SISTEM PENGURUSAN AKREDITASI MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY. New Eng Yau Ts. Dr. Zulkefli Mansor

Similar documents
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

SISTEM PENGURUSAN FORENSIK DIGITAL

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

SISTEM PENGURUSAN DATA FORENSIK DIGITAL. Azamuddin Haziq Bin Samsudin. Khairul Akram Zainol Ariffin

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT. PROGRAM KELAYAKAN MASUK SENARAI KURSUS Sarjana Sistem Maklumat

PEMBANGUNAN PERISIAN BAGI MENGGALAKKAN PENGGUNAAN GOOGLE DRIVE DI KALANGAN AHLI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

SISTEM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI


Panduan Pengguna Autodesk Education Community

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

SISTEM PENYULITAN DAN PENYAHSULITAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALGORITMA RIVEST SHAMIR ADELMAN

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

MULTICHANNEL ORTHOGONAL FREQUENCY DIVISION MULTIPLEXING -ROF FOR WIRELESS ACCESS NETWORK MOHD JIMMY BIN ISMAIL

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM SEMAKAN SAMAN KENDERAAN

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

APLIKASI MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI MENGGUNAKAN RANGKAIAN WI-FI. Miza Faizah Binti Amin Prof. Madya Dr. Rosilah Binti Hassan

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

SISTEM PENGHANTARAN MESEJ SEGERA PELBAGAI PELANTAR BERASASKAN JAVA SAZARUL IZAM BIN MD SAAD. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST333 Distributed & Grid Computing [Perkomputeran Teragih & Grid]

APLIKASI MUDAH ALIH MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI RANGKAIAN DATA RAYA (CheckLine)

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

DETECTION OF WORMHOLE ATTACK IN MOBILE AD-HOC NETWORKS MOJTABA GHANAATPISHEH SANAEI


PENGESANAN PAKET RANGKAIAN UNTUK FORENSIK MEMORI NOR NADIA ABDULLAH MARZUKI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

THESIS PROJECT ARCHIVE SYSTEM (T-PAS) SHAHRUL NAZMI BIN ISMAIL

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]

SISTEM POS BERSAMA PENGURUSAN INVENTORI (SPPI)

PEMPROSESAN ISYARAT DIGITAL DAN FUZZY CLUSTER UNTUK PENGESANAN DAN KLASIFIKASI PEMATUHAN VASKULAR YAP YAO YOUNG PROF. DR.

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

TRUSTED CLOUD COMPUTING FRAMEWORK IN CRITICAL INDUSTRIAL APPLICATION MERVAT ADIB BAMIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

VISUALISASI DATA SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Illi Nadia binti Mohd Khairuddin Prof. Madya Dr. Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

TEKNIK MESIN SOKONGAN VEKTOR UNTUK SISTEM PENGESANAN PENCEROBOHAN BERASASKAN RANGKAIAN

Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) short answer and structured essay questions. Answer ALL questions.

SISTEM PENGURUSAN KES FORENSIK DIGITAL MENGGUNAKAN VIRTUAL PRIVATE NETWORK (VPN) NURELISHA SHAFWANA BINTI MOHD GHAZALI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST331 Principles of Parallel & Distributed Programming [Prinsip Pengaturcaraan Selari & Teragih]

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

SISTEM PENGURUSAN CUTI PRASARANA MALAYSIA BERHAD. Mohd Fitriyanshah Bin Nursyal. Mohd Rosmadi Mokhtar

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

KELAS MAYA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PENGARUSAN VIDEO LIEW SHAW CHIN

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

5. All fields are compulsory and MUST be filled up. For fields that do not apply to you, please put as N/A (not applicable).

PROBLEMS ASSOCIATED WITH EVALUATION OF EXTENSION OF TIME (EOT) CLAIM IN GOVERNMENT PROJECTS

DEVELOPMENT OF SPAKE S MAINTENANCE MODULE FOR MINISTRY OF DEFENCE MALAYSIA SYED ARDI BIN SYED YAHYA KAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

Sistem Pemantauan Tahap Pencemaran Asap dan Gas Beracun Karbon Monoksida di dalam Kenderaan

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT422 Multimedia Information Systems & Management [Sistem & Pengurusan Maklumat Multimedia]

AUTOMATIC APPLICATION PROGRAMMING INTERFACE FOR MULTI HOP WIRELESS FIDELITY WIRELESS SENSOR NETWORK

ENHANCING WEB SERVICE SELECTION USING ENHANCED FILTERING MODEL AJAO, TAJUDEEN ADEYEMI

TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

OPTIMIZED BURST ASSEMBLY ALGORITHM FOR MULTI-RANKED TRAFFIC OVER OPTICAL BURST SWITCHING NETWORK OLA MAALI MOUSTAFA AHMED SAIFELDEEN

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

HARDWARE AND SOFTWARE CO-SIMULATION PLATFORM FOR CONVOLUTION OR CORRELATION BASED IMAGE PROCESSING ALGORITHMS SAYED OMID AYAT

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Pengaturcaraan web ASP.NET. Sinopsis:

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

AMBULANCE MANAGEMENT SYSTEM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

AN INTEGRATED SERVICE ARCHITECTURE FRAMEWORK FOR INFORMATION TECHNOLOGY SERVICE MANAGEMENT AND ENTERPRISE ARCHITECTURE

SISTEM E-PILIH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERDASARKAN PELAYAN MOHD RIFAEI MOHD KAMIL KHAIRUDDIN OMAR

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DALAM AMBULANS MELALUI PANGGILAN NUR ALYA AQILAH MOHD NAZRI PROF. DR. MASRI AYOB

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT211-CPM313 Programming Language Concepts & Paradigm [Konsep & Paradigma Bahasa Pengaturcaraan]

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT224/CMM221 Multimedia Systems [Sistem Multimedia]

IMBASAN KEMBALI BENGKEL SELF RELIANCE 1

LINK QUALITY AWARE ROUTING ALGORITHM IN MOBILE WIRELESS SENSOR NETWORKS RIBWAR BAKHTYAR IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sistem Capaian Berbilang Terminal

APLIKASI PEMBELAJARAN KEPERLUAN TUMBUHAN TAHUN 2 MENGGUNAKAN TEKNIK INTERNET BENDA (POKOK+) Khairul Afiq bin Azman Nazatul Aini binti Majid

PERFOMANCE ANALYSIS OF SEAMLESS VERTICAL HANDOVER IN 4G NETWOKS MOHAMED ABDINUR SAHAL

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

OPTIMIZE PERCEPTUALITY OF DIGITAL IMAGE FROM ENCRYPTION BASED ON QUADTREE HUSSEIN A. HUSSEIN

PROSES PENILAIAN MEDIA

ADAPTIVE ONLINE FAULT DETECTION ON NETWORK-ON-CHIP BASED ON PACKET LOGGING MECHANISM LOO LING KIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGELUARAN PERAKUAN KEKOMPETENAN DAN PERAKUAN KECEKAPAN BARU MENGIKUT STCW 1978, SEPERTI PINDAAN

Transcription:

SISTEM PENGURUSAN AKREDITASI MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY New Eng Yau Ts. Dr. Zulkefli Mansor Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Malaysian Qualification Agency(MQA) merupakan salah satu agensi yang penting di Malaysia. MQA bertanggungjawab untuk memberi jaminan kualiti pendidikan tinggi dalam sektor awam dan swasta. Peranan utama MQA adalah untuk melaksanakan Rangka Kerja Kelayakan Malaysia (MQF) sebagai asas untuk penjaminan kualiti pengajian tinggi dan juga sebagai rujukan bagi kriteria dan piawaian kelayakan negara. MQA bertanggungjawab untuk memantau dan mengawasi amalan jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara. Untuk menjalankan proses akreditasi, MQA akan menghubungi panel-panel secara manual dan memberi tugasan secara manual. Justeru, proses ini mengambil masa kerana MQA perlu meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan panel, memberi tugasan kepada panel dan juga menunggu balasan daripada panel secara manual. Dengan kewujudan Sistem Pengurusan Akreditasi Malaysian Qualification Agency, pengurusan akreditasi yang sering dijalankan oleh MQA akan dipermudahkan kerana setakat ini, MQA tidak mempunyai satu sistem yang komprehensif untuk menjalankan tugasan ini. Sistem ini turut dapat membantu MQA untuk berkomunikasi dengan panel-panel secara atas talian. Selain itu, panel-panel dapat menghantar laporan yang telah disempurnakan dalam masa yang singkat. Sistem turut akan menjana notis-notis bagi mengingatkan ahli panel supaya menghantar laporan dalam masa yang ditetapkan. Pegawai MQA turut dapat memberikan tugasan kepada panel secara atas talian dan panel padat dapat memberi balasan sama ada untuk menerima atau menolak tugasan tersebut dalam masa yang singkat dan efektif. MQA juga dapat menjejak status laporan dan juga menilai prestasi ahli panel melalui sistem ini. Metodologi yang akan digunakan untuk sistem ini ialah sistem bertokok. 1 PENGENALAN Malaysian Qualifications Agency(MQA) merupakan salah satu agensi yang penting di Malaysia. MQA bertanggungjawab untuk menjamin kualiti pendidikan bagi sektor awan dan swasta dengan melalui proses akreditasi. Bagi membantu mencepatkan proses akreditasi pendidikan tinggi negara, satu sistem yang bernama Sistem Pengurusan Akreditasi MQA telah ditubuhkan. Sistem ini berfungsi bagi memudahkan panel-panel untuk menghantar laporan dan juga menilai prestasi ahli panel.

Namun, MQA tidak mempunyai satu sistem yang komprehensif bagi memilih panel untuk mengakreditasi pendidikan tinggi negara. Justeru, Sistem Pengurusan Akreditasi MQA ini perlu dipertambahbaik bagi memudahkan ahli panel menghantar laporan secara dalam talian. Selain itu, Sistem Pengurusan Akreditasi MQA juga dapat menilai prestasi ahli panel dari segi laporan yang telah disiapkan dan ketepatan masa penghantaran laporan tersebut. Malaysian Qualifications Agency(MQA) telah ditubuhkan pada 1 November 2007 di bawah Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007. MQA dilancarkan secara rasminya oleh Menteri Pengajian Tinggi ketika itu yakni Dato Mustapa Mohamed, pada 2 November 2007. Peranan Utama MQA adalah untuk melaksanakan Malaysian Qualification Framework(MQF) sebagai asas bagi jaminan kualiti pengajian tinggi dan sebagai rujukan untuk kriteria dan piawaian kelayakan negara. MQA juga bertanggungjawab untuk memantau dan mengawasi amalan jaminan kualiti serta akreditasi pendidikan tinggi negara. Dengan visi untuk menjadi sebuah autoriti global dalam jaminan kualiti pengajian tinggi dan juga misi untuk mewujudkan satu sistem jaminan kualiti yang diterima pakai di peringkat antarabangsa, MQA kini telah bersedia untuk menerokai sempadan-sempadan baharu dalam jaminan kualiti pengajian tinggi.(agensi Kelayakan Malaysia 2016). 2 PENYATAAN MASALAH MQA tidak mempunyai satu sistem yang komprehensif untuk ahli panel menghantar laporan. Ini menyebabkan ketidakcekapan proses akreditasi kerana admin MQA dan juga ahli panel perlu melakukan proses akreditasi secara manual. Pegawai MQA perlu memilih ahli panel dan ketua kumpulan ahli panel secara manual. Ini akan menyebabkan redundansi pelantikan ahli panel. Sebagai contoh, seorang pegawai MQA yang telah melantik seorang ahli panel sebagai ketua kumpulan ahli panel dan pegawai MQA tersebut berkemungkinan untuk melantik ahli panel yang sama sebagai ahli biasa. Situasi ini telah mengakibatkan kemunculan redundansi data.

Selain itu, proses pelantikan ahli panel secara manual juga amat sukar. Pegawai MQA perlu menggunakan cara tersendiri untuk mencari dan berkomunikasi dengan ahli panel yang telah dipilih. Ini akan mengakibatkan pembaziran masa pegawai MQA dan juga ahli panel. Di samping itu, admin MQA, pegawai MQA dan ahli panel juga tidak dapat menjejak status laporan secara efektif sebab tidak mempunyai sistem yang merekodkan semua butiran. Oleh itu, mereka tidak dapat mengesan butiran-butiran laporan seperti masa penghantaran laporan dan sebagainya. Tambahan pula, admin MQA dan pegawai MQA sukar untuk menilai prestasi ahli panel sebab tiada sistem yang berkaitan. Dengan ketidakwujudan sistem untuk menilai prestasi, mereka sukar untuk mendapatkan data yang menetap untuk menilai prestasi ahli panel. 3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif projek ini adalah berikut: a) Membangunkan sistem laporan panel. b) Memberikan platform untuk menghantar dan menjejak laporan yang telah dihantar. c) Memberi notis bagi panel yang belum menghantar laporan mereka dalam tempoh masa yang ditetapkan. d) Mewujudkan platform untuk menilai prestasi ahli panel. e) Menyediakan papan pemuka untuk rekod maklumat pekerjaan. 4 METOD KAJIAN Sistem ini akan menggunakan model tokokan kerana model tersebut adalah paling sesuai untuk diamalkan. Selain itu, metodologi ini dapat membangunkan sistem mengikut peringkat untuk setiap fasa. Model tokokan adalah satu kaedah pembangunan perisian di mana produk itu direka, dilaksanakan dan diuji secara berperingkat sehingga produk tersebut disiapkan. Fasa pembangunan termasuk fasa perancangan, analisis, reka bentuk, pengujian dan dokumentasi. Model ini penting untuk memastikan projek dijalankan dengan lancar dan teratur.

4.1 Fasa Perancangan Fasa ini melibatkan mengenali masalah, cadangan penyelesaian, objektif, skop dan juga kekangan sistem. Langkah seterusnya dalah sorotan susastera yang mengaji sistem yang sama dan fungsi yang sama. Maklumat dapat dikumpulkan lepas kajian bagi mencetus idea dan inspirasi. Contoh topik yang berkaitan dikaji untuk membangunkan sistem yang lebih canggih. 4.2 Fasa Analisis Fasa ini melibatkan analisis maklumat yang dikumpulkan dalam fasa perancangan. Analisis tentang topik dan keperluan sistem akan dianalisiskah untuk memastikan sistem ini dapat memenuhi keperluan pengguna. Selain daripada itu, analisis tentang perkakasan dan perisian juga dijalankan untuk memastikan perkakasan dan perisian sesuai untuk membangunkan sistem ini. 4.3 Fasa Reka Bentuk Fasa ini merupakan fasa penyediaan untuk membangunkan sistem. Fasa ini amat penting kerana pengguna dapat konsep tentang fungsi sistem ini dan juga reka bentuk sistem ini. Seni bina klien dan pelayan akan digunakan dalam Sistem pengurusan Akreaditasi MQA. Arsitektur pelayan klien (klien / pelayan) adalah arsitektur rangkaian di mana setiap komputer atau proses pada rangkaian adalah sama ada pelanggan atau pelayan.(vangie Beal n.d.). Rajah kelas, data dan algoritma telah dikaji dan dibina untuk memberi satu konsep dalam membangunkan sistem ini. Antara muka sistem ini juga dibina untuk memudahkan proses pembangunan sistem ini. 4.4 Fasa Pengujian Fasa ini merupakan fasa menjalankan proses pengujian Sistem pengurusan akreditasi MQA. Pengujian sistem yang dijalankan adalah untuk memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi keperluan dan dapat berfungsi tanpa sebarang masalah kritikal. Dalam proses pengujian sistem, pelan pengujian telah dijalankan. Pelan Ujian adalah dokumen yang menggambarkan skop, pendekatan, sumber dan jadual aktiviti ujian. Pelan ini

akan mengenal pasti item ujian, ciri-ciri yang akan diuji, tugas ujian, tahap kebebasan penguji, persekitaran ujian, teknik reka bentuk ujian serta kriteria masuk dan keluar yang akan digunakan, rasional pemilihan dan juga apa-apa risiko yang memerlukan perancangan. Ini merupakan rekod proses perancangan ujian. Pengujian sistem telah dijalankan dengan tujuan memastikan semua fungsi sistem dapat berfungsi dengan lancar. Pengujian sistem telah dijalankan dengan menggunakan ujian kotak hitam. Ujian kotak hitam dijalankan untuk memastikan semua fungsi sistem berfungsi. Satu log pengujian akan dibina, Jenis ujian dan alat yang diguna akan direkodkan. Status pengujian seperti lulus atau gagal juga akan direkodkan. 5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincangkan hasil daripada proses pembangunan Sistem pengurusan akreditasi MQA. Aktiviti pengekodan merupakan salah satu proses utama dalam membangunkan sistem. Pembangunan sistem perlu menepati keperluan sistem dan juga keperluan pengguna untuk membina satu sistem yang cekap. Untuk membangunkan sistem dengan lancar, beberapa perisian telah digunakan. Rajah 5.1 : Sublime digunakan untuk buat pengekodan

Antaranya, Sublime dijadikan perisian untuk pengekodan. Sublime adalah editor kod sumber serampang proprietari dengan antara muka pengaturcaraan aplikasi Python (API). Rajah 5.2 Google Chrome dan Xampp Selain itu, Google Chorme telah digunakan sebagai alat pemaju untuk debug. XAMPP adalah platform terbuka yang dibangunkan oleh Apache Friends yang terdiri daripada Apache HTTP Server, pangkalan data MariaDB, dan penterjemahan untuk skrip yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP dan Perl. Rajah 5.3 phpmyadmin dan CodeIgniter phpmyadmin adalah alat pentadbiran sumber terbuka dan percuma untuk MySQL dan MariaDB. phpmyadmin telah digunakan untuk menguruskan dan menyimpan pangkalan data. CodeIgniter juga digunakan sebagai rangka kerja dalam membangunkan sistem ini. Antara bahasa pengaturcaraan yang telah digunakan untuk membangunkan sistem ini adalah PHP, JAVASCRIPT, CSS, HTML5, HTML dan AJAX. MetroUI juga merupakan salah satu rangka kerja yang digunakan untuk memperbaiki grafik antara muka sistem ini.

Rajah 5.3 : Fungsi Papan Pemuka Papan pemuka ini dibangunkan dengan mengumpul data-data dalam sistem ini. Melalui fungsi papan pemuka ini, admin MQA dapat menilai prestasi ahli panel dan menilai efisiensi ahli panel. Rajah 5.4 Fungsi tugasan

Admin MQA dan pegawai MQA dapat memberi tugasan kepada ahli panel melalui fungsi ini. Selain itu, mereka dapat menyemak tugasan yang telah dibagi melalui antara muka ini. Maklumat-maklumat yang salah juga boleh dibetulkan melalui antara muka ini. Rajah 5.5 Fungsi pengesahan tugasan Panel-panel atau ketua kumpulan dapat terima atau menolak tugasan yang telah dibagi oleh admin MQA atau pegawai MQA. Tugasan yang diterima akan muncul dan panel atau ketua kumpulan dapat menghantar laporan mereka melalui sistem. 6 KESIMPULAN Sistem pengurusan akreditasi MQA telah dibangunkan untuk menyelesaikan masalah yang telah dinyatakan di penyelesaian masalah. Antara masalah yang akan diselesaikan termasuk masalah di mana laporan perlu dihantar secara manual, masalah redundansi pemilihan ahli panel, prestasi panel dan masalah menjejak status laporan. Sistem ini akan membantu ahli panel untuk menghantar laporan mereka yang telah disiapkan dengan lebih mudah. Selain itu, sistem ini turut membenarkan ahli panel untuk menerima atau menolak tugasan yang telah diberikan oleh pegawai MQA.

Di samping itu, sistem ini dapat membantu panel, pegawai MQA dan admin MQA untuk menyemak senarai ahli panel dan kumpulan ahli panel. Pegawai MQA juga dapat menetapkan tugasan dan memilih panel untuk menjalankan tugasan tersebut. Admin MQA juga dapat mendaftarkan panel dan pegawai MQA melalui sistem ini. Sistem ini dijangka akan direka bentukkan dalam masa yang dinyatakan di atas. Selepas sistem ini disiapkan, sistem ini boleh digunakan oleh pihak MQA untuk menjalankan tugas dengan lebih efektif dan berkesan. 7 RUJUKAN Agensi Kelayakan Malaysia. 2016. Agensi Kelayakan Malaysia. http://www.mqa.gov.my/portalmqav3/default/en/index.cfm [30 September 2017]. Apple Computer, I. 1992. Macintosh human interface guidelines. Addison-Wesley Pub. Co. Retrieved from https://www.interaction-design.org/literature/book/the-encyclopedia-ofhuman-computer-interaction-2nd-ed/human-computer-interaction-brief-intro Bain, R. 1937. Technology and State Government. American Sociological Review, 2(6), 860. doi:10.2307/2084365 David T. Bourgeois. 2014. Chapter 1: What Is an Information System? Information Systems for Business and Beyond. Creative Commons Attribution,. https://bus206.pressbooks.com/chapter/chapter-1/ [13 November 2017]. Eckerson, W. W. 2006. Performance dashboards : measuring, monitoring, and managing your business. John Wiley. Few, S. 2006. Information dashboard design : the effective visual communication of data. O Reilly. Information Systems Today - Managing in the Digital World, fourth edition. 2010. Prentice- Hall. Retrieved from https://bus206.pressbooks.com/chapter/chapter-1/#footnote-5-1

Johnathan Briggs. (n.d.). Management Reports & Dashboard Best Practice Guide. https://www.targetdashboard.com/site/dashboard-best-practice/management-reportand-dashboard-best-practice-index.aspx [10 November 2017]. Management Information Systems, twelfth edition. 2012. Prentice-Hall. Margaret Rouse. 2010. What is business intelligence dashboard? - Definition from WhatIs.com. http://searchbusinessanalytics.techtarget.com/definition/businessintelligence-dashboard [13 November 2017]. marizaocoy. 2016. Human Computer Interaction Mariza Bautista Ocoy. https://marizaocoy.wordpress.com/2016/01/10/human-computer-interaction/ [10 November 2017]. The Editors of Encyclopædia Britannica. (n.d.). software computing Britannica.com. https://www.britannica.com/technology/software [10 November 2017]. Vangie Beal. (n.d.). What is Client Server Architecture? Webopedia Definition. https://www.webopedia.com/term/c/client_server_architecture.html [11 December 2017].