BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Similar documents
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS* TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Study of Distributed Coordination Function (DCF) and Enhanced DCF (EDCF) in IEEE MAC Protocols for Multimedia Applications.

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

SMART BODY MONITORING SYSTEM MOHAMAD KASYFUL AZIM BIN AHMAD

BORANG PANGESAHAII STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

DEVELOPMENT OF VENDING MACHINE WITH PREPAID PAYMENT METHOD AMAR SAFUAN BIN ALYUSI

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

Performance of Real Time Traffic In The Ethernet And WLAN Using TCP And UDP Protocols. Punitha Subbramaniam

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

PERFORMANCE ANALYSIS OF VIDEO TRANSMISSION OVER IEEE ARCHITECTURE NOOR HURUL-AIN BINTI MOHAMAD

SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER SECARA ATAS TALIAN DI FSKSM AHMAD FARIZ B ABD RAHIM

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

SMART PARKING SYSTEM USING LABVIEW MUHAMMAD NAZIR BIN MAT ISA

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

SESSION BASED ACTIVITY MONITORING APPLICATION FOR ANDROID TAN LEIK HO

VIDEO DISTORTION MEASUREMENT USING PSNR IN WAVELET DOMAIN MOK YUNG LENG

PROTOTYPE OF POWER LINE INTERFACE SOCKET USING EMBEDDED CONTROLLER FOR DATA ACQUISITION AND CONTROL. LAI CHING HUAT

DESIGN ANALYSIS OF EXTERIOR CAR BODY PART BASTIAN WIBAR BIN MOMANG

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SISTEM PEMERHATIAN SMARTTRACK BAGI TELEFON GPS DAN KEKOTAK PENJEJAKAN YEE JIA WEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

ZIGBEE-BASED SMART HOME SYSTEM NURUL ILMI BINTI OMAR

: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (SAINS KOMPUTER) : FALKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

PERFORMANCE EVALUATION OF LEACH PROTOCOL FOR WIRELESS SENSOR NETWORKS USING NS2 MUHAMAD FAIZ BIN RAMDZAN

SISTEM PENGURUSAN DAN PENEMPAHAN KELAS MEMANDU BERASASKAN WEB DAN SISTEM PESANAN RINGKAS NURUL AIN BINTI ARIFFIN

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

PREDICTION OF SURFACE ROUGHNESS IN TURNING OPERATION OF LOW CARBON STEEL AISI 1018 FAKHRUR RAZI BIN BAHRIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

LOW COST MP3 PLAYER USING SD CARD KHAIRIL AMRI BIN MUHAMAD UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SISTEM KESELAMATAN PENGHANTARAN FAIL MENGGUNAKAN TEKNIK KRIPTOGRAFI DAN STEGANOGRAFI SATHIAPRIYA A/P RAMIAH

KELAS MAYA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PENGARUSAN VIDEO LIEW SHAW CHIN

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

HOME APPLIANCES MONITORING AND CONTROL USING SMARTPHONE APPLICATION AHMAD DANIAL BIN AHMAD NAZRI

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

DEVELOPMENT OF HOME ENERGY MANAGEMENT SYSTEM (HEMS) CHEA MENG HUAT UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

ANALISA PERPINDAHAN DATA MODEL SURFACE DI ANTARA PLATFOM CAD YANG BERBEZA ASFAEZUDDIN BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL BERASASKAN WEB DAN PDA (COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM)

SISTEM PENGHANTARAN MESEJ SEGERA PELBAGAI PELANTAR BERASASKAN JAVA SAZARUL IZAM BIN MD SAAD. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

PROJECT TITLE JARIPAH BINTI ADZHAR

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2)short answers and TWO (2) structured essays. Answer ALL questions.

SISTEM E-RELOAD SOLEHA BINTI SALLEH

7 I I, BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS* SESI PENGAnAN: 2012 I Saya MOHD FARID BIN MOHD YUSOF (B )

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]


DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UPGRADE FMS200: SHAFT SUPPLY MODULE THOUGH HUMAN MACHINE INTERFACE LEE HO CHUNG

Pengaturcaraan web ASP.NET. Sinopsis:

SISTEM PENGURUSAN JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ 9, UTM BERASASKAN WEB NILAM NUR BINTI AMIR SJARIF

EDUCATION PATH SYSTEM MOHD ZULHAFIZ BIN HUSSIN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

AUTO SILENT MODE FOR ANDROID SMARTPHONES MUHAMMAD AZLAN SHAHARIMAN BIN AHMAD

THE DEVELOPMENT OF MODULAR PRODUCT DESIGN: FOLDABLE CHAIR

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

Dedikasi Osman Bin Shariman & Norbi Binti Hassan Muhammad Hanis Osman Shar Mariam Muhammad

HOME APPLIANCE CONTROL SYSTEM TAN WEI SYE

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAILOR SYSTEM (TailorSys) (HURUF BESAR)

HOME APPLIANCES AND SECURITY CONTROLLED VIA GSM SYSTEM NUR SYAFIQAH BINTI YUSOP

PART A SULIT (EKT 221) BAHAGIAN A. Answer ALL questions. Question 1. a) Briefly explain the concept of Clock Gating.

AMBULANCE MANAGEMENT SYSTEM

CIRCULAR 2017/02. Dear Valued Members, Warmest greetings from Sara Worldwide Vacations Berhad!

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Transcription:

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : SISTEM INTEGRASI PENGURUSAN PESAKIT : TEMUJANJI, PEMBEDAHAN DAN PENDERMAAN DARAH SESI PENGAJIAN: SEMESTER II SESI 2007 / 2008 Saya HANISAH BINTI SAMID mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Nama Penyelia : KG PT MOHAYAT, 82100, AYER BALOI, PONTIAN, JOHOR. PM MAZLEENA BTE SALLEH Tarikh : 9 MEI 2008 Tarikh : 9 MEI 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer. Tandatangan :. Nama Penyelia : PM MAZLEENA BTE SALLEH Tarikh : 9 MEI 2008

i SISTEM INTEGRASI PENGURUSAN PESAKIT : TEMUJANJI, PEMBEDAHAN DAN PENDERMAAN DARAH HANISAH BINTI SAMID Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia Mei, 2008

ii Saya akui tesis ini yang bertajuk Sistem Integrasi Pengurusan Pesakit : Temujanji, Pembedahan Dan Pendermaan Darah adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan-petikan yang diambil dari mana-mana sumber yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya Tandatangan :... Nama Penulis : HANISAH BINTI SAMID Tarikh : 9 MEI 2008

iii DEDIKASI Dedikasi ini ditujukan khas untuk insan-insan yang dihormati dan dikasihi: Buat Ayah dan Mak tersayang, Jutaan terima kasih yang tak terhingga buat ayah dan mak kerana sentiasa memberikan dorongan dan sokongan yang berterusan kepada Ani. Buat Teman-teman yang disayangi selalu, Saat-saat pertemuan dan setiap kenangan yang tercipta tidak akan Nisa lupakan. Terima kasih kerana sentiasa memberikan tunjuk ajar dan sokongan kepada Nisa selama ini. Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak terlibat yang sentiasa membantu diri ini.

iv PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia-nya, dapatlah saya menyudahkan laporan PSM II ini. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia PSM II saya iaitu, PM Mazleena Salleh atas bimbingan dan tunjuk ajarnya kepada saya dalam menyudahkan laporan ini. Di samping itu, penghargaan juga diberikan kepada para pensyarah dan rakanrakan yang telah banyak membantu dan menyumbang idea serta pendapat yang bernas kepada saya semasa proses penulisan laporan PSM II serta sepanjang pembangunan sistem dilakukan ini. Akhir sekali, tidak lupa juga ucapan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga yang tersayang terutama ibu bapa saya kerana dorongan dan sokongan penuh yang diberikan terhadap saya dalam tempoh menyiapkan laporan ini. Semoga Allah s.w.t. membalas segala jasa dan budi baik yang dicurahkan oleh semua pihak yang terlibat.

v ABSTRAK Sistem pengurusan pesakit di hospital-hospital pada masa kini memerlukan peningkatan pengurusan maklumat pesakit bagi temujanji antara doktor dan pesakit, pendermaan darah dan pembedahan. Projek yang dilaksanakan ini iaitu sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah bertujuan untuk memudahkan pihak pentadbiran hospital dengan meningkatkan tahap pengurusan maklumat pesakit, pengurusan temujanji antara pesakit dengan doktor, pengurusan penempahan bilik pembedahan dan pengurusan maklumat pendermaan darah dengan bantuan teknologi masa kini. Sistem-sistem tersebut digabungkan untuk menjadi satu sistem yang berintegrasi bagi mengelakkan berlakunya pertindihan maklumat pesakit serta memudahkan penyelenggaraan maklumat-maklumat tersebut. Untuk memudahkan capaian kepada maklumat yang tersimpan, teknologi berasaskan web serta SMS telah digunakan. Sistem ini menggunakan metodologi prototaip. Pembangunan sistem ini juga melibatkan penggunaan Microsoft Web Developer 2005 Express Edition dan Microsoft SQL Server 2005. Sistem ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kualiti pengurusan maklumat pesakit di hospital-hospital.

vi ABSTRACT Nowadays, a patient management system in hospital are need to be upgrade and increase the management quality in appointment between doctor and patient, blood donation and surgery system to ensure that the patient information are manageable. Patient management system for appointment, operation and blood donation are developed to ease the hospital administration by increasing the level of patient information management, appointment between doctor and patient management, operating theatre booking management and blood donation management with the use of latest technology. Those system are combined and make it as one integrated system to prevent redundancy in patient information and easy maintenance. To make sure that the information retrieval can be achieved, this system is developed with web-based design and supported with SMS technology. This system is using the prototyping methodology. The system development is using Microsoft Web Developer 2005 Express Edition and Microsoft SQL Server 2005. Hopefully, the development of this system can provide functionality to improve a quality level of management in patient information at hospital.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI ISTILAH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xi xii xv xvi xvii BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Matlamat 3 1.4 Objektif 4 1.5 Skop 4

viii 1.6 Kepentingan Projek 5 1.7 Ringkasan 7 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 8 2.2 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 9 2.2.1 Temujanji Antara Doktor dan Pesakit 9 2.2.2 Pendermaan Darah 10 2.2.3 Pembedahan 15 2.3 Analisis Masalah Terhadap Sistem sedia Ada 17 2.3.1 Temujanji Antara Doktor dan Pesakit 17 2.3.2 Integrasi Antara Sistem 17 2.4 Kajian Terhadap Teknologi Yang Digunakan 18 2.4.1 Internet 18 2.4.2 HyperText Transfer Protocol (HTTP) 18 2.4.3 Internet Information Service(IIS) 19 2.4.4 Microsoft SQL Server 2005 19 2.4.5 Microsoft Visual Web Developer 2005 Express Edition 20 2.4.6 Modem GSM 20 2.4.7 Short Messaging Service (SMS) 21 2.5 Ringkasan 21 BAB 3 METODOLOGI PROJEK 3.1 Pengenalan 22 3.2 Metodologi Prototaip 23 3.3 Kaedah Unified Modeling Language (UML) 26

ix 3.4 Keperluan Perkakasan dan Perisian 27 3.4.1 Spesifikasi Perkakasan 27 3.4.2 Spesifikasi Perisian 28 3.4.3 Short Message Service (SMS) 30 3.5 Ringkasan 30 BAB 4 REKABENTUK SISTEM 4.1 Pengenalan 31 4.2 Rekabentuk Rangkaian Sistem 32 4.3 Rekabentuk Senibina Sistem 33 4.4 Rajah Kes Guna 34 4.4.1 Takrifan Bagi Aktor Sistem 34 4.4.2 Takrifan Bagi Kes Guna Sistem 37 4.5 Rajah Jujukan 40 4.6 Rekabentuk Pangkalan Data 40 4.7 Rekabentuk Antaramuka 43 4.7.1 Rekabentuk Input 43 4.7.2 Rekabentuk Output 44 4.8 Ringkasan 45 BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 5.1 Pengenalan 46 5.2 Implementasi 47 5.2.1 Implementasi Bahagian Pentadbiran Sistem 47 5.2.1.1 Operasi Penambahan, Pengemaskinian dan Penghapusan Maklumat 48 5.3 Implementasi Bahagian SMS 51

x 5.4 Implementasi Sistem Temujanji Antara Doktor dan Pesakit 53 5.5 Implementasi Sistem Pendermaan Darah 58 5.6 Implementasi Sistem Pembedahan 60 5.7 Pengujian Terhadap Sistem 63 5.7.1 Pengujian Terhadap Pangkalan Data 63 5.7.2 Pengujian Terhadap Input Dan Output Sistem. 64 5.7.3 Pengujian Integrasi Unit 66 5.8 Rumusan 67 BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 6.1 Pengenalan 68 6.2 Pencapaian 69 6.2.1 Kebaikan Sistem 70 6.3 Kelemahan Sistem 71 6.4 Cadangan Pembaikan 71 6.5 Ringkasan 72 RUJUKAN 73

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Kumpulan Darah ABO 10 2.2 Pemilihan Kesesuaian Darah Untuk Tujuan Pemindahan Darah 11 3.1 Spesifikasi Perkakasan Peralatan Komputer 28 3.2 Spesifikasi Perkakasan Untuk Fungsi SMS 28 3.3 Spesifikasi Perisian 29 4.1 Takrifan Aktor Bagi Proses Temujanji 35 4.2 Takrifan Aktor Bagi Proses Pendermaan Darah 36 4.3 Takrifan Aktor Bagi Proses Pembedahan 36 4.4 Takrifan Kes Gunaan Sistem Bagi Temujanji 37 4.5 Takrifan Kes Gunaan Sistem Bagi Pendermaan Darah 38 4.6 Takrifan Kes Gunaan Sistem Bagi Pembedahan 39 4.7 Spesifikasi Input Pengguna 44 4.8 Spesifikasi Output Pengguna 44

xii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Carta Alir Proses Temujanji Antara Pesakit Dan Doktor 9 2.2 Proses Pendermaan Darah 12 2.3 Sistem Maklumat Penderma Darah Secara Atas Talian 13 2.4 Borang Pendaftaran Sebagai Penderma Darah 13 2.5 Proses Pemindahan Darah 14 2.6 Proses Sebelum Dan Selepas Pembedahan 16 3.1 Aliran Senibina Model Prototaip 24 4.1 Rekabentuk Rangkaian Sistem 32 4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 33 4.3 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Integrasi Antara Temujanji Dan Pembedahan 41 4.4 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Temujanji 41 4.5 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Pendermaan Darah 42 4.6 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Pembedahan 42 5.1 Keratan Antaramuka Log Masuk 47 5.2 Keratan Kod Aturcara Bagi Log Masuk 48 5.3 Antaramuka Laman Utama Bagi Pentadbir 48 5.4 Antaramuka Paparan Utama Pengguna Sistem 49 5.5 Antaramuka Paparan Maklumat Pengguna Sistem 49 5.6 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Penambahan 50 5.7 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Pengemaskinian 50 5.8 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Penghapusan 51

xiii 5.9 Keratan Kod Aturcara Bagi SMS 52 5.10 Antaramuka Bagi Doktor Untuk Menetapkan Jadual Waktu 53 5.11 Antaramuka Bagi Paparan Temujanji 53 5.12 Antaramuka Untuk Pengesahan Temujanji 54 5.13 Antaramuka Untuk Pengesahan Temujanji Melalui SMS Peringatan 54 5.14 Antaramuka Bagi Senarai Pesakit 55 5.15 Antaramuka Bagi Maklumat Pesakit 55 5.16 Antaramuka Bagi Status Pesakit 56 5.17 Antaramuka Untuk Membuat Temujanji 56 5.18 Antaramuka Pengisian Maklumat Temujanji 57 5.19 Antaramuka Bagi Maklumat Temujanji 57 5.20 Antaramuka Bagi Pemberitahuan Temujanji Baru Melalui SMS Peringatan 57 5.21 Antaramuka Borang Pengisian Maklumat Penderma Darah 58 5.22 Antaramuka Carian Darah 59 5.23 Antaramuka Paparan Maklumat Penderma Darah 59 5.24 Antaramuka Paparan Maklumat Terperinci Penderma Darah 60 5.25 Antaramuka Tempahan Bilik Pembedahan 61 5.26 Antaramuka Pemberitahuan Pembedahan Baru Melalui SMS Peringatan 61 5.27 Antaramuka Paparan Tempahan Bilik Pembedahan 62 5.28 Antaramuka Pemberitahuan Pembatalan Pembedahan Melalui SMS Peringatan 62 5.29 Ralat Pada Pangkalan Data 63 5.30 Keratan Kod Aturcara Untuk Capaian Ke Pangkalan Data 64 5.31 Mesej Ralat Pada Log Masuk 64

xiv 5.32 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Tidak Menepati Format 65 5.33 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Tidak Lengkap 65 5.34 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Katalaluan Berbeza 66 5.35 Contoh Ralat Pada Pengintegrasian Unit 66

xv SENARAI SINGKATAN ASP - Active Server Pages FTP - File Transfer Protocol GSM - Global Standard Mobile HTTP - Hypertext Transfer Protocol ID - Identification IIS - Internet Information Service ISDN - Integrated Services Digital Network LAN - Local Area Network OT - Operating Theatre PC - Personal Computer POC - Point Of Care PCMCIA - Personal Computer Memory Card Association RAD - Rapid Application Development RFC - Request For Comment RFID - Radio Frequency Identification SMS - Short Messaging Service SQL - Structure Query Language TCP/IP - Transmission Control Protocol/Internet Protocol UML - Unified Modeling Language USB - Universal Serial Bus

xvi SENARAI ISTILAH Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Aktor - Actor Bilik Pembedahan - Operating Theatre (OT) Kata Laluan - Password Kebenaran - Admission Kes Gunaan - Use Case Khidmat Pesanan Ringkas - Short Messaging Service Komputer Peribadi - Personal Computer Komputer Riba - Laptop Computer Laluan - Gateway Nama Pengguna - Username Peralatan luaran - External Device Protokol - Protocol Sistem Kumpulan Darah - Blood Group System Validasi - Validation Verifikasi - Verification

xvii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT A Carta Gantt Projek I 75 B Carta Gantt Projek II 77 C Rajah Kes Gunaan 79 D Rajah Jujukan 84 E Rekabentuk Pangkalan Data 88 F Manual Pengguna 93

BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pengenalan Secara umumnya, hospital boleh didefinisikan sebagai sebuah institusi perubatan yang memberikan kemudahan seperti rawatan perubatan, rawatan diagnostik dan perkhidmatan pembedahan seperti penjagaan perubatan serta rawatan kepada pesakit yang menghidapi penyakit serta mengalami kecederaan dan dipantau oleh doktor dan jururawat yang terlibat. Bagi memastikan proses rawatan berjalan dengan lancar, doktor dan jururawat adalah antara pihak yang memainkan peranan utama dalam memastikan para pesakit menerima segala keperluan dan rawatan yang sepatutnya. Dalam memberikan perkhidmatan kepada setiap pesakit yang berkunjung ke hospital setiap hari dengan kapasiti pengunjung yang tinggi, adakalanya perkhidmatan kepada pesakit adalah terhad. Oleh itu, pesakit perlu berada di dalam senarai menunggu untuk diberikan rawatan. Antara aktiviti yang melibatkan penggunaan

2 senarai menunggu pesakit ini adalah proses membuat temujanji antara doktor dan pesakit, pembedahan dan pendermaan darah. Dalam era pembangunan teknologi pengkomputeran yang pesat, penggunaan komputer secara maksima dapat dilihat sebagai satu alat yang sangat membantu pengurusan pihak hospital dalam menguruskan maklumat-maklumat pesakit tersebut. Ini kerana, penggunaan komputer mampu meningkatkan kualiti dan kecekapan pengurusan penyimpanan maklumat pesakit serta adanya bantuan teknologi yang lain seperti penggunaan SMS. Oleh itu, pembangunan sistem ini amat diperlukan bagi melancarkan pengurusan maklumat pesakit dan mengurangkan masalah yang dihadapi. 1.2 Latar Belakang Masalah Dewasa ini, salah satu masalah yang dapat dilihat di hospital-hospital adalah sistem pengurusan pesakit yang sedia ada, dikecilkan skopnya kepada temujanji antara doktor dan pesakit, pembedahan dan pendermaan darah. Merujuk kepada proses temujanji antara doktor dan pesakit, sistem temujanji yang dipraktikkan pada masa kini adalah secara manual di mana pesakit perlu hadir ke hospital atau membuat panggilan terlebih dahulu untuk membuat temujanji dengan doktor dan doktor pula kadangkala menerima pesakit yang ramai dalam sehari. Sebuah sistem temujanji perlu dibangunkan bagi membantu urusan temujanji antara doktor dan pesakit agar bertambah baik dengan adanya bantuan teknologi masa kini. Selain itu, sistem tempahan bilik pembedahan sedia ada menggunakan talian telefon sebagai alat perhubungan utama untuk menghubungi pakar bedah bagi

3 memaklumkan sesi pembedahan yang akan dilakukan. Memandangkan wujudnya pelbagai teknologi yang boleh digunakan selain telefon seperti teknologi Internet dan SMS, ini dapat dilihat sebagai satu cara alternatif mengurangkan kos penggunaan talian telefon. Tambahan pula, sistem-sistem sedia ada bagi temujanji antara doktor dan pesakit, tempahan bilik pembedahan dan pengurusan bank darah hospital tidak melibatkan integrasi di antara sistem tersebut. Sistem sedia ada memerlukan setiap pengguna mendapatkan maklumat secara manual iaitu menelefon atau berjumpa dengan pihak terlibat. Contohnya, bagi pihak doktor yang ingin melihat maklumat pesakitnya yang akan melalui pembedahan perlu menghubungi dahulu pihak yang terlibat dalam urusan tempahan bilik pembedahan dan sekiranya operasi pembedahan melibatkan permintaan bekalan darah dari bank darah hospital, urusan dilakukan dengan melakukan pengisian borang tertentu untuk mendapatkan bekalan darah yang diperlukan. Oleh kerana sistem-sistem tersebut saling tidak berintegrasi, maka terdapat kemungkinan akan berlaku pertindihan maklumat pesakit. Oleh itu, sebuah sistem yang dapat memudahkan pengurusan bukan sahaja untuk urusan temujanji antara doktor dan pesakit malahan meningkatkan kualiti pengurusan maklumat-maklumat berkaitan tempahan bilik pembedahan serta bank darah hospital. 1.3 Matlamat Projek Sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah menekankan konsep integrasi iaitu gabungan sistem-sistem di mana

4 setiap sistem mampu berkomunikasi di antara satu sama lain untuk memperoleh maklumat yang dikehendaki. Matlamat utama telah dicapai semasa proses pembangunan sistem ini iaitu membangunkan sistem pengurusan pesakit yang berintegrasi antara temujanji, pembedahan dan pendermaan darah. 1.4 Objektif Projek Terdapat tiga objektif utama bagi projek yang telah dibangunkan iaitu: i. Mengkaji dan mengenalpasti masalah sistem pengurusan pesakit sedia ada. ii. Merekabentuk sistem yang merangkumi temujanji, tempahan bilik pembedahan dan pengurusan bank darah. iii. Membangunkan sistem pengurusan pesakit yang berintegrasi. 1.5 Skop Projek Skop bagi projek ini adalah seperti berikut : i. Sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah ini adalah berasaskan web.

5 ii. Sistem ini hanya boleh dicapai oleh pengguna yang terlibat iaitu pentadbir, doktor, jururawat, pakar bedah, penyelaras tempahan bilik pembedahan, staf pendermaan darah dan pesakit. iii. Sistem ini memberi fokus kepada proses temujanji antara doktor dan pesakit, urusan tempahan bilik pembedahan dan pengurusan bank darah sahaja. iv. Hanya sistem temujanji dan tempahan bilik pembedahan sahaja yang saling berintegrasi. v. Teknologi SMS turut digunakan dalam sistem ini di mana hanya melibatkan penghantaran SMS peringatan secara automatik melalui sistem tersebut. vi. Paparan terbaik bagi sistem ini adalah menggunakan pelayar Internet Explorer. 1.6 Kepentingan Projek Pembangunan sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah ini adalah perlu bagi memudahkan dan meningkatkan kualiti pengurusan senarai menunggu pesakit di hospital-hospital pada masa hadapan. Sistem ini dibangunkan secara berasaskan web dengan tujuan untuk memudahkan capaian oleh pengguna-pengguna terlibat iaitu pihak doktor, jururawat, pakar bedah, penyelaras bilik pembedahan, staf pendermaan darah dan pesakit berdaftar secara pantas.

6 Sistem ini juga mengintegrasikan sistem temujanji antara doktor dan pesakit, sistem tempahan bilik pembedahan serta sistem pendermaan darah. Ini mengelakkan berlakunya pertindihan maklumat-maklumat kerana hanya satu pangkalan data sahaja yang digunakan. Bagi proses temujanji di antara doktor dan pesakit, sistem ini menyediakan fungsi di mana pihak doktor atau jururawat boleh melakukan proses memapar, menambah, mengemaskini semula, menghapus serta carian maklumat pesakit. Selain itu, pihak doktor boleh melihat maklumat pesakit yang akan melalui pembedahan. Senarai maklumat temujanji juga boleh dilihat, diubah atau dibatalkan. Bagi pesakit pula, mereka boleh melakukan proses memapar maklumat mereka serta maklumat temujanji yang perlu dihadiri. Sistem ini turut membenarkan pesakit untuk membuat temujanji baru dengan membuat pilihan doktor dan melihat serta membuat tempahan berdasarkan kekosongan masa pada jadual waktu bagi doktor yang dipilih. Setelah itu, pilihan yang telah dilakukan akan disahkan oleh doktor berkenaan samada diterima atau tidak. Terdapat fungsi penghantaran SMS secara automatik kepada pihak doktor atau pesakit untuk tujuan pemberitahuan temujanji. Bagi proses tempahan bilik pembedahan pula, pihak penyelaras bilik tempahan boleh melakukan tempahan bilik pembedahan, mengubah dan membatalkan tempahan tersebut. Penghantaran SMS pembatalan atau perubahan pembedahan kepada pihak pakar bedah adalah secara automatik melalui sistem ini. Selain itu, pihak pakar bedah turut boleh melihat maklumat jadual pembedahan yang akan dijalankan atau sekiranya terdapat perubahan atau pembatalan pembedahan yang telah ditetapkan.

7 Bagi pengurusan bank darah hospital pula, sistem ini membenarkan staf pendermaan darah mengisi maklumat bagi penderma darah baru. Maklumat darah yang diterima akan dimasukkan ke dalam pangkalan data bank darah hospital. Selain itu, carian maklumat bank darah boleh dilakukan berdasarkan jenis darah. Carian maklumat penderma darah yang lebih terperinci berdasarkan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh bagi pendermaan terakhir yang dibuat juga boleh dilakukan 1.7 Ringkasan Kesimpulannya, pembangunan sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah ini memberikan banyak kebaikan dan kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak hospital. Bab 1 menerangkan masalah dalam sistem sedia ada, matlamat, skop dan objektif sistem. Kajian dan analisis masalah yang wujud dalam sistem sedia ada serta ringkasan penggunaan teknologi dan perisian yang digunakan akan dikupas pada Bab 2. Bab 3 pula membincangkan metodologi yang dipilih iaitu metodologi prototaip serta spesifikasi perkakasan dan perisian yang terlibat untuk membangunkan sistem ini. Seterusnya, Bab 4 menghurai secara terperinci rekabentuk-rekabentuk yang terlibat serta huraian maksud tentang rajah kes guna dan rajah jujukan bagi menerangkan interaksi di antara pengguna dan sistem ini. Selain itu, Bab 5 pula membincangkan implimentasi iaitu penerangan secara menyeluruh mengenai bahagian-bahagian dalam sistem serta pengujian-pengujian yang telah dilakukan pada sistem. Akhir sekali, perbincangan serta kesimpulan mengenai pencapaian yang diperoleh, kebaikan dan kelemahan yang terdapat pada sistem serta cadangan pembaikan yang boleh dilakukan akan diterangkan pada Bab 6.

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Bab ini akan membincangkan topik-topik yang berkaitan berdasarkan kajiankajian yang telah dilakukan sebelum pelaksanaan pembangunan sistem. Ia termasuklah kajian terhadap sistem sedia ada, teknologi atau teknik yang terlibat serta perisianperisian aplikasi yang digunakan dalam pembangunan sistem. Pertama sekali, perbincangan tertumpu kepada kajian terhadap sistem pengurusan pesakit sedia ada meliputi proses temujanji antara doktor dan pesakit, pendermaan darah dan pembedahan sebelum sistem yang baru dibangunkan. Bab ini juga akan membincangkan perisian-perisian yang terlibat dalam proses pembangunan sistem ini seperti Internet Information Server (IIS), Microsoft SQL Server 2005, Microsoft Web Developer 2005 Express Edition, Modem GSM, Short Messaging Service (SMS).

9 2.2 Kajian Terhadap Sistem sedia Ada Secara umumnya, masalah yang wujud dalam pengurusan senarai menunggu pesakit bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan masalah ini turut diberi perhatian di seluruh dunia. Kajian terhadap sistem sedia ada memberi fokus kepada contoh-contoh kajian tentang masalah pengurusan senarai menunggu pesakit yang telah dilakukan merangkumi proses temujanji antara doktor dan pesakit, tempahan bilik pembedahan dan pendermaan darah. 2.2.1 Temujanji Antara Doktor dan Pesakit Temujanji boleh ditakrifkan sebagai masa peruntukan untuk sesuatu perkara contohnya untuk proses rawatan antara doktor dan pesakit pada masa tertentu. Rajah 2.1 merupakan carta alir bagi temujanji antara pesakit dan doktor secara umum di hospital-hospital. Pesakit membuat panggilan untuk temujanji Pihak pengurusan menentukan tarikh temujanji Pesakit daftar masuk Pesakit daftar keluar Pesakit berjumpa doktor Jururawat membawa pesakit ke bilik temujanji Rajah 2.1 Carta Alir Temujanji Antara Pesakit Dan Doktor

10 2.2.2 Pendermaan Darah Darah secara umumnya adalah cecair merah yang mengalir pada arteri dan vena dalam tubuh badan yang membawa oksigen dan karbon dioksida daripada tisu badan. Jenis darah atau kumpulan darah pula adalah pengklasifikasian darah berdasarkan kepada kehadiran bahan antigen perwarisan pada permukaan sel darah merah yang mungkin mengandungi protien, karbohidrat dan glikoprotien. Sistem kumpulan darah terbentuk daripada kehadiran beberapa antigen. Jenis darah ditentukan sebahagiannya berdasarkan antigen kumpulan darah ABO yang hadir pada sel darah merah. Jadual 2.1 menunjukkan jenis-jenis darah dalam sistem kumpulan darah ABO [1]. Jadual 2.1 Kumpulan Darah ABO Kumpulan Darah Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan AB Kumpulan O Jenis sel darah merah A B AB O Antibodi Anti-B Anti-A - Anti-A dan Anti-B Antigen Antigen A Antigen B Antigen A dan B - Pendermaan darah adalah satu proses di mana penderma darah dengan sukarela mendermakan darahnya untuk tujuan pengumpulan dan simpanan bekalan darah di bank darah hospital yang kemudiannya digunakan untuk proses pemindahan darah kepada pesakit yang memerlukan.

11 Jadual 2.2 menunjukkan pemilihan kesesuaian darah mengikut jenis darah pesakit tersebut [2]. Jadual 2.2 Pemilihan Kesesuaian Darah Untuk Pemindahan Darah KUMPULAN DARAH PENDERMA O A B AB KMUPULAN DARAH PESAKIT O - - - A - - B - - AB Proses pendermaan darah secara umumnya melibatkan beberapa fasa iaitu pendaftaran, temubual perubatan, pemeriksaan mini fizikal, pendermaan darah dan penyegaran dan istirehat. Rajah 2.2 menunjukkan proses aliran setiap fasa bagi proses pendermaan darah [3].

12 Pendaftaran Temubual perubatan Pemeriksaan mini fizikal Pendermaan darah Penyegaran dan istirehat Rajah 2.2 Proses Pendermaan Darah Merujuk pada Rajah 2.2, bagi fasa pendaftaran, penderma perlu mengisi maklumat diri di dalam borang pendaftaran. Seterusnya, temubual dilakukan oleh staf yang bertugas untuk melihat sejarah perubatan penderma. Untuk fasa berikutnya, suhu, denyutan nadi dan tekanan darah akan disemak. Kemudian, sampel darah akan diambil dan diuji untuk memastikan kandungan zat besi dalam darah adalah mencukupi. Pada fasa pendermaan darah, darah akan diambil dengan anggaran satu pain darah dan dalam fasa seterusnya, penderma darah akan diberi rehat dan sumber makanan untuk menjana semula tenaga akibat kekurangan bekalan darah. Terdapat beberapa contoh sistem sedia ada yang telah diambil bagi proses pendermaan darah. Rajah 2.3 menunjukkan sistem maklumat penderma darah secara atas talian [4].

13 Rajah 2.3 Proses Carian Jenis Darah Di Bank Barah Sistem Maklumat Penderma Darah Secara Atas Talian adalah contoh sistem bank darah di Tripura, India yang membenarkan carian jenis kumpulan darah di daerah yang diingini. Sistem ini akan memaparkan maklumat penderma darah berdasarkan pilihan kumpulan darah dan daerah. Rajah 2.4 Borang Pendaftaran Sebagai Penderma Darah Baru Secara Atas Talian

14 Rajah 2.4 menunjukkan borang pendaftaran sebagai penderma darah baru secara atas talian yang boleh didapati menerusi laman web American Red Cross [3]. Selepas pendaftaran, penderma darah boleh memilih pusat derma darah bagi menentukan lokasi serta masa temujanji untuk pendermaan darah. Rajah 2.5 pula menunjukkan penggunaan teknologi RFID bagi proses pemindahan darah [5]. Rajah 2.5 Proses Pemindahan Darah Teknologi RFID adalah antara teknologi terkini yang digunakan dalam proses pendermaan dan pemindahan darah. Penggunaan teknologi RFID ini dapat mengurangkan kesilapan semasa proses pemindahan darah. Beberapa contoh kesilapan yang sering terjadi adalah kesilapan semakan kesesuaian jenis darah di bank darah, kesilapan staf bertugas kerana melakukan banyak tugas pada satu masa dan kesilapan melabel disebabkan beberapa faktor seperti pesakit mempunyai nama yang hampir sama dan dalam keadaan tergesa-gesa. Penggunaan borang yang banyak dan semakan secara manual turut menyumbang kepada berlakunya kesilapan. Teknologi ini menggunakan tag RFID 13.56 MHz yang diletakkan pada pergelangan tangan pesakit dan beg darah. Keseluruhan hospital pula menggunakan

15 rangkaian tanpa wayar. Peralatan yang terlibat adalah komputer peribadi, komputer riba dan PDA. Untuk proses pendermaan darah, apabila penderma darah memasuki wad, maklumat seperti nombor ID dan jenis darah direkod ke dalam sistem komputer dan meletakkan tag RFID pada pergelangan tangan. Kemudian penderma darah, memasuki tempat menderma darah di mana terdapat troli yang mengandungi mobil Point-Of-Care (POC) yang menggunakan komputer riba teknologi tanpa wayar 1.7 GHz, pembaca RFID tanpa wayar dan PDA. Sebelum pendermaan darah, staf bertugas akan membaca maklumat penderma darah menggunakan pembaca RFID. Maklumat penderma darah tersebut dipindahkan ke tag beg darah. Apabila pendermaan darah selesai, staf bertugas memeriksa dan membandingkan semula maklumat beg darah dan tag RFID penderma darah. Kemudian beg darah tersebut disimpan di bank darah hospital. Apabila darah penderma diperlukan untuk pemindahan darah, beg darah tersebut dibawa kepada pesakit yang memerlukan dan disahkan kesesuaiannya menggunakan pembaca PDA 520 MHz. Jika kesemua maklumat bersesuaian, proses pemindahan darah dilakukan. 2.2.3 Pembedahan Pembedahan boleh ditakrifkan sebagai salah satu cabang rawatan perubatan bagi kecederaan atau gangguan fungsi tubuh dengan melakukan pemotongan, manipulasi atau pengubahan organ tubuh samada menggunakan tangan atau dengan peralatan. Dalam erti kata lain, prosedur pembedahan yang telah dijadualkan adalah seseorang yang diletakkan di bilik pembedahan dengan kelengkapan peralatan untuk pembedahan dan dalam keadaan bawah sedar. Kebenaran untuk pembedahan tidak

16 diperlukan jika keputusan pembedahan dibuat oleh pakar bedah adalah dalam tempoh 24 jam. Sebelum pesakit memerlukan pembedahan, terdapat beberapa proses yang perlu dilalui. Rajah 2.6 menunjukkan carta alir pesakit sebelum dan selepas pembedahan [7]. Pra-pendaftaran dan ujian kebenaran masuk Sebelum pembedahan Semasa pembedahan Pulang ke rumah Proses penyembuhan Selepas pembedahan Rajah 2.6 Proses Sebelum Dan Selepas Pembedahan Proses ini bermula dengan pra-pendaftaran di mana pesakit perlu membawa kad insuran atau borang berkaitan. Seterusnya, setelah jadual pembedahan ditentukan oleh doktor, pesakit perlu menjalani ujian kebenaran untuk pembedahan. Semua ujian diagnostik perlu diselesaikan sebelum jadual pembedahan yang telah ditentukan. Sehari sebelum pembedahan dijalankan, pesakit perlu mengikut panduanpanduan sebelum pembedahan seperti menjaga pemakanan dan tidak merokok. Seterusnya, sebelum pembedahan dilakukan pesakit perlu menandatangani borang kebenaran untuk menjalani pembedahan. Selepas pembedahan dijalankan, pesakit akan diberi rawatan pemulihan dan akan dibenarkan pulang apabila pesakit telah pulih dari pembedahan yang dilakukan. Merujuk kepada penggunaan bilik pembedahan, kebanyakan hospital akan memastikan segala penggunaan sumber berkaitan iaitu mengekalkan pengoperasian

17 bilik pembedahan, pakar bedah dan staf bilik bedah sentiasa ada pada jadual pembedahan yang ditetapkan. Ini penting bagi memastikan masalah menunggu oleh pesakit yang lebih lama dapat diminimakan. 2.3 Analisis Masalah Terhadap Sistem sedia Ada Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas beberapa sistem sedia ada sebelum ini, terdapat kelemahan-kelemahan yang dapat dilihat. 2.3.1 Temujanji Antara Doktor dan Pesakit Masalah utama yang dapat dilihat adalah pada proses temujanji tersebut di mana kadangkala doktor menerima pesakit yang terlalu ramai iaitu pesakit yang telah membuat temujanji serta pesakit yang baru meminta untuk membuat temujanji pada masa itu. Oleh itu, untuk meningkatkan tahap pengurusan temujanji tersebut, sebuah sistem temujanji perlu dibangunkan untuk meningkatkan kualiti pengurusan temujanji antara doktor dan pesakit. 2.3.2 Integrasi Antara Sistem Integrasi antara sistem tidak diwujudkan antara sistem-sistem sedia ada di mana ia sepatutnya lebih memudahkan pengguna untuk mencari maklumat diperlukan tanpa perlu berjumpa dengan pihak yang terlibat.

18 2.4 Kajian Terhadap Teknologi Yang Digunakan Kajian terhadap teknologi yang akan digunakan dan akan dibincangkan termasuklah Internet, hypertext transfer protocol (HTTP), Microsoft SQL Server 2005, Microsoft Visual Web Developer 2005 Express Edition, modem GSM dan short messaging service (SMS). 2.4.1 Internet Internet merupakan kumpulan atau jaringan dari jaringan komputer yang ada di seluruh dunia. Kini, komputer yang dahulunya adalah stand-alone dapat berhubungan dengan komputer-komputer yang lain. Definisi yang lain bagi Internet adalah ia bagaikan sebuah kota elektronik yang sangat besar di mana setiap penduduk memiliki alamat internet yang membenarkan proses pemindahan maklumat dan informasi. Keadaan ini boleh diibaratkan seperti sekiranya penduduk itu ingin mengelilingi kota, cukup dengan menggunakan komputer sebagai kenderaan. Jaringan jalannya tertumpu pada media telekomunikasi. Jalur lambatnya menggunakan line telefon dan jalur cepatnya menggunakan leased line atau ISDN. 2.4.2 HyperText Transfer Protocol (HTTP)

19 HTTP dicipta untuk mencapai halaman web serta menakrifkan beberapa kaedah yang digunakan untuk menguruskan capaian halaman web tersebut. Contoh kaedah adalah seperti GET, HEAD dan DELETE. HTTP merupakan protokol lapisan aplikasi. Ia melalui lapisan pengangkutan, rangkaian dan pautan data sebelum dihantar melalui rangkaian fizikal. 2.4.3 Internet Information Service (IIS) IIS adalah salah satu perisian daripada Microsoft yang disertakan bersama sistem pengoperasian Windows NT, Windows 2000 dan Windows Server 2000. IIS berfungsi sebagai enjin di mana dalam pembangunan sistem ini, IIS digunakan sebagai agen yang menghubungkan Microsoft SQL Server 2005 dengan Microsoft SQL Server. IIS juga turut digunakan sebagai perisian yang menghubungkan sistem dengan pelayar web dan perisian FTP serta pelayan e-mel yang lain pada komputer pengguna. Ia juga membenarkan komputer persendirian untuk menjadi pelayan seperti HTTP dan FTP. Selain itu, pelayan IIS perlu didirikan bagi menyediakan perkhidmatan protokol TCP/IP bagi membenarkan semua jenis perhubungan di antara pelayan SQL dengan komputer peribadi dan telefon bimbit. 2.4.4 Microsoft SQL Server 2005 Microsoft SQL Server 2005 pula adalah pelayan-pelanggan data hubungan yang digunakan dalam pemprosesan transaksi yang berasaskan senibina pelayan-pelanggan iaitu mempunyai komponen front-end (pelanggan) dan back-end (pelayan). Permintaan terhadap pelayan adalah menggunakan SQL.

20 2.4.5 Microsoft Visual Web Developer 2005 Express Edition Microsoft Visual Web Developer 2005 Express Edition merupakan perisian yang memudahkan pembangunan sistem di mana ia menyediakan kemudahan perpustakaan yang besar dan juga membolehkan sistem yang dibangunkan dikompil dan dilarikan. Pembangunan sistem ini yang menggunakan aplikasi ASP.NET dipermudahkan dengan penyediaan alat bantu yang lengkap oleh Microsoft Visual Web Developer 2005 Express Edition. Perisian ini juga turut menyokong pembangunan program yang melibatkan penggunaan telefon bimbit. 2.4.6 Modem GSM Pelayan telefon bimbit yang digunakan adalah modem GSM di mana dalam pembangunan sistem ini, modem GSM yang digunakan adalah telefon bimbit yang menyokong modem di dalamnya. Modem GSM adalah modem tanpa wayar yang berinteraksi dengan rangkaian tanpa wayar GSM yang bertindak seperti modem dial-up di mana modem ini menerima dan menghantar maklumat melalui gelombang radio. Modem GSM terdiri daripada external device atau kad PC atau PCMCIA. Umumnya, modem GSM luaran di sambungkan pada komputer melalui kabel selari atau kabel USB manakala penggunaan kad PC atau PCMCIA adalah untuk komputer riba dengan memasukkannya ke dalam slot kad PC atau PCMCIA pada komputer riba.

21 2.4.7 Short Messaging Service (SMS) SMS atau Khidmat Pesanan Ringkas adalah khidmat pesanan teks yang membenarkan pesanan teks pendek dalam lingkungan 140 hingga 160 nilai panjang karakter untuk dihantar kepada atau diterima semula oleh telefon bimbit. SMS telah diperkenalkan dalam sistem GSM dan disokong penggunaannya oleh semua sistem komunikasi mobil berasaskan digital. Seperti e-mail, pesanan teks disimpan dan dihantar pada pusat SMS. Ini bermakna, mesej teks boleh dihantar kemudian jika telefon bimbit tidak diaktifkan pada masa tersebut. 2.5 Ringkasan Secara keseluruhannya, kajian terhadap sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah ini mempunyai kelemahan-kelemahan yang perlu diatasi. Oleh itu, pelbagai teknik, teknologi serta perisian dikaji kesesuaiannya dan telah digunakan untuk memastikan sistem yang dibangunkan dapat mengatasi masalah tersebut. Setelah kajian terhadap domain, teknologi serta teknik-teknik telah dilakukan, penyelesaian yang dikenalpasti telah dilaksanakan dalam rekabentuk sistem pada babbab seterusnya.

22

BAB 3 METODOLOGI PROJEK 3.1 Pengenalan Bahagian ini menerangkan metodologi yang digunakan dalam proses pembangunan sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah. Umumnya, metodologi adalah keterangan tentang jujukan aktiviti yang membantu menyelesaikan masalah dalam pembangunan sistem atau perisian. Metodologi pembangunan menyediakan satu set teknik, paradigma, peralatan, bahasa pengaturcaraan dan kaedah-kaedah sampingan yang diperlukan untuk menganalisa keperluan sistem dan memodelkan sistem yang dibangunkan. Pemilihan metodologi yang bersesuaian adalah penting agar sistem yang dihasilkan dapat memenuhi kehendak pengguna. Metodologi yang digunakan dalam pembangunan sistem ini adalah metodologi prototaip.

23 3.2 Metodologi Prototaip Sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah ini dibangunkan berdasarkan penggunaan metodologi yang dipilih iaitu Model Prototaip. Terdapat beberapa kelebihan menggunakan model ini iaitu seperti berikut: i. Model Prototaip ini menyokong kepada pembangunan sistem yang dapat memenuhi pelbagai keperluan pengguna yang sukar untuk dikenalpasti. ii. Model ini dapat membantu pembangun sistem mengenalpasti keperluan pengguna yang sentiasa berubah. iii. Model ini dapat menjelaskan keperluan untuk kedua-dua pembangun sistem dan juga pengguna dan ia juga dapat menguji dan menentukan rekabentuk yang sesuai. iv. Kesilapan pada fasa tertentu dalam model tersebut dapat dikenalpasti dengan lebih cepat sebelum seluruh sistem dihasilkan. Ini menjimatkan masa pengujian sistem, melancarkan proses serta meminimakan risiko pembangunan sistem. v. Model ini melibatkan perbincangan antara pembangun sistem dengan pengguna sistem sebelum sistem sebenar dibangunkan bagi memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi keperluan pengguna. Fasa-fasa yang terlibat dalam pembangunan sistem menggunakan pendekatan berstruktur dan metodologi prototaip adalah seperti berikut: i. Fasa Perancangan Projek ii. Fasa Analisa Sistem iii. Fasa Rekabentuk Sistem

24 iv. Fasa Pembangunan Prototaip v. Fasa Pengujian dan Penilaian Prototaip vi. Fasa Implementasi Sistem Rajah 3.1 menunjukkan carta alir bagi senibina model prototaip yang digunakan untuk membangunkan sistem ini. Perancangan Analisis Rekabentuk Pembangunan Prototaip Implementasi Sistem Penilaian Prototaip Sistem yang telah siap Rajah 3.1 Rajah Aliran Senibina Model prototaip i) Fasa Perancangan Dalam fasa perancangan, masalah-masalah yang wujud dalam sistem pengurusan senarai menunggu pesakit sistem sedia ada dikenalpasti. Seterusnya, matlamat, objektif dan skop bagi sistem telah ditentukan. Aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam fasa ini ditunjukkan pada Carta Gantt I di Lampiran A dan penerangan yang lebih lanjut boleh dirujuk kepada bahagian-bahagian pada Bab 1.

25 Pengumpulan maklumat dan kajian dilakukan dalam pelbagai kaedah. Antara kaedah yang digunakan adalah mendapatkan rujukan daripada internet dan lawatan ke hospital-hospital yang berkaitan. ii) Fasa Analisa Dalam fasa ini, keperluan pengguna dan sistem perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Kajian yang dilakukan melibatkan lawatan ke hospital-hospital yang berkaitan dan carian sumber di internet dengan menganalisis sistem sedia ada untuk mendapatkan masalah-masalah asas bagi sistem ini. Seterusnya, spesifikasi keperluan juga dikenalpasti. iii) Fasa Rekabentuk Dalam fasa ini pula, rekabentuk sistem yang mengintegrasikan antara temujanji, pembedahan dan pendermaan darah telah dihasilkan berdasarkan keperluan pengguna yang telah lengkap. Rekabentuk struktur sistem secara kasar telah dihasilkan. Rekebentuk lain seperti rajah kes guna, rajah jujukan, penghasilan antaramuka dan rekabentuk pangkalan data turut dihasilkan. iv) Fasa Pembangunan Prototaip Fasa pembangunan sistem prototaip melibatkan aktiviti rekabentuk sistem prototaip. Ia juga melibatkan aktiviti pengaturcaraan sistem pengurusan secara prototaip. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah bahasa pengaturcaraan C- Sharp.NET di dalam ASP.NET dan pangkalan data dibina menggunakan Microsoft SQL Server 2005 bagi menyimpan jadual-jadual yang berkaitan.

26 v) Fasa Penilaian Prototaip Dalam fasa penilaian prototaip ini, sistem prototaip yang dibina akan diaplikasikan di mana sistem ini akan digunakan serta diuji oleh pengguna sistem. Pengubahsuaian akan dilakukan sehingga menepati kehendak pengguna sekiranya terdapat sebarang masalah yang timbul pada sistem tersebut. vi) Fasa Implementasi Dalam fasa ini, sistem prototaip yang telah diubahsuai dan diperbaiki, digabungkan menjadi sebuah sistem yang lengkap serta perlu menjalani proses validasi dan verifikasi sebelum dihantar dan digunakan oleh pengguna. Aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam fasa ini ditunjukkan pada Carta Gantt II di Lampiran B. 3.3 Kaedah Unified Modeling Language (UML) Dalam proses pembangunan sistem ini, kaedah atau teknik yang digunakan untuk memodelkan sistem adalah UML. UML menggambarkan kelakuan sistem, interaksi antara objek dan juga rekabentuk sesuatu sistem. Selain itu, ia menyediakan notasi-notasi yang mudah difahami dan konsisten. UML mengandungi beberapa elemen grafik yang digabungkan menjadi rajah. Antara rajah-rajah yang terdapat dalam UML adalah seperti berikut:

27 i. Rajah Kes Guna Rajah kes gunaan terdiri daripada aktor dan kes gunaan. Aktor digunakan untuk mewakili pengguna dalam persekitaran sistem manakala kes gunaan digunakan untuk mewakili fungsi-fungsi yang digunakan dalam sistem. ii. Rajah Jujukan Rajah Jujukan digunakan untuk menunjukkan bagaimana sekumpulan objek dalam bahagian sistem berinteraksi dalam jujukan masa tertentu dan menunjukkan mesej yang dihantar dan diterima semula dalam transaksi proses tersebut. Kaedah UML ini akan digunakan dalam Bab 4 iaitu dalam bahagian rekabentuk sistem. 3.4 Keperluan Perkakasan dan Perisian Sebelum sesuatu sistem dibangunkan, analisis terhadap keperluan perkakasan dan perisian perlu dilakukan. Bahagian ini akan membincangkan jenis-jenis perkakasan serta perisian yang akan digunakan dalam membangunkan sistem ini. 3.4.1 Spesifikasi Perkakasan Perkakasan yang sesuai dengan perisian amat penting bagi memastikan perisian yang dipilih dapat berfungsi dengan baik. Senarai bagi spesifikasi perkakasan peralatan

28 komputer adalah seperti dalam Jadual 3.1 manakala senarai spesifikasi perkakasan untuk fungsi SMS ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Jadual 3.1 Spesifikasi Perkakasan Peralatan Komputer Jenis Perkakasan Unit Pemprosesan Pusat (CPU) Ingatan Simpanan Rawak Kapasiti Cakera Keras Papan Kekunci Tetikus Penerangan Spesifikasi Intel Pentium 4 atau lebih 256 RAM atau lebih 40 GB atau lebih Jadual 3.2 Spesifikasi Perkakasan Untuk Fungsi SMS Telefon bimbit Modem GSM Jenis Perkakasan Penerangan Spesifikasi 3.4.2 Spesifikasi Perisian Untuk membangunkan sistem pengurusan pesakit bagi temujanji, pendermaan darah dan pembedahan ini, perisian yang sesuai adalah amat penting bagi memastikan sistem dapat dibangunkan dengan baik. Oleh itu, beberapa jenis perisian yang bersesuaian dipilih dan pemilihan perisian adalah mengikut spesifikasi perisian seperti dalam Jadual 3.3.

29 Jadual 3.3 Spesifikasi Perisian Perisian Microsoft Visual Web Developer 2005 Express Edition Microsoft SQL Server 2005 Internet Information Sevice (IIS) Internet Explorer Microsoft Windows XP Microsoft Office 2003 Microsoft Project 2003 Rational Rose 2000 Enterprise Edition Keperluan Perisian Perisian yang digunakan untuk pembangunan antaramuka sistem serta menyokong aplikasi web ASP.NET. Perisian ini digunakan bagi membina objek-objek seperti jadual, data dalam pangkalan data yang menyimpan data yang dijana oleh sistem. Perisian ini digunakan sebagai agen yang menghubungkan Microsoft SQL Server 2005 dengan Microsoft SQL Server. Digunakan sebagai browser untuk menghasilkan paparan laman web yang lebih baik. Perisian sistem pengoperasian yang mesra pengguna. Perisian ini digunakan untuk menyokong dokumentasi projek dan tesis PSM serta laporan yang perlu. Perisian ini digunakan bagi menjana Carta Gantt iaitu carta yang menunjukkan perancangan kerja yang lebih teliti sepanjang proses pelaksanaan. Perisian ini digunakan untuk melukis rajah kes guna dan rajah jujukan yang diperlukan.

30 3.4.3 Short Message Service (SMS) Selain itu, teknologi SMS turut digunakan bagi membolehkan fungsi penghantaran secara manual dan automatik oleh doktor atau jururawat kepada pesakit yang terlibat. 3.4 Ringkasan Secara ringkasnya, Metodologi Prototaip yang digunakan bagi pembangunan sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah dapat membantu pembangun menghasilkan sistem dengan lebih mudah dan sistematik. Fasa-fasa yang terlibat dalam metodologi ini menerangkan aktiviti yang dilakukan dalam pembangunan sistem ini. Pembangun juga dapat menentukan spesifikasi perkakasan dan perisian yang digunakan bagi menyiapkan projek ini.

BAB 4 REKABENTUK SISTEM 4.1 Pengenalan Bahagian ini menerangkan dan membincangkan rekabentuk-rekabentuk yang terlibat dalam proses pembangunan bagi sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah. Pembangun akan membincangkan tentang rekabentuk sistem yang telah dibangunkan berdasarkan kajian kes pada Bab 2. Bab ini meliputi rekabentuk rangkaian sistem, rekabentuk senibina sistem, rajah kes guna, rajah kes jujukan, rekabentuk pangkalan data dan rekabentuk antaramuka.

32 4.2 Rekabentuk Rangkaian Sistem Rajah 4.1 menunjukkan rekabentuk rangkaian sistem yang terdiri daripada tiga jenis rangkaian iaitu, rangkaian komputer LAN, rangkaian internet dan rangkaian SMS. Bagi rangkaian komputer LAN, komputer peribadi digunakan oleh pihak doktor atau jururawat dan pihak pentadbir. Bagi rangkaian internet, pengguna iaitu pesakit dan penderma darah boleh mengakses terus ke laman web sistem tersebut. Manakala rangkaian SMS pula memerlukan modem GSM untuk memboleh dan membenarkan SMS dihantar kepada pesakit, doktor dan pakar bedah melalui sistem in. Ketiga-tiga rangkaian tersebut bersambung kepada pelayan SQL dan pelayan SQL tersebut terdiri daripada komponen pelayan IIS dan Pengurus SQL Server 2005. Rajah 4.1 Rekabentuk Rangkaian Sistem

33 4.3 Rekabentuk Senibina Sistem Rajah 4.2 menunjukkan struktur rekabentuk senibina sistem yang digunakan dalam sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah. Bagi menghasilkan aplikasi SMS, modem GSM digunakan untuk memboleh dan membenarkan SMS dihantar dan diterima melalui sistem berasaskan web ini. Bagi menghasilkan aplikasi-aplikasi yang digunakan oleh pihak doktor, jururawat dan pesakit. Microsoft Visual Web Developer 2005 Express Edition dengan aplikasi web ASP.NET digunakan untuk melaksanakan pertanyaan-pertanyaan SQL ke atas pangkalan data dengan melalui pengurus SQL Server 2000 terlebih dahulu. Pelayan SQL terdiri daripada gabungan komponen pelayan IIS dan pengurus SQL Server 2005. Pelayan IIS bertindak sebagai pelayan server web kepada internet. Aplikasi-aplikasi Visual Web Developer Microsoft ASP.NET -IIS -TCP/IP Modem GSM -Aplikasi -Pengurus SQL Server 2005 Telefon Bimbit Rajah 4.2 Rekabentuk Senibina Sistem

34 4.4 Rajah Kes Guna Rekabentuk sistem ini memodelkan sistem dalam bentuk rajah kes guna yang terdiri daripada aktor dan kes guna. Secara umumnya, rajah kes guna adalah satu set peristiwa yang menghuraikan interaksi antara pengguna dan sistem yang digunakan untuk menggambarkan perhubungan antara aktor dan kes gunaan. Aktor mewakili pengguna yang akan berinteraksi dengan sistem manakala kes guna pula adalah pandangan luaran sistem mewakili beberapa tindakan yang akan dilakukan oleh pengguna. Rajah kes guna bagi sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah bagi proses temujanji melibatkan empat jenis aktor iaitu pesakit, doktor, jururawat, dan pentadbir. Bagi pendermaan darah pula melibatkan empat jenis aktor juga iaitu perderma darah, doktor, jururawat dan pentadbir. Manakala bagi proses pembedahan pula melibatkan enam jenis aktor iaitu penyelaras tempahan, pengurus OT, pakar bedah, pakar anatesia, pesakit dan pentadbir. Semua rajah kes gunaan tersebut ditunjukkan pada Lampiran C iaitu dari Rajah C1 hingga Rajah C7. Rajah C1 menunjukkan kes guna bagi pentadbir sistem. Rajah C2, Rajah C3 dan Rajah C4 masing-masing menunjukkan kes gunaan bagi pesakit, doktor dan jururawat untuk proses temujanji. Rajah C5 menunjukkan kes guna proses pendermaan darah bagi staff pendermaan darah. Rajah C6 dan Rajah C7 masing-masing menunjukkan kes guna bagi penyelaras tempahan bilik pembedahan dan pakar bedah untuk proses pembedahan. 4.4.1 Takrifan Bagi Aktor Sistem Sistem ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu proses temujanji, pendermaan darah dan pembedahan. Jadual 4.1 menunjukkan takrifan aktor bagi proses temujanji. Terdapat empat aktor yang terlibat iaitu pesakit, doktor, jururawat dan pentadbir.

35 Jadual 4.1 Takrifan Aktor Bagi Proses Temujanji Aktor Pesakit Doktor Penerangan Mewakili pihak pesakit yang ingin membuat, mengubah dan membatalkan temujanji dengan doktor yang berkaitan, memapar maklumat pesakit serta menerima SMS peringatan untuk temujanji. Mewakili pihak doktor yang menguruskan temujanji dengan pesakit. Mereka bertanggunjawab samada mengubah atau membatalkan temujanji yang dibuat oleh pesakit, melihat maklumat pesakit yang berkaitan serta menghantar SMS kepada pesakit. Jururawat Mewakili pihak jururawat yang boleh memapar maklumat pesakit, memapar temujanji serta mengemaskini maklumat pesakit. pentadbir Mewakili pihak pentadbir yang bertanggungjawab untuk memasuk, menghapus serta mengemaskini maklumat doktor dan jururawat. Manakala Jadual 4.2 pula menunjukkan takrifan aktor bagi proses pendermaan darah. Terdapat dua aktor yang terlibat iaitu staf pendermaan darah dan pentadbir.

36 Jadual 4.2 Takrifan Aktor Bagi Proses Pendermaan Darah Aktor Penerangan Staff pendermaan darah Mewakili pihak staf pendermaan darah yang boleh melihat maklumat penderma darah, melihat status bank darah Mewakili pihak pentadbir yang bertanggungjawab untuk mengemaskini maklumat staf pandermaan darah. pentadbir Jadual 4.3 pula menunjukkan takrifan aktor bagi proses pembedahan. Terdapat tiga aktor yang terlibat iaitu penyelaras tempahan, pakar bedah dan pentadbir. Aktor penyelaras tempahan bilik pembedahan Jadual 4.3 Takrifan Aktor Bagi Proses Pembedahan Penerangan Mewakili pihak penyelaras tempahan yang akan menghantar SMS pembedahan serta perubahan dan pembatalan pembedahan, melakukan tempahan bilik pembedahan dan melihat maklumat pembedahan. pakar bedah Mewakili pihak pakar bedah yang akan melihat maklumat pembedahan, membatalkan pembedahan, menerima SMS peringatan pembedahan serta SMS pembatalan dan perubahan pembedahan.

37 pentadbir Mewakili pihak penyelaras tempahan yang akan menghantar SMS pembedahan serta perubahan dan pembatalan pembedahan, melakukan tempahan bilik pembedahan dan melihat maklumat pembedahan. 4.4.2 Takrifan Bagi Kes Guna Sistem Takrifan kes guna sistem bagi proses-proses yang terlibat dalam sistem ini ditunjukkan pada Jadual 4.4, Jadual 4.5 dan Jadual 4.6. Jadual 4.4 menunjukkan takrifan kes guna sistem ditunjukkan bagi proses temujanji. Jadual 4.4 Takrifan Kes Guna Sistem Bagi Temujanji Kes Guna Log masuk Buat temujanji Ubah/batal temujanji Papar maklumat pesakit Terima peringatan SMS temujanji Hantar SMS untuk temujanji Penerangan Kes guna ini meminta pihak pesakit, doktor, jururawat dan pentadbir untuk memasukkan username dan password untuk proses validasi sebelum memasuki sistem. Kes guna ini membenarkan pihak pesakit untuk membuat temuajanji. Kes guna ini membenarkan pihak doktor dan pesakit untuk mengubah atau membatalkan temujanji. Kes guna ini membolehkan pihak doktor dan jururawat untuk memapar maklumat pesakit. Kes guna ini membolehkan pihak pesakit menerima peringatan SMS untuk temujanji. Kes guna ini membolehkan pihak doktor untuk menghantar SMS peringatan untuk temujanji

38 Papar temujanji Mengemaskini maklumat pesakit Mengemaskini maklumat doktor/ jururawat Kes guna ini membolehkan pihak doktor, jururawat dan pesakit untuk memapar kesemua senarai temujanji yang telah dibuat. Kes guna ini membenarkan pihak jururawat untuk mengemaskini maklumat pesakit. Kes guna ini membolehkan pihak pentadbir untuk menambah, menghapus dan mengemaskini maklumat doktor dan jururawat. Jadual 4.5 menunjukkan takrifan kes guna sistem ditunjukkan bagi proses pendermaan darah. Jadual 4.5 Takrifan Kes Guna Sistem Bagi Pendermaan Darah Kes Guna Log masuk Isi maklumat penderma darah kemaskini maklumat penderma darah Mengemaskini maklumat penderma darah melakukan carian jenis darah Penerangan Kes guna ini meminta pihak staf pendermaan darah untuk memasukkan username dan password untuk proses validasi sebelum memasuki sistem. Kes guna ini membolehkan staf pendermaan darah untuk menyemak status terkini bank darah Kes guna ini membolehkan staf pendermaan darah untuk mengemaskini maklumat bank darah. Kes guna ini membenarkan pihak staf pendermaan darah untuk mengemaskini maklumat penderma darah. Kes guna ini membolehkan pihak melakukan carian jenis darah di bank darah hospital.

39 pembedahan. Jadual 4.6 menunjukkan takrifan kes guna sistem ditunjukkan bagi proses Jadual 4.6 Kes Guna Log masuk Tempahan bilik pembedahan Hantar SMS pembedahan serta perubahan dan pembatalan pembedahan Batal pembedahan Papar maklumat pembedahan Terima SMS peringatan pembedahan Terima SMS perubahan/pembatalan pembedahan Mengemaskini maklumat penyelaras tempahan bilik pembedahan dan pakar bedah Takrifan Kes Guna Sistem Bagi Pembedahan Penerangan Kes guna ini membenarkan penyelaras tempahan bilik pembedahan, pakar bedah dan pentadbir untuk log masuk ke dalam sistem. Kes guna ini membolehkan pihak penyelaras tempahan bilik pembedahan untuk melakukan penempahan bilik pembedahan. Kes guna ini membolehkan pihak penyelaras tempahan bilik pembedahan untuk menghantar SMS peringatan untuk pembedahan serta perubahan atau pembatalan pembedahan. Kes guna ini membolehkan pihak penyelaras tempahan bilik pembedahan untuk melakukan pembatalan pembedahan. Kes guna ini membenarkan pihak penyelaras tempahan bilik pembedahan dan pakar bedah untuk memapar maklumat pembedahan. Kes guna ini membolehkan pihak pakar bedah menerima SMS peringatan untuk pembedahan. Kes guna ini membolehkan pihak pakar bedah menerima SMS pembatalan dan perubahan pembedahan. Kes guna ini membolehkan pihak pentadbir untuk mengemaskini maklumat penyelaras tempahan bilik pembedahan dan pakar bedah.

40 4.5 Rajah Jujukan Rajah jujukan menunjukkan bagaimana objek-objek yang mewakili bahagian sistem tertentu berinteraksi antara satu sama lain dalam jujukan masa tertentu Rajah jujukan digunakan untuk menunjukkan pelaksanaan proses yang berlaku ke atas setiap kes guna. Semua rajah jujukan yang terlibat dalam pembangunan sistem ini ditunjukkan pada Lampiran D iaitu dari Rajah D1 hingga Rajah D6. Rajah D1 menunjukkan operasi log masuk bagi pihak doktor, jururawat, pesakit, penderma darah dan pentadbir. Rajah D2 menunjukkan operasi temujanji bagi pihak doktor. Rajah D3 menunjukkan temujanji bagi pihak jururawat. Rajah D4 menunjukkan operasi temujanji bagi pihak pesakit. Rajah D5 menunjukkan operasi kemaskini bagi pihak pentadbir. Rajah D6 menunjukkan kemaskini bagi pihak pakar bedah 4.6 Rekabentuk Pangkalan Data Rekabentuk pangkalan data merupakan sebahagian daripada pembangunan kitar hayat sistem pengurusan maklumat. Rekabentuk pangkalan data menunjukkan hubungan antara jadual-jadual yang terdapat pada pangkalan data. Rajah 4.3 menunjukkan rekabentuk hubungan entiti bagi integrasi antara jadual maklumat temujanji dan pembedahan. Maklumat tambahan tentang pembedahan bagi pesakit yang akan menjalani pembedahan dapat dipapar berdasarkan integrasi yang diwujudkan antara jadual-jadual tersebut.

41 Rajah 4.3 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Integrasi Antara Temujanji Dan Pembedahan Rajah 4.4 menunjukkan rekabentuk hubungan entiti bagi proses temujanji yang menunjukkan perhubungan antara jadual maklumat temujanji dengan jadual maklumat doktor, jururawat dan pesakit. Rajah 4.4 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Temujanji

42 Rajah 4.5 menunjukkan rekabentuk hubungan entiti bagi proses pendermaan yang menunjukkan perhubungan antara jadual maklumat staf pendermaan darah dan jadual maklumat penderma darah. Rajah 4.5 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Pendermaan Darah Rajah 4.6 menunjukkan rekabentuk hubungan entiti bagi proses pembedahan yang menunjukkan perhubungan antara jadual maklumat pembedahan dan jadual maklumat pakar bedah, penyelaras tempahan bilik pembedahan dan jururawat. Rajah 4.6 Rekabentuk Hubungan Entiti Bagi Pembedahan

43 Semua jadual terlibat dalam pangkalan data ditunjukkan pada Lampiran E dari Rajah E1 hingga Rajah E9. Rajah E1 menunjukkan jadual maklumat pesakit. Rajah E2 menunjukkan jadual maklumat doktor. Rajah E3 menunjukkan jadual maklumat jururawat. Rajah E4 menunjukkan jadual maklumat pentadbir. Rajah E5 menunjukkan jadual maklumat temujanji. Rajah E6 menunjukkan jadual maklumat penderma darah/bank darah. Rajah E7 menunjukkan jadual maklumat staf pendermaan darah. Rajah E8 menunjukkan jadual maklumat penempahan bilik pembedahan. Rajah E9 menunjukkan jadual maklumat pakar bedah. 4.7 Rekabentuk Antaramuka Rekabentuk antaramuka merupakan merupakan sebahagian dari pembangunan sistem yang menunjukkan antaramuka yang terlibat dalam sistem yang dibangunkan. Rekabentuk input merupakan rekebentuk antaramuka yang memerlukan pengguna memasukkan input ke dalam sistem manakala rekebentuk output pula adalah hasil paparan di dalam sistem. 4.7.1 Rekabentuk Input Rekabentuk antaramuka input digunakan untuk memudahkan pengguna memasukkan input kepada sistem. Dalam sistem ini, pesakit, doktor, jururawat, penderma darah dan pentadbir yang perlu memasukkan input tersebut mengikut spesifikasi masing-masing. Contoh spesifikasi input pesakit, doktor, jururawat, penderma darah dan pentadbir ditunjukkan dalam Jadual 4.7.

44 Pengguna Doktor Pesakit Jururawat Pentadbir Staf Pendermaan Darah Jadual 4.7 Spesifikasi Input Pengguna Spesifikasi Input Memasukkan username dan password doktor untuk memasuki sistem. Memasukkan username dan juga password pesakit untuk memasuki sistem. Memasukkan username dan password jururawat untuk memasuki sistem dan memasukkan maklumat pesakit. Memasukkan username dan password pentadbir untuk memasuki sistem serta memasukkan maklumat doktor dan jururawat. Memasukkan maklumat penderma darah untuk simpanan rekod bank darah hospital. 4.7.2 Rekabentuk Output Rekabentuk antaramuka output pula digunakan untuk memudahkan pengguna untuk melihat dan memaparkan maklumat yang dikehendaki daripada sistem. Contoh spesifikasi output bagi pesakit, doktor, jururawat, penderma darah dan pentadbir adalah seperti Jadual 4.8. Jadual 4.8 Spesifikasi Output Pengguna Pengguna Doktor Pesakit Jururawat Pentadbir Staf Pendermaan Darah Spesifikasi Output Memaparkan senarai menunggu pesakit bagi temujanji Memaparkan maklumat pesakit serta maklumat temujanji Memaparkan maklumat pesakit serta maklumat temujanji Memapar maklumat doktor dan jururawat Memapar maklumat peribadi penderma darah dan melihat maklumat bank darah

45 4.8 Ringkasan Dalam bab ini diterangkan tentang rajah aliran data bagi sistem yang akan dibangunkan serta rekabentuk sistem yang diperlukan. Rekabentuk sistem yang menepati kehendak pengguna adalah lebih baik dan memainkan peranan yang penting sebelum memulakan fasa pembangunan. Hal ini dapat memberi kepuasan kepada pengguna sistem.

BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 5.1 Pengenalan Bab ini menerangkan merupakan bahagian pembangunan sistem yang paling penting, fasa implementasi dan fasa pengujian digabungkan dalam Kitar Hayat Pembangunan Sistem. Dalam fasa implementasi, senibina sistem yang telah direkabentuk dalam Bab 4 telah direalisasikan dan diimplementasikan bertujuan untuk menghasilkan sistem yang boleh dilaksanakan dalam peranti sebenar. Fasa ini menerangkan setiap langkah yang dilakukan dalam proses implementasi. Selepas sistem telah siap dimplementasi, pengujian telah dilakukan dalam fasa pengujian sistem. Fasa pengujian dilakukan bagi mengenalpasti ralat yang wujud dalam sistem.

47 5.2 Implementasi Pembangunan dan implementasi untuk sistem integrasi pengurusan pesakit bagi temujanji, pembedahan dan pendermaan darah terbahagi kepada lima pecahan sistem yang lebih kecil iaitu bahagian pentadbiran sistem, bahagian SMS, sistem temujanji antara doktor dan pesakit, sistem penempahan bilik pembedahan dan sistem pengurusan bank darah. 5.2.1 Implementasi Bahagian Pentadbiran Sistem Bahagian pentadbiran sistem ini diuruskan oleh seorang pentadbir sistem yang akan menguruskan maklumat-maklumat doktor, jururawat, staf pendermaan darah, penyelaras tempahan bilik pembedahan dan pakar bedah melibatkan proses penambahan, mengemaskini dan menghapus data. Sebelum memasuki bahagian pentadbiran sistem, pentadbir sistem hendaklah melalui proses pengesahan maklumat nama pengguna dan kata laluan serta jenis pengguna yang akan memasuki sistem. Rajah 5.1 merupakan antaramuka log masuk. Rajah 5.1 Antaramuka Log Masuk

48 Rajah 5.2 menunjukkan kod aturcara bagi sistem log masuk. Contoh pengguna dalam kod aturcara berikut adalah bagi pengguna pentadbir. Apabila pentadbir memasukkan nama pengguna dan kata laluan, melalui arahan SQL select daripada jadual pentadbir, sistem ini akan mengenalpasti jika pengguna adalah pengguna sistem yang sah dan merupakan pentadbir. Jika log masuk berjaya, pentadbir akan melihat paparan laman utama bagi pentadbir. if (ddlusertype.selectedvalue == "Doctor") { MyCommand = new SqlCommand("select * from admin where username='" + txtusername.text + "' and pwd='" + txtpassword.text + "'", MyConnection); MyAdapter = new SqlDataAdapter(MyCommand); MyDataSet = new DataSet(); MyAdapter.Fill(MyDataSet); if (MyDataSet.Tables[0].Rows.Count == 1) { foreach (DataRow table in MyDataSet.Tables[0].Rows) { Session["id"] = Convert.ToInt32(table[0].ToString()); Response.Redirect("~/Admin/HomeAdmin.aspx?id=" + Convert.ToInt32(table[0].ToString())); } Rajah 5.2 Keratan Kod Aturcara Bagi Log Masuk 5.2.1.1 Operasi Penambahan, Pengemaskinian dan Penghapusan Maklumat Selepas melalui sistem log masuk, pentadbir sistem akan menerima paparan maklumat peribadi pentadbir seperti pada Rajah 5.3. Pentadbir boleh melakukan proses pengemaskinian butir peribadi dan penukaran kata laluan. Rajah 5.3 Antaramuka Laman Utama Bagi Pentadbir

49. Pentadbir menguruskan maklumat pengguna iaitu doktor, jururawat, pakar bedah, penyelaras tempahan bilik pembedahan dan staf pendermaan darah. Pentadbir boleh melihat maklumat pengguna sistem dengan memilih pengguna yang diinginipaparan adalah seperti pada Rajah 5.4. Rajah 5.4 Antaramuka Paparan Utama Pengguna Sistem Seterusnya selepas memilih pengguna, paparan terhadap maklumat pengguna sedia ada akan ditunjukkan seperti pada Rajah 5.5. Pentadbir boleh melakukan proses menambah, mengubahsuai dan menghapus maklumat pengguna sistem. Rajah 5.5 Antaramuka Paparan Maklumat Pengguna Sistem

50 Rajah 5.6 menunjukkan keratan kod aturcara bagi proses penambahan maklumat pengguna sistem yang dilakukan oleh pentadbir. Pengguna yang ditunjukkan dalam kod aturcara ini adalah doktor. Menerusi arahan SQL insert, maklumat doktor seperti nama pengguna, kata laluan, nama, kepakaran, nombor telefon, email dan alamat akan dimasukkan ke dalam jadual doktor. sqlcmd = "insert into doctor (username, pwd, name, specialty, nophone, email, address, poscode) values(@username, @pwd, @name, @specialty, @nophone, @email, @address, @poscode)"; Cmd = new SqlCommand(sqlCmd, Conn); Cmd.Parameters.Add("@username", txtusername.text); Cmd.Parameters.Add("@pwd",txtPassword.Text ); Cmd.Parameters.Add("@name", txtname.text); Cmd.Parameters.Add("@specialty",ddlspecialty.SelectedItem.Text); Cmd.Parameters.Add("@nophone", "+6"+txtHpA.Text+ txthpb.text); Cmd.Parameters.Add("@email", txtemail.text); Cmd.Parameters.Add("@address", txtaddress.text); Cmd.Parameters.Add("@poscode", txtposcode.text); Rajah 5.6 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Penambahan Rajah 5.7 menunjukkan keratan kod aturcara bagi proses pengemaskinian maklumat pengguna. Pengguna yang ditunjukkan dalam kod aturcara ini adalah doktor. Menerusi arahan SQL update, maklumat doktor yang diubah akan disetkan semula di dalam jadual doktor. Cmd = new SqlCommand("update doctor set name = @name, address = @address,email = @email, nophone = @nophone,username = @username, pwd = @pwd, specialty = @specialty, poscode = @poscode where doctor_id = @doctor_id ", MyConnection); Cmd.Parameters.Add("@doctor_id", Request.QueryString["id"]); Cmd.Parameters.Add("@name", txtname.text); Cmd.Parameters.Add("@username", txtusername.text); Cmd.Parameters.Add("@pwd", txtpassword.text); Cmd.Parameters.Add("@specialty", ddlspecialty.selecteditem.text); Cmd.Parameters.Add("@email", txtemail.text); Cmd.Parameters.Add("@nophone", "+6" + txthpa.text + txthpb.text); Cmd.Parameters.Add("@address", txtaddress.text); Cmd.Parameters.Add("@poscode", txtposcode.text); Rajah 5.7 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Pengemaskinian

51 Rajah 5.8 pula menunjukkan keratan kod aturcara bagi proses penghapusan maklumat pengguna sistem. Pengguna yang ditunjukkan dalam kod aturcara ini adalah doktor. Menerusi arahan SQL delete, maklumat doktor akan dihapuskan berdasarkan id doktor tersebut. <asp:sqldatasource ID="SqlDataSource1" runat="server" ConnectionString="<%$ ConnectionStrings:ConnectionString %>" DeleteCommand="DELETE FROM [doctor] WHERE [doctor_id] = @original_doctor_id" OldValuesParameterFormatString="original_{0}" ProviderName="System.Data.SqlClient"> <DeleteParameters> <asp:parameter Name="original_doctor_id" Type="Int32" /> </DeleteParameters> </asp:sqldatasource> Rajah 5.8 Keratan Kod Aturcara Bagi Proses Penghapusan 5.3 Implementasi Bahagian SMS Di dalam sistem ini, implimentasi SMS digunakan pada sistem temujanji antara doktor dan pesakit dan sistem penempahan bilik pembedahan. Rajah 5.9 menunjukkan merupakan keratan kod aturcara yang menunjukkan bagaimana kod SMS digunakan untuk penghantaran pengesahan temujanji kepada pesakit yang telah membuat temujanji. Kod aturcara tersebut dimulakan dengan pengisytiharan library untuk SMS iaitu MobitekSMSWebApi. Pada arahan if, iaitu initmodem(5), nombor 5 merujuk kepada port COM untuk modem GSM yang telah ditentukan oleh sistem komputer. Menerusi arahan SQL select daripada jadual temujanji, maklumat bagi tajuk serta tarikh dan masa diperoleh. Seterusnya, pada jadual doktor, maklumat bagi nama doktor akan dipapar dan maklumat daripada jadual pesakit adalah nombor telefon pesakit yang digunakan untuk penghantaran mesej tersebut.

52 string Message, MobileNumber, TimeStamp; MobitekSMSWebAPI.SMSWebAPI SMSWebAPI = new MobitekSMSWebAPI.SMSWebAPI(); if (SMSWebAPI.InitModem(5) == true) { SqlConnection smsconnect; SqlCommand smscommand, smscommand1, smscommand2; SqlDataAdapter smsadapter, smsadapter1, smsadapter2; DataSet smsdataset, smsdataset1, smsdataset2; smsconnect = new SqlConnection(); smsconnect.connectionstring = ConfigurationManager.ConnectionStrings["ConnectionString"].ConnectionString; smsconnect.open(); smscommand = new SqlCommand("select * from appointments where appointment_id='" + Request.QueryString["appointment_id"] + "'", smsconnect); smsadapter = new SqlDataAdapter(smsCommand); smsdataset = new DataSet(); smsadapter.fill(smsdataset); foreach (DataRow t in smsdataset.tables[0].rows) { lbltitle.text = t[4].tostring(); lbltime.text = t[15].tostring(); smscommand1 = new SqlCommand("select * from doctor where doctor_id='" + Request.QueryString["doc_id"] + "'", smsconnect); smsadapter1 = new SqlDataAdapter(smsCommand1); smsdataset1 = new DataSet(); smsadapter1.fill(smsdataset1); foreach (DataRow t2 in smsdataset1.tables[0].rows) { lbldoctor.text = t2[3].tostring(); } smscommand2 = new SqlCommand("select * from patient where patient_id='" + t[3].tostring() + "'", smsconnect); smsadapter2 = new SqlDataAdapter(smsCommand2); smsdataset2 = new DataSet(); smsadapter2.fill(smsdataset2); } foreach (DataRow t3 in smsdataset2.tables[0].rows) { lblhppatient.text = t3[10].tostring(); } string message; message = "ID=" + Request.QueryString["appointment_id"] + ". Title=" + lbltitle.text + ". Date=" + lbltime.text + ". This appointment has been APPROVED by " + lbldoctor.text; } SMSWebAPI.SendSMSWC(message, lblhppatient.text); Rajah 5.9 Keratan Kod Aturcara Bagi SMS

53 5.4 Implementasi Sistem Temujanji Antara Doktor dan Pesakit Bahagian sistem temujanji ini membenarkan doktor dan pesakit membuat temujanji secara atas talian sebelum berjumpa. Sebelum doktor dan pesakit boleh memasuki sistem temujanji, mereka perlu melalui proses pengesahan terlebih dahulu. Selepas itu, doktor dan pesakit akan terus memasuki paparan peribadi masing-masing dan proses pengemaskinian butir peribadi dan penukaran kata laluan boleh dilakukan. Bagi pihak doktor, mereka boleh melakukan penetapan jadual waktu seperti pada Rajah 5.10. Rajah 5.10 Antaramuka Bagi Doktor Untuk Menetapkan Jadual Waktu Rajah 5.11 menunjukkan paparan bagi temujanji yang telah dilakukan oleh pesakit. Bagi pesakit yang mempunyai status Unauthorized, doktor perlu mengesahkan temujanji tersebut atau menolaknya seperti pada Rajah 5.12. Rajah 5.11 Antaramuka Bagi Paparan Temujanji

54 Rajah 5.12 Antaramuka Untuk Pengesahan Temujanji Setelah pengesahan atau penolakan temujanji dilakukan, SMS peringatan akan dihantar kepada pesakit seperti pada Rajah 5.13. Maklumat yang akan diterima oleh pesakit adalah id temujanji, tajuk temujanji, tarikh dan masa temujanji serta kenyataan yang mengatakan temujanji telah disahkan oleh doktor yang dipilih untuk temujanji. Rajah 5.13 Antaramuka Untuk Pengesahan Temujanji Melalui SMS Peringatan Seterusnya, doktor boleh melihat paparan maklumat pesakit yang berdaftar seperti pada Rajah 5.14 dan maklumat yang lebih terperinci tentang pesakit tersebut adalah seperti pada paparan 5.15.

55 Rajah 5.14 Antaramuka Bagi Senarai Pesakit Pada Rajah 5.15 menunjukkan jika pesakit telah ditetapkan akan melalui proses pembedahan, maklumat pada operation s details akan memaparkan maklumat seperti nama pembedahan, bilik pembedahan dan tarikh serta masa pembedahan. Rajah 5.15 Antaramuka Bagi Maklumat Pesakit Rajah 5.16 menunjukkan senarai pesakit dengan status kesihatan berdasarkan pemeriksaan yang telah dijalankan oleh doktor. Maklumat yang dipaparkan adalah nama pesakit, penyakit dan status. Status merujuk kepada tahap kesihatan pesakit iaitu

56 Not Critical, Moderate dan Critical. Status akan menjadi rujukan untuk meletakkan pesakit untuk operasi pembedahan. Rajah 5.16 Antaramuka Bagi Status Pesakit Bagi pihak pesakit pula, mereka boleh memulakan temujanji baru dengan doktor tertentu. Setelah tarikh dipilih, pesakit perlu memilih masa untuk temujanji seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.17. Rajah 5.17 Antaramuka Untuk Membuat Temujanji

57 Rajah 5.18 pula menunjukkan maklumat yang perlu diisi oleh pesakit iaitu tajuk dan mesej yang ingin disampaikan. Manakala Rajah 5.19 menunjukkan maklumat penuh tentang temujanji yang telah dibuat oleh pesakit sebelum dihantar kepada doktor yang dipilih. Setelah maklumat dihantar, doktor akan menerima SMS peringatan tentang temujanji baru yang perlu disahkan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.20. Rajah 5.18 Antaramuka Pengisian Maklumat Temujanji Rajah 5.19 Antaramuka Bagi Maklumat Temujanji Rajah 5.20 Antaramuka Bagi Pemberitahuan Temujanji Baru Melalui SMS Peringatan

58 5.5 Implementasi Sistem Pendermaan Darah Bahagian sistem pendermaan darah ini diuruskan oleh beberapa staf pendermaan darah. Pada bahagian ini, setelah melalui proses pengesahan, staf pendermaan darah akan dibawa ke laman profil peribadi. Pengguna juga boleh melakukan pengubahsuaian pada maklumat diri serta penukaran kata laluan. Seterusnya, borang pengisian maklumat penderma darah yang telah menderma akan diisi oleh staf pendermaan darah seperti pada Rajah 5.21. Maklumat tersebut adalah untuk simpanan rekod bank darah hospital. Rajah 5.21 Antaramuka Borang Pengisian Maklumat Penderma Darah

59 Staf pendermaan darah juga boleh melakukan carian penderma darah yang dikehendaki berdasarkan maklumat darah seperti pada Rajah 5.22. Rajah 5.22 Antaramuka Carian Darah Maklumat penderma darah tersebut juga boleh dicari berdasarkan nama, nombor IC atau tarikh akhir pendermaan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5.23. Maklumat terperinci tentang penderma darah tersebut adalah seperti pada Rajah 5.24. Rajah 5.23 Antaramuka Paparan Maklumat Penderma Darah

60 Rajah 5.24 Antaramuka Paparan Maklumat Terperinci Penderma Darah 5.6 Implementasi Sistem Pembedahan Pada bahagian ini pula diuruskan oleh penyelaras tempahan bilik pembedahan. Contoh input yang akan diisi ditunjukkan pada Rajah 5.25. Setelah tempahan bilik pembedahan dilakukan, paparan bilik pembedahan boleh dilihat dan pengubahsuaian maklumat tempahan tersebut boleh dilakukan.

61 Rajah 5.25 Antaramuka Tempahan Bilik Pembedahan Pengguna lain yang terlibat dalam bahagian ini adalah pakar bedah. Setelah tempahan dilakukan oleh penyelaras tempahan bilik pembedahan, pihak pakar bedah akan menerima SMS pemberitahuan pembedahan seperti pada Rajah 5.26. Maklumat yang akan diterima adalah tajuk pembedahan serta tarikh dan masa bagi pembedahan tersebut. Rajah 5.26 Antaramuka Pemberitahuan Pembedahan Baru Melalui SMS Peringatan Rajah 5.27 menunjukkan senarai maklumat tempahan pembedahan yang telah dibuat dan boleh dilihat oleh penyelaras tempahan bilik pembedahan dan pakar bedah.

62 Rajah 5.27 Antaramuka Paparan Tempahan Bilik Pembedahan Sekiranya penyelaras tempahan bilik pembedahan membatalkan atau mengubah tarikh pembedahan tertentu, pakar bedah akan menerima SMS pemberitahuan seperti pada Rajah 5.28 untuk memaklumkan pembedahan telah dibatalkan atau diubah ke tarikh atau masa yang lain. Rajah 5.28 Antaramuka Pemberitahuan Pembatalan Pembedahan Melalui SMS Peringatan

63 5.7 Pengujian Sistem Selepas sistem ini dibangunkan dalam fasa implementasi, proses pengujian sistem perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum dihantar kepada pengguna sistem. Tujuan pengujian sistem adalah seperti berikut: i. memastikan sintaks kod aturcara adalah betul. ii. memastikan logik yang digunakan dalam kod aturcara adalah betul. iii. memastikan kod aturcara yang ditulis dapat dilarikan dengan betul dan menghasilkan output yang diinginkan. Terdapat beberapa jenis pengujian yang dilakukan seperti pengujian terhadap pangkalan data, pengujian input dan ouput sistem dan pengujian integrasi. 5.7.1 Pengujian Terhadap Pangkalan Data Pengujian terhadap sistem dilakukan dilakukan terhadap komunikasi sistem dan pangkalan data. Jika terhadap kesilapan menakrif connection untuk mencapai pangkalan data, ralat seperti pada Rajah 5.29 akan dipaparkan. Rajah 5.29 Ralat Pada Pangkalan Data

64 Untuk memastikan capaian ke pangkalan data berjaya, pastikan penetapan kod adalah betul. Rajah 5.30 menunjukkan kod aturcara utama bagi menghubungkan pangkalan data. <connectionstrings> <add name="connectionstring" connectionstring="data Source=.\SQLEXPRESS;AttachDbFilename= DataDirectory \Database.mdf ;Integrated Security=True;User Instance=True" providername="system.data.sqlclient"/> </connectionstrings> Rajah 5.30 Keratan Kod Aturcara Untuk Capaian Ke Pangkalan Data 5.7.2 Pengujian Terhadap Input Dan Output Sistem. Pengujian input adalah penting bagi mengurangkan ralat output yang boleh menyebabkan ralat pada sistem. Sistem yang telah dibangunkan ini dapat mengesan ralat seperti ralat integer, ralat aksara, input utama tidak diisi dan sebagainya. Apabila wujudnya ralat, mesej ralat akan dipaparkan. Rajah 5.31 menunjukkan paparan mesej ralat apabila pengguna tidak memasukkan nama pengguna dan katalaluan yang betul. Rajah 5.31 Mesej Ralat Pada Log Masuk

65 Rajah 5.32 menunjukkan mesej ralat yang dipaparkan jika format email tidak menepati format piawai yang telah ditetapkan. Rajah 5.32 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Tidak Menepati Format Rajah 5.33 pula menunjukkan mesej ralat yang dipaparkan jika pengisian maklumat tidak lengkap. Rajah 5.33 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Tidak Lengkap

66 Seperti pada Rajah 5.34, jika katalaluan yang baru berbeza dengan pengesahan katalaluan yang baru, mesej ralat akan dipaparkan. Rajah 5.34 Mesej Ralat Jika Pengisian Maklumat Katalaluan Berbeza Tujuan pengujian output dilaksanakan pula adalah untuk memastikan output yang dipaparkan oleh sistem adalah betul dan tepat. Oleh kerana kebanyakan output adalah bergantung kepada input yang dimasukkan oleh pengguna, maka pengujian perlu dilakukan dengan berulang kali untuk memastikan sistem yang dihasilkan benarbenar bebas daripada sebarang ralat. 5.7.3 Pengujian Integrasi Unit Pengujian ini dilakukan untuk menguji percantuman unit-unit. Ini dilakukan untuk memastikan sistem dapat berintegrasi dengan sempurna tanpa sebarang ralat. Rajah 5.35 menunjukkan contoh paparan ralat pengintegrasian unit yang tidak berjaya dan kesilapan perlu diperbetulkan. Rajah 5.35 Contoh Ralat Pada Pengintegrasian Unit