APLIKASI MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI MENGGUNAKAN RANGKAIAN WI-FI. Miza Faizah Binti Amin Prof. Madya Dr. Rosilah Binti Hassan

Similar documents
APLIKASI MUDAH ALIH MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI RANGKAIAN DATA RAYA (CheckLine)

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]


CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

AUTOMATIC APPLICATION PROGRAMMING INTERFACE FOR MULTI HOP WIRELESS FIDELITY WIRELESS SENSOR NETWORK

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

SISTEM PENYULITAN DAN PENYAHSULITAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALGORITMA RIVEST SHAMIR ADELMAN

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

SKS 3124 PENDAWAIAN RANGKAIAN

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

FUZZY NEURAL NETWORKS WITH GENETIC ALGORITHM-BASED LEARNING METHOD M. REZA MASHINCHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

SISTEM PENGURUSAN DATA FORENSIK DIGITAL. Azamuddin Haziq Bin Samsudin. Khairul Akram Zainol Ariffin

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM SEMAKAN SAMAN KENDERAAN

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

SISTEM PENGURUSAN FORENSIK DIGITAL

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DALAM AMBULANS MELALUI PANGGILAN NUR ALYA AQILAH MOHD NAZRI PROF. DR. MASRI AYOB

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

SISTEM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI

PENGESANAN PAKET RANGKAIAN UNTUK FORENSIK MEMORI NOR NADIA ABDULLAH MARZUKI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2)short answers and TWO (2) structured essays. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) short answer and structured essay questions. Answer ALL questions.

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

PEMBANGUNAN PERISIAN BAGI MENGGALAKKAN PENGGUNAAN GOOGLE DRIVE DI KALANGAN AHLI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

DYNAMIC MOBILE SERVER FOR LIVE CASTING APPLICATIONS MUHAMMAD SAZALI BIN HISHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR


ICT SPM 2011 SUGGESTION ANSWER. Section A

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

APLIKASI PEMBELAJARAN KEPERLUAN TUMBUHAN TAHUN 2 MENGGUNAKAN TEKNIK INTERNET BENDA (POKOK+) Khairul Afiq bin Azman Nazatul Aini binti Majid

PEMPROSESAN ISYARAT DIGITAL DAN FUZZY CLUSTER UNTUK PENGESANAN DAN KLASIFIKASI PEMATUHAN VASKULAR YAP YAO YOUNG PROF. DR.

AN ENHANCED SIMULATED ANNEALING APPROACH FOR CYLINDRICAL, RECTANGULAR MESH, AND SEMI-DIAGONAL TORUS NETWORK TOPOLOGIES NORAZIAH BINTI ADZHAR

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

OPTIMIZE PERCEPTUALITY OF DIGITAL IMAGE FROM ENCRYPTION BASED ON QUADTREE HUSSEIN A. HUSSEIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE ENHANCEMENT OF AIMD ALGORITHM FOR CONGESTION AVOIDANCE AND CONTROL

SISTEM PENGURUSAN AKREDITASI MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY. New Eng Yau Ts. Dr. Zulkefli Mansor

DYNAMIC TIMESLOT ALLOCATION TECHNIQUE FOR WIRELESS SENSOR NETWORK OON ERIXNO

Sistem Capaian Berbilang Terminal

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST332 Internet Protocols. Architecture & Routing [Protokol, Seni Bina & Penghalaan Internet]

Visitor Management System

AMBULANCE MANAGEMENT SYSTEM

SISTEM PENGURUSAN CUTI PRASARANA MALAYSIA BERHAD. Mohd Fitriyanshah Bin Nursyal. Mohd Rosmadi Mokhtar

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) e-purchase ORDER FOR SERVICES

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS522 Advanced Data Communication & Computer Networks [Rangkaian Komputer & Komunikasi Data Lanjutan]

DATASET GENERATION AND NETWORK INTRUSION DETECTION BASED ON FLOW-LEVEL INFORMATION AHMED ABDALLA MOHAMEDALI ABDALLA

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

PERFOMANCE ANALYSIS OF SEAMLESS VERTICAL HANDOVER IN 4G NETWOKS MOHAMED ABDINUR SAHAL

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang

SISTEM E-PILIH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERDASARKAN PELAYAN MOHD RIFAEI MOHD KAMIL KHAIRUDDIN OMAR

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

HARDWARE AND SOFTWARE CO-SIMULATION PLATFORM FOR CONVOLUTION OR CORRELATION BASED IMAGE PROCESSING ALGORITHMS SAYED OMID AYAT

ENHANCING TIME-STAMPING TECHNIQUE BY IMPLEMENTING MEDIA ACCESS CONTROL ADDRESS PACU PUTRA SUARLI

Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Mohd Hazmi Kasmin. Pusat Teknologi Maklumat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

VISUALISASI DATA SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Illi Nadia binti Mohd Khairuddin Prof. Madya Dr. Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

Sistem Pengurusan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Secara Online

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT

RESOURCE ALLOCATION SCHEME FOR FUTURE USER-CENTRIC WIRELESS NETWORK WAHEEDA JABBAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ENHANCING WEB SERVICE SELECTION USING ENHANCED FILTERING MODEL AJAO, TAJUDEEN ADEYEMI

PENGECAMAN NOMBOR PLAT KENDERAAN MENGGUNAKAN CONVOLUTIONAL NEURAL NETWORK. Lim Woo Shaun Siti Norul Huda Sheikh Abdullah

TRUSTED CLOUD COMPUTING FRAMEWORK IN CRITICAL INDUSTRIAL APPLICATION MERVAT ADIB BAMIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISOGEOMETRIC ANALYSIS OF PLANE STRESS STRUCTURE CHUM ZHI XIAN

ISI KANDUNGAN. Microsoft PowerPoint 2016

Transcription:

APLIKASI MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI MENGGUNAKAN RANGKAIAN WI-FI Miza Faizah Binti Amin Prof. Madya Dr. Rosilah Binti Hassan Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Projek ini tertumpu kepada pembangunan sebuah aplikasi berasaskan Android yang dinamakan sebagai i- JAMIN. Aplikasi i-jamin ini dibangunkan untuk mengukur kestabilan dan kecekapan rangkaian komunikasi dalam memuat turun dan memuat naik data di dalam Data Raya. Metodologi yang digunakan untuk membangunkan aplikasi ini adalah metodologi Agile. Terdapat sejumlah besar data yang dikumpulkan di Internet setiap hari. Peningkatan data ini adalah majoritinya berpunca daripada pengguna media sosial. Terdapat lebih daripada empat juta pos oleh pengguna pada setiap minit. Ini merupakan salah satu isu berkaitan Data Raya yang melibatkan pelambakan data. Pengguna yang menggunakan Internet seringkali mengalami masalah dalam penyambungan rangkaian Wi-Fi yang tidak stabil pada peranti mudah alih. Adakalanya penghantaran data melalui Wi-Fi yang dipilih untuk digunakan tidak dapat dicapai disebabkan oleh kekuatan isyarat rangkaian yang tidak stabil. Selain itu, terdapat juga kehilangan data. Hal ini menyukarkan pengguna Internet untuk menghantar dan mencapai data. Aplikasi i-jamin berupaya untuk mengukur kelajuan kesambungan Wi-Fi yang sedia ada atau yang sedang digunakan pada peranti pengguna selain dapat menguji kelajuan dalam memuat naik dan memuat turun data. Hal ini membantu pengguna dalam pencapaian dan penghantaran data yang tepat selain dapat meminimumkan kegagalan sewaktu transaksi data berlaku. Aplikasi ini membantu pengguna untuk mengetahui rangkaian Wi-Fi yang baik untuk disambungkan dengan mengetahui kekuatan isyarat rangkaian yang dipaparkan pada aplikasi. 1 PENGENALAN Dunia hari ini sedang bergerak ke arah revolusi perindustrian keempat (4IR), di mana komunikasi mudah alih media sosial dan sensor mengaburkan sempadan antara manusia, Internet dan dunia fizikal (Marcus 2015). Rajah 1 menunjukkan empat tahap revolusi perindustrian yang dilalui oleh dunia dari masa dahulu sehingga kini. i. Revolusi perindustrian yang pertama adalah dicirikan oleh penggunaan kuasa wap dan air. ii. Revolusi perindustrian kedua merupakan pengenalan elektrik untuk menghasilkan barangan pengeluaran.

iii. Revolusi perindustrian ketiga dicirikan oleh Internet, teknologi komunikasi dan digitalisasi segala-galanya. iv. Revolusi perindustrian keempat adalah berkonsepkan antara dunia nyata dengan dunia teknologi. Rajah 1 Tahap revolusi perindustrian Sumber: workforceblueprint 2017 Perindustrian revolusi keempat menghubungkan rangkaian fizikal dengan rangkaian siber sebagai satu sistem, untuk membolehkan aliran maklumat masa nyata (Richards 2016). Potensi untuk beribu juta orang disambungkan oleh peranti mudah alih, dengan kuasa pemprosesan yang belum pernah terjadi sebelumnya, keupayaan penyimpanan dan akses kepada pengetahuan, adalah tidak terhad (Schwab 2016). Terdapat tiga penunjang yang akan mendorong revolusi ini iaitu kecerdasan buatan (AI), Internet benda (IoT) dan Data Raya (Big Data). Kajian projek ini adalah mengenai pembangunaan sebuah aplikasi untuk mengukur daya tahan komunikasi di dalam rangkaian Data Raya. Aplikasi ini dinamakan sebagai i- JAMIN. i-jamin merupakan sejenis aplikasi mudah alih yang dikhaskan untuk mengukur kestabilan dan kecekapan rangkaian komunikasi dalam menghantar atau memuat naik data di dalam Data Raya iaitu Wi-Fi.

Istilah Big Data atau Data Raya merujuk kepada sejumlah besar data di mana prosedur dan alat pemprosesan data tradisional tidak dapat dikendalikan (Alex 2016). Data pula adalah maklumat yang telah diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih mudah untuk dipindahkan atau diproses (Vaidya 2016). Keperluan untuk penghantaran, penyimpanan dan akses data amat penting dalam aplikasi Data Raya. Ia memerlukan rangkaian untuk mengumpul dan menyebarkan data yang disambungkan ke lokasi pemprosesan. Terdapat sejumlah besar data yang dikumpulkan di Internet setiap hari. Peningkatan data ini adalah majoritinya berpunca daripada pengguna media sosial. Berdasarkan kajian statisik yang dinyatakan oleh George Carey-Simos (2015), media sosial Facebook merupakan rangkaian sosial yang paling aktif. Terdapat lebih daripada empat juta pos oleh pengguna pada setiap minit. Ini merupakan salah satu isu berkaitan Data Raya yang melibatkan pelambakan data. Data perlu diproses untuk mendapatkan maklumat seperti yang ditunjukkan pada carta alir pemprosesan data di dalam Rajah 2. Kebanyakan data-data ini akan disimpan ke dalam penyimpanan awan (Cloud Storage). Antara cabaran terbesar di dalam Data Raya ialah penangguhan yang tidak dapat diterima dalam memindahkan data keluar dan ke dalam data awan. Rajah 2 Carta alir pemprosesan data

Pengguna yang menggunakan Internet boleh menghantar dan mencapai data melalui rangkaian Wi-Fi yang dipilih. Kemungkinan, data yang ingin dicapai tidak hadir pada waktu yang tepat atau data tersebut hilang di dalam rangkaian. Hal ini disebabkan oleh kehilangan paket atau kesesakan rangkaian. Berikutan dengan lambakan data, telah menjadi satu keperluan untuk memastikan Data Raya yang ingin diakses dapat diperoleh tanpa sebarang halangan terutamanya dari segi rangkaian. Dengan adanya aplikasi i-jamin ini, pengguna dapat menguji kesambungan rangkaian Wi-Fi yang sedia ada untuk memastikan sama ada Wi- Fi tersebut adalah stabil ataupun tidak untuk digunakan. Ini bagi mengelakkan supaya tidak berlakunya sebarang kegagalan dalam penghantaran atau pencapaian data. 2 PENYATAAN MASALAH Pengguna UKM seringkali mengalami masalah dalam penyambungan rangkaian Wi-Fi yang tidak stabil. Data yang dihasilkan oleh pengguna pula semakin meningkat dari hari kehari dan ini menyebabkan timbulnya masalah penangguhan yang tidak dapat diterima dalam memindahkan data keluar dan ke dalam awan oleh Data Raya. Masalah yang berlaku adalah mengenai masalah rangkaian Wi-Fi. Adakalanya penghantaran data melalui Wi-Fi yang dipilih untuk digunakan tidak dapat dicapai. Hal ini mengganggu urusan seharian pengguna Internet dalam memuat turun dan memuat naik data. Ia juga boleh mengakibatkan mereka tidak menyedari jika data yang disimpan dipinda dengan lancar. Selain itu, kurangnya informasi mengenai sambungan Wi-Fi yang dipilih atau yang sedia ada serta tiada ujian kesambungan untuk mengetahui bahawa sambungan Wi-Fi tersebut adalah stabil atau tidak untuk digunakan. 3 OBJEKTIF KAJIAN Dua objektif pembangunan aplikasi i-jamin ini kepada pengguna ialah:

i. Mengenal pasti rangkaian Wi-Fi yang stabil untuk digunakan oleh pengguna melalui kekuatan isyarat yang dipaparkan pada aplikasi. ii. Mempertahankan data semasa penghantaran atau pencapaian data yang berlaku di dalam Internet dengan menguji kelajuan muat turun dan muat naik serta sambungan ping dan jejak hala. 4 METOD KAJIAN Bagi kajian projek ini, metodologi Agile telah digunakan untuk membangunkan aplikasi mudah alih i-jamin. Agile adalah metodologi yang menjangkakan keperluan untuk fleksibiliti dan menggunakan tahap pragmatisme ke dalam penghantaran produk yang telah siap (Rouse 2017). Pembina perlu melengkapkan kesemua fasa dan apabila terdapat sebarang ralat atau tidak memenuhi keperluan projek, pembina harus mengulangi semula dari fasa yang pertama dan seterusnya. Ini yang dikatakan sebagai proses berulang bagi kitaran hayat pembangunan perisian Agile. Pelaksanaan projek haruslah dilaksanakan pada masa yang ditetapkan. Setiap fasa proses perkembangan, pengujian aplikasi adalah komponen yang amat penting. Pengujian aplikasi i-jamin dijalankan sepanjang pelaksanaan projek. Rajah 3 dan Rajah 4 di bawah merupakan kaedah Agile. Bagi kajian projek ini, Rajah 4 akan digunakan sebagai rujukan dalam membangunkan aplikasi i-jamin. Berdasarkan Rajah 4, terdapat empat fasa bagi pembangunan aplikasi i-jamin melalui kaedah Agile iaitu fasa keperluan, fasa reka bentuk, fasa pelaksanaan dan fasa pengujian. 4.1 Fasa Keperluan Fasa ini menganalisis keperluan dan perisian bagi membangunkan aplikasi i-jamin. Pengumpulan data dijalankan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Kerja yang akan dilakukan dalam lelaran semasa juga akan ditentukan.

4.2 Fasa Reka Bentuk Reka bentuk antara muka bagi aplikasi i-jamin dilakukan. Antara muka bagi aplikasi tersebut mestilah sesuai dan menepati keperluan serta mudah difahami oleh pengguna. Pada fasa ini juga turut dirancang bagaimana untuk membina keperluan ke dalam produk. 4.3 Fasa Pelaksanaan Fasa ini merupakan fasa membuat reka bentuk menjadi realiti. Aplikasi i-jamin dibina mengikut bahasa pengaturcaraan dan pangkalan data yang dipilih. Pelaksanaan fungsi aplikasi i-jamin dibina mengikut objektif yang telah dibuat. 4.4 Fasa Pengujian Fasa Pengujian merupakan fasa yang terpenting dalam metodologi ini. Fungsi produk disahkan seperti yang direka bentuk. Di fasa ini, ralat yang terdapat di dalam aplikasi i-jamin dapat dikenalpasti dan dibaiki dengan pantas disebabkan oleh pengujian yang berterusan pada setiap peringkat. Rajah 3 Kaedah pertama Agile Sumber: Study.com

Rajah 4 Kaedah kedua Agile Sumber: Software and Development Services 2014 Pembangunan aplikasi i-jamin memerlukan perkakasan dan perisian yang tertentu untuk digunakan. Segala pengaturcaraan, antara muka serta pengujian aplikasi dibuat melalui perkakasan ini. Terdapat dua jenis perkakasan yang digunakan untuk menghasilkan aplikasi i-jamin iaitu: i. Komputer riba ii. Pemproses : Intel (R) Core (TM) i5-5200u CPU @ 2.20GHz 2.20 GHz Memori yang dipasang (RAM) : 4.00 GB Sistem operasi : Windows 10 Telefon pintar Pemacu cakera keras : 1TB Sistem operasi : Android versi Android 4.4.2 (Kitkat) dan ke atas Memori dalaman : 16/32/64 GB, 2 GB RAM Penggunaan perisian memainkan peranan yang penting bagi membangunkan aplikasi i-jamin. Perisian-perisian ini membantu untuk mereka antara muka aplikasi, membina kod

program aplikasi, rajah, menyimpan data dan sebagainya. Perisian yang terpenting yang digunakan ialah perisian Android Studio 2.3.3. Android Studio merupakan alat yang digunakan untuk membina aplikasi pada peranti yang menjalankan sistem operasi Android. Ia menawarkan pengeditan, penyahpepijatan, pengujian dan alat pemrofilan. Perisian ini digunakan untuk membina antara muka aplikasi dan fungsi-fungsi yang lain yang terdapat di dalam aplikasi i-jamin. Ia berpotensi untuk membina prototaip dan melakukan pengujian aplikasi pada pelbagai peranti mudah alih yang menggunakan sistem operasi Android. Alat antara muka pengguna grafik (GUI) yang disediakan di dalam perisian ini membantu menyederhanakan bahagian aplikasi pembangunan yang kurang menarik. Kod-kod digunakan untuk konfigurasi aplikasi. Android Studio menyokong kod yang digunakan di dalam bahasa pengaturcaraan Java, C atau C++. Seterusnya, Firebase digunakan sebagai pangkalan data untuk menyimpan segala rekod transaksi yang dibuat melalui aplikasi i-jamin. Firebase adalah suatu platform bagi pembinaan ios atau Android dan aplikasi yang berasaskan web. Ia berkait rapat dengan penggunaan perisian Android Studio. Firebase dibina di atas skala dan infrastruktur Google secara automatik. Antara produk yang ditawarkan bagi pembangunan dan pengujian aplikasi ialah pangkalan data masa nyata, penyimpanan awan, pengesahan, laporan kemalangan, makmal ujian untuk Android dan sebagainya. Perisian ini digunakan bagi menyimpan data. Setiap kali pengguna aplikasi i-jamin dihubungkan kepada rangkaian, data ini diselaraskan kepada semua pelanggan dalam masa nyata. 5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincangkan hasil daripada proses pembinaan aplikasi i-jamin. Proses mereka bentuk antara muka aplikasi i-jamin agar mesra pengguna dilakukan menggunakan perisian Android Studio 2.3.3. Setelah itu, fungsi di dalam aplikasi kepada pengguna diimplementasikan menggunakan bahasa pengaturcaraan Java. Terdapat empat fungsi di dalam aplikasi ini. Antara fungsi-fungsinya ialah aplikasi ini dapat menyenaraikan rangkaian Wi-Fi yang sedia ada bersama kekuatan isyarat bagi Wi-Fi tersebut, mengira

kelajuan muat turun dan muat naik data, mengira kelajuan ping dan jejak hala serta memaparkan rekod sejarah pengujian. Seterusnya, pengujian dilakukan terhadap fungsi-fungsi tersebut bagi memastikan hasil dari pembangunan aplikasi i-jamin adalah selaras dengan objektif yang telah ditetapkan sebelumnya. Ini juga bertujuan agar fungsi komponen di dalam aplikasi dapat berjalan dengan lancar. Menu utama pada aplikasi i-jamin ditunjukkan pada Rajah 5. Untuk menggunakan fungsi-fungsi yang lain, peranti mudah alih pengguna perlu disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi terlebih dahulu. Dengan menekan butang Carian, aplikasi ini akan memaparkan senarai Wi-Fi yang sedia ada kepada pengguna sekiranya pengguna menghidupkan togol butang hidupkan Wi-Fi pada aplikasi seperti di dalam Rajah 6. Rajah 5 Paparan menu utama aplikasi

Rajah 6 Paparan bahagian carian Wi-Fi Menekan butang pengujian pada paparan menu utama aplikasi pada Rajah 5 akan membawa pengguna kepada paparan bahagian menguji kelajuan muat turun dan muat naik data seperti di dalam Rajah 7. Kelajuan muat turun dan muat naik data dikira di dalam megabits per saat (Mbps). Masa untuk mengira kelajuan ini bergantung kepada jenis pelayan yang dipilih yang diletakkan di dalam kod pada Android Studio.

Rajah 7 Paparan bahagian uji kelajuan muat turun dan muat naik data Butang uji sambungan yang terdapat di dalam Rajah 7 akan memaparkan Rajah 8 iaitu menguji kelajuan jejak hala dan ping. Untuk menguji kelajuan jejak hala, pengguna perlu memasukkan alamat Internet Protocol (IP) atau nama hos untuk mengira berapa banyak kiraan hop yang diambil oleh paket untuk didapatkan dari satu hos ke yang lain. Kelajuan ping pula dikira di dalam saat. Ping adalah untuk mengira jangkauan hos pada rangkaian IP.

Rajah 8 Paparan bahagian uji kelajuan ping dan jejak hala Fungsi yang terakhir pada aplikasi ini adalah fungsi rekod pengujian terdahulu. Segala transaksi data pengujian yang dibuat melalui aplikasi disimpan di dalam pangkalan data iaitu Firebase. Setiap ujian yang dilakukan, aplikasi ini akan memaparkan rekod ujian yang dibuat pada bahagian terdahulu seperti di dalam Rajah 9. Masa, tarikh dan nama rangkaian Wi-Fi yang digunakan dipaparkan juga pada bahagian ini. Antara data yang akan disimpan di dalam Firebase ialah nama Rangkaian Wi-Fi yang disambungkan kepada peranti mudah alih sebagai pengujian, data ujian kelajuan muat turun dan muat naik, data kelajuan ping serta data kelajuan jejak hala. Masa dan tarikh pengujian juga merupakan salah satu data yang turut disimpan di dalam Firebase.

6 KESIMPULAN Rajah 9 Paparan bahagian rekod ujian terdahulu Aplikasi i-jamin merupakan suatu aplikasi yang membenarkan pengguna untuk menguji kestabilan rangkaian Wi-Fi yang disambungkan atau yang sedia ada dengan mengukur daya tahan komunikasi. Mengukur daya tahan komunikasi rangkaian Wi-Fi dengan menggunakan aplikasi i-jamin dapat membantu dalam penghantaran dan perolehan data dengan lebih mudah. Dengan adanya aplikasi i-jamin, diharapkan ia dapat mengatasi dan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kegagalan dalam penghantaran atau pencapaian maklumat oleh pengguna Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Hal ini kerana, pengguna dapat membuat pengujian kesambungan Wi-Fi yang sedia ada atau yang sedang digunakan terlebih dahulu sebelum menghantar atau mencapai data melalui Wi-Fi yang dipilih. Namun, wujudnya kekurangan pada aplikasi ini diharap dapat diperbaiki dan dipertingkatkan kualitinya pada masa hadapan. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah mewujudkan paparan kualiti kestabilan sesuatu Wi-Fi sebagai fungsi tambahan bagi

memudahkan pengguna aplikasi untuk memilih rangkaian Wi-Fi yang terbaik bukan hanya berdasarkan pada kekuatan isyarat Wi-Fi. Selain itu, menambah peta di dalam aplikasi i- JAMIN di mana pengguna dapat melihat senarai Wi-Fi yang ada berhampiran dengan mereka. 7 RUJUKAN Alex, T. 2016. Top 10 Big Data Issues and How to Solve Them. https://datafloq.com/read/top-10-big-data-issues-how-to-solve-them/2335 [24 September 2017]. Marcus, A. 2015. Data and the fourth industrial revolution World Economic Forum. https://www.weforum.org/agenda/2015/12/data-and-the-fourth-industrial-revolution/ [28 September 2017]. Richards, C. 2016. What is the 4th Industrial Revolution (4IR)? EEF. https://www.eef.org.uk/campaigning/news-blogs-andpublications/blogs/2016/aug/what-is-the-4th-industrial-revolution [28 September 2017]. Rouse, M. 2017. What is Agile Software Development? - Definition from WhatIs.com. http://searchsoftwarequality.techtarget.com/definition/agile-software-development [29 September 2017]. Schwab, K. 2016. Klaus Schwab: The 4th Industrial Revolution: What It Means, How to Respond - GE Reports. https://www.ge.com/reports/the-4th-industrial-revolution-whatit-means-how-to-respond/ [28 September 2017]. Vaidya, M. 2016. Handling Critical Issues of Big Data on Cloud. Dlm. Zongmin (pnyt.). Managing Big Data in Cloud Computing Environments, hlm. 100. United States of America: IGI Global. Retrieved from https://books.google.com.my/books?id=cxabcwaaqbaj&pg=pa100&lpg=pa100 &dq=data+is+information+that+has+been+translated+into+a+form+that+is+more+con venient&source=bl&ots=qyeg7lbrzs&sig=jcenujsmxfo_ramavjxk9zf20vs&hl=e n&sa=x&redir_esc=y#v=onepage&q=data is in workforceblueprint. 2017. Industry 4.0: the fourth industrial revolution WORKFORCEBLUEPRINT. http://workforceplanningtools.com.au/industry-4-0-thefourth-industrial-revolution/ [1 October 2017].