan selepas mendapat pengesahan dari pembekal bahawa kenderaan yang ditempah sedia untuk didaftarkan dan diserahkan kepada pemohon berkenaan. 7.5 Pemohon dikehendaki menyerahkan dokumen berikut : 7.5.1 Resit pembelian 7.5.2 Nota Takaful/ Sijil Takaful Kenderaan 7.5.3 Buku Pendaftaran Kenderaan yang tercatat HAK MILIK DITUNTUT OLEH KUTKM 7.6 Semua dokumen ini harus diserahkan dalam tempoh 30 hari selepas cek bayaran dikeluarkan. Sekiranya peminjam gagal untuk menyerahkan dokumen-dokumen tersebut dalam tempoh 30 hari, maka pinjaman itu dianggap terbatal. 7.7 Bendahari hendaklah mengambil tindakan untuk mendapatkan kembali semua wang pinjaman kenderaan secara sekaligus. Gaji dan elaun-elaun staf berkenaan tidak akan dibayar sehingga kesemua pinjaman dan keuntungan dijelaskan. 7.8 Jika pinjaman kenderaan dibatalkan atas sebab-sebab lain daripada para 7.6, Bendahari hendaklah mendapatkan balik baki pinjaman kenderaan yang telah diluluskan secara sekaligus. Gaji dan elaun-elaun peminjam berkenaan tidak akan dibayar sehingga kesemua jumlah pinjaman dan keuntungan telah dijelaskan. 7.9 Peminjam hendaklah mengemukakan Sijil Insurans Takaful (Komprehensif) tiap-tiap tahun kepada Bendahari. (Para 13 PP 8/93)

8.0 LAIN-LAIN MAKLUMAT TAMBAHAN 8.1 Kenderaan yang dibeli melalui skim ini hendaklah dibeli secara terus dan tidak tertakluk kepada lain-lain urusan kewangan (tiada cop hakmilik dituntut oleh mana-mana syarikat kewangan) 8.2 Pinjaman Kenderaan KUTKM tidak boleh digunakan untuk menyelesaikan baki pinjaman kenderaan dengan syarikat kewangan. (Para 14.1 PP 8/93) 8.3 Kenderaan tidak boleh didaftarkan atas nama pemohon sebelum pinjamannya diselesaikan. (Para 14.2 PP 8/93) 8.4 Baki pinjaman hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum staf bersara, meletak jawatan atau tamat tempoh kontraknya. 8.5 Bayaran balik dibuat secara ansuran melalui potongan gaji bulanan dan kadar bayaran ansurans adalah seperti yang terdapat pada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 9 Tahun 2000. 8.6 Sebarang permohonan pertukaran jenis kenderaan yang dibeli hendaklah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Bendahari. (Para 5.2 PP 8/93) 9.0 PENALTI DAN TINDAKAN SURCAJ 9.1 Semua syarat dan peraturan ini hendaklah dipatuhi sepenuhnya. Bendahari hendaklah melaporkan dengan segera apa-apa penyelewengan atau kegagalan mamatuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan ini. 9.2 Tindakan surcaj atau tindakan tatatertib akan diambil terhadap pegawai yang bertanggungjawab dalam urusan pinjaman berkenaan sekiranya terdapat syarat-syarat dan peraturan tidak dipenuhi. * Sumber Rujukan adalah dari : Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 1990 Pekeliling Perbendaharaan Bil 12 Tahun 1990 Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 Tahun 1993

Pekeliling Perbendaharaan Bil 8 Tahun 1993 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2001 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2000 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 1996 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 16 Tahun 1988 BERKHIDMAT UNTUK NEGARA KERANA ALLAH Yang benar, KHAIRUL B. TAIB Bendahari Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia s.k Y. Bhg. Datuk Prof. Dr. Mohd Ruddin b. Ab. Ghani Rektor Y. Bhg. Prof. Ismail b. Hassan Timbalan Rektor (Akademik) Y. Bhg. Prof. Dr. Azhari b. Saleh Timbalan Rektor (Pembangunan & Perancangan Korporat)