SISTEM TEMPAHAN TIKET BAS MENGGUNAKAN APLIKASI DALAM TELEFON NOOR AZILA BINTI MOHAMED

Similar documents
SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

KELAS MAYA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PENGARUSAN VIDEO LIEW SHAW CHIN

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

SISTEM E-RELOAD SOLEHA BINTI SALLEH

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER SECARA ATAS TALIAN DI FSKSM AHMAD FARIZ B ABD RAHIM

SISTEM PENGURUSAN DAN PENEMPAHAN KELAS MEMANDU BERASASKAN WEB DAN SISTEM PESANAN RINGKAS NURUL AIN BINTI ARIFFIN

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

SISTEM PENGHANTARAN MESEJ SEGERA PELBAGAI PELANTAR BERASASKAN JAVA SAZARUL IZAM BIN MD SAAD. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

Dedikasi Osman Bin Shariman & Norbi Binti Hassan Muhammad Hanis Osman Shar Mariam Muhammad


SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKAN TEKNOLOGI WAP NIK MAZRULHAMDY BIN MOHAMMAD

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

SISTEM PENGURUSAN KONVOKESYEN UTM ATAS TALIAN SITI NOORSAKILA BINTI ZAKARIA

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

SISTEM KESELAMATAN PENGHANTARAN FAIL MENGGUNAKAN TEKNIK KRIPTOGRAFI DAN STEGANOGRAFI SATHIAPRIYA A/P RAMIAH

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

SISTEM PENGESANAN PERGERAKAN BERASASKAN SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) KHAIRUNNISA BT ISMAIL

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

SISTEM PENGURUSAN JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ 9, UTM BERASASKAN WEB NILAM NUR BINTI AMIR SJARIF

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

DYNAMIC MOBILE SERVER FOR LIVE CASTING APPLICATIONS MUHAMMAD SAZALI BIN HISHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL BERASASKAN WEB DAN PDA (COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM)

PORTAL PENGGUNA BERPANDUKAN KONSEP CRM KAJIAN KES: BAHAGIAN PENGUATKUASA KPDN & HEP, JOHOR BAHRU HAM KAU FEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PORTABLE ELECTRONICS QUEUE CONTROL SYSTEM WONG CHUN YUAN UNIVERSITY MALAYSIA PAHANG

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (SAINS KOMPUTER) : FALKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT

PROTOTYPE OF POWER LINE INTERFACE SOCKET USING EMBEDDED CONTROLLER FOR DATA ACQUISITION AND CONTROL. LAI CHING HUAT

PENGAWAL LAMPU ISYARAT MENGGUNAKAN TEKNOLOGI BLUETOOTH MOHD FAIZ BIN MOHD NAJIB

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

SISTEM PEMERHATIAN SMARTTRACK BAGI TELEFON GPS DAN KEKOTAK PENJEJAKAN YEE JIA WEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System


APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

Sistem Pengurusan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Secara Online

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

LINK QUALITY AWARE ROUTING ALGORITHM IN MOBILE WIRELESS SENSOR NETWORKS RIBWAR BAKHTYAR IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

SECURE-SPIN WITH HASHING TO SUPPORT MOBILITY AND SECURITY IN WIRELESS SENSOR NETWORK MOHAMMAD HOSSEIN AMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

ANALISA PERPINDAHAN DATA MODEL SURFACE DI ANTARA PLATFOM CAD YANG BERBEZA ASFAEZUDDIN BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBANTU PEMAJU MELAKSANAKAN KONSEP BINA KEMUDIAN JUAL DI DALAM PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN

OPTIMIZED BURST ASSEMBLY ALGORITHM FOR MULTI-RANKED TRAFFIC OVER OPTICAL BURST SWITCHING NETWORK OLA MAALI MOUSTAFA AHMED SAIFELDEEN

BORANG PANGESAHAII STATUS TESIS

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

DETECTION OF WORMHOLE ATTACK IN MOBILE AD-HOC NETWORKS MOJTABA GHANAATPISHEH SANAEI

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

SISTEM PENYULITAN DAN PENYAHSULITAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALGORITMA RIVEST SHAMIR ADELMAN

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

LOW COST MP3 PLAYER USING SD CARD KHAIRIL AMRI BIN MUHAMAD UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOLEJ 9, UTM BERASASKAN WEB DZIDATUL AKMA BINTI DZULKAFLI

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT. PROGRAM KELAYAKAN MASUK SENARAI KURSUS Sarjana Sistem Maklumat

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2)short answers and TWO (2) structured essays. Answer ALL questions.

ISOGEOMETRIC ANALYSIS OF PLANE STRESS STRUCTURE CHUM ZHI XIAN

AMBULANCE MANAGEMENT SYSTEM

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT


APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM SEMAKAN SAMAN KENDERAAN

BLOCK-BASED NEURAL NETWORK MAPPING ON GRAPHICS PROCESSOR UNIT ONG CHIN TONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ISI KANDUNGAN. Tarikh akhir kemaskini: 9 November 2016 Hakcipta Pusat Komputer, UTeM ms 2

VISUALISASI DATA SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Illi Nadia binti Mohd Khairuddin Prof. Madya Dr. Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

Modul Asas JavaServer Pages

SISTEM PENGURUSAN CUTI PRASARANA MALAYSIA BERHAD. Mohd Fitriyanshah Bin Nursyal. Mohd Rosmadi Mokhtar

CREATING USER ID AND PASSWORD : NOTA PENTING NOTA PENTING SEBELUM MEMULAKAN PROSES CREATE USER ID & PASSWORD

AUTOMATIC APPLICATION PROGRAMMING INTERFACE FOR MULTI HOP WIRELESS FIDELITY WIRELESS SENSOR NETWORK

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

Transcription:

SISTEM TEMPAHAN TIKET BAS MENGGUNAKAN APLIKASI DALAM TELEFON NOOR AZILA BINTI MOHAMED Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2010

Buat Insan Tersayang Mek Terima kasih kerana memahami... Pengorbananmu tidak terhingga... Abang Yie, Abang Die, Zura dan Adik Kasih sayang dari kalian penguat semangat... Suyam Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan... Jasamu akan kukenang selamanya...

i PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan projek sarjana muda ini. Terima kasih saya ucapkan terutamanya kepada penyelia projek saya ini, iaitu Dr. Shukor Abdul Razak yang banyak memberi bantuan, bimbingan dan dorongan sepanjang tempoh projek ini dijalankan. Terima kasih juga atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan, ilmu yang telah dikongsi serta tidak lupa juga kerjasama dan komitmen yang amat baik sepanjang saya berada di bawah penyeliaannya. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada pensyaarah-pensyarah Jabatan Sistem dan Komunikasi Komputer, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat yang turut memberikan bantuan dan sokongan dalam menyiapkan projek sarjana muda saya ini. Buat keluarga tersayang yang banyak memberikan dorongan dan sokongan yang tidak putus-putus, terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan. Rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bersekang mata dan berusaha untuk meyiapkan projek ini, terima kasih atas semangat dan bantuan dari kalian semua. Akhir sekali, buat individu-individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, terima kasih atas khidmat dan bantuan yang diberikan. Diharapkan agar projek sarjana muda yang dibangunkan ini berguna untuk kegunaan dan kemudahan orang ramai suatu hari nanti.

ii ABSTRAK Peningkatan kepada penggunaan teknologi pada masa kini bukanlah suatu yang luar biasa. Setiap pekerjaan yang dilakukan manusia, telah ada teknologi atau peralatan yang digunakan untuk memudahkannya. Segala pekerjaan mahu dilakukan dengan cepat dan tepat. Tidak hairanlah teknologi masa kini semakin berkembang sesuai dengan peredaran masa.pada masa ini, kebanyakan penduduk di Malaysia masih lagi menggunakan cara konvensional bagi mendapatkan tiket bas ekspres. Kaedah ini mempunyai beberapa keburukan yang mana dapat diatasi menggunakan sistem penempahan tiket bas menggunakan aplikasi dalam telefon. Dengan adanya sistem ini, pengguna tidak lagi perlu ke kaunter tiket kerana ia boleh diakses pada bila-bila masa dan dimana jua berada menggunakan telefon bimbit.dibangunkan dengan menggunakan teknologi J2ME, ia merupakan satu kelebihan dimana J2ME merupakan teknologi yang memfokuskan kepada pembangunan aplikasi tanpa wayar yang lebih tertumpu kepada alatan kecil seperti telefon bimbit dan PDA. Dalam pembangunan projek ini, metodologi prototaip telah digunakan sepanjang pembangunan sistem dijalankan.

iii ABSTRACT The increase in applying technology in life is not uncommon things nowadays. For every job need to be done by people, there are technology or devices that help people to do it. All jobs need to be done in seconds and accurately. So, there is no wonder that technology has growth rapidly as time pass. Today, people in Malaysia still use the conventional way in order to get bus ticket. This method has several disadvantages which can be solved using the ticket reservation system using mobile application. With this system, users or customers do not need to go to ticket counter anymore as this system can be access at anytime and anywhere using your mobile phone. Develop using J2ME technology, it was an advantage because J2ME is a technology which is aimed for wireless application that focusing on small devices like mobile phone and PDA. For the system development, Prototype Methodology had been used along this system development.

iv KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv ix x xiii xiv 1 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Matlamat Projek 4 1.4 Objektif Projek 4 1.5 Skop Projek 4 1.6 Kepentingan Projek 5 1.7 Rumusan 6 2 KAJIAN LITERATUR 7 2.1. Pendahuluan 7 2.2. Kajian Terhadap Syarikat Transnasional Sdn Bhd 8

v 2.3. Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada di Syarikat 9 Transnasional Sdn. Bhd. 2.4. Kajian Terhadap Sistem Pembelian Tiket Bas di Syarikat Lain 10 2.4.1. Kajian Terhadap Sistem Pembelian Tiket Syarikat MARA Liner 10 2.5. Kajian Terhadap Aplikasi Dalam Telefon Sedia Ada 15 2.5.1 IRTCMobile 15 2.5.2 JetWallet 17 2.6. Kajian Terhadap Perkembangan Telefon Bimbit 22 2.7. Kajian Terhadap Teknologi Yang Digunakan 24 2.7.1. Java 2 Micro Edition (J2ME) 25 2.7.2. Java Server Pages (JSP) 27 2.8. Kajian Terhadap Perkakasan dan Perisian 28 2.8.1 Sun Java Me Software Development Kit 28 (SDK) 3.0 2.8.2 Java Development Kit (JDK 6 Update 16) 29 2.8.3 Netbeans IDE 6.7.1 29 2.8.4 MySQL Server 5.0 30 2.8.5 Adobe Dreamweaver CS3 30 2.9. Rumusan 31 3 METODOLOGI PEMBANGUNAN 32 3.1 Pengenalan 32 3.2 Model Prototaip 34 3.2.1 Fasa Analisis Sistem 36 3.2.2 Fasa Rekabentuk Sistem 37 3.2.3 Fasa Pembangunan Sistem 37 3.2.4 Fasa Implementasi Sistem 38 3.3 Kaedah Permodelan Unified Modeling Language 39 (UML) 3.4 Analisis Keperluan Sistem 40 3.4.1 Justifikasi Perkakasan 40

vi 3.4.2 Keperluan Perisian 41 3.5 Rumusan 42 4 REKABENTUK SISTEM 43 4.1 Pengenalan 43 4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 43 4.2.1 Rekabentuk Bahagian Pengguna 45 4.2.2 Rekabentuk Bahagian Staf 45 4.2.3 Rekabentuk Bahagian Pentadbir 46 4.3 Rekabentuk Aliran Kerja 46 4.3.1 Rajah Kes Guna 47 4.3.2 Rajah Jujukan 53 4.3.2.1 Rajah Jujukan Proses Login 54 Pengguna 4.3.2.2 Rajah Jujukan Proses Penempahan 55 Tiket Bas 4.3.2.3 Rajah Jujukan Proses Pendaftaran 55 Pelanggan 4.3.2.4 Rajah Jujukan Proses Semakan 56 Tempahan Oleh Pelanggan 4.3.2.5 Rajah Jujukan Proses 57 Pengemaskinian Profil Pengguna 4.3.2.6 Rajah Jujukan Proses Pendaftaran 58 Perjalanan 4.3.2.7 Rajah Jujukan Proses Papar Senarai 59 Tempahan 4.4 Rekabentuk Pangkalan Data 60 4.5 Rekabentuk Antaramuka 63 4.5.1 Rekabentuk Aplikasi Tempahan Tiket Bas 63 Dalam Telefon 4.5.1.1 Antaramuka Utama Aplikasi Tempahan Tiket Bas Dalam Telefon 64

vii 4.5.1.2 Antaramuka Splash Screen Gagal 65 Hubung Ke Pelayan 4.5.1.3 Antaramuka Login 66 4.5.1.4 Splash Screen Pengesahan Login 67 4.5.1.5 Antaramuka Menu Utama 68 4.5.1.6 Antaramuka Menu Utama 69 Tempahan 4.5.1.7 Antaramuka Menu Tempahan Baru 70 4.5.1.8 Antaramuka Menu Jadual 71 Perjalanan Bas 4.5.1.9 Antaramuka Menu Tempahan 72 Akhir 4.5.1.10 Antaramuka Menu Pengesahan 73 Tempahan 4.5.2 Rekabentuk Antaramuka Laman Web 74 MobileTicketServlet 4.5.2.1 Antaramuka Halaman Utama 74 4.5.2.2 Antaramuka Halaman Pendaftaran 75 Pelanggan 4.5.2.3 Antaramuka Halaman Login 76 4.5.2.4 Antaramuka Halaman Utama 77 Pengguna 4.5.2.5 Antaramuka Halaman Papar Profil 78 Saya 4.5.2.6 Antaramuka Halaman Semak 79 Tempahan Saya 4.5.2.7 Antaramuka Halaman Utama 80 Admin 4.5.2.8 Antaramuka Halaman Daftar 81 Admin Baru 4.5.2.9 Antaramuka Halaman Semak 82 Tempahan 4.6 Rumusan 83

viii 5 IMPLEMENTASI SISTEM 84 5.1 Pengenalan 84 5.2 Persekitaran Pembangunan 85 5.3 Fasa Implementasi 85 5.3.1 Pengekodan Bahagian Pengguna Pada 86 Aplikasi Dalam Telefon 5.3.2 Pengekodan Bahagian Modul Pelayan 90 5.3.2 Pengekodan Bahagian Laman Web Sistem 93 5.4 Kaedah Pengujian 95 5.4.1 Pengujian Kotak Putih 96 5.4.2 Pengujian Kotak Hitam 97 5.5 Ringkasan 100 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 101 6.1 Pengenalan 101 6.2 Pencapaian 102 6.3 Kelemahan Sistem 103 6.4 Cadangan Masa Hadapan 104 6.5 Kesimpulan 104 RUJUKAN 106 LAMPIRAN A 108 LAMPIRAN B 112

ix SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Senarai Perkakasan 41 3.2 Senarai Perisian 41 4.1 Senarai dan keterangan kes guna bagi 49 Pelanggan 4.2 Senarai dan keterangan kes guna bagi Staf 51 4.3 Senarai dan keterangan kes guna bagi Pentadbir 53 4.4 Struktur Jadual infomember 61 4.5 Struktur Jadual infoadmin 61 4.6 Struktur Jadual infoperjalanan 62 4.7 Struktur Jadual infotempahan 62 5.1 Pengujian Antaramuka Pada Aplikasi di Telefon 97 5.2 Pengujian Antaramuka Pada Laman Web 98 5.3 Pengujian Capaian Pangkalan Data 99

x SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Laman Utama Laman Web MARA Liner 12 2.2 Laman Pendaftaran Pengguna 12 2.3 Laman Tempahan Tiket (Masa Perjalanan dan 13 Tarikh Tiket) 2.4 Laman Tempahan Tiket (Pemilihan Tempat 14 Duduk) 2.5 Laman Tempahan Tiket (Pengesahan Data 14 Tempahan Tiket) 2.6 Laman Utama Aplikasi JetWallet 19 2.7 Laman Tempahan Tiket 19 2.8 Pemprosesan Tempahan Tiket 20 2.9 Senarai Penerbangan 20 2.10 Paparan Rencana Perjalanan 21 2.11 Notis Pengesahan Tempahan 21 2.12 Gambaran Komponen-Komponen J2ME 26 2.13 Landasan Tanpa Wayar CLDC 27 3.1 Rajah Model Prototaip (Dewitz, 1996) 35 3.2 Aktiviti-Aktiviti Prototaip (Dewitz, 1996) 35 4.1 Rekabentuk Sistem 44 4.2 Rajah Kes Guna bagi Pelanggan 48 4.3 Rajah Kes Guna bagi Staf 50

xi 4.4 Rajah Kes Guna bagi Pentadbir 52 4.5 Rajah jujukan bagi Proses Login Pengguna 54 4.6 Rajah jujukan bagi Proses Penempahan Tiket 55 Bas 4.7 Rajah jujukan bagi Proses Pendaftaran 56 Pelanggan 4.8 Rajah jujukan bagi Proses Semak Tempahan 57 Oleh Pelanggan 4.9 Rajah jujukan bagi Proses Pengemaskinian 58 Profil Pengguna 4.10 Rajah jujukan bagi Proses Proses Pendaftaran 59 Perjalanan 4.11 Rajah jujukan bagi Proses Proses Papar Senarai 60 Tempahan 4.12 Skrin Utama aplikasi MobileTicketing dalam 65 Telefon Bimbit 4.13 Splash Screen Gagal Hubung Pelayan 66 4.14 Skrin Login Aplikasi 67 4.15 Skrin Pengesahan Login 68 4.16 Skrin Menu Utama Aplikasi 69 4.17 Skrin Menu Utama Tempahan 70 4.18 Skrin Menu Tempahan Baru 71 4.19 Skrin Jadual Perjalanan 72 4.20 Skrin Menu Tempahan Akhir 73 4.21 Skrin Paparan Pengesahan Tempahan 74 4.22 Muka utama laman web MobileTicketServlet 75 4.23 Halaman Pendaftaran Pelanggan Baru 76

xii 4.24 Halaman Login Pengguna 77 4.25 Halaman Utama Pengguna 78 4.26 Halaman Papar Profil Saya 79 4.27 Halaman Semak Tempahan Saya 80 4.28 Halaman Utama Admin 81 4.29 Halaman Daftar Admin Baru 82 4.30 Halaman Semak Tempahan 83 5.1 Keratan Atucara bagi connecthttp 87 5.2 Keratan Atucara bagi responsehttp 88 5.3 Keratan Atucara bagi ticketapp 89 5.4 Keratan Atucara isauthenticated 90 5.5 Keratan Servlet Kelas main 91 5.6 Keratan Servlet Kelas authenticate 92 5.7 Connections.java 93 5.8 Keratan Atucara Login Pentadbir 94 5.9 Keratan Atucara Daftar Pentadbir Baru 95

xiii SENARAI SINGKATAN RINGKASAN API CDC CLDC DBMS FPX GPRS GSM HTML HTTP IDE J2EE J2ME J2SE JDK JSP JVM KVM MIDP MMS PDA SDK SMS WAP NAMA PENUH Application Programming Interface Connected Device Configuration Connected Limited Device Configuration Database Management System Financial Processing Exchange General Packet Radio Service Global System for Mobile Communications Hypertext Markup Language HyperText Transfer Protocol Integrated Development Environment Java Enterprise Edition Java 2 Micro Edition Java Standard Edition Java Development Kit Java Server Pages Java Virtual Machine Kilo Virtual Machine Mobile Information Device Profile Multimedia Messaging Service Personal Device Assistant Software Development Kit Short Message Service Wireless Application Protocol

xiv SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN PERKARA HALAMAN A Carta Gantt Projek 1 108 B Carta Gantt Projek 2 112

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Ledakan era globalisasi yang semakin rancak mendominasi dewasa ini menjadikan penggunaan teknologi terkini semakin mendapat tempat. Hampir kesemua pengguna lebih berminat untuk mengaplikasikan teknologi-teknologi masa kini bagi menguruskan kerja dan urusan dalam kehidupan seharian mereka walaupun masih ada sesetengah pengguna yang lebih selesa menggunakan kaedah konvensional. Penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian menjadi pilihan kerana ianya lebih efisien, memudahkan pekerjaan dan terbukti menjimatkan masa dan tenaga. Di Malaysia, perkembangan ke arah penggunaan teknologi-teknologi terkini tidak kurang hebatnya berbanding negara-negara maju lain seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Penduduk di Malaysia ternyata selesa dan senang dengan perkembangan ini, maka tidak hairanlah jika suatu produk kepada teknologi terbaru diperkenalkan di pasaran, ia mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan penduduk-penduduk di Malaysia. Teknologi telefon bimbit mengalami perkembangan yang sangat pesat bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. Teknologi ini merupakan salah satu teknologi yang paling mendapat sambutan di kalangan penduduk dunia. Terdapat

2 ratusan jenis telefon bimbit yang mempunyai model dan fungsi yang berbeza-beza dikeluarkan oleh syarikat-syarikat pengeluar telefon bimbit seperti Nokia, Sony Erricson, Motorola dan lain-lain di seluruh dunia. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa setiap hari ada sahaja teknologi atau aplikasi baru diperkenalkan yang mana menarik lagi minat pengguna terhadap penggunaan telefon bimbit di seluruh dunia. Telefon bimbit merupakan suatu alat atau teknologi yang sangat penting kepada kebanyakan pengguna di Malaysia sehingga dianggap sebagai keperluan kepada setiap orang. Peningkatan kepada penggunaan telefon bimbit secara mendadak juga adalah disebabkan oleh harganya yang semakin rendah sehingga ia mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat. Selain itu, pengeluaran pelbagai jenis telefon bimbit oleh pengeluar-pengeluar telefon bimbit terkemuka seperti Nokia, Sony Erricson, Motorola dan lain-lain memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk memilih telefon bimbit yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu, dari yang berharga murah hinggalah yang mahal. Ini ditambah pula dengan adanya pelbagai syarikat operator yang menawarkan pelan penggunaan yang mempunyai kelebihan yang tersendiri dengan caj penggunaan yang berpatutan. Kini, penggunaan telefon bimbit tidak lagi terhad sebagai alat komunikasi bergerak sebagai ganti kepada telefon talian tetap yang digunakan semata-mata untuk membolehkan dua pihak berkomunikasi semata-mata, tetapi ianya sudah berkembang ke arah penggunaan lain seperti akses ke Internet dan E-mail, kebolehan navigasi GPS (Global Positioning System), sebagai kamera dan pemain muzik serta lain-lain. Dengan berkembangnya teknologi-teknologi ini, maka lebih banyak fungsi dan aplikasi sedang dan boleh dibangunkan di dalam telefon bimbit. Perkembangan teknologi pada telefon bimbit tidak terbatas kepada penggunaan teknologi seperti yang telah dinyatakan di atas sahaja malah kebanyakan

3 telefon bimbit sekarang menyokong teknologi Java. Dengan adanya teknologi Java, pengguna dapat memuat turun dan menggunakan program-program daripada aplikasi Java yang telah dibangunkan di dalam telefon bimbit mereka. 1.2 Latar Belakang Masalah Penggunaan kenderaan awam sebagai pengangkutan utama masih lagi menjadi pilihan kebanyakan penduduk di Malaysia untuk ke suatu destinasi. Kenderaan awam untuk perjalanan antara bandar seperti bas ekspres sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna kerana harga tiketnya yang murah dan perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi perjalanan ke hampir semua bandar di Semenanjung Malaysia. Penggunaan bas ekspres semakin meningkat terutamanya ketika musim perayaaan dan musim cuti persekolahan, dan ini menyebabkan penduduk di Malaysia terutamanya yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Georgetown sering menghadapi masalah untuk mendapatkan tiket bas bagi perjalanan ke destinasi destinasi pilihan. Pada masa ini, penjualan dan pembelian tiket bas masih lagi dilakukan secara konvensional iaitu pelanggan yang ingin membeli tiket bas perlu ke kaunter-kaunter tiket bas dan membelinya secara manual. Pengguna perlu berbaris panjang dan menunggu giliran dalam keadaan yang tidak selesa ketika ingin membeli tiket bas. Masalah lain yang timbul dari kaedah konvensional ini ialah, pengguna perlu mengeluarkan masa, tenaga dan wang untuk ke kaunter-kaunter tiket yang biasanya bertempat di hentian atau terminal bas ekspres. Apa yang menyedihkan ialah, setelah menunggu giliran yang lama, pengguna terpaksa pulang dengan tangan yang kosong kerana tiket telah habis dijual.

4 1.3 Matlamat Projek Matlamat projek adalah membangunkan sebuah sistem tempahan tiket bas menggunakan aplikasi dalam telefon bertujuan untuk mempermudahkan proses pembelian tiket bas supaya ia dapat dilakukan dengan lebih efisien dan pantas. 1.4 Objektif Projek projek ini : Berikut merupakan objektif-objektif yang dicapai menerusi pembangunan i. Mengkaji dan meyelidik sistem yang sedia ada bagi kaedah pembelian tiket bas. ii. Merekabentuk dan membangunkan sistem pembelian tiket bas melalui teknologi aplikasi dalam telefon. iii. Menguji dan menilai sistem pembelian tiket bas melalui teknologi aplikasi dalam telefon yang telah dibangunkan. 1.5 Skop Projek Skop bagi projek adalah dinyatakan seperti berikut:

5 i. Sistem ini dibangunkan untuk penggunaan sebuah syarikat perusahaan bas ekspres sahaja dalam satu-satu masa. ii. Skop pembayaran tiket bas yang telah ditempah oleh pengguna tidak dirangkumi dalam pembangunan sistem ini. iii. Sistem ini hanya boleh diaplikasikan di dalam telefon bimbit yang mempunyai tetapan Java sahaja. iv. Sistem ini menggunakan teknologi aplikasi dalam telefon yang dibangunkan menggunakan teknologi Java 2 Micro Edition (J2ME). v. Bagi tujuan pengujian, sistem ini boleh digunakan oleh staf-staf dan pelajar-pelajar UTM di UTM Skudai sahaja. 1.6 Kepentingan Projek Sistem yang akan dibangunkan ini dapat memudahkan proses pembelian tiket bas yang rumit supaya pembelian tiket bas dapat dilakukan dengan lebih mudah dan efisien. Dengan menggunakan sistem penempahan tiket bas menggunakan aplikasi dalam telefon, pengguna tidak perlu lagi ke kaunter-kaunter tiket untuk mendapatkan tiket. Pengguna yang ingin mendapatkan tiket bas boleh menempah tiket bas di mana sahaja mereka berada dengan menggunakan telefon bimbit yang mempunyai aplikasi untuk menempah tiket bas ini tanpa perlu membazirkan masa dan wang untuk ke kaunter-kaunter tiket bas.

6 1.7 Rumusan Sistem pembelian tiket bas secara manual mempunyai banyak kelemahan yang mana kelemahan-kelemahan ini boleh diatasi dengan menggunakan sistem yang dicadangkan ini. Sistem yang dibangunkan ini dijangka dapat mempermudahkan proses penempahan dan pembelian tiket bas oleh pengguna. Secara kesimpulannya, sistem pembelian tiket bas menggunakan aplikasi dalam telefon ini dapat melicinkan proses pembelian tiket bas yang remeh dan memberikan lebih pilihan kepada pengguna untuk membeli tiket bas samada secara manual, melalui aplikasi atas talian ataupun menggunakan aplikasi dalam telefon. Dalam bab yang seterusnya, kajian literatur mengenai teknologi perisian yang digunakan dalam pembangunan sistem yang dicadangkan ini akan diterangkan dengan lebih lanjut. Selain itu, kajian tentang sistem yang sedia ada juga akan diterangkan dalam Bab 2. Bab 3 akan membincangkan mengenai metadologi yang digunakan sepanjang hayat pembangunan sistem yang merangkumi semua tahap pembangunan sistem seperti penyelidikan, analisis, rekabentuk dan pelaksanaan. Sementara itu, rekabentuk sistem yang telah dibangunkan akan dibentangkan dalam Bab 4 yang mana ia meliputi rekabentuk bagi senibina sistem, antara muka sistem, pangkalan data dan rekabentuk aliran kerja. Dalam Bab 5 pula menerangkan mengenai implementasi dan pengujian yang dibuat terhadap sistem bagi memastikan sistem yang telah dibangunkan ini menepati objektif dan sasaran yang telah ditetapkan. Akhir sekali, perbincangan mengenai hasil dan pencapaian, kekangan dan cabaran serta cadangan terhadap pembaikan dan peningkatan prestasi sistem akan diterangkan di dalam Bab 6.