Muhammad Sukri Bin Saud & Nor Farhana Binti Mohd Ariffin Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Similar documents
Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak


HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

ISOGEOMETRIC ANALYSIS OF PLANE STRESS STRUCTURE CHUM ZHI XIAN

FUZZY NEURAL NETWORKS WITH GENETIC ALGORITHM-BASED LEARNING METHOD M. REZA MASHINCHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

KETIDAKFAHAMAN PELAJAR TERHADAP ISTILAH TEKNIKAL BAHASA INGGERIS DALAM PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (COMMUNICATION DEP)

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK LIGHT, COLOUR AND SIGHT TINGKATAN EMPAT

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

INTEGRATION OF CUBIC MOTION AND VEHICLE DYNAMIC FOR YAW TRAJECTORY MOHD FIRDAUS BIN MAT GHANI

PROBLEMS ASSOCIATED WITH EVALUATION OF EXTENSION OF TIME (EOT) CLAIM IN GOVERNMENT PROJECTS

PROSES PENILAIAN MEDIA

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT. PROGRAM KELAYAKAN MASUK SENARAI KURSUS Sarjana Sistem Maklumat

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

BLOCK-BASED NEURAL NETWORK MAPPING ON GRAPHICS PROCESSOR UNIT ONG CHIN TONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

PROFORMA KURSUS Course Proforma

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

STUDY OF FLOATING BODIES IN WAVE BY USING SMOOTHED PARTICLE HYDRODYNAMICS (SPH) HA CHEUN YUEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COLOUR IMAGE WATERMARKING USING DISCRETE COSINE TRANSFORM AND TWO-LEVEL SINGULAR VALUE DECOMPOSITION BOKAN OMAR ALI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]

PERPU. STAKAAN KUiTTHO \ . A ' >< 6 3.: < f'arikl i yang ditetapkan sn p perttulangatn' Tankh pufang No, matrtk / Pekerja. No.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT422 Multimedia Information Systems & Management [Sistem & Pengurusan Maklumat Multimedia]

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

DYNAMIC TIMESLOT ALLOCATION TECHNIQUE FOR WIRELESS SENSOR NETWORK OON ERIXNO

AUTOMATIC APPLICATION PROGRAMMING INTERFACE FOR MULTI HOP WIRELESS FIDELITY WIRELESS SENSOR NETWORK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

OPTIMIZE PERCEPTUALITY OF DIGITAL IMAGE FROM ENCRYPTION BASED ON QUADTREE HUSSEIN A. HUSSEIN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELIABILITY PERFORMANCE EVALUATION AND INTEGRATION OF ROUTING ALGORITHM IN SHUFFLE EXCHANGE WITH MINUS ONE STAGE

TEKNIK MESIN SOKONGAN VEKTOR UNTUK SISTEM PENGESANAN PENCEROBOHAN BERASASKAN RANGKAIAN

DATASET GENERATION AND NETWORK INTRUSION DETECTION BASED ON FLOW-LEVEL INFORMATION AHMED ABDALLA MOHAMEDALI ABDALLA

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

5. All fields are compulsory and MUST be filled up. For fields that do not apply to you, please put as N/A (not applicable).

DYNAMIC MOBILE SERVER FOR LIVE CASTING APPLICATIONS MUHAMMAD SAZALI BIN HISHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SOAL SELIDIK KEBOLEHGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN HIBRID FOTOGRAFI (e-hifoto)

UNSTEADY AERODYNAMIC WAKE OF HELICOPTER MAIN-ROTOR-HUB ASSEMBLY ISKANDAR SHAH BIN ISHAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

PERSEPSI PENSYARAH DAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN APLIKASI IBOOKS

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

MICRO-MOBILITY ENHANCEMENT IN MULTICAST MOBILE IPv6 WIRELESS NETWORKS. By YONG CHU EU

MODUL POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

TRUSTED CLOUD COMPUTING FRAMEWORK IN CRITICAL INDUSTRIAL APPLICATION MERVAT ADIB BAMIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST331 Principles of Parallel & Distributed Programming [Prinsip Pengaturcaraan Selari & Teragih]

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

MOHD ZUHAIDIR ZAINI. KATA KUNCI: Kesan, Pembelajaran & Pengajaran, Amali Pelajar, Keberkesanan Inovasi

Pembangunan Modul Interaktif Fiber Optic Communication System

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2003/2004. September/Oktober 2003

Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI

IMPROVED IMAGE COMPRESSION SCHEME USING HYBRID OF DISCRETE FOURIER, WAVELETS AND COSINE TRANSFORMATION MOH DALI MOUSTAFA ALSAYYH

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

MULTICHANNEL ORTHOGONAL FREQUENCY DIVISION MULTIPLEXING -ROF FOR WIRELESS ACCESS NETWORK MOHD JIMMY BIN ISMAIL

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

ANALISA PERPINDAHAN DATA MODEL SURFACE DI ANTARA PLATFOM CAD YANG BERBEZA ASFAEZUDDIN BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Norasykin Bt Mohd Zaid & Faridah Binti Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST332 Internet Protocols. Architecture & Routing [Protokol, Seni Bina & Penghalaan Internet]

Pengaturcaraan web ASP.NET. Sinopsis:

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

GARIS PANDUAN BAGI BAYARAN PERKHIDMATAN STAF TEKNIKAL DI LUAR SKOP TUGAS HAKIKI OLEH UNIT TEKNIKAL & PERKHIDMATAN

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

A LEVY FLIGHT PARTICLE SWARM OPTIMIZER FOR MACHINING PERFORMANCES OPTIMIZATION ANIS FARHAN BINTI KAMARUZAMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

THREE DIMENSIONAL INTEGRATED SOFTWARE DEVELOPMENT FOR AIR-PARTICLE FLOW SIMULATION THROUGH IMAGE-BASED UPPER HUMAN AIRWAYS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ADAPTIVE METHOD TO IMPROVE WEB RECOMMENDATION SYSTEM FOR ANONYMOUS USERS

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang

RESOURCE ALLOCATION SCHEME FOR FUTURE USER-CENTRIC WIRELESS NETWORK WAHEEDA JABBAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF DATA TRANSFORMATION AND CLASSIFIER SELECTIONS ON URBAN FEATURE DISCRIMINATION USING HYPERSPECTRAL IMAGERY


THE COMPARISON OF IMAGE MANIFOLD METHOD AND VOLUME ESTIMATION METHOD IN CONSTRUCTING 3D BRAIN TUMOR IMAGE

ASAS SAINS KOMPUTER (ASK) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN TINGKATAN Disediakan Oleh;

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

RECOGNITION OF PARTIALLY OCCLUDED OBJECTS IN 2D IMAGES ALMUASHI MOHAMMED ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

Transcription:

PEMBINAAN DAN PENILAIAN KESESUAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI POLYLINES DAN BLOCKS DAN ATTRIBUTE BAGI MATA PELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN BERBANTU KOMPUTER Muhammad Sukri Bin Saud & Nor Farhana Binti Mohd Ariffin Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai status kesesuaian dua Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bertajuk Polylines dan Blocks dan Attribute. MPK tersebut dibina dengan menggunakan Model Teras Cabang (Shaharom, 1994). Alat kajian yang digunakan adalah satu set Borang Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (Pensyarah) (Shaharom, 1994). Subjek kajian yang digunakan adalah tiga orang pensyarah. Seorang responden terlibat di dalam Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) yang dilakukan oleh seorang pensyarah sementara Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) dijalankan oleh dua orang pensyarah. Penilaian Formatif Kajian Percubaan (PFKP) melibatkan tiga puluh orang pelajar. Data mentah yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min, nilai maksimum dan minimum. Hasil kajian menunjukkan MPK yang dibina adalah sesuai digunakan oleh pelajar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. ABSTRACT: The aim of this study is to construct and evaluates the suitability status of two Self- Instructional Modules (SIM) entitled Polylines and Blocks and Attribute. This SIM is constructed by using Model Teras Cabang (Shaharom, 1994). The research instrument used is a set of Borang Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (Pensyarah) (Shaharom, 1994). Subject of the research consists of three lectures. One of them involved in One-to-One Formative Evaluation (OOFE) and the other two lectures involved in Small Group Formative Evaluation (SGFE). Field Trial Formative Evaluation involved thirty of students. Raw data obtained was analyzed using descriptive statistics in term of mean, maximum and minimum. Analysis of the result gained indicated that the SIMs constructed suitable as a teaching and learning material for students. Katakunci: Modul Pembelajaran Kendiri (MPK), Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS), Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK), Penilaian Formatif Kajian Percubaan (PFKP) PENGENALAN Pada masa kini, perkembangan teknologi di Malaysia yang amat pesat telah menjadikan penggunaan komputer menjadi satu perkara yang penting dan amat meluas. Setelah menyedari kepentingan penggunaan komputer ini di dalam semua bidang seperti pengurusan dan memperoleh pelbagai maklumat termasuk dalam bidang pendidikan yang menggunakan komputer untuk proses pembelajaran. Dalam bidang pendidikan, banyak program yang berkaitan dengan komputer seperti Projek Pengenalan Komputer yang diperkenalkan pada tahun 1986, Projek Literasi Komputer (1992), Projek Pengajaran Berbantu Komputer (1994) dan Projek Jaringan Pendidikan pada tahun berikutnya iaitu pada 1995 (Mat Jizat et al., 2006). Salah satu mata pelajaran yang menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran adalah Lukisan Berbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD). Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD) merupakan satu perisian komputer yang digunakan untuk menghasilkan lukisan kejuruteraan. Perisian CAD akan mengikut arahan-arahan yang diberi, manakala perkakasan komputer menjalankan perisian komputer.

Pernyataan Masalah Kajian ini dilakukan oleh penyelidik bagi membina dan menilai kesesuaian MPK AutoCAD 2D yang hanya menfokuskan kepada sub topik iaitu Polylines dan Blocks dan Attribute yang menggunakan Model Teras-Cabang. MPK ini sesuai dalam pelaksanaan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar yang mengambil mata pelajaran AutoCAD 2D. Kedua-dua MPK ini dinilai oleh pensyarah pakar dalam mata pelajaran AutoCAD melalui Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Dengan modul ini juga diharapkan dapat membantu para pelajar dalam menghasilkan Polylines dan Blocks dan Attribute dengan mengikut langkah demi langkah yang ditunjukkan dalam modul ini. Modul ini amat berguna kepada pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD) di UTM. Di samping itu, pensyarah juga boleh menggunakan modul ini sebagai bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD). Persoalannya, adakah PFSS, PFKK dan PFKP ke atas MPK Polylines dan Blocks dan Attribute sesuai digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Lukisan Berbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD)? Objektif Kajian Secara khusus, modul ini ingin mencapai objektif-objektif seperti berikut: 1. Membina Modul Pengajaran Kendiri (MPK) berasaskan Model Teras-Cabang Shaharom. 2. Menilai tahap kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) melalui Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS). 3. Menilai tahap kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) melalui Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). 4. Menilai tahap kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) melalui Penilaian Formatif Kajian Percubaan (PFKP). Kepentingan Kajian Kajian ini dijalankan bagi membantu terutamanya para pensyarah serta pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dengan membina MPK Polylines dan Blocks dan Attribute di samping turut membantu institusi-institusi awam mahupun swasta. Kedua-dua MPK ini dibina mengikut kesesuaian serta memenuhi ciri-ciri modul. Pendekatan MPK ini sebagai alat untuk membantu pelajar menguasai kemahiran dengan lebih cepat serta berkesan. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) Modul Pengajaran Kendiri (MPK) dapat membantu Kementerian Pengajian Tinggi awam dan juga swasta dalam menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD) yang memenuhi piawaian kurikulum yang telah ditetapkan serta dapat menggalakkan pelajar terlibat aktif semasa proses pembelajaran. Selain itu, penggunaan MPK dalam pembelajaran dapat dijadikan sebagai rujukan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM) khususnya kepada IPTA, IPTS dan politeknik-politeknik di Malaysia dalam menyediakan keperluan yang mencukupi dalam perlaksanaan kaedah pengajaran dan pembelajaran (Faizah et. al, 2005).

Politeknik Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Polylines dan Blocks dan Attribute dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar serta prestasi Politeknik. Penggunaan kedua-dua MPK AutoCAD 2D ini diharap dapat menaikkan lagi imej politeknik serta dapat melahirkan ramai graduan yang prestasi cemerlang (Faizah et al., 2005). Pensyarah MPK Polylines dan Blocks dan Attribute dapat membantu pensyarah untuk membuat rujukan semasa proses pembelajaran. MPK ini mengandungi langkah demi langkah dalam pembinaan Polylines dan Blocks dan Attribute serta maklumat yang terperinci mengenai kedua-dua topik ini. MPK ini dapat membantu pensyarah mengurangkan masa untuk menerangkan sesuatu topik terlalu lama (Shaharom, 1990). Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul. Selain itu, kedua-dua MPK ini juga dapat memberi peluang kepada para pensyarah untuk menghasilkan, menggunakannya dalam pengajaran sebenar dan menilai sebagai bahan pengajaran tambahan atau sebagai pilihan pembelajaran (learning alternatif) untuk para pelajar mengenai sesuatu tajuk tertentu ( Shaharom and Yap, 1992). Pelajar MPK yang dihasilkan untuk membantu dan memberi kebebasan kepada pelajar mengikut kemampuan dan kebolehan pelajar dengan kadar kendiri (Shaharom dan Yap, 1991). Konsep kadar kendiri ini amat penting kerana konsep ini adalah berasaskan pada kesedaran bahawa kejayaan yang dicapai oleh para pelajar yang sama tetapi mereka sebenarnya tidak mempunyai tahap kesediaan untuk belajar pada masa yang sama (Burn, 1971). Modul ini juga menggalakkan pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran serta menekankan pembelajaran kendiri. Pembelajaran kendiri amat sesuai digunakan dalam Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD). Selain itu, kedua-dua MPK ini membolehkan pelajar di universiti awam, swasta serta Politeknik mengetahui kelebihan serta kelemahan pada diri mereka dan sekiranya perlu mereka dapat mempelajari semula bahan pembelajaran MPK menerusi aktiviti-aktiviti pemulihan yang terkandung dalam MPK (Shaharom Noordin,1997). Skop Kajian Kajian yang dikaji adalah MPK Polylines dan Blocks dan Attribute untuk pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuteraan Berbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD) 2D yang akan dinilai oleh seorang pensyarah pakar yang mengajar mata pelajaran Lukisan Kejuteraan Berbantu Komputer atau Computer Aided Drafting (CAD) 2D di UTM bagi Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) manakala dua orang pensyarah dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK). Bagi PFKP pula, seramai 30 orang pelajar yang mengambil AutoCAD 2D.

METODOLOGI Subjek Kajian MPK akan dinilai oleh seorang pensyarah pakar melalui kajian rintis. Penilaian ini bertujuan untuk membuat semakan awal dan pengesahan draf yang menumpukan pada format, ejaan, arahan, bahasa, tulisan dan objektif pembelajaran. yang digunakan dalam MPK tersebut. Penyelidik menggunakan Borang Pengesahan Modul Pengajaran Kendiri (MPK) dan Borang Pengesahan Isi Kandungan (Shaharom, 1994). Untuk mendapatkan data yang sebenar, ianya dilakukan dengan cara membuat Penilaian Formatif ke atas MPK yang di bina. Penyelidik telah menentukan bilangan subjek mengikut Dick and Carey (1985) iaitu melalui PFSS melibatkan satu hingga tujuh orang responden manakala PFKK pula melibatkan lapan hingga 20 orang responden. Namun demikian, penyelidik hanya menjalankan bagi PFSS yang terdiri daripada seorang pensyarah. Bagi PFKK pula, subjek kajian yang terlibat adalah dua pensyarah yang mengajar mata pelajaran AutoCAD 2D di UTM. Bagi PFKP pula melibatkan seramai 30 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran AutoCAD 2D. Instrumen Kajian Penilaian PFSS dan PFKK Dalam kajian ini, alat kajian yang digunakan bagi mengumpul maklumat untuk kaedah kuantitatif adalah berbentuk soal selidik ataupun dikenali sebagai Borang Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)(Pensyarah)(Shaharom, 1994). Dalam soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada 24 item dalam bentuk skala likert di mana satu set gerakbalas terhadap perkara yang diberikan dalam soal selidik tersebut. Bahagian B pula terdiri daripada ulasan atau cadangan yang akan digunakan oleh subjek dalam kajian ini. Dalam soal selidik ini, subjek akan menunjukkan sama ada Amat Setuju (5), Setuju (4), Neutral/Tiada perbezaan (3), Tidak setuju (2) dan Amat Tidak Setuju (1). Penilaian PFKP Dalam soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada 24 item dalam bentuk skala likert di mana satu set gerakbalas terhadap perkara yang diberikan dalam soal selidik tersebut. Bahagian B pula terdiri daripada ulasan atau cadangan yang akan digunakan oleh subjek dalam kajian ini. Borang soal selidik yang digunakan adalah berdasarkan Borang Soal Selidik (Pelajar), ubahsuai daripada Shaharom, (1994). Dalam soal selidik ini, subjek akan menunjukkan sama ada Amat Setuju (5), Setuju (4), Neutral/Tiada perbezaan (3), Tidak setuju (2) dan Amat Tidak Setuju (1).

Tatacara Kajian Rajah 1 Rangka Kerja Kajian Keseluruhan (Ubahsuai Nor Rahimah, 2003)

PERBINCANGAN Dalam kajian ini, analisis data telah dijalankan pada peringkat PFSS dan PFKK. Seramai seorang pensyarah yang mengajar Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer terlibat dalam kajian rintis untuk mendapatkan pengesahan kesesuaian isi kandungan kedua-kedua MPK berdasarkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer. Analisis data pada peringkat PFSS melibatkan seorang pensyarah yang mengajar Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer manakala analisis data bagi peringkat PFKK pula seramai dua orang pensyarah yang mengajar Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer. Bagi PFKP pula, melibatkan seramai 30 orang pelajar yang mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer. Dapatan hasil kajian daripada PFSS dan PFKK didapati status kedua-dua MPK yang dibina menepati status sesuai berdasarkan Jadual Pemeringkatan Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (Shaharom, 1994) dengan purata min masing-masing adalah 89.00 dan 93.75. Dapatan bagi PFKP didapati nilai min purata bagi MPK Polylines berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.20. Ini menunjukkan MPK Polylines ini sesuai digunakan sebagai bahan mengajar. Manakala dapatan bagi PFKP bagi MPK blocks dan attribute didapati nilai min purata berada pada tahap yang tinggi iaitu 4.18. Kesimpulannya, secara keseluruhannya mendapati bahawa hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan MPK yang dibina mencapai status sesuai untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer, UTM setelah melalui dua peringkat penilaian formatif iaitu PFSS dan PFKK. Namun, terdapat beberappa aspek yang perlu diberi perhatian hasil ulasan responden terutamanya memperbanyakkan lagi soalan-soalan pengukuhkan serta pengukuhan isi pembelajaran. RUMUSAN Berdasarkan dapatan kajian tentang penilaian untuk kesesuaian MPK ini digunakan sebagai salah satu bahan pengajaran dan pembelajaran di sekolah terdapat beberapa kesimpulan penting seperti di bawah iaitu: 1. Hasil dapatan kajian melalui PFSS terhadap kedua-dua MPK ini memberikan status kesesuaian sesuai oleh pensyarah yang mengajar Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer. Oleh itu, MPK ini sesuai digunakan sebagai bahan P&P bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer dengan min keseluruhan 89.00. 2. Hasil kajian melalui PFKK terhadap kedua-dua MPK ini memberikan status sesuai oleh pensyarah yang mengajar Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer. Oleh itu, MPK ini sesuai digunakan sebagai bahan P&P bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan Berbantu Komputer dengan min keseluruhan 93.75. 3. PFKK melibatkan seramai 8 hingga 20 orang. Namun, di UTM terdapat masalah kekurangan pensyarah pakar dalam Lukisan Kejuteraan Berbantu Komputer 2D. Oleh itu, penyelidik hanya menggunakan dua pensyarah pakar dalam Lukisan Kejuteraan Berbantu Komputer 2D di UTM untuk PFKK. 4. Terdapat perbezaan dalam peruntukan masa dalam melakukan penilaian kedua-dua MPK ini. Faktor masa mempengaruhi keputusan penilaian di mana kebanyakan responden sibuk dengan kerja masing-

masing. Oleh itu, responden menghadapi kekangan masa untuk menilai MPK dan terpaksa menilai secara kasar sahaja. Tempoh masa seminggu yang diberi juga mungkin terlalu singkat menyebabkan responden tidak cukup masa untuk membaca, meneliti seterusnya menilai MPK dengan baik. RUJUKAN Devito, A. dan Krockover, G.H. (1980). Creative Sciencing A Practical Approach. United States, America: Little, Brown and Company. Aizatul Husna Binti Mohd Sabri (2007). Pembentukan dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Bertajuk AutoCAD 2005. Universiti Teknologi Malaysia. Dick, W. & Carey, L. (1985). The Systematic Design of Instruction. (2 nd Edition). New York, USA : Harper Collins College Publisher. Ehwan Bin Supangat (2005). Sistem Pengajaran Kendiri Sejarah Berasaskan Modul Teras-Cabang Shaharom. Universiti Teknologi Malaysia. Emy Shafinaz (1998). Pembentukan dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri bertajuk AutoCAD 2005. Universiti Teknologi Malaysia. Faizah et al. (2005). Keperluan Pembelajaran Berasaskan Multimedia bagi Subjek Sistem Elektronik 1 : Satu Kajian Rintis di Politeknik Pasir Gudang (PJB). Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaysia. Iskandar dan Zaitun (2002). AutoCAD 2002 Langkah Demi Langkah. Kuala Lumpur: Venton. Klingstedt, J.L. (1972). Developing Instructional Modules for Individual Learning. Educational Technology/October. Klingstedt, J.L. (1971). Learning Modules for Competency-Based Education. Educational Technology/November. Mat Jizat Abdol et al. (2006). Teknologi Pengajaran dan Pembelajaran. Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaysia. Meyer, G.R.(1988). Modules from Design to Implementation. Manila, Philippines: The Colombo Plan Staff College. Mohd Faudzi Abd Hamid (1989). Kaedah Pembelajaran dengan Menggunakan Modul. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mok Soon Sang (2004). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah). Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Norliana Binti Hashim (2004). Pembinaan dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Sifat Jirim bagi Mata Pelajaran Fizik KBSM Tingkatan Empat. Universiti Teknologi Malaysia.

Nor Rahimah Binti Abu Bakar (2003). Pembinaan dan Penilaian Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri Daya dan Gerakan bagi Mata Pelajaran Fizik Tingkatan Empat. Universiti Teknologi Malaysia. Khairul Anwar Hanafiah (1999). Lukisan Kejuteraan Berbantu Komputer. Johor Bharu: Universiti Teknologi Malaysia. Shaharom Noordin (1993). Modul Pengajaran Kendiri (MPK): Satu Inovasi Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Akademik. Maktab Perguruan Perempuan Melayu. Jilid 3.