REPOSITORI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU BERASAS ONTOLOGI

Similar documents
Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM SEMAKAN SAMAN KENDERAAN

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB


MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

SISTEM PENYULITAN DAN PENYAHSULITAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALGORITMA RIVEST SHAMIR ADELMAN

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

SISTEM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

SISTEM E-PILIH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERDASARKAN PELAYAN MOHD RIFAEI MOHD KAMIL KHAIRUDDIN OMAR

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

APLIKASI MUDAH ALIH MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI RANGKAIAN DATA RAYA (CheckLine)

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

Dedikasi Osman Bin Shariman & Norbi Binti Hassan Muhammad Hanis Osman Shar Mariam Muhammad

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

APLIKASI MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI MENGGUNAKAN RANGKAIAN WI-FI. Miza Faizah Binti Amin Prof. Madya Dr. Rosilah Binti Hassan

DYNAMIC TIMESLOT ALLOCATION TECHNIQUE FOR WIRELESS SENSOR NETWORK OON ERIXNO

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DALAM AMBULANS MELALUI PANGGILAN NUR ALYA AQILAH MOHD NAZRI PROF. DR. MASRI AYOB

PENGESANAN PAKET RANGKAIAN UNTUK FORENSIK MEMORI NOR NADIA ABDULLAH MARZUKI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

SISTEM UNTUK PENGENALPASTIAN TREND BERDASARKAN ANALISIS TWITTER MENGGUNAKAN STUDIO R

SISTEM PENGHANTARAN MESEJ SEGERA PELBAGAI PELANTAR BERASASKAN JAVA SAZARUL IZAM BIN MD SAAD. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

Pengaturcaraan web ASP.NET. Sinopsis:

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

SISTEM PENGURUSAN FORENSIK DIGITAL

Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI

VISUALISASI DATA SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Illi Nadia binti Mohd Khairuddin Prof. Madya Dr. Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

Perkongsian Bijak Sumber Maklumat Antara Sekolah Melalui Portal Pendidikan Intranet. oleh ABSTRAK

Sistem Pengurusan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Secara Online

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ADAPTIVE METHOD TO IMPROVE WEB RECOMMENDATION SYSTEM FOR ANONYMOUS USERS

ENHANCING TIME-STAMPING TECHNIQUE BY IMPLEMENTING MEDIA ACCESS CONTROL ADDRESS PACU PUTRA SUARLI

FUZZY NEURAL NETWORKS WITH GENETIC ALGORITHM-BASED LEARNING METHOD M. REZA MASHINCHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Mohd Hazmi Kasmin. Pusat Teknologi Maklumat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

SISTEM E-RELOAD SOLEHA BINTI SALLEH

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

OPTIMIZED BURST ASSEMBLY ALGORITHM FOR MULTI-RANKED TRAFFIC OVER OPTICAL BURST SWITCHING NETWORK OLA MAALI MOUSTAFA AHMED SAIFELDEEN

PEMBANGUNAN PERISIAN BAGI MENGGALAKKAN PENGGUNAAN GOOGLE DRIVE DI KALANGAN AHLI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEKNIK MESIN SOKONGAN VEKTOR UNTUK SISTEM PENGESANAN PENCEROBOHAN BERASASKAN RANGKAIAN

Sistem Capaian Berbilang Terminal

SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

SISTEM PENGURUSAN DATA FORENSIK DIGITAL. Azamuddin Haziq Bin Samsudin. Khairul Akram Zainol Ariffin

RESOURCE ALLOCATION SCHEME FOR FUTURE USER-CENTRIC WIRELESS NETWORK WAHEEDA JABBAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PEMBELAJARAN KEPERLUAN TUMBUHAN TAHUN 2 MENGGUNAKAN TEKNIK INTERNET BENDA (POKOK+) Khairul Afiq bin Azman Nazatul Aini binti Majid

SISTEM KESELAMATAN PENGHANTARAN FAIL MENGGUNAKAN TEKNIK KRIPTOGRAFI DAN STEGANOGRAFI SATHIAPRIYA A/P RAMIAH

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

AN INTEGRATED SERVICE ARCHITECTURE FRAMEWORK FOR INFORMATION TECHNOLOGY SERVICE MANAGEMENT AND ENTERPRISE ARCHITECTURE

SISTEM PENGURUSAN CUTI PRASARANA MALAYSIA BERHAD. Mohd Fitriyanshah Bin Nursyal. Mohd Rosmadi Mokhtar

ISOGEOMETRIC ANALYSIS OF PLANE STRESS STRUCTURE CHUM ZHI XIAN

SISTEM PENGURUSAN KES FORENSIK DIGITAL MENGGUNAKAN VIRTUAL PRIVATE NETWORK (VPN) NURELISHA SHAFWANA BINTI MOHD GHAZALI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

Tutorial: Pengenalan kepada Virtools

ANALISA PERPINDAHAN DATA MODEL SURFACE DI ANTARA PLATFOM CAD YANG BERBEZA ASFAEZUDDIN BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

APLIKASI PESANAN PENGGUNAAN TEKNIK STATISTIK DALAM PENULISAN

APLIKASI PESANAN PENGGUNAAN TEKNIK STATISTIK DALAM PENULISAN

AMBULANCE MANAGEMENT SYSTEM

PENGECAMAN NOMBOR PLAT KENDERAAN MENGGUNAKAN CONVOLUTIONAL NEURAL NETWORK. Lim Woo Shaun Siti Norul Huda Sheikh Abdullah

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) short answer and structured essay questions. Answer ALL questions.

SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER SECARA ATAS TALIAN DI FSKSM AHMAD FARIZ B ABD RAHIM

1. Akses untuk koperasi adalah melalui


ENHANCING WEB SERVICE SELECTION USING ENHANCED FILTERING MODEL AJAO, TAJUDEEN ADEYEMI

SISTEM PENEMPAHAN PAKAIAN BERASASKAN WEB

AKMAL ARIS JUNAIDAH MOHAMED KASSIM HANA YASMEIN ISHAK JUHANA SALIM SHAHRUL AZMAN MOHD NOAH ABSTRACT

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

PERFOMANCE ANALYSIS OF SEAMLESS VERTICAL HANDOVER IN 4G NETWOKS MOHAMED ABDINUR SAHAL

SKS 3124 PENDAWAIAN RANGKAIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TERM FREQUENCY AND INVERSE DOCUMENT FREQUENCY WITH POSITION SCORE AND MEAN VALUE FOR MINING WEB CONTENT OUTLIERS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Modul Asas JavaServer Pages

WEB USAGE MINING USING KIJKTEM E-COMMUNITY APPLICATION IIASIMAH RAZAK

MULTICHANNEL ORTHOGONAL FREQUENCY DIVISION MULTIPLEXING -ROF FOR WIRELESS ACCESS NETWORK MOHD JIMMY BIN ISMAIL

RECOGNITION OF PARTIALLY OCCLUDED OBJECTS IN 2D IMAGES ALMUASHI MOHAMMED ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERMAINAN SERIUS SERANGAN VIRUS KOMPUTER

Transcription:

REPOSITORI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU BERASAS ONTOLOGI Anis Safiya Ahmad Sanusi Lailatul Qadri Zakaria ABSTRAK Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya dan warisan kerana penduduknya yang berbilang kaum dan bangsa. Pakaian tradisional Melayu merupakan salah satu warisan budaya Malaysia. Maklumat mengenai pakaian tradisional Melayu ini boleh didapati dalam pelbagai sumber seperti buku, majalah dan Internet. Pada masa kini, kebanyakan orang lebih suka mengguna kemudahan Internet untuk mencari maklumat. Namun, kesulitan untuk memperoleh maklumat yang sahih mengenai pakaian tradisional Melayu dalam laman sesawang menyukarkan pengguna untuk mencari maklumat yang tepat. Selain itu, masih belum terdapat lagi penyimpanan data pakaian tradisional Melayu dalam bentuk semantik. Dalam arus pemodenan terutama sekali dalam teknologi yang berasas web ini, penggunaan web semantik menjadi semakin meluas dan merupakan satu perkembangan daripada aplikasi web yang sedia ada yang mempunyai sifat yang lebih pintar daripada web yang sebelumnya. Repositori Pakaian Tradisional Melayu berasas Ontologi dibangunkan bagi menyimpan data dalam format Resource Description Framework (RDF) yang merupakan salah satu teknologi semantik dengan menggunakan perisisan Protégé. Ontology Development 101 menjadi metod dalam pembangunan sistem ini. Penyimpan maklumat menggunakan teknologi semantik memudahkan perkongsian maklumat yang bukan sahaja boleh diakses pengguna web malahan boleh difahami oleh sesebuah mesin. Hasil kajian mendapati repositori pakaian tradisional Melayu berasas ontologi mampu menjadi satu pangkalan data yang menyimpan maklumat pakaian tradisional Melayu yang akan memberi kemudahan dalam pengintegrasian maklumat dengan menggunakan teknologi semantik. 1 PENGENALAN Busana atau pakaian tradisional adalah salah satu warisan budaya Malaysia. Laman web rasmi Jabatan Warisan Negara mengklasifikasi pakaian tradisional dalam warisan tidak ketara. Pakaian adalah satu alat yang dipakai untuk menutupi bahagian tubuh sesuai dengan norma masyarakat yang berlaku (Cahyono 2006). Setiap kaum di Malaysia mempunyai pakaian tradisional yang tersendiri dan ia melambangkan identiti sesebuah masyarakat itu. Sebagai contoh, baju Kurung dan baju Melayu merupakan pakaian tradisional untuk kaum Melayu, Cheongsam untuk kaum Cina dan Dhoti dan Sari untuk kaum India. Pakaian tradisional merupakan salah satu warisan negara kerana ia menunjuk keunikan dan kelainan setiap etnik yang berada di Malaysia.

Khazanah warisan ini perlulah dijaga dan dihayati bersama-sama supaya tidak ditelan dek zaman. Pembangunan repositori pakaian tradisional berasas ontologi perlu dibangunkan untuk menyimpan dan memapar maklumat mengenai pakaian tradisional di Malaysia. Repositori bermaksud tempat sesuatu perkara disimpan. Ia menyedia platfom bagi memboleh penyimpanan dan pengaksesan maklumat yang disimpan dalam bentuk digital untuk rujukan khalayak secara percuma. Perkataan ontologi diguna dengan makna yang berbeza dalam komuniti yang berbeza. Ontologi sebagai cabang ilmu falsafah atau metafizik yang berkaitan dengan fitrah makhluk iaitu manusia: setiap bentuk pemikiran manusia dapat dikembalikan pada dasar (Dewan Bahasa dan Pustaka 2005). Ontologi adalah satu teknologi utama ke arah kejayaan untuk web semantik. Ia menjalin pemahaman manusia terhadap simbol-simbol dengan kebolehprosesan mesin mereka. Ontologi telah dibangunkan dalam kecerdasan buatan untuk memudahkan perkongsian pengetahuan dan penggunaan semula (Davies et.al. 2003). Dengan wujudnya sistem repositori ini, maklumat mengenai pakaian tradisional dapat disimpan dengan baik dan menjadi sumber rujukan kepada orang ramai terutama sekali kepada generasi yang akan datang. Kajian ini membincang pembangunan repositori pakaian tradisional Melayu berasas ontologi. 2 PENYATAAN MASALAH Maklumat mengenai pakaian tradisional Melayu boleh didapati melalui bahan rujukan seperti buku dan juga kemudahan Internet. Namun masih tiada lagi sistem maklumat yang menggunakan teknologi semantik bagi pakaian tradisional Melayu yang boleh diakses oleh orang ramai. Selain itu, kesulitan untuk memperoleh maklumat yang sahih mengenai pakaian tradisional Melayu dalam laman sesawang menyukarkan pengguna untuk mencari maklumat. Masalah ini akan menyebabkan maklumat yang ingin dicari dan diketahui oleh orang ramai sukar untuk diperolehi dan seterusnya menyebabkan mereka tidak berminat untuk mengetahui informasi mengenai pakaian tradisional dengan lebih lanjut. Perkara ini akan menyebabkan asal usul pakaian tradisional ini semakin dilupakan dan pemakaiannya diteruskan hanya kerana mengikut budaya dan warisan tanpa mengetahui asal usulnya. Norliza Mohamad Zakaria (2012) menyatakan kecintaan dan penghargaan terhadap warisan negara dalam kalangan orang Melayu di negara ini dilihat semakin terhakis disebabkan sikap mudah tertawan dengan pengaruh globalisasi. Sehubungan itu, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Awang Sariyan mencadangkan warisan dalam bentuk

pembukuan atau digital perlu dilakukan bagi memastikan warisan bangsa kekal terpelihara pada masa depan. Untuk menyelesai masalah yang dihadapi, sebuah repositori pakaian warisan tradisional yang berasaskan ontologi akan dibangunkan yang mengetengahkan domain pakaian tradisional kaum Melayu. Ini bagi memudahkan orang ramai untuk mencari maklumat mengenai pakaian tradisional Melayu dalam satu repositori. 3 OBJEKTIF KAJIAN Beberapa objektif kajian telah ditetapkan seperti adalah untuk membangunkan repositori pakaian tradisional Melayu berasaskan ontologi dengan menggunakan pendekatan middle-out serta menguji tahap keberkesanan repositori yang akan dihasilkan dengan membangunkan antaramuka sistem capaian maklumat bagi repositori ini. 4 METOD KAJIAN Metodologi ini diadaptasi daripada metodologi yang diperkenalkan oleh Noy & McGuinness (2001) dan diubah mengikut kesesuaian ontologi yang akan dibangunkan. Terdapat lima fasa yang terlibat dalam proses pembangunan repositori pakaian tradsional Melayu berasas ontologi seperti dalam Rajah 1. 4.1 Fasa analisa keperluan Dalam fasa ini, analisis mengenai masalah yang terdapat dalam sistem yang telah dibangunkan akan dikenal pasti. Seterusnya, matlamat utama kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah repositori pakaian warisan tradisional Melayu berasas ontologi. Oleh itu, beberapa objektif kajian telah dinyatakan dalam bab satu bagi mencapai matlamat tersebut. Fasa analisa keperluan ini penting untuk memastikan kajian yang dilakukan berada dilandas yang betul dan tidak terkeluar daripada matlamat utama kajian.

Analisa keperluan Pernyataan masalah, tujuan, skop, keperluan pengguna Mekanisme pembangunan Ontologi Skop, cara memperoleh maklumat, mentakrifkan konsep Pembangunan Ontologi Perisian Protégé, terma, properties dan indiviual Penambahbaikan Ontologi Implemantasi Ontologi Pengujian dan Penyelengaraan Ontologi Dokumentasi pengujian dan penyelengaraan Rajah 1 Metodologi pembangunan repositori pakaian tradisional Melayu berasas ontologi 4.2 Fasa mekanisme pembangunan ontologi Semasa fasa mekanisme pembangunan ontologi, proses mendapatkan lebih banyak maklumat dilakukan melalui bahan bacaan seperti buku dan majalah dan juga Internet. Seterusnya, maklumat ini akan disusun mengikut struktur hubungan atau ciri-ciri yang bersesuian dalam bentuk yang tidak formal. Selain itu, terma-terma domain seperti objek, konsep dan hubungan antara objek turut dikenal pasti. Sebagai contoh, Baju Melayu Cekak Musang merupakan objek bagi kelas Baju Melayu. 4.3 Fasa pembangunan ontologi Dengan menggunakan perisian yang khas disedia bagi pembangunan ontologi iaitu perisian

Protégé, dimana perisian ini dapat menukarkan model konseptual kepada beberapa bahasa ontologi secara automatik menggunakan penterjemah atau translator. Antara komponen yang menjadi struktur sesebuah ontologi ialah Extensible Markup Language (XML), skema XML, Resource Description Framework (RDF), skema RDF dan Web Ontology Language (OWL). 4.4 Fasa penambahbaikan Fasa penambahbaikan ontologi dilakukan semasa proses pembangunan ontologi dan selepas ontologi dibangunkan. Semasa fasa pembangunan ontologi ini, maklumat baru sentiasa boleh dimasukkan ke dalam ontologi dan penambahbaikan juga berlaku selepas ontologi ini dibangunkan untuk memastikan maklumat yang tepat dan sahih dapat disalur kepada pengguna repositori ini. 4.5 Fasa pengujian dan penyelengaraan Semasa fasa terakhir iaitu pengujian dan penyelenggaraan, proses mengemaskini dan membetulkan ontologi akan dijalankan. Pengguna akan menilai ontologi tersebut dan memberi maklum balas untuk menambahbaik sistem. Ini bagi memastikan sistem repositori yang dibangunkan bersesuaian dengan kehendak pengguna. 5 HASIL KAJIAN Antaramuka ontologi ini mempunyai empat fungsi yang dijadikan sebagai tab iaitu: i. Kelas Tab kelas ini memaparkan kelas dan sub-kelas yang terdapat dalam pakaian tradisional Melayu. Pengguna boleh melakukan carian kelas pada kotak carian yang disediakan. Struktur Hierarki dan Bar Navigasi memaparkan kelas dan sub-kelas bagi pakaian tradisional Melayu. Sebagai contoh Jenis Busana dan Pakaian Era adalah sub-kelas bagi Kategori Pakaian seperti yang dinyatakan dalam Rajah 2. Apabila pengguna menekan pautan link pada kelas atau sub-kelas, penerangan mengenai kelas dan sub-kelas akan diberikan pada kotak di sebelah kanan. Rajah 3 merupakan contoh penerangan bagi kelas Baju Melayu. Dalam kotak ini, hubungan yang berkaitan dengan kelas dan senarai objek yang terdapat dalam kelas akan dinyatakan.

Rajah 2 Antaramuka tab Kelas Rajah 3 Penerangan mengenai Baju Melayu ii. Properties Tab yang kedua ialah Ciri-ciri (Properties) yang menyenaraikan properties yang wujud dalam ontologi ini. Apabila pengguna menekan pada pautan link, penerangan mengenai properties tersebut akan diberikan termasuklah nilai domain dan range. Sebagai contoh (Rajah 4) hasaccessories adalah salah satu properties bagi ontologi ini. Domain bagi hasaccessories adalah Kategori Pakaian. Range bagi has Accessories pula adalah Perhiasan.

Rajah 4 Antaramuka tab Properties iii. Objek Tab Objek menyediakan senarai objek atau individual bagi pakaian tradisional Melayu. Apabila pengguna menekan pautan link, penerangan mengenai objek akan dipaparkan pada kotak Penerangan. Kotak Penerangan ini memaparkan kelas dan nilai properties bagi objek tersebut. Rajah 6 menunjukkan contoh bagi objek Baju Belah Pendek Kelantan dan penerangan bagi objek Baju Belah Pendek Kelantan.

Rajah 5 Antaramuka tab Objek Rajah 6 Penerangan Baju Belah Pendek Kelantan iv. SPARQL Carian SPARQL ini boleh digunakan untuk menguji ketepatan data yang terdapat dalam sistem berdasarkan konsep dan hubungan antara kelas, properties dan objek yang terdapat dalam sesebuah repositori. Jika pengguna tidak mempunyai pengetahuan untuk menggunakan kueri ini, mereka boleh menekan pada pautan contoh kueri yang akan memaparkan senarai kueri yang boleh dimasukkan pengguna seperti yang tertera pada Rajah 8. Rajah 7 Antaramuka SPARQL

Rajah 8 Senarai contoh kueri 6 KESIMPULAN Pembangunan repositori pakaian tradisional Melayu berasas ontologi dapat memberi sumbangan dalam penyimpanan data dengan menggunakan teknologi semantik. Pengguna yang ingin mengetahui kelas-kelas dan objek serta hubungan antara kelas dan objek boleh mengakses sistem ini untuk mendapatkan maklumat. Dengan ini pengguna yang ingin mengetahui maklumat mengenai pakaian tradisional Melayu dapat menjimatkan masa kerana maklumat mengenai pakaian tradisional Melayu ini terkumpul dalam satu repositori. Begitu juga bagi penyelidik pakaian tradisional dimana mereka boleh mengakses data ontologi ini untuk tujuan penyelidikan pada masa akan datang. Ontologi ini boleh diguna semula untuk membangun ontologi pakaian tradisional dalam kajian yang lebih besar. Misalnya ontologi pakaian tradisional bagi semua kaum yang terdapat di Malaysia.

7 RUJUKAN Cahyono, A. 2006. Seni Pertunjukan Arak-arakan dalam Upacara Tradisional Dugdheran di Kota Semarang (Arak-arakan Performing Art of Dugdheran Tradisional Ceremony in Semarang City). Davies, J., Fensel, D. & Van Harmelen, F. 2003. Towards the semantic web : ontology-driven knowledge management. J. Wiley. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Norliza Mohamad Zakaria. 2012. Warisan Melayu semakin terhakis. Utusan Melayu,. Noy, N. F. & McGuinness, D. L. 2001. Ontology Development 101: A Guide to Creating Your First Ontology 15(3).