PERPUSTAKAAN DIGITAL: PERANAN REPOSITORI INSTITUSI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Similar documents
Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang


VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

MEREKA BENTUK SEMULA PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN UiTM : ANYONE, ANYWHERE, ANYTIME. OLEH : JAMALLUDIN HJ. SULAIMAN PTAR UiTM

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2003/2004. September/Oktober 2003

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST333 Distributed & Grid Computing [Perkomputeran Teragih & Grid]

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

7 I I, BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS* SESI PENGAnAN: 2012 I Saya MOHD FARID BIN MOHD YUSOF (B )

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST332 Internet Protocols. Architecture & Routing [Protokol, Seni Bina & Penghalaan Internet]

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

FUZZY NEURAL NETWORKS WITH GENETIC ALGORITHM-BASED LEARNING METHOD M. REZA MASHINCHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Disediakan oleh: Mohammad Hazmin Bin Mohamed Azri

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) short answer and structured essay questions. Answer ALL questions.

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

ICT SPM 2011 SUGGESTION ANSWER. Section A

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

PRA BENGKEL WEBOMETRICS

Prepared by: Assoc. Prof. Dr Bahaman Abu Samah Department of Professional Development and Continuing Education Faculty of Educational Studies


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS522 Advanced Data Communication & Computer Networks [Rangkaian Komputer & Komunikasi Data Lanjutan]

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

DYNAMIC MOBILE SERVER FOR LIVE CASTING APPLICATIONS MUHAMMAD SAZALI BIN HISHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST331 Principles of Parallel & Distributed Programming [Prinsip Pengaturcaraan Selari & Teragih]

ISI KANDUNGAN. Microsoft PowerPoint 2016

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

REPOSITORI DIGITAL PENGENALAN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN IMBUHAN PENERBITAN JURNAL / PROSIDING / SITASI BERINDEKS SCOPUS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

ANOMALY DETECTION IN WIRELESS SENSOR NETWORK (WSN) LAU WAI FAN

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

ANALISA PERPINDAHAN DATA MODEL SURFACE DI ANTARA PLATFOM CAD YANG BERBEZA ASFAEZUDDIN BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

OPTIMIZE PERCEPTUALITY OF DIGITAL IMAGE FROM ENCRYPTION BASED ON QUADTREE HUSSEIN A. HUSSEIN

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) e-purchase ORDER FOR SERVICES

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

DEVELOPMENT OF SPAKE S MAINTENANCE MODULE FOR MINISTRY OF DEFENCE MALAYSIA SYED ARDI BIN SYED YAHYA KAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

REPOSITORI INSTITUSI: KE ARAH PENCAPAIAN WEBOMETRICS 1

Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Mohd Hazmi Kasmin. Pusat Teknologi Maklumat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

DEVELOPMENT OF HOME ENERGY MANAGEMENT SYSTEM (HEMS) CHEA MENG HUAT UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TRUSTED CLOUD COMPUTING FRAMEWORK IN CRITICAL INDUSTRIAL APPLICATION MERVAT ADIB BAMIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

Laporan Aktiviti Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kuala Sungga

CREATING USER ID AND PASSWORD : NOTA PENTING NOTA PENTING SEBELUM MEMULAKAN PROSES CREATE USER ID & PASSWORD

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

BAHAGIAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS MELAKA BENGKEL AMALAN PENGURUSAN TERBAIK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST131 Computer Organisation [Organisasi Komputer]

TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH EBA1053 TOPIK 6 PENGINTEGRASIAN PERISIAN MULTIMEDIA DAN ALAT PENGARANGAN DALAM P&P

PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN PROSEDUR UNIT KOMPUTER. Proses Backup ( Windows) BPKP/KlOK-118 Bilangan Semakan : Q Tarikh :

TEKNIK MESIN SOKONGAN VEKTOR UNTUK SISTEM PENGESANAN PENCEROBOHAN BERASASKAN RANGKAIAN

AUTOMATIC APPLICATION PROGRAMMING INTERFACE FOR MULTI HOP WIRELESS FIDELITY WIRELESS SENSOR NETWORK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT211-CPM313 Programming Language Concepts & Paradigm [Konsep & Paradigma Bahasa Pengaturcaraan]

SECURE-SPIN WITH HASHING TO SUPPORT MOBILITY AND SECURITY IN WIRELESS SENSOR NETWORK MOHAMMAD HOSSEIN AMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Pengaturcaraan web ASP.NET. Sinopsis:

PEMBENTANGAN ANUGERAH INOVASI. PROJEK : Sistem Prin;ng Menggunakan Kad Matriks (Konsep Topup) di PPICTP UTM Kuala Lumpur

DATASET GENERATION AND NETWORK INTRUSION DETECTION BASED ON FLOW-LEVEL INFORMATION AHMED ABDALLA MOHAMEDALI ABDALLA

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) SINGLE ENVELOPE TENDER

Study of Distributed Coordination Function (DCF) and Enhanced DCF (EDCF) in IEEE MAC Protocols for Multimedia Applications.

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

Transcription:

Jurnal PPM Vol. 7, 2013 PERPUSTAKAAN DIGITAL: PERANAN REPOSITORI INSTITUSI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Siti Fatimah Hashim, Noor Azlinda Wan Jan & Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM Minden, Pulau Pinang, Malaysia. sitifati@usm.my; azlindawi@usm.my; arafat@usm.my * Kertas ini telah dibentangkan di Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia 2013, 25-27 Ogos 2013, Melaka ABSTRACT The Universiti Sains Malaysia Institutional Repository (Repository@USM) serves as a repository for storing a variety of electronic information materials such as articles from academic magazines, books, thesis, examination papers, research reports, photographs and others. This repository provides free access to the world and can be used freely for research and learning at the University. It can be used as an online reference source that is easy, effective and accessible at any times via the Internet. This repository also plays a role to guarantee continuity of intellectual property in the USM community as an online reference source and supports the vision and mission of USM Library in order to achieve the APEX standard. The establishment of the library s institutional repository has helped transform the Library into a digital library where materials can be accessed quickly through a computer network anytime anywhere in line with current fast growing technological developments. Keywords: Institutional repository; Universiti Sains Malaysia; Research; Digital library; APEX University; Transformation; Malaysia ABSTRAK Repositori Institusi Universiti Sains Malaysia (Repository@USM) berfungsi sebagai repositori untuk menyimpan pelbagai bahan maklumat elektronik seperti artikel daripada majalah akademik, buku, tesis, kertas peperiksaan, laporan penyelidikan, gambar dan sebagainya. Repositori ini menyediakan akses percuma ke seluruh dunia dan bebas digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran di Universiti. Ianya dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dalam talian yang mudah, berkesan dan boleh diakses pada bila-bila masa melalui Internet. Repositori institusi ini memainkan peranan penting bagi menjamin kesinambungan harta intelek warga USM sebagai sumber rujukan dalam talian dan seterusnya menyokong visi dan misi Perpustakaan dalam 45

usaha USM mencapai taraf Universiti APEX. Penubuhan repositori institusi Perpustakaan telah membantu mentransformasikan Perpustakaan menjadi sebuah perpustakaan digitalapabila bahan dapat dicapai dengan cepat melalui jaringan komputer pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja selari dengan perkembangan teknologi yang bergerak pantas pada masa kini. Kata kunci: Repositori institusi; Universiti Sains Malaysia; Penyelidikan; Perpustakaan digital; Nniversiti APEX; Transformasi; Malaysia PENGENALAN Kertas kerja ini akan menerangkan mengenai repositori institusi Universiti Sains Malaysia (USM) atau Repository@USM yang telah dipertanggungjawabkan kepada Perpustakaan Hamzah Sendut dalam usaha mendigitalkan bahan Perpustakaan bagi memudahkan pengguna mendapatkan bahan secara dalam talian dan boleh didapati pada bila-bila masa dan di mana- mana sahaja. Repositori ini memainkan peranan penting bagi memastikan bahan Perpustakaan dalam bentuk digital dapat disampaikan kepada pengguna dengan berkesan. National Archives and Records Administration (NARA) (2008) menjelaskan bahawa pendigitalan bukanlah hanya mengimbas dokumen daripada bentuk analog kepada bentuk digital tetapi juga sebagai satu siri aktiviti yang menghasilkan salinan bahan dalam bentuk digital yang disediakan untuk pengguna melalui Internet atau melalui cara lain secara berterusan dan memberi hasil/maklumat berguna dalam suatu tempoh masa. Aktiviti yang dimaksudkan adalah: Pengenalpastian dan pemilihan dokumen Penyediaan dokumen (termasuk pemeliharaan, pemeriksaan dan semakan akses, pencarian, penarikan dan penambahan) Asas deskriptif dan teknikal koleksi metadata yang mencukupi untuk membolehkan pengurusan dan penerimaan salinan digital dan menyediakan maklumat asas kepada pengguna Penukaran format digital Kawalan kualiti salinan digital dan metadata Penyediaan akses kepada awam bagi bahan/salinan yang betul dan sahih secara dalam talian Penyediaan pesanan secara dalam talian bagi perkhidmatan yang kualiti atau kuantitinya di luar kemampuan pengguna Penyelenggaraan salinan digital dan metadata Walaupun bahan yang didigitalkan bukanlah keseluruhan bahan yang ada di Perpustakaan, namun kewujudan repositori ini telah mengorak langkah 46

menjadikan Perpustakaan USM bergerak kearah perpustakaan digital. Perpustakaan digital mengandungi koleksi digital (elektronik) yang diberi akses melalui dalam talian dan boleh diakses pada bila-bila masa sahaja. Koleksi digital termasuklah teks penuh, imej, video, audio dan lain-lain. Koleksi digital boleh dikongsi dengan pengguna tanpa ada sekatan. Perpustakaan digital adalah lebih daripada satu pengumpulan rawak objek digital. Ia mengekalkan beberapa ciri-ciri perpustakaan tradisional seperti pengguna, koleksi yang ditumpukan, ketersediaan jangka panjang, kebolehan memilih, menyusun, memelihara dan berkongsi sumber (Alhaji, 2008) Inilah peranan repositori dalam usaha menjadikan Perpustakaan sebagai sebuah perpustakaan digital apabila Perpustakaan mengambil inisiatif untuk menukar format bahan daripada salinan keras (hard copy) ke salinan lembut (soft copy). Usaha-usaha yang telah diambil sejak tahun 1996 ini telah membawa kepada kewujudan sebuah repositori institusi yang lebih kukuh dalam membina sebuah pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat bahan digital. Repositori institusi adalah arkib penyelidikan digital yang mengandungi koleksi kerja ilmiah yang mewakili modal intelektual institusi dan boleh diakses. Ia adalah satu cara bagi institusi untuk menguruskan bahan digital komuniti mereka, memaksimumkan akses kepada hasil penyelidikan kedua-duanya sebelum dan selepas penerbitan, dan juga untuk meningkatkan penglibatan dan prestasi akademik institusi dan penulis (Jain, Bentley & Oladiran, 2009). Repositori institusi bersifat open access iaitu pengguna bebas untuk mencari, membaca, memuat turun, menyalin dan mencetak bahan yang dipamerkan di dalam repositori ini seperti yang dijelaskan dalam ayat berikut: Its free availability on the public internet, permitting any users to read, download, copy, distribute, print, search, or link to the full texts of these articles, crawl them for indexing, pass them as data to software, or use them for any other lawful purpose, without financial, legal, or technical barriers other than those inseparable from gaining access to the internet itself. The only constraint on reproduction and distribution, and the only role for copyright in this domain, should be to give authors control over the integrity of their work and the right to be properly acknowledged and cited" (Budapest Open Access Initiative, 2012) 47

Sejarah Pendigitalan Bahan di Perpustakaan Proses pendigitalan bahan di Perpustakaan Hamzah Sendut telah bermula pada tahun 1996. Namun pada fasa pertama ini, projek pendigitalan adalah berasaskan web dengan menggunakan kod-kod html text based sahaja. Bahan yang didigitalkan hanyalah abstrak tesis (PhD dan Master) dan kertas soalan peperiksaan tahun sebelumnya. Pada fasa kedua, Perpustakaan beralih kepada pelayan yang lebih besar dan menggunakan teknologi Lotus. Semua bahan digital tersebut disimpan dalam pangkalan data bagi memudahkan pengaksesan bahan. Pada bulan Disember 2003, Perpustakaan telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan aplikasi Document Management and Knowledge Sharing Solution (Teknologi Fuji Xerox) atau lebih dikenali sebagai DocuShare. Walau bagaimana pun, perolehan aplikasi ini secara sewaan selama tiga tahun tidak disambung ke tahun berikutnya dan lupus pada bulan Disember 2006. Seiring dengan perkembangan perisian open source, Perpustakaan telah mengorak langkah untuk menghasilkan satu repositori institusi dengan menggunakan perisian ini. Justeru, bermula pada Mei 2008, Perpustakaan dengan kerjasama Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia telah membangunkan satu repositori institusi dengan menggunakan perisian open source eprints. Eprints adalah perisian repositori yang dibangunkan oleh University of Southampton pada tahun 2000 dan bertujuan untuk mewujudkan repositori berkonfigurasi tinggi berasaskan web. Eprints digunakan sebagai arkib terbuka untuk kertas penyelidikan, imej, audio, video dan lain-lain. Repository@USM boleh diakses melalui laman web Universiti Sains Malaysia (www.usm.my), laman web Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (www.lib.usm.my) dan juga boleh terus ke pautan http://eprints.usm.my 48

Rajah 1. Muka hadapan Repository@USM REPOSITORY@USM Repository@USM berfungsi sebagai repositori untuk menyimpan pelbagai bahan maklumat elektronik seperti artikel daripada majalah akademik, buku, tesis, kertas peperiksaan, laporan penyelidikan, fotografi dan sebagainya. Repositori ini menyediakan akses percuma ke seluruh dunia dan bebas digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran di Universiti. Ia dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dalam talian yang mudah, berkesan dan dapat diakses pada bila-bila masa melalui Internet. Repositori ini bukanlah sebuah penerbitan untuk bahan-bahan yang didepositkan ke sini tetapi merupakan sebuah koleksi arkib dalam talian. Pendepositan bahan dalam repositori ini tidak akan mengubah atau memberi kesan kepada bahan asal tersebut yang melibatkan hak harta intelek atau hak cipta. Objektif utama penubuhan repositori ini adalah untuk menyimpan dan menyediakan perkhidmatan maklumat elektronik koleksi arkib yang boleh diakses pada bila-bila masa, menjamin kesinambungan harta intelek warga USM sebagai sumber rujukan secara dalam talian dan menyokong visi dan misi Perpustakaan dalam usaha USM mencapai taraf Universiti APEX. Pendepositan bahan di dalam repositori ini juga tidak akan menyekat penulis untuk menerbitkan karya mereka di tempat lain kerana tujuan utama repositori ini hanyalah untuk menyediakan bahan rujukan kepada individu dan Universiti 49

dalam bentuk dalam talian. Perpustakaan Hamzah Sendut adalah jabatan yang bertanggungjawab untuk menguruskan repositori ini secara keseluruhannya. Sebagai sebuah repositori, ianya memainkan peranan seperti sebuah perpustakaan tradisional dalam mengumpul, menyusun, memelihara dan menyebarkan maklumat secara dalam talian. Selain daripada itu, pemantauan, penyelenggaraan dan pengemaskinian bahan/kandungan repositori ini juga dilakukan bagi memastikan keseluruhan bahan dapat dipelihara dan dijadikan sumber rujukan yang berguna untuk seluruh warga Universiti. Peranan ini diaplikasikan di Perpustakaan bagi menjadikan Repository@USM sebagai satu platform dalam menguruskan bahan digital. Bahan yang terdapat dalam repository ini akan dikekalkan selama-lamanya. Perpustakaan akan cuba memastikan akses berterusan untuk pembacaan dan rujukan. Perpustakaan juga akan membuat salinan fail secara berkala mengikut amalan semasa yang terbaik. Bahan-bahan tidak akan dikeluarkan daripada repositori kecuali atas sebab-sebab berikut: Pelanggaran Akta Hak Cipta atau plagiarisme Terbukti melanggar undang-undang Malaysia Mengancam keselamatan negara Pemalsuan penyelidikan Sekiranya berlaku perkara-perkara tersebut, bahan tidak akan dapat diakses oleh pengguna. Bahan-bahan Dalam Repositori Jika pada fasa sebelum ini bahan yang didigitalkan hanyalah tertumpu kepada tesis dan kertas peperiksaan sahaja, tetapi kali ini, Perpustakaan telah memperluaskan pendigitalan bahan kepada beberapa bahan yang sebelum ini diakses di Perpustakaan secara bercetak. Sehingga kini bahan-bahan yang dimuat naik ke repositori adalah seperti berikut: Artikel Buku Bab dalam buku Bahan Persidangan/bengkel Imej Laporan projek/kertas kerja Bahan pengajaran dan pembelajaran (kertas peperiksaan) Tesis 50

Bahan pameran Lain-lain (petikan dari surat khabar lama, perisian dan lain-lain) Sehingga bulan Jun 2013, sebanyak 25,767 bahan telah dimuat naik ke repositori ini dengan pecahan seperti berikut: Artikel 147 Buku 88 Bab dalam buku 22 Bahan persidangan/bengkel 744 Imej 173 Laporan projek/kertas kerja 556 Bahan pengajaran dan pembelajaran (kertas peperiksaan) 22518 Tesis 1354 Bahan pameran 1 Lain-lain (petikan dari surat khabar lama, perisian dan lain-lain) 164 Staf dan Peralatan Untuk menggerakkan repositori ini, semestinya keperluan tenaga staf dan peralatan memainkan peranan penting. Proses pendigitalan bahan Perpustakaan dilakukan sepenuhnya oleh staf Perpustakaan yang melibatkan beberapa proses seperti penerimaan dan pemilihan, imbasan, suntingan, muat naik dan semakan. Semestinya proses-proses ini amat penting dalam menukar format bahan dari salinan keras kepada salinan lembut yang boleh diakses secara dalam talian. Proses kerja ini akan diterangkan dengan lebih lanjut selepas ini. Repository@USM telah diletakkan dibawah Bahagian Automasi, Perpustakaan Hamzah Sendut yang mempunyai 13 orang staf. Tujuh orang staf telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya dan staf terdiri daripada: 1 Ketua Bahagian (S48) 2 Pustakawan (S41) 2 Pembantu Perpustakaan (S17) 2 Pembantu Am Pejabat (N1) Tanpa peralatan, proses kerja pendigitalan tidak dapat dijalankan. Justeru, Perpustakaan telah memperuntukan lebih RM500,000 untuk membeli enam buah mesin pengimbas yang boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Setiap mesin pengimbas mempunyai fungsi berbeza dan digunakan sepenuhnya untuk proses pendigitalan sahaja. Berikut adalah senarai mesin pengimbas yang digunakan untuk proses pendigitalan bahan Perpustakaan: 51

Canon DG 5010C Canon DR 7080C Canon DR 2580C HP Scanjet N8420 BookEye 2 I2s Digi Book Suprascan II Proses Kerja Pendigitalan Bahan Perpustakaan 1. Penerimaan dan pemilihan bahan Proses pendigitalan bahan bermula dengan penerimaan bahan daripada pusat-pusat pengajian ataupun staf akademik/pentadbiran yang menyumbang bahan ke repositori ini. Pemilihan bahan dilakukan dengan mengkategorikan bahan mengikut jenis bahan sebelum diberi kepada staf untuk proses seterusnya. Penerimaan dan pemilihan bahan ini akan dilakukan oleh pustakawan. Tujuan bahan dikategorikan mengikut kategori masing-masing seperti artikel, kertas persidangan, laporan projek dan lainlain adalah bagi mengelak kekeliruan dan memudahkan staf yang bertugas untuk mengimbas, menyunting dan memuat naik bahan. 2. Imbasan bahan Proses megimbas bahan dilakukan oleh dua orang Pembantu Am Pejabat (N1) dengan menggunakan mesin pengimbas yang disediakan. 3. Suntingan bahan Selepas bahan diimbas, proses suntingan dilakukan tanpa mengubah isi kandungan bahan. Suntingan dilakukan bagi membersihkan dokumen (kesan binding, stapler dan lain-lain) dan membetulkan struktur muka surat yang tidak betul. Proses ini akan dilakukan oleh Pembantu Perpustakaan (S17) dan Pembantu Am Pejabat (N1). Perisian yang digunakan untuk proses ini adalah Imagination dan Adobe Acrobat 9 Pro. 4. Muat naik bahan Proses muat naik bahan ke repositori memerlukan ID dan password yang telah diwujudkan bagi staf yang bertugas sahaja. Ini memudahkan proses pemantauan dan penyemakan dibuat. Staf yang bertanggung jawab untuk memuat naik bahan adalah Pembantu Perpustakaan (S17). Staf akan menggunakan manual proses muat naik bahan ke repositori yang telah disediakan semasa proses muat naik bahan dilakukan. 5. Semakan bahan Setelah bahan dimuat naik, pustakawan akan menyemak semula bagi memastikan maklumat dan isi kandungan bahan adalah betul dan pengguna dapat mengakses bahan tersebut. Bahan seperti artikel perlu disemak 52

dengan lebih teliti kerana melibatkan isu hak cipta. Oleh yang demikian, Sherpa/Romeo digunakan bagi membuat semakan berkaitan hal ini. Maksud Sherpa/Romeo dijelaskan dalam ayat berikut: It is a searchable database of publisher's policies regarding the self- archiving of journal articles on the web and in Open Access repositories (Sherpa/Romeo, 2011) Sherpa/Romeo sangat membantu dalam menentukan samada artikel tersebut boleh dimuat naik ke repositori institusi atau tidak. Ianya mengandungi polisi am penerbit untuk journal dan siri persidangan tertentu. Sherpa/Romeo boleh diakses di pautan http://www.sherpa.ac.uk/romeo/index.php?la=en&fidnum= &mode=simpl e Statistik Penggunaan Repository@USM Perpustakaan telah mengambil inisiatif untuk memantau semua aktiviti laman web Repository@USM dengan penjanaan statistik setiap bulan bermula pada Ogos 2011. Oleh itu, penjanaan statistik ini telah dilakukan dengan menggunakan dua kaedah iaitu Getclicky dan Google Analytics. Semua penjanaan statistik berkaitan pelawat dan paparan halaman akan dibuat dengan menggunakan Google Analytics dan untuk statistik muat turun bahan pula dijanakan dengan menggunakan GetClicky. Google Analytics adalah percuma manakala GetClicky telah dilanggan oleh Perpustakaan dengan harga RM114 setahun. Namun analisa berikut hanyalah melibatkan tahun 2012 dan 2013 sahaja. Jadual 1: Jumlah pelawat laman web Tempoh Jumlah 2012 (Januari-Disember) 149, 411 2013 (Januari- Jun) 66, 582 Jumlah 215, 993 2012 (Januari- Jun) 84,626 2013 (Januari- Jun) 66, 582 Hasil analisa mendapati jumlah pelawat pada bulan Januari hingga Jun 2013 berkurangan sebanyak 21.32% berbanding Januari hingga Jun 2012. 53

Jadual 2: Jumlah paparan halaman laman web Tempoh Jumlah 2012 (Januari-Disember) 611, 071 2013 (Januari- Jun) 288, 159 Jumlah 899, 230 2012 (Januari- Jun) 357,116 2013 (Januari- Jun) 288, 159 Hasil analisa mendapati jumlah paparan halaman pada bulan Januari hingga Jun 2013 berkurangan sebanyak 19.31% berbanding Januari hingga Jun 2012. Jadual 3. Jumlah muat turun bahan Tempoh Jumlah 2012 (Januari-Disember) 102,040 2013 (Januari- Jun) 54,026 Jumlah 156,066 2012 (Januari- Jun) 56,863 2013 (Januari- Jun) 54,026 Hasil analisa mendapati jumlah muat turun bahan pada bulan Januari hingga Jun 2013 berkurangan sebanyak 4.98% berbanding Januari hingga Jun 2012. Penurunan jumlah pelawat, paparan halaman dan juga muat turun bahan ini adalah disebabkan beberapa faktor seperti berikut: Projek menaik taraf bangunan Perpustakaan Hamzah Sendut 1 (bermula pada bulan November 2012 sehingga bulan Oktober 2013) Menaik taraf bilik pelayan Menaik taraf pelayan eprints ke versi baharu. Jadual 4. Pelawat laman web (melalui enjin pencarian/laman web/media sosial) Enjin Pencarian/Laman Bilangan Pelawat Bil. Web/ Media Sosial 2012 (Jan Dis) 2013 (Jan- Jun) 1 Google 60,651 31,605 2 Direct 32,815 12,804 54

3 lib.usm.my 16,612 6,311 4 Yahoo 12,086 2,996 5 usm.my 5,533 2,056 6 facebook.com 3,764 1,518 7 Babylon 2,775 1,148 8 Bing 2,559 1,108 9 lib.eng.usm.my 1,899 729 10 mylib.pnm.my 656 248 facebook.com 3% usm.my 4% Babylon 2% Bing lib.eng.usm.my 2% 1% mylib.pnm.my 0% Yahoo 9% lib.usm.my 12% Google 43% Direct 24% Rajah 2. Pelawat laman web pada tahun 2012 (melalui enjin pencarian/laman web/media sosial) 55

usm.my 3% facebook.com 3% Yahoo 5% Babylon 2% Bing 2% lib.eng.usm.my 1% mylib.pnm.my 0% lib.usm.my 11% Direct 21% Google 52% Rajah 3. Pelawat laman web pada tahun 2013 (Januari-Jun) (melalui enjin pencarian/laman web/media sosial) Jadual 5. Pelawat laman web mengikut negara 2012 (Januari-Disember) 2013 (Januari- Jun) 1 Malaysia 107,016 1 Malaysia 49,085 2 United States 16,900 2 Indonesia 4,488 3 Indonesia 8,060 3 United States 4,432 4 India 2,441 4 India 1,178 5 United 1,248 5 Unknown 649 Kingdom 6 Unknown 1,192 6 United Kingdom 642 7 China 789 7 China 325 8 Iran 675 8 Pakistan 317 9 Thailand 619 9 Iran 274 10 Singapore 597 10 Australia 268 56

India 2% United Kingdom 1% Indonesia 6% Unknown 1% China 1% Iran 0% Thailand 0%Singapore 0% United States 12% Malaysia 77% Rajah 4. Pelawat laman web mengikut negara pada tahun 2012 Rajah 5. Pelawat laman web mengikut negara pada tahun 2013 (Januari-Jun) 57

PENDAFTARAN REPOSITORY@USM DI KEDUDUKAN REPOSITORI DUNIA Repositori ini telah didaftarkan dalam OpenDOAR - Directory of Open Access Repositories, ROAR- Registry of Open Access Repositories dan juga telah disenaraikan dalam Ranking Web of World Repositories. Melalui opendoar dan ROAR, Perpustakaan dapat memantau perkembangan repositori institusi ini dan juga repositori institusi lain di seluruh dunia yang didaftarkan di sini. Repository@USM telah disenaraikan dalam Ranking Web of World Repositories bermula pada tahun 2011 dan pada edisi terbaharu, Januari 2013, repositori ini berada di kedudukan 107 daripada 1,567 repositori institusi dunia. KESIMPULAN Sejak penubuhan repositori ini sehingga sekarang Repository@USM telah banyak membantu dalam menyalurkan maklumat kepada pengguna secara maya. Pengguna lebih senang mendapatkan bahan melalui Internet pada bila-bila masa sahaja. Repositori ini juga telah membantu mengurangkan ruang penyimpanan dan pameran bahan. Perpustakaan dapat mengurus bahan secara efektif dengan mengkategorikan bahan mengikut tahun, jenis, pusat pengajian dan subjek. Pengguna akan mendapat bahan yang dikehendaki dengan lebih cepat. Hasil statistik jelas menunjukkan bahawa repositori ini telah menjadi sumber yang digemari untuk mendapatkan bahan Perpustakaan secara lebih cepat sekaligus membantu Perpustakaan memberi perkhidmatan maklumat dengan lebih berkesan. RUJUKAN Alhaji, I. U. 2008. Digitization of library resources and the formation of digital libraries: a practical approach. Budapest Open Access Initiative. 2012. What does BOAI mean by "open access"? Retrieved from http://legacy.earlham.edu/~peters/fos/boaifaq.htm#openaccess. Jain, P., Bentley, G., and Oladiran, M. 2009. The role of institutional repository in digital scholarly communications. Proceedings of African Digital Scholarship & Curation 2009. National Archives and Records Administration. 2008. Strategy for digitizing archival materials for public access, 2007-2016. Retrieved from: http://www.archives.gov/digitization/strategy.html Sherpa/Romeo. 2011. What is Romeo? Retrieved from: http://www.sherpa.ac.uk/romeo/faq.php?la=en&fidnum= &mode=simple# whatis 58