TS2963 : Pangkalan Data. Nota Makmal. Makmal 4

Similar documents
Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) e-purchase ORDER FOR SERVICES

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

MSS 318 Discrete Mathematics [Matematik Diskret]

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

Disediakan oleh: Mohammad Hazmin Bin Mohamed Azri

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) short answer and structured essay questions. Answer ALL questions.

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Modul Asas JavaServer Pages

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT211-CPM313 Programming Language Concepts & Paradigm [Konsep & Paradigma Bahasa Pengaturcaraan]

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT103 Struktur Data & Paradigma Pengaturcaraan

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

Tutorial: Pengenalan kepada Virtools

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

CREATING USER ID AND PASSWORD : NOTA PENTING NOTA PENTING SEBELUM MEMULAKAN PROSES CREATE USER ID & PASSWORD

EEE 348 PENGANTAR REKABENTUK LITAR BERSEPADU

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

ISI KANDUNGAN. Microsoft PowerPoint 2016

Persekitaran Pengaturcaraan Arduino

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

PART A SULIT (EKT 221) BAHAGIAN A. Answer ALL questions. Question 1. a) Briefly explain the concept of Clock Gating.

ICT SPM 2011 SUGGESTION ANSWER. Section A

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2003/2004. September/Oktober 2003

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

EEE348 INTRODUCTION TO INTEGRATED CIRCUIT DESIGN (PENGANTAR REKABENTUK LITAR BERSEPADU)

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT103/ CPM211 Struktur Data & Paradigma Pengaturcaraan

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) SINGLE ENVELOPE TENDER

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi DUA (2) soalan. Jawab SEMUA soalan.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT224/CMM221 Multimedia Systems [Sistem Multimedia]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT101 Prinsip-Prinsip Pengaturcaraan

PENGENALAN KEPADA ALGORITMA & STRUKTUR DATA

Pengaturcaraan web ASP.NET. Sinopsis:

Penggunaan Teks Dalam Multimedia BAB 5: PENGGUNAAN TEKS DALAM MULTIMEDIA. 5.1 Pengenalan

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT POSTER MELALUI PERISIAN PHOTOSHOP. Untuk membuat poster sediakan beberapa bahan seperti berikut:

MAT 181 Programming For Scientific Applications [Pengaturcaraan Untuk Penggunaan Sains]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT111/CPM111 Principles of Programming [Prinsip Pengaturcaraan]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST331 Principles of Parallel & Distributed Programming [Prinsip Pengaturcaraan Selari & Teragih]

Visitor Management System

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

ISI KANDUNGAN. Tarikh akhir kemaskini: 9 November 2016 Hakcipta Pusat Komputer, UTeM ms 2

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

ALAMAT IP. Sofirudman Mazuin Asmarul shazila Ainul bariah

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS522 Advanced Data Communication & Computer Networks [Rangkaian Komputer & Komunikasi Data Lanjutan]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST131 Computer Organisation [Organisasi Komputer]

APPENDIX B : TRAINING MATERIAL

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN PROSEDUR UNIT KOMPUTER. Proses Backup ( Windows) BPKP/KlOK-118 Bilangan Semakan : Q Tarikh :

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS. DNT 126 Basic Computer Programming [Asas Pengaturcaraan Komputer]

Cara Login Ke CPanel Hosting.

...a- JEE ELEKTRONIK DIGIT II. UNlVERSlTl SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik FebruarVMac 2003.

SKS 3124 PENDAWAIAN RANGKAIAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST332 Internet Protocols. Architecture & Routing [Protokol, Seni Bina & Penghalaan Internet]

Cik Sumitra Kan Fong Kuen

RANCANGAN PEMBELAJARAN TAHUNAN 2017 ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1

CPT212 Design & Analysis of Algorithms [Reka Bentuk & Analisis Algoritma]

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi DUA (2) soalan. Jawab SEMUA soalan.

MAT181 Programming For Scientific Applications [Pengaturcaraan Untuk Penggunaan Sains]

LAB 5: WORKING WITH DATA

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

ISOGEOMETRIC ANALYSIS OF PLANE STRESS STRUCTURE CHUM ZHI XIAN

Modul Latihan: Pembangunan Applikasi Pangkalan Data dan JSP Bahagian 1

Pejabat Teknologi Maklumat JOOMLA 3.4. Rahim Utah

1. PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PROJEK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST131 Computer Organisation [Organisasi Komputer]

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

Transcription:

TS2963 : Pangkalan Data Nota Makmal Makmal 4 1. Mencari Maklumat Dalam Pangkalan Data Salah satu kelebihan sistem pangkalan data berbandingkan cara penyimpanan maklumat lain (seperti fail teks atau direktori) adalah kemudahan pencarian maklumatnya. Dengan mengasingkan maklumat ke beberapa baris dalam satu jadual, dan kemudiannya memecahkan setiap baris rekod ke beberapa atribut, setiap unsur data boleh dirujuk dengan mudah samaada dengan mencarinya secara terus ataupun dengan mencari rekod-rekod yang mempunyai hubungan dengannya. Pada makmal-makmal yang lepas, anda telahpun melihat cara membina pangkalan data, merekabentuk sebuah jadual, dan memasukkan data kedalamnya. Pada makmal ini pula kita akan melihat cara-cara memaparkan data dan mencari data yang spesifik. 1.1. Arahan SQL : SELECT Arahan yang paling asas yang digunakan untuk pertanyaan adalah arahan SQL SELECT. Struktur pertanyaan asas adalah seperti berikut:- SELECT <atribut> FROM <jadual> WHERE <syarat pemilihan> Ungkapan diatas boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, seperti berikut:- SELECT <atribut> Arahan SELECT memberitahu perisian DB2 nama lajur atau atribut-atribut yang memegang data yang hendak dipaparkan atau disenaraikan di skrin. FROM <jadual> Arahan FROM menunjukkan dari jadual manakan lajur atau atribut-atribut tersebut berpunca. WHERE <syarat pemilihan> Arahan WHERE merupakan syarat yang anda kenakan kepada data yang hendak dipaparkan di skrin. Hanya data-data yang memenuhi syarat pemilihan yang anda senaraikan disini sahaja yang akan dipilih. Daripada ketiga-tiga bahagian diatas, hanya arahan SELECT dan FROM sahaja wajib dinyatakan dalam satu ungkapan. Arahan WHERE hanya perlu digunakan jika anda hendak memilih baris-baris yang mempunyai ciri-ciri yang tertentu sahaja. 1

Persediaan Untuk Makmal 4 Pastikan yang terdapat pangkalan data SAMPLE dalam komputer anda. Untuk melihat samaada komputer anda mempunyai pangkalan data SAMPLE, sila ikut arahan berikut:- 1. Buka DB2 Command Window dan dapatkan prompt db2 => 2. Pada prompt db2 =>, tulis LIST ACTIVE DATABASES. Anda sepatutnya mendapat maklumat seperti berikut:- Active Databases Database name = SAMPLE Applications connected currently = 1 Database path = C:\DB2\NODE0000\SQL00003\ Jika SAMPLE dapat dilihat seperti diatas, komputer anda telahpun mempunyai pangkalan data SAMPLE dan anda boleh teruskan dengan makmal ini. Jika SAMPLE tidak disenaraikan diatas, maka anda perlu membina semula pangkalan data sample tersebut. Sila ikut arahan dibawah:- 3. Pastikan yang anda telah log-in kedalam Windows menggunakan nama pengguna db2admin 4. Pada TaskBar Windows, pilih Start > Programs > IBM DB2 > First Steps 5. Apabila tetingkap aplikasi First Steps terbuka, pilih Create Sample Databases 6. Pada skrin seterusnya, tandakan kotak kosong di sebelah DB2 UDB Sample sahaja dan klik OK. Satu kotak dialog akan memaparkan perjalan proses pembinaan pangkalan data SAMPLE. Proses ini akan mengambil sekitar 1 hingga 5 minit bergantung kepada spesifikasi komputer anda. 7. Apabila kotak dialog ini menyatakan Completed, pangkalan data SAMPLE berjaya dibina. Klik OK untuk menutup kotak dialog ini, dan klik Exit pada tetingkap First Steps untuk keluar daripada aplikasi ini. Ulangi langkah 1 dan 2 yang dinyatakan sebelum ini untuk memastikan yang pangkalan data sample berjaya dibina. 2

2. Pemilihan Lajur Arahan SQL SELECT mempunyai dua fungsian utama:- 1. Pemilihan Lajur 2. Pemilihan Baris Pada bahagian ini, kita akan mempelajari cara-cara untuk memaparkan kesemua data yang tersimpan dalam satu lajur atau atribut dalam sesuatu jadual. Semua arahan dalam bahagian ini boleh digunakan untuk memaparkan data sari semua baris, walaupun daripada lajur atau atribut-atribut yang berbeza. 2.1. Arahan SQL : SELECT <satu atribut> FROM <satu jadual> Arahan pemilihan yang paling asas dalam SQL mempunyai sintaks berikut:- SELECT <satu atribut> FROM <satu jadual> Menggunakan arahan diatas, hanya satu atribut yang anda pilih daripada satu jadual sahaja akan dipaparkan. Contohnya, jadual EMPLOYEE dalam pangkalan data SAMPLE mengandungi atribut-atribut berikut:- EMPNO FIRSTNME (* perhatikan ejaannya) MIDINIT LASTNAME WORKDEPT PHONENO HIREDATE JOB EDLEVEL SEX BIRTHDATE SALARY BONUS COMM 1. Jika anda hendak memaparkan semua nombor pekerja (EMPNO) daripada jadual EMPLOYEE, pada prompt db2 => tulis:- SELECT EMPNO FROM EMPLOYEE 2. Dan jika anda hendak menyenaraikan kesemua nombor telefon (PHONENO), pada prompt db2 => tulis:- SELECT PHONENO FROM EMPLOYEE Anda boleh menggunakan kaedah yang sama untuk memaparkan dan menyenaraikan mana-mana atribut daripada mana-mana jadual yang anda kehendaki. 3

2.2. Arahan SQL : SELECT <n atribut> FROM <satu jadual> Untuk memilih lebih daripada satu atribut dalam sesuatu jadual, anda perlu menyenaraikan setiap atribut yang anda hendak paparkan selepas arahan SELECT dan asingkan setiap atribut dengan tanda, seperti berikut:- SELECT <atribut 1>, <atribut 2>,, <atribut n> FROM <jadual> Dalam kes diatas, setiap atribut yang anda senaraikan ini mestilah terkandung dalam jadual yang anda nyatakan. 1. Oleh itu jika anda hendak menyenaraikan nama pertama (FIRSTNME) dan nama akhir (LASTNAME) bagi setiap pekerja yang tersenarai dalam jadual EMPLOYEE, sila tulis:- SELECT FIRSTNME, LASTNAME FROM EMPLOYEE (* Nota : Perhatikan yang ejaan untuk atribut nama pertama pekerja adalah dieja FIRSTNME dan bukannya FIRSTNAME) 2. Mengunakan kaedah yang sama, jika anda hendak memilih semua nombor pekerja (EMPNO), nama jabatan (WORKDEPT), pekerjaan (JOB), dan gaji (SALARY), arahan SQL yang anda akan tulis adalah seperti berikut:- SELECT EMPNO, WORKDEPT, JOB, SALARY FROM EMPLOYEE Setiap baris yang dihasilkan daripada ungkapan SQL anda adalah selaras dengan setiap baris data yang terkandung dalam jadual tersebut. Perisian DB2 akan membaca setiap baris, memilih hanya atribut-atribut yang anda hendak lihat, memaparkannya di skrin, dan membaca baris seterusnya. 4

2.3. Arahan SQL : Simple SELECT Jadual EMPLOYEE yang digunakan sebelum ini mengandungi 14 atribut yang berlainan. Ada masanya anda dikehendaki memaparkan kesemua atribut dalam sesuatu baris daripada jadual tersebut. Menggunakan kaedah pada bahagian 2.2, sekiranya anda ingin melakukan perkara ini, anda terpaksa menulis kesemua 14 atribut dalam ungkapan yang sama, seperti berikut:- SELECT EMPNO, FIRSTNME, MIDINIT, LASTNAME, WORKDEPT, PHONENO, HIREDATE, JOB, EDLEVEL, SEX, BIRTHDATE, SALARY, BONUS, COMM FROM EMPLOYEE Jika anda menulis arahan yang panjang seperti diatas terdapat kemungkinan yang anda akan tersilap eja beberapa atribut ataupun tertinggal satu atribut. Satu singkatan untuk arahan sebegini terdapat dalam SQL, yang dipanggil Simple SELECT Statemment. Arahan ini mempunyai sintaks seperti berikut:- SELECT * FROM <jadual> Dalam arahan diatas senarai <atribut> digantikan dengan simbol * (asterisk). Simbol * digunakan untuk mewakili semua atribut dalam sesuatu jadual. Ia diadakan untuk mempersingkatkan penulisan senarai atribut bagi sesuatu jadual jika pengguna ingin memaparkan kesemua atribut dalam jadual tersebut. 1. Dalam contoh yang sama, untuk menyenaraikan kesemua atribut dalam jadual EMPLOYEE, sila tulis:- SELECT * FROM EMPLOYEE Arahan ini akan memaparkan kesemua atribut dalam jadual tersebut. Oleh kerana itu ianya juga disebut sebagai ungkapan SELECT ALL. (Walaubagaimanapun, perkataan ALL tidak boleh digunakan untuk menggantikan simbol * dalam arahan SQL tersebut.). Sekiranya anda hendak memaparkan hampir semua atribut dalam satu jadual, contohnya semua atribut dalam jadual EMPLOYEE kecuali atribut WORKDEPT, anda terpaksa menggunakan kaedah seperti yang dinyatakan dalam bahagian 2.2 dan menyenaraikan atribut satu-persatu. 5

3. Pemilihan Baris Pada bahagian 2 kita telah melihat bagaimana untuk memaparkan kesemua maklumat yang terkandung dalam semua baris dengan hanya memilih atribut-atribut tertentu. Secara kebiasaannya, apabila anda mencari data yang terkandung dalam sesuatu jadual, anda akan mencarinya berdasarkan beberapa ciri. Ini dipanggil syarat pemilihan. Sintaks penuh bagi arahan SQL yang mengandungi syarat pemilihan adalah seperti berikut:- SELECT <atribut> FROM <jadual> WHERE <atribut> <operator pemilihan> <syarat pemilihan> Kita telahpun melihat cara-cara menyatakan sumber maklumat yang ingin dicapai dengan menggunakan SELECT <atribut> FROM <jadual>. Ungkapan WHERE <operator pemilihan> <syarat pemilihan> melengkapkan arahan SQL tersebut dengan meletakkan had kepada pemilihan baris. Disini, <operator pemilihan> merujuk kepada kaedah atau cara pemilihan dibuat. Manakala <syarat pemilihan> pula merujuk kepada had sebenar yang dikenakan keatas pemilihan baris. Untuk bahagian ini, kita akan menggunakan Simple SELECT dan memaparkan semua lajur, tetapi kita akan menghadkan baris-baris yang akan dipaparkan dengan menyatakan beberapa syarat pemilihan. 6

3.1. Operator Perbandingan Aritmetik Dalam Syarat Pemilihan Anda boleh menyatakan apa-apa jenis operator pemilihan dalam arahan SQL anda. Lazimnya, operator pemilihan yang digunakan untuk menapis hasil daripada satu arahan SQL adalan operator perbandingan aritmetik seperti = (sama dengan), > (lebih besar), dan < (lebih kecil). 3.1.2. Syarat Pemilihan : WHERE <atribut> = <syarat pemilihan> Syarat pemilihan yang menggunakan tanda = merupakan syarat pemilihan yang paling kerap digunakan dan ditemui dalam suatu arahan SQL. Sintaks penggunaannya adalah seperti berikut:- SELECT <atribut> FROM <jadual> WHERE <atribut> = <syarat pemilihan> 1. Contohnya, untuk mencari semua baris bagi pekerja yang bertugas di jabatan (WORKDEPT) bernombor E11 daripada jadual EMPLOYEE, sila tulis:- SELECT * FROM EMPLOYEE WHERE WORKDEPT= E11 Menggunakan operator perbandingan = perisian DB2 akan mencari dan memaparkan kesemua baris dalam jadual tersebut yang memenuhi syarat pemilihan WORKDEPT= E11. 2. Menggunakan kaedah yang sama, jika anda hendak mencari semua baris bagi pekerja yang mempunya hanya 12 tahun pengajian sekolah (EDLEVEL) daripada jadual EMPLOYEE, sila tulis:- SELECT * FROM EMPLOYEE WHERE EDLEVEL=12 Lagi sekali, DB2 akan mencari semua baris yang menepati syarat yang anda nyatakan disini. 7

3.1.3. Petua Pernyataan Syarat Pemilihan Semasa menyatakan syarat pemilihan, anda perlu berhati-hati dengan cara penulisan syarat tersebut. Berikut adalah beberapa petua pernyataan syarat pemilihan dalam satu arahan SQL:- 1. DB2 adalah case sensitive Untuk membolehkan pencarian maklumat yang tepat, perisian DB2 akan membezakan huruf besar dan huruf kecil. Jadi daripada contoh yang diberikan sebelum ini, jika anda menulis e11 dan bukannya E11 tiada baris yang akan dipilih kerana tiada baris mempunyai WORKDEPT yang sama dengan e11 (huruf e kecil) 2. Tanda dan diperlukan untuk atribut jenis data CHAR atau VARCHAR Sekaranya data yang dikenakan syarat pemilihan tersebut mempunyai jenis data aksara seperti CHAR, CHARACTER, atau VARCHAR anda mestilah mendahulukan syarat tersebut dengan tanda dan mengakhirinya dengan tanda. Tanda dan menunjukkan yang data anda adalah suatu rentetan aksara (character string), oleh itu DB2 akan mengambilkira apa-apa perkara yang ditulis diantara tanda dan tanda sebagai sebahagian daripada syarat pemilihan, termasuk juga ruang kosong (space), nombor, dan aksara-aksara khas yang lain. Sekiranya anda tidak menggunakan tanda dan untuk atribut-atribut ini anda akan mendapat ralat. 3. Tanda dan tidak diperlukan untuk atribut jenis numerik Sekaranya data yang dikenakan syarat pemilihan tersebut mempunyai jenis data numerik aksara seperti INTEGER, dan DECIMAL, syarat pemilihan tidak boleh didahului dengan tanda atau diakhiri dengan tanda. Ini adalah kerana jenis-jenis data ini mempunyai nilai numerik dan boleh dikenakan operasi-operasi pengiraan. Ianya bukan rentetan aksara dan anda tidak boleh menggunakan apa-apa abjad atau aksara khas melainkan operasi pengiraan aritmetik yang lain (akan diterangkan dalam bahagian lain). Sekiranya anda menggunakan juga tanda dan untuk atribut-atribut ini anda akan mendapat ralat. 8

3.1.4. Syarat Pemilihan : WHERE <atribut> [> dan <] <syarat pemilihan> Untuk syarat-syarat pemilihan bagi atribut-atribut yang mempunyai jenis data numerik seperti INTEGER atau DECIMAL, anda boleh menggunakan operasi-operasi perbandingan berikut:- > (lebih besar) < (lebih kecil) >= (lebih besar atau sama dengan) <= (lebih kecil atau sama dengan) <> (tidak sama dengan / kecuali) 1. Contohnya untuk mencari semua baris maklumat pekerja yang mempunyai lebih dari 18 tahun pengajian (EDLEVEL) dari jadual EMPLOYEE, anda dikehendaki menulis:- SELECT * FROM EMPLOYEE WHERE EDLEVEL>18 2. Untuk mencari semua baris maklumat pekerja yang tidak mempunyai 16 tahun pengajian pula, sila tulis:- SELECT * FROM EMPLOYEE WHERE EDLEVEL<>16 Kesemua operator perbandingan yang disenaraikan tadi boleh juga digunakan untuk atribut-atribut yang mempunyai jenis data aksara seperti CHAR atau VARCHAR. Namun begitu keberkesanannya adalah terhad. Melainkan untuk operator perbandingan <> (tidak sama dengan / kecuali) di mana anda boleh menggunakannya untuk mencari baris-baris maklumat selain daripada baris-baris yang anda nyatakan dalam syarat pemilihan. 3. Contohnya, untuk menyenaraikan semua baris pekerja kecuali pekerja yang berkerja sebagai DESIGNER, sila tulis SELECT * FROM EMPLOYEE WHERE JOB<> DESIGNER 9

3.2. Operator Rentetan Dalam Syarat Pemilihan Khusus untuk atribut-atribut yang mempunyai jenis data aksara seperti CHAR dan VARCHAR, anda boleh memilih baris-baris maklumat berdasarkan hanya sebahagian maklumat dari satu atribut. Misalnya, anda boleh memilih semua baris yang mempuyai corak ejaan yang seakan-akan serupa dengan syarat yang anda nyatakan. Kaedah ini menggunakan operator rentetan (string operator) untuk membuat pemilihan yang lebih spesifik. Operator rentetan yang digunakan adalah LIKE. 3.2.1. Syarat Pemilihan : WHERE <atribut> LIKE <syarat pemilihan> Menggunakan opreator rentetan LIKE anda boleh menyatakan corak ungkapan data yang tersimpan dalam sesuatu atribut. 1. Contohnya untuk mencari semua baris pekerja yang mempunyai nama akhir (LASTNAME) yang bermula dengan huruf S dari EMPLOYEE, tulis:- SELECT * FROM EMPLOYEE WHERE LASTNAME LIKE S% Corak rentetan (string pattern) S% memberitahu perisian DB2 untuk mencari semua baris yang bermula dengan S dan tanda % membenarkan DB2 mengambil apa-apa rentetan aksara yang menyusuli huruf S tersebut. Senarai simbol penggantian yang digunakan dalam operator rentetan adalah seperti berikut:- % [percent] - apa-apa aksara, panjang aksara tidak terhad _ [underscore] - apa-apa aksara, panjang 1 aksara Berikut adalah contoh arahan yang boleh dibuat menggunakan operator LIKE:- S% semua data yang bermula dengan huruf S %N semua data yang diakhiri dengan huruf N %A% semua data yang mengandungi huruf A pada mana-mana posisi S semua data yang bermula dengan huruf S dan mempunyai panjang 5 aksara S%T% semua data yang bermula dengan huruf S dan mempunyai huruf T pada mana-mana posisi S T% semua data yang bermula dengan huruf S dan mempunyai huruf T pada posisi yang ke 4 %A%E_ semua data yang mempunyai huruf E pada posisi dua dari belakang dan didahului dengan huruf A pada mana-mana posisi Cuba lancarkan arahan SQL yang mempunyai corak rentetan untuk atribut LASTNAME seperti yang disenaraikan diatas. Anda boleh membuat berbagai-bagai corak rentetan anda sendiri untuk mana-mana atribut anda pilih. 10

4. Menggabungkan Syarat Pemilihan Ada masanya dimana anda perlu menyatakan lebih daripada satu syarat pemilihan dalam arahan SQL yang sama untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berdasarkan had pada lebih dari satu atribut yang berbeza. Terdapat juga situasi dimana anda akan mengenakan dua atau lebih syarat pemilihan keatas satu atribut yang sama. Seterusnya kita akan melihat kaedah menggabungkan syarat-syarat pemilihan ini. 4.1. Operator Boolean Dalam Syarat Pemilihan Untuk menggabungkan dua syarat pemilihan yang berbeza, anda boleh menggunakan operator logical Boolean seperti AND atau OR. 4.1.1. Operator Boolean : AND Sekiranya anda perlu mengenakan dua syarat pemilihan yang berbeza keatas dua atribut yang berbeza, anda boleh menggunakan operator AND. Sintaks penggunaannya adalah seperti berikut:- SELECT <atribut> FROM <jadual> WHERE <atribut> <operator pemilihan> <syarat pemilihan> AND <atribut> <operator pemilihan> <syarat pemilihan> 1. Contohnya, untuk mencari semua baris maklumat pekerja yang memegang jawatan (JOB) sebagai OPERATOR yang mempunyai lebih daripada 12 tahun pengajian (EDLEVEL) daripada jadual EMPLOYEE, sila tulis:- SELECT * FROM EMPLOYEE WHERE JOB= OPERATOR AND EDLEVEL > 12 Perhatikan yang anda boleh menggunakan gabungan apa-apa jenis operator pemilihan terhadap apa-apa atribut yang disenaraikan disini. Operator Boolean AND digunakan untuk menyambung dua syarat pemilihan yang berbeza diatas. Walaubagaimanapun, dalam kebanyakan kes operator Boolean hanya boleh digunakan untuk syarat-syarat pemilihan keatas dua atribut yang berbeza. Anda tidak boleh menggunakan operator Boolean AND untuk membuat dua syarat pemilihan yang berbeza keatas satu atribut yang sama jika syarat pemilihan tersebut menggunakan operator perbandingan matematik = (sama dengan), atau jika syarat-syarat pemilihan adalah bertentangan diantara satu dengan yang lain. Contohnya:- SELECT * FROM EMPLOYEE WHERE JOB= OPERATOR AND JOB= DESIGNER Arahan SQL diatas mengenakan dua syarat pemilihan SQL yang bertentangan. Perisian DB2 tidak akan dapat mencari baris yang memenuhi kedua-dua syarat pemilihan diatas dan suatu ralat akan dikeluarkan. 11

4.1.2. Operator Boolean : OR Jika anda memerlukan baris-baris maklumat yang memenuhi salah satu daripada dua syarat pemilihan yang berbeza, anda boleh menggunakan Operator Boolean OR. Sintaks penggunaannya adalah seperti berikut:- SELECT <atribut> FROM <jadual> WHERE <atribut> <operator pemilihan> <syarat pemilihan> AND <atribut> <operator pemilihan> <syarat pemilihan> Perisian DB2 akan memilih mana-mana baris yang memenuhi mana-mana syarat yang disenaraikan disini atau pun kedua-duanya sekali. 1. Contohnya, jika anda ingin mencari baris-baris dimana nama pertama pekerja bermula dengan huruf D atau nama akhir pekerja adalah SMITH, tulis:- SELECT * FROM EMPLOYEE WHERE FIRSTNME LIKE D% OR LASTNAME= SMITH Operator Boolean or boleh digunakan untuk menggabungkan syarat keatas manamana atribut, termasuklah atribut yang sama. Ianya juga sesuai digunakan untuk operasi rentetan apabila anda tidak mengetahui samaada satu huruf itu adalah huruf besar ataupun huruf kecil. Contohnya:- SELECT * FROM EMPLOYEE WHERE LASTNAME LIKE S% OR LASTNAME LIKE s% 4.1.3. Menggabungkan Operator Boolean Untuk pencarian maklumat yang lebih spesifik, anda boleh menggabungkan seberapa banyak syarat pemilihan menggunakan seberapa banyak kombinasi Operator Boolean. Contohnya seperti dalam arahan SQL berikut:- SELECT * FROM EMPLOYEE WHERE JOB= MANAGER OR SALARY > 20000 AND EDLEVEL>=15 Untuk mengelakkan kekeliruan semasa penyusunan syarat pemilihan, anda boleh menggunakan tanda kurungan ( dan ) untuk mengungkapkan syarat-syarat kepada kumpukan-kumpulan tertentu. Bagi contoh yang sama tadi:- SELECT * FROM EMPLOYEE WHERE JOB= MANAGER OR (SALARY > 20000 AND EDLEVEL>=15) Perisian DB2 akan menyelesiakan syarat yang berada dalam tanda kurungan terlebih dahulu sebelum menyelesaikan syarat yang berada di luar kurungan. Tidak ada apaapa had berapa banyak syarat pemilihan atau kumpulan syarat pemilihan yang boleh dimasukkan kedalam satu baris arahan SQL. Walaupun begitu, setiap syarat pemilihan yang anda tambah akan melambatkan proses pencarian maklumat. 12

4.2. Operasi Set Dalam Syarat Pemilihan Walaupun anda boleh membangunkan apa-apa pertanyaan dalam SQL menggunakan operator Boolean, ada masanya penggunaan operator boolean untuk menulis syarat syarat pemilihan akan menyebabkan pertanyaan SQL menjadi terlalu panjang. Contohnya, jika anda ingin membina hanya satu pertanyaan SQL yang memaparkan baris-baris maklumat untuk pekerja-pekerja yang nama pertamanya adalah salah satu daripada berikut:- THEODORE, VINCENZO, SEAN, DOLORES, HEATHER, BRUCE, ELIZABETH Anda terpaksa menuliskan arahan berikut jika anda menggunakan Operator Boolean:- SELECT * FROM EMPLOYEE WHERE FIRSTNME= THEODORE OR FIRSTNME= VINCENZO OR FIRSTNME= SEAN OR FIRSTNME= DOLORES OR FIRSTNME= HEATHER OR FIRSTNME= BRUCE OR FIRSTNME= ELIZABETH Sebaliknya, anda boleh memudahkan arahan SQL tersebut dengan penggunakan Operasi Set IN dan NOT IN. 4.2.1. Operasi Set : IN Arahan yang sama diatas boleh disingkatkan jika nama-nama yang ingin ditapis disenaraikan dan pertanyaan SQL anda merujuk kepada senarai ini. Arahan IN boleh digunakan untuk menjanakan senarai ini. Sintaks penggunaannya adalah seperti berikut:- SELECT <atribut> FROM <jadual> WHERE <atribut> IN atribut>) (<senarai Untuk contoh yang diberikan diatas, pertanyaan SQL ini boleh disingkatkan seperti berikut:- SELECT * FROM EMPLOYEE WHERE FIRSTNME IN ( THEODORE, VINCENZO, SEAN, DOLORES, HEATHER, BRUCE, ELIZABETH ) Senarai yang digunakan dalam operasi set IN sama seperti gabungan berbilang syarat pemilihan yang terdiri daripada operasi Boolean OR yang menggunakan operator pemilihan = dalam syarat pemilihan. 13

4.2.2. Operasi Set : NOT IN Operasi Set NOT IN memberi hasil yang bertentangan dengan Operasi Set IN. Senarai yang digunakan dalam operasi set NOT IN sama seperti gabungan berbilang syarat pemilihan yang terdiri daripada operasi Boolean OR yang menggunakan operator pemilihan <> dalam syarat pemilihan. Jika pertanyaan SQL yang sama tadi diubah daripada IN ke NOT IN seperti berikut:- SELECT * FROM EMPLOYEE WHERE FIRSTNME NOT IN ( THEODORE, VINCENZO, SEAN, DOLORES, HEATHER, BRUCE, ELIZABETH ) Perisian DB2 akan memilih semua baris maklumat kecuali bagi baris-baris yang tersenarai dalam pertanyaan ini. 5. Gabungan Pemilihan Lajur Dan Pemilihan Baris Anda boleh membina pertanyaan SQL yang lebih kompleks tetapi tepat dengan menggabungkan pemilihan lajur dan pemilihan baris dalam apa-apa cara. Pemilihan baris tidak bergantung kepada atribut yang anda pilih untuk pemilihan lajur. Contohnya:- SELECT JOB FROM EMPLOYEE WHERE SALARY > 20000 Walaupun anda tidak menyatakan SALARY sebagai satu atribut untuk dipaparkan, perisian DB2 tetap akan mencari baris-baris yang betul untuk anda dan hanya memaparkan atribut-atribut yang anda kehendaki. Namun begitu, perkara ini hanya boleh dilakukan jika kesemua atribut yang disenaraikan dalam syarat pemilihan terdapat dalam jadual yang dinyatakan pada bahagian FROM. 14