APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DALAM AMBULANS MELALUI PANGGILAN NUR ALYA AQILAH MOHD NAZRI PROF. DR. MASRI AYOB

Similar documents
Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

AMBULANCE MANAGEMENT SYSTEM

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM SEMAKAN SAMAN KENDERAAN

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

SISTEM PENGURUSAN FORENSIK DIGITAL

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

SISTEM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

SISTEM PENYULITAN DAN PENYAHSULITAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALGORITMA RIVEST SHAMIR ADELMAN

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

SISTEM PENGURUSAN DATA FORENSIK DIGITAL. Azamuddin Haziq Bin Samsudin. Khairul Akram Zainol Ariffin

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) e-purchase ORDER FOR SERVICES

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

CREATING USER ID AND PASSWORD : NOTA PENTING NOTA PENTING SEBELUM MEMULAKAN PROSES CREATE USER ID & PASSWORD

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) short answer and structured essay questions. Answer ALL questions.

SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

PEMBANGUNAN PERISIAN BAGI MENGGALAKKAN PENGGUNAAN GOOGLE DRIVE DI KALANGAN AHLI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI


Disediakan oleh: Mohammad Hazmin Bin Mohamed Azri

RECOGNITION OF PARTIALLY OCCLUDED OBJECTS IN 2D IMAGES ALMUASHI MOHAMMED ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

ISI KANDUNGAN. Microsoft PowerPoint 2016

HARDWARE AND SOFTWARE CO-SIMULATION PLATFORM FOR CONVOLUTION OR CORRELATION BASED IMAGE PROCESSING ALGORITHMS SAYED OMID AYAT

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]

SISTEM E-PILIH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERDASARKAN PELAYAN MOHD RIFAEI MOHD KAMIL KHAIRUDDIN OMAR

Visitor Management System

APLIKASI MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI MENGGUNAKAN RANGKAIAN WI-FI. Miza Faizah Binti Amin Prof. Madya Dr. Rosilah Binti Hassan

ANALISA PERPINDAHAN DATA MODEL SURFACE DI ANTARA PLATFOM CAD YANG BERBEZA ASFAEZUDDIN BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST331 Principles of Parallel & Distributed Programming [Prinsip Pengaturcaraan Selari & Teragih]

GARIS PANDUAN BAGI BAYARAN PERKHIDMATAN STAF TEKNIKAL DI LUAR SKOP TUGAS HAKIKI OLEH UNIT TEKNIKAL & PERKHIDMATAN

VISUALISASI DATA SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Illi Nadia binti Mohd Khairuddin Prof. Madya Dr. Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

SISTEM PENGHANTARAN MESEJ SEGERA PELBAGAI PELANTAR BERASASKAN JAVA SAZARUL IZAM BIN MD SAAD. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT. PROGRAM KELAYAKAN MASUK SENARAI KURSUS Sarjana Sistem Maklumat

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Sistem Pemantauan Tahap Pencemaran Asap dan Gas Beracun Karbon Monoksida di dalam Kenderaan

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

Dedikasi Osman Bin Shariman & Norbi Binti Hassan Muhammad Hanis Osman Shar Mariam Muhammad

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT

SISTEM PENGURUSAN KES FORENSIK DIGITAL MENGGUNAKAN VIRTUAL PRIVATE NETWORK (VPN) NURELISHA SHAFWANA BINTI MOHD GHAZALI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

This item is protected by original copyright

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2)short answers and TWO (2) structured essays. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

PENGESANAN PAKET RANGKAIAN UNTUK FORENSIK MEMORI NOR NADIA ABDULLAH MARZUKI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

APLIKASI MUDAH ALIH MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI RANGKAIAN DATA RAYA (CheckLine)

APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN KEWANGAN (SMARTGAJI) MUHAMMAD NUR FATEEH BIN ZULKARNAIN BAHARI IDRUS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT111/CPM111 Principles of Programming [Prinsip Pengaturcaraan]

PEMPROSESAN ISYARAT DIGITAL DAN FUZZY CLUSTER UNTUK PENGESANAN DAN KLASIFIKASI PEMATUHAN VASKULAR YAP YAO YOUNG PROF. DR.

Sistem Capaian Berbilang Terminal

CPT211/CPM313 Programming Language Concepts & Paradigms [Konsep & Paradigma Bahasa Pengaturcaraan]

Sistem Pengurusan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Secara Online

MULTICHANNEL ORTHOGONAL FREQUENCY DIVISION MULTIPLEXING -ROF FOR WIRELESS ACCESS NETWORK MOHD JIMMY BIN ISMAIL

FUZZY NEURAL NETWORKS WITH GENETIC ALGORITHM-BASED LEARNING METHOD M. REZA MASHINCHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

STUDY OF FLOATING BODIES IN WAVE BY USING SMOOTHED PARTICLE HYDRODYNAMICS (SPH) HA CHEUN YUEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DALAM AMBULANS MELALUI PANGGILAN NUR ALYA AQILAH MOHD NAZRI PROF. DR. MASRI AYOB Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Ambulans merupakan sebuah kenderaan (van) untuk membawa orang sakit atau orang yang cedera ke atau dari hospital. Kebiasaannya, rawatan awal akan diberikan kepada pesakit, sebelum sampai ke hospital. Rawatan awal ini akan diberi oleh paramedik terlatih yang bertugas di dalam ambulan tersebut. Masalah yang selalu dihadapi ialah apabila paramedik di dalam ambulans dan para doktor pakar di PPUKM menghadapi kesukaran untuk berhubung bagi memberi maklumat dengan jelas, tepat dan terperinci mengenai kecederaan atau keadaan semasa pesakit. Objektif utama aplikasi ini ialah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan cara menyediakan satu platform khas yang mempunyai ciri panggilan video bagi melihat dan memantau keadaan pesakit secara masa nyata. Melalui aplikasi ini, ketidaksefahaman antara paramedik di dalam ambulans dan para doktor pakar di PPUKM dapat dielakkan bagi memberi rawatan awal kepada pesakit ketika dalam perjalanan ke hospital. 1 PENGENALAN Seperti yang kita ketahui, di dalam ambulans ada ditugaskan beberapa orang paramedik untuk memberi rawatan kecemasan awal kepada pesakit bergantung kepada keadaan dan kecederaan yang dialami oleh pesakit. Rawatan awal kecemasan ini amat penting kerana ia akan menentukan hidup mati seseorang pesakit itu, terutama jika jarak perjalanan pesakit ke hospital mengambil masa yang lama. Jadi, rawatan awal ini harus diberi dengan penuh berhati-hati, mengikut prosedur yang betul, dan setiap langkah yang dilakukan perlulah tepat. Rawatan awal kecemasan di dalam ambulans akan diberi terlebih dahulu sebelum tiba di Jabatan Kecemasan dan Trauma PPUKM, untuk mengurangkan kecederaan yang dialami oleh pesakit. Di Jabatan Kecemasan dan Trauma, terdapat beberapa zon yang telah dibahagikan mengikut keadaan pesakit, iaitu Zon Hijau (Zon Tidak Kritikal), Zon Kuning (Zon Separa Kritikal) dan Zon Merah (Zon Kritikal). Jabatan Kecemasan dan Trauma bertanggungjawab melakukan penilaian awalan, perawatan, stabilisasi, dan penempatan pembedahan dan perubatan kecemasan. Paramedik adalah golongan profesional dalam penjagaan kesihatan, terutamanya dalam keadaan pra-hospital dan situasi di luar hospital, dan bekerja terutamanya sebagai sebahagian daripada perkhidmatan perubatan kecemasan, seperti dalam ambulans (Nursing College Malaysia, 2015). Peranan paramedik adalah berkait rapat dengan tugas penjagaan kesihatan yang lain, terutama peranan juruteknik perubatan kecemasan, yang mana paramedik sering memainkan peranan yang lebih penting, dengan tanggungjawab yang lebih berat.

2 PENYATAAN MASALAH Masalah sebenar yang berlaku ketika pesakit dibawa di dalam ambulans ialah kedua-dua paramedik dan doktor pakar tidak mendapat maklumat yang tepat dan jelas kerana kesukaran berkomunikasi secara langsung antara satu sama lain. Hal ini akan memberi kesan buruk kerana jika doktor tidak dapat memberi arahan yang jelas kepada paramedik, prosedur rawatan kecemasan tidak dapat dijalankan dengan sempurna bagi menyelamatkan nyawa pesakit. Mereka hanya berhubung melaui panggilan suara sahaja, di mana tidak cukup untuk menggambar keseluruhan situasi pada ketika itu. Seperkara lagi mengenai permasalahan yang dihadapi ialah sistem sedia ada tidak mempunyai maklumat tentang senarai doktor pakar yang sedang tersedia yang berada di PPUKM. Paramedik sering sahaja menyambung panggilan untuk dirujuk kepada doktor pakar yang tidak tersedia dan sibuk merawat pesakit lain. Hal ini melengahkan masa kerana setiap detik adalah penting dan berharga untuk menentukan hidup atau mati pesakit. Sistem yang sedia ada juga tidak dapat mengemaskini senarai doktor yang sedang bertugas ataupun sedang bercuti.3 3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk : 1) Membangun sebuah aplikasi mudah alih yang membolehkan para doktor di PPUKM melihat keadaan pesakit secara masa nyata melalui panggilan video. 2) Membolehkan paramedik di dalam ambulans berhubung dan berkomunikasi dengan doktor pakar di PPUKM untuk mendapat maklumat dan arahan dengan lebih jelas. 3) Mencari doktor pakar yang tersedia ada untuk disambungkan kepada pihak paramedik bagi tujuan rujukan lebih lanjut. 4 METOD KAJIAN Dalam membangun sebuah sistem, metodologi adalah satu kaedah atau fasa untuk menguruskan pembangunan sistem dengan lebih teratur. Metodologi yang telah digunapakai dalam membangunkan Aplikasi Pemantauan Pesakit Dalam Ambulans Melalui Panggilan ini adalah dengan mengguna teknik Pembangunan Aplikasi Pantas (RAD) (Vijay 2013) yang melibatkan empat fasa iaitu Fasa Perancangan Keperluan, Fasa Reka Bentuk, Fasa Pembangunan dan juga Fasa Henti-Ganti.

4.1 Fasa Perancangan Rajah 1 Pembangunan Aplikasi Pantas(Vijay 2013) Dalam fasa perancangan ini, objektif utama adalah untuk mengumpul maklumat dan mengenal pasti masalah yang wujud. Dalam fasa ini, skop kajian, objektif dan cara untuk membangun aplikasi perlu dikenalpasti. Temu bual dan perbincangan bersama pihak dari Pusat Perubatan UKM (PPUKM) juga telah dilakukan agar lebih memahami tentang masalah sistem yang melibatkan ambulans, paramedik dan doktor pakar yang tidak sistematik yang dihadapi oleh mereka. 4.2 Fasa Reka Bentuk Fasa reka bentuk adalah antara fasa yang penting sebelum proses pembangunan Aplikasi Pemantauan Pesakit Dalam Ambulans Melalui Panggilan. Elemen-elemen yang terdapat dalam fasa ini ialah mengenal pasti rupa bentuk, struktur, perisian dan jenis media yang terlibat. Selain itu, rajah konteks, rajah kes guna, penerangan kes guna, carta alir, dan rajah aliran data direka pada fasa ini. 4.3 Fasa Pembangunan Bagi fasa implementasi pula, pangkalan data aplikasi dan pembangunan aplikasi akan dibina mengguna sebuah komputer yang juga berfungsi sebagai pelayan. Seterusnya, perisian yang akan diguna pakai dalam menghasil aplikasi ini ialah sistem Android SDK. Perisian Android Studio ini memiliki pakej Android SDK dan Plugin Android Development Tools (ADT). Android SDK Pakej 4.4.2 adalah versi android yang diguna dalam pembangunan ini. 4.4 Fasa Henti Ganti Setelah aplikasi siap dibangun dan diimplementasi, aplikasi ini akan diuji terlebih dahulu. Pada peringkat ini, fungsi bagi aplikasi tugasan sistem ini akan diuji mengguna Android Virtual Device (AVD). Aplikasi yang telah dibangun akan diterjemah kepada APK dan dipasang ke

dalam telefon pintar bagi tujuan pengujian. Telefon pintar yang memiliki sistem operasi Android akan digunakan bagi pengujian aplikasi ini. 5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincangkan tentang proses yang telah dilakukan untuk membangunkan Aplikasi Mudah Alih Pemantauan Pesakit Dalam Ambulans Melalui Panggilan. Antara proses yang dilakukan dalam membangunkan aplikasi ini ialah menghasilkan antaramuka yang dapat memberi paparan yang jelas kepada pengguna supaya mudah untuk menggunakannya, baik paramedik mahupun doktor. Bagi menghasilkan paparan antara muka yang jelas dan dapat difahami dengan mudah oleh pengguna, beberapa proses telah dijalankan semasa membangunkan aplikasi ini. Faktor mesra pengguna, iaitu mudah digunakan juga amat dititikberatkan dalam membangunkan aplikasi ini kerana ia akan digunakan di dalam ambulans, di mana masa adalah terbatas. Pengguna bagi Aplikasi Mudah Alih Pemantauan Pesakit Dalam Ambulans Melalui Panggilan hanya lah paramedik dan doktor sahaja. Bagi permulaan/paparan pertama, pengguna hendaklah mendaftarkan akaun buat pertama kalinya bagi menggunakan aplikasi ini dengan menekan butang REGISTER. Kemudian pengguna akan dibawa ke antara muka borang pendaftaran akaun. Pengguna haruslah mengisi borang tersebut. Bagi pengguna yang sudah memiliki akaun, mereka boleh log masuk ke dalam aplikasi tersebut dengan menekan butang Already registerd. Login Me!. Rajah 2 menunjukkan Reka Bentuk Antara Muka Pendaftaran Akaun Bagi Pengguna Baru. Rajah 2 Reka Bentuk Antara Muka Pendaftaran Akaun bagi Pengguna Baru

Bagi pengguna yang sudah memiliki akaun, mereka boleh log masuk ke dalam aplikasi tersebut dengan memasukkan emel dan kata laluan yang didaftarkan dengan betul. Seterusnya, pengguna perlulah menekan butang LOGIN. Bagi pengguna yang terlupa kata laluan mereka, mereka boleh menekan butang Forgot your password?. Rajah 3 menunjukkan Reka Bentuk Antara Muka Bagi Log Masuk Aplikasi Rajah 3 Reka Bentuk Antara Muka Bagi Log Masuk Aplikasi Paramedik harus memilih untuk menghubungi doktor pakar yang mereka mahukan melalui senarai doktor sedia ada yang dipaparkan. Rajah 4 menunjukkan Reka Bentuk Antara Muka Untuk Senarai Doktor. Paramedik akan terus disambungkan melalui panggilan suara jika butang VOICE CALL ditekan kepada doktor pakar yang tersedia yang dipilih oleh mereka. Paramedik akan terus disambungkan melalui panggilan video jika butang VIDEO CALL ditekan kepada doktor pakar yang tersedia yang dipilih oleh mereka.

Rajah 4 Reka Bentuk Antara Muka Untuk Senarai Doktor Setelah memilih doktor pakar yang ingin dihubungi, panggilan suara/video akan berlaku, dengan menekan button START dan CONNECT. Jika butang DISCONNECT ditekan, panggilan video akan berakhir dan paramedik akan dibawa semula ke antara muka senarai doktor yang sedia ada. Rajah 5 menunujukkan Reka Bentuk Antara Muka Panggilan Video Antara Pengguna (Paramedik dan Doktor)

Rajah 5 Reka Bentuk Antara Muka Panggilan Video Antara Pengguna (Paramedik dan Doktor) Pengguna (doktor) boleh mengemaskini status dan masa ketersediaan mereka. Doktor perlu mengemaskini status dan masa ketersediaan mereka supaya dapat memudahkan paramedik sebelum menghubungi mereka. Pilihan status ketersediaan ada 2, iaitu Yes, dan No akan dipaparkan. Masa ketersediaan doktor juga perlu dikemaskini supaya paramedik dapat membuat anggaran sama ada doktor yang ingin dihubungi itu sibuk ataupun tidak berdasarkan kali terkahir masa ketersediaan dikemaskini. Jam penggera turut disediakan supaya doktor tidak terlupa untuk mengemaskini status ketersediaan mereka. Rajah 6 menunjukkan Reka Bentuk Antara Muka Bagi Mengemaskini Status Ketersediaan.

Rajah 6 Reka Bentuk Antara Muka Bagi Mengemaskini Status Ketersediaan. 6 KESIMPULAN Aplikasi ini berpotensi untuk menjadi aplikasi yang dapat membantu paramedik dan doktor pakar dalam memberi rawatan kecemasan secara tepat, efektif dan cepat kepada pesakit. Namun wujudnya kekurangan pada aplikasi ini diharap dapat diperbaiki dan dipertingkat kualitinya pada masa depan. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan ialah dengan meningkatkan penggunaan aplikasi yang tidak terhad hanya kepada telefon mudah alih yang memiliki sistem pengoperasian Android sahaja. Ini dapat meningkatkan variasi dan membuka skop yang lebih luas dan memanfaatkan lebih ramai pengguna yang mahu mengguna aplikasi ini tetapi memiliki sistem pengoperasian telefon mudah alih lain contohnya seperti ios. 7 PENGHARGAAN Kami mengucapkan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah membiayai projek ini di bawah Geran Arus Perdana UKM (AP-2017-007-2). RUJUKAN Nursing College Malaysia. 2015. Video Technologies, Privacy in Public, and the Right to Record Vijay. 2013. RAD Model. https://testingtypes.wordpress.com/tag/cutover-phase/