Kenapa Anak Anda Perlu Belajar 3D Printing?

Similar documents
Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

QUALITY TRAFFIC SOURCE

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

Written by Mazuki Izani Thursday, 02 August :00 - Last Updated Tuesday, 03 February :54

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Seminar AUTOMASI BISNES

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

Disediakan oleh: Mohammad Hazmin Bin Mohamed Azri


TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Laporan Aktiviti Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kuala Sungga

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

0

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

GARIS PANDUAN BAGI BAYARAN PERKHIDMATAN STAF TEKNIKAL DI LUAR SKOP TUGAS HAKIKI OLEH UNIT TEKNIKAL & PERKHIDMATAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST334 Network Monitoring & Security [Pengawasan & Keselamatan Rangkaian]

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

PROSES PENILAIAN MEDIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

ENHANCING WEB SERVICE SELECTION USING ENHANCED FILTERING MODEL AJAO, TAJUDEEN ADEYEMI

FUZZY NEURAL NETWORKS WITH GENETIC ALGORITHM-BASED LEARNING METHOD M. REZA MASHINCHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

SECURE-SPIN WITH HASHING TO SUPPORT MOBILITY AND SECURITY IN WIRELESS SENSOR NETWORK MOHAMMAD HOSSEIN AMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

Kursus ADOBE AFTER EFFECTs

CREATING USER ID AND PASSWORD : NOTA PENTING NOTA PENTING SEBELUM MEMULAKAN PROSES CREATE USER ID & PASSWORD

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

KISAH KEJAYAAN PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KAMPUNG SELABAK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

DYNAMIC MOBILE SERVER FOR LIVE CASTING APPLICATIONS MUHAMMAD SAZALI BIN HISHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MSS 318 Discrete Mathematics [Matematik Diskret]

ISI KANDUNGAN. Microsoft PowerPoint 2016

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) short answer and structured essay questions. Answer ALL questions.

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

Syafiq Aswad Copyright SyafiqAswad.com All Rights Reserved

ICT SPM 2011 SUGGESTION ANSWER. Section A

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS522 Advanced Data Communication & Computer Networks [Rangkaian Komputer & Komunikasi Data Lanjutan]

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI


UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST332 Internet Protocols. Architecture & Routing [Protokol, Seni Bina & Penghalaan Internet]

MULTICHANNEL ORTHOGONAL FREQUENCY DIVISION MULTIPLEXING -ROF FOR WIRELESS ACCESS NETWORK MOHD JIMMY BIN ISMAIL

Yahya Sedik Dr. Hasnalee Tubah

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang

SKS 3124 PENDAWAIAN RANGKAIAN

SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

IMPROVED IMPLEMENTATION OF DIGITAL WATERMARKING TECHNIQUES AHMED SABEEH YOUSIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISOGEOMETRIC ANALYSIS OF PLANE STRESS STRUCTURE CHUM ZHI XIAN

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT POSTER MELALUI PERISIAN PHOTOSHOP. Untuk membuat poster sediakan beberapa bahan seperti berikut:

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT224/CMM221 Multimedia Systems [Sistem Multimedia]

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

EDDY AHMADI AZIZI B SUKIMIN

DEFINASI RANGKAIAN AWAN

AN ENHANCED CONNECTIVITY AWARE ROUTING PROTOCOL FOR VEHICULAR AD HOC NETWORKS AHMADU MAIDORAWA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS522 Advanced Data Communication and Computer Networks [Rangkaian Komputer dan Komunikasi Data Lanjutan]

This item is protected by original copyright

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

DEVELOPMENT OF HOME ENERGY MANAGEMENT SYSTEM (HEMS) CHEA MENG HUAT UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PROTOTYPE OF POWER LINE INTERFACE SOCKET USING EMBEDDED CONTROLLER FOR DATA ACQUISITION AND CONTROL. LAI CHING HUAT

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

1. Blog, apa itu Blog?

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) SINGLE ENVELOPE TENDER

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

DYNAMIC TIMESLOT ALLOCATION TECHNIQUE FOR WIRELESS SENSOR NETWORK OON ERIXNO

KETIDAKFAHAMAN PELAJAR TERHADAP ISTILAH TEKNIKAL BAHASA INGGERIS DALAM PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (COMMUNICATION DEP)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST331 Principles of Parallel & Distributed Programming [Prinsip Pengaturcaraan Selari & Teragih]

INTEGRATION OF CUBIC MOTION AND VEHICLE DYNAMIC FOR YAW TRAJECTORY MOHD FIRDAUS BIN MAT GHANI

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT103/ CPM211 Struktur Data & Paradigma Pengaturcaraan

Cara Login Ke CPanel Hosting.

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT. PROGRAM KELAYAKAN MASUK SENARAI KURSUS Sarjana Sistem Maklumat

Transcription:

MonstaReka Tech www.monstareka.com Facebook Page (Klik & Like disini)

KENAPA ANAK ANDA PERLU BELAJAR 3D PRINTING? Never mind the computer on every desktop, that s a given. In the near future, teachers and students will want or have a 3D printer on the desk to help them learn core Science, Technology, Engineering and Mathematics principles. Forbes - TJ McCue Gambarajah 1- Mesin FDM sedang beraksi

PENGENALAN 3D printing ini seronok. Walaupun saya ini dah dalam kategori bapa budak, keseronokan melihat tali plastik melebur dan keluar dari 3D printer dalam keadaan panas macam lava gunung berapi lalu membentuk design yang saya design adalah sangat seronok. Macam zaman kanak-kanak kita memerhati api yang membakar lilin. Walaupun panas dan merbahaya, ia tetap mengujakan. Begitulah sifat kanak-kanak dahulu dan sekarang, perasaan ingin tahu sangat tinggi. Tetapi selalunya perjalanan hidup mereka dari kecil sampai ke dewasa akan ada situasi yang mempengaruhi mereka. Samada yang baik ataupun buruk. Amat penting bagi ibubapa sekarang untuk menyelia dan membimbing perkembangan mereka. Walaupun kanak-kanak memang suka mencuba benda yang baru tetapi ramai yang takut untuk mencuba, mereka takut dengan kegagalan atau yang lebih buruk lagi ialah takut mengecewakan ibubapa, guru-guru atau sesiapa yang mereka hormati. 3D printing membuang perasan takut itu, malah ia memberikan mereka keyakinan untuk menceburi sesuatu yang baru. Walaupun bidang 3D printing telah lama diterokai, ia masih baru. Para guru dan pelajar diluar sana masih meneroka pelbagai cara untuk menginspirasi dan memperbaiki cara pembelajaran. Latihlah anak anda menjadi seorang pembina atau `Maker kerana ia akan membantu menjadikan masa depan mereka lebih cerah.. tidak kira bidang apa sekalipun yang mereka minat. Mereka tentu akan berjaya, insyaallah. Kita sebagai manusia ini secara hakikatnya adalah pembina. Seperti semua benda yang dijadikan di dalam dunia ini berpasangan. Lelaki dan perempuan, positif dan negatif, yin dan yang. Pemikiran juga ada negatif dan positif. Anda adalah pembina, anak-anak anda juga seorang pembina. Lihatlah ketika mereka bermain. Macam-macam benda mereka bina. Anda juga seperti itu dahulu tetapi sekarang mungkin anda sudah lupa. Pemikiran seorang pembina ini jika dipupuk dengan baik, baiklah jadinya. Jika ia tidak dipupuk, ia akan melahirkan sifat pemusnah. Sudah terbukti bahawa memusnahkan adalah lebih senang dari membina. Latihlah anak anda jadi pembina yang baik, jika tidak mereka mungkin boleh jadi pemusnah, nauzubillah. Atau lebih buruk lagi, mereka berputus asa dan hanya jadi konsumer sahaja. Latihlah anak anda menjadi pembina yang berpengetahuan. Dengan pengetahuan yang elok mereka boleh membentuk dunia dan sekeliling mereka yang baik. Disebabkan itu, 3D printing adalah sebuah subjek yang unik berbanding dengan teknologi yang lain. Minda pelajar akan menjadi kurang stress kerana ia adalah bidang yang tidak apa untuk gagal dan menggalakkan lebih banyak ekperimentasi.

APA DAN KENAPA 3D PRINTING? 3D Printing telah menjadi sensasi sekarang setelah lebih 25 tahun. Ini kerana banyak Patent telah luput menyebabkan banyak syarikat-syarikat mula mengeluarkan 3D printer versi murah yang dahulunya dimilikki oleh golongan profesional. Mereka cuba membawa mesin ini kepada golongan konsumer. Sepertimana Steve Wozniak, Steve Jobs (pengasas Apple Computers), Bill Gates (pengasas Microsoft) dan ramai lagi hackers, programmers, tinkerers dan makers membawa komputer kepada konsumer, begitulah juga pembina 3D printer sekarang. Sepertimana zaman 1970-an, komputer belum difahami oleh golongan konsumer, begitulah juga pada zaman sekarang terhadap 3D printer. 3D printer telah diterima oleh golongan pembina atau makers dan belum dapat diterima oleh konsumer lagi. Tetapi bila ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan, maka kita memerlukan lebih ramai makers. Komputer mula diterima oleh golongan konsumer apabila mereka dapat mengaitkan komputer dengan kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, apabila Steve Jobs terjumpa lukisan anaknya yang melukis menggunakan komputer, beliau mula memahami bahawa setiap rumah perlu ada komputer yang kanak-kanak pun mengerti untuk menggunakannya. Pada zaman ini, kita merasakannya dengan 3D printer. Sejarah sedang berulang dan dengan sebab itulah, kita perlu menceburi bidang ini sekarang. Tetapi, yang terbaiknya.. Anak anda pun boleh menceburi bidang ini. Apa yang hendak dirisaukan? Komputer dan 3D printer senang didapati dan perisian-perisian telah banyak yang percuma. Bagi yang tidak tahu, 3D printer ini adalah mesin sepertimana printer biasa tetapi ia boleh cetak objek 3D. Sepertimana Printer biasa yang teks atau grafik dibuat di dalam komputer, 3D printer juga menggunakan objek yang direka didalam komputer. Jenis 3D printing yang paling popular sekarang adalah jenis Fused Deposition Modelling (FDM). Ia adalah mesin yang mengeluarkan cairan plastik secara terus menerus yang akan mengeras menjadi plastik keras. Ia sesuai untuk penghasilan objek dengan murah dan cepat. Proses FDM bermula dengan sejenis tali halus yang dipanggil Filament. Filament ini akan dimasukkan kedalam heated nozzle yang akan meleburkan filament itu di dalam 3D printer. Setelah berada dalam keadaan cair, bahan tersebut akan ditolak keluar (Extrude) mengikut laluan yang telah ditetapkan oleh komputer. Sebaik sahaja bahan ini keluar ia akan menyejuk dan mengeras lapisan demi lapisan hinggalah siap.

SEBAB MENGAPA ANAK ANDA PERLU BELAJAR 3D PRINTING? Sekarang kita akan membincangkan kenapa 3D printer ini perlu diajar kepada anak anda. Jika kita kaji sebab-sebab yang akan dibincangkan, kemungkinan besar 3D printing ini pun sesuai untuk golongan dewasa juga. #1 lihat Dapat memperkenalkan dunia kejuruteraan dan kesenian kepada mereka dan arah kecenderongan mereka. Boleh pilih untuk belajar CAD atau Free From Modelling Dahulunya ia adalah perisian yang spesifik kepada golongan profesional, kini CAD telah digunakan untuk penciptaan segala barang di dunia. Walaupun kebanyakkan orang fikir CAD dan 3D modelling adalah teknologi yang diajar di kolej dan di peringkat profesional, sekarang ia telah turun ke peringkat sekolah menengah dan sekolah rendah (kebanyakkannya di sekolah negara maju). Daripada Autodesk Thinkercad ke Mattel Thing Maker Design. Ya! Mattel! Syarikat yang terkenal sebagai pengeluar mainan terbesar di dunia. Kesemua perisian yang disebut ini boleh didapat secara percuma daripada pengeluar perisian CAD atau Free Form Modelling. Bukan saja dua perisian yang disebut, terdapat juga seperti 123D Design, 123D Sculpt, FreeCAD, Fusion 360, Sculptris, Tinkerplay dan banyak lagi. Ada juga perisian-perisian yang disebut ini boleh digunakan dengan komputer tablet. Kebanyakkan perisian ini tidak perlu menggunakan komputer yang bertenaga tinggi pun. Mereka juga ada menawarkan perisian yang digunakan secara Cloud App yang tidak perlu di install ke dalam komputer. Inilah masa yang terbaik untuk anak-anak anda menceburi bidang CAD. Ternyata ia tidak akan merugikan mereka. Gambarajah 2- Model yang dibina menggunakan perisian CAD

Free Form Modelling yang penulis merujuk disini adalah perisian-perisian yang digunakan untuk menghasilkan aset-aset untuk filem, tv, games dan juga aset-aset yang bersifat artistik. Ia tidak memerlukan perincian seperti perisian CAD yang khusus untuk kejuruteraan. Sesetengah orang suka CAD dan sesetengah suka Free Form Modelling. Apabila mereka didedahkan dengan 3D printing, kita boleh lihat kecenderungan minat mereka. Contohnya jika mereka minat reka pedang atau pistol, mereka sesuai untuk belajar CAD. Manakala jika mereka minat untuk reka makhluk asing atau kartun, Free Form Modelling adalah lebih sesuai bagi mereka. Gambarajah 3- Sintel adalah sebuah filem animasi pendek yang dibina Boleh kenalpasti minat kanak-kanak di awal peringkat dan membentuk bakat mereka Pengalaman kanak-kanak di waktu kecil akan mempengaruhi perkembangannya apabila meningkat umur. Setiap kanak-kanak adalah berbakat di setengah-setengah bidang. Sebagai ibubapa, kita mesti cuba mengenalpastikan dimanakah minat dan bakat mereka dan cuba untuk membimbinginya.

Dengan menceburkan minat mereka dalam 3D printing, ibabapa dapat melihat minat semulajadi anak-anak. Adakah minat mereka didalam bidang kejuruteraan atau kesenian? Adakah dalam bidang elektronik atau bidang pengaturcaraan? Semua ini boleh dilhat apabila mereka mula berkecimpung di dalam dunia 3D printing. Contoh pada gambarajah dibawah menunjukkan bidang Industrial Design ataupun bidang kreatif yang boleh dipupuk dari usia yang awal untuk diceburi. Gambarajah 4- Bekas pensil yang direka untuk projek Industrial Design Gambarajah 5- Model 3D direka untuk projek filem

#2 Terdapat banyak unsur inovasi dan pelbagai ilmu disekitar teknologi 3D printing yang akan menjadi pemangkin kepada kanak-kanak untuk berjaya Belajar 3D modelling Kanak-kanak telah terdedah kepada dunia 3D dari usia yang sangat muda melalui karektor-karektor dan kesan khas (Special Effects). Mereka banyak melihatnya melalui TV, filem dan permainan video. Melalui filem seperti Transformers kepada filem-filem Disney, 3D adalah sesuatu yang Cool dan amat hebat jika dapat membinanya sendiri. Secara tidak langsung, dengan membina semula karektor-karektor yang mereka minat boleh menyebabkan mereka faham pembinaan dalam 3 dimensi seterusnya ke dunia realiti. Gambarajah 6- Dengan sedikit usaha dan bimbingan, dengan mudah mereka dapat membina semula karektor-karektor ini.

Memperkasakan Spatial Thinking Kanak-kanak Spatial Thinking adalah kemahiran untuk lihat dengan mata minda. Mereka boleh kenalpasti lokasi, bentuk dan hubung kait sesuatu object dengan objek yang lain. Contoh terbaik untuk memahami Spatial Thinking adalah seperti permainan video Tetris. Jika kanak-kanak memperkasakan skil ini dari kecil, mereka boleh menjadi bijak dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Tidak kurang juga dalam bidang seni, reka grafik dan pembinaan bangunan. Kebanyakkan ibubapa memperkenalkan permainan `puzzle blocks untuk kanak-kanak kecil dan bayi. Pembelajaran dalam 3D modelling pula sangat sesuai untuk mereka apabila meningkat da- Belajar bagaimana membina 3D dengan effektif Pada mulanya seseorang yang mula membina objek 3D, mereka akan membinanya mengikut naluri mereka. Kadang-kadang ia bagus tetapi apabila mereka menjadi lebih mahir, mereka perlu membina objek 3D mengikut peraturan. Apabila membina mengikut peraturan dan piawaan yang baik, objek 3D itu akan dapat diterjemahkan dengan baik ke 3D printing. Ini dapat mengajar kanak-kanak kebolehan untuk menyelesai masalah dan `analytic thinking. Kebolehan ini boleh dicapai dengan pembelajaran yang seronok dan tidak membosankan. Gambarajah 7- Ketelitian dalam membahagikan topologi-topologi poligon adalah penting untuk model kita menjadi efisyen untuk 3D

Belajar mekanikal Semasa generasi ibubapa yang ada sekarang diwaktu dahulu, kita sedikit sebanyak terdedah didalam bidang mekanikal. Tidak kiralah sewatu bermain kereta kawalan jauh ataupun bermain robot. Dengan teknologi yang ada sekarang, kita boleh galakkan minat ini pada kanak-kanak dengan lebih jauh lagi. Banyak projek-projek kanak-kanak dinegara maju yang sangat menarik jika anak-anak kita mampu untuk melakukannya. Projek-projek seperti membina parachute Gambarajah 8- Dengan membina objek menarik seperti `Catapult ini boleh menyebabkan kanak-kanak gembira belajar konsep fizik Belajar elektrikal Tidak dinafikan yang elektrik sangat bahaya untuk kanak-kanak dan juga golongan dewasa. Tidak dapat dinafikan juga yang tenaga elektrik berada disekeliling kita dan sangat penting dalam kehidupan harian. Sebagai ibubapa, kita adalah guru yang penting kepada anak-anak kita. Inilah peluang untuk kita ajar diri kita dan juga anakanak kita mengenai elektrik. Tunjukkan kepada mereka yang mementingkan keselamatan boleh juga menjadi perkara yang seronok. Kita hendak mereka berasa selamat berada disamping elektrik. Disamping belajar mengenai keselamatan didalam bidang elektrik, mereka juga boleh belajar mengenai elektrik dengan lebih mendalam apabila belajar 3D printing dan projek-projek berkaitan dengannya. Gambarajah 9- Eksperimen-eksperimen yang boleh dijalankan untuk memberikan putaran yang lebih effektif (photo - www. jaycar.com.au)

#3 Dengan Kenapa Anak Anda Perlu Belajar 3D Printing? 3D printing, mereka akan berminat dalam bidang sains, matematik, kejuruteraan dan teknologi. Ini kerana 3D Printing adalah bidang yang mereka ingin tahu dengan sendirinya untuk membina apa yang mereka ingini. Mereka boleh memaksa diri mereka untuk mempelajari matematik jika ia dapat membantu mereka untuk membina pistol sains fiksyen. Ia akan menjadikan matapelajaran Matematik yang membosankan kepada matapelajaran yang menarik. Begitulah juga pada bidang sains, kejuruteraan dan teknologi. Minat itu akan datang sendiri. Gambarajah 10- Susah penulis nak bayangkan jika teknologi 3D print ini wujud semasa penulis kecil. (Photo- enablingthefuture.org)

#4 Mereka Kenapa Anak Anda Perlu Belajar 3D Printing? akan menjadi lebih kreatif dan berkembang `Analytic Thinking Disamping kanak-kanak akan memerah otak untuk men design kereta yang lebih Cool dari kawan-kawan mereka, mereka juga boleh Design elemen-elemen yang boleh memberikan kemenangan pada mereka. Inilah kebaikkan yang dibawa oleh mesin 3D printing dan perisian untuk membina objek 3D. Kanak-kanak perlu memikir secara kreatif untuk menyelesaikan masalah dan kemudian membuat startegi untuk design yang direka itu boleh digunakan. Gambarajah 12- Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun mencipta SmartWatch yang boleh diprogram

#5 Menghindari Kenapa Anak Anda Perlu Belajar 3D Printing? `Design Fixation untuk bakal jurutera. Jurutera profesional yang berpengalaman merekacipta pelbagai objek dengan mengambil inspirasi daripada objek-objek disekitar mereka. Fenomena ini dipanggil `design fixation. Ia mengekang minda kreatif dengan merekacipta design yang telah sedia ada. Kanak-kanak pula menyumbang kepada inovasi yang lebih ekstrim. Mereka tidak terdedah dengan pelbagai solusi teknikal yang terpahat pada minda mereka. Mereka tidak terikat dengan design yang sedia ada dan kebarangkalian mereka akan mengeluarkan imaginasi sendiri adalah tinggi. Jika mereka diberi kebebasan untuk merekacipta diusia yang awal, kemungkinan mereka tidak akan merekacipta didalam kekangan yang sama para jurutera sekarang cuba untuk keluar. Kita boleh mengeluarkan jurutera didalam generasi yang sangat kreatif dan mempunyai imaginasi 3D. Gambarajah 13- Picture - www.3ders.org

#6 Mereka Kenapa Anak Anda Perlu Belajar 3D Printing? dapat memahami dunia digital 3D dan cara hubungkait diantara dunia digital dan fizikal. Kadangkala, apabila seseorang pereka itu mereka objek menggunakan komputer, mereka tidak menghiraukan bagaimana objek itu akan berada atau berinteraksi di dunia realiti. Kemahiran yang dibimbing boleh memberikan ilmu kepada mereka untuk merekacipta objek yang boleh digunapakai di alam realiti. Gambarajah 14- Mereka boleh menggunakan ipad atau tablet untuk design

#7 Mewujudkan Kenapa Anak Anda Perlu Belajar 3D Printing? aktiviti kekeluargaan yang seronok dan bermanfaat Membina model 3D boleh menjadi aktiviti yang melibatkan seluruh ahli keluarga. Ia boleh membina komunikasi dan pembelajaran yang menarik dan berguna. Apabila kebanyakkan keluarga hanya menghabiskan masa menonton tv atau yang lebih buruk dimana anak menonton tv dan ibubapa bermain dengan handphone, anda boleh menjadikkan ia sebaliknya. Anda boleh membentuk sebuah keluarga pembina yang berguna. Bayangkan banyak peralatan didalam rumah yang boleh dibina dengan mesin 3D printer. Bayangkan apabila tetamu-tetamu anda kagum melihat hasil kerja anda dan anak-anak anda bina untuk memudahkan kehidupan di rumah. Cuba lihat gambar-gambar di bawah. Produk-produk ini tidak dapat dibeli kerana ia di custom dan dibina sendiri. Ini adalah tempat untuk menghimpun dan mengasingkan duit syiling mengikut nilai. Banyak kabel-kabel dirumah yang tidak kemas seperti charger handphone, kabel USB, HDMI, permainan video dan lain-lain boleh dikemaskan dengan menggunakan pengemas yang di 3D print kan. Lagi mudah untuk dibina adalah penyangkut pakaian. Tentunya rumah anda akan menjadi unik disamping dapat segala kebaikkan membina sendiri dengan 3D printer. Gambarajah 14a- Alat menyimpan duit syiling, pengemas wayar dan penyangkut baju yang telah di 3D print.

#8 Latih Kenapa Anak Anda Perlu Belajar 3D Printing? anak-anak anda menjadi usahawan Pada awal dekad ini, internet telah melahirkan begitu banyak Startups yang menawarkan pelbagai produk-produk dan servis-servis yang inovatif dengan harga yang rendah. Kita telah saksikan berapa ramai `millionaire dan `billionaire yang wujud disebabkan dengan kemajuan internet, komputer dan smartphone. 3D printing adalah segmen yang baru meletus. 3D printing boleh menjadi suatu mesin yang sangat berguna apabila anak-anak anda mendapat apa sahaja idea, mereka boleh menjadikan idea itu kenyataan dalam masa yang sangat singkat. Jangan terlepas peluang ini kerana 3D printing sedang melahirkan segmen baru di dalam dunia `Manufacturing Startup. Gambarajah 15- Pelbagai barangan boleh direka dan di Print untuk dijual secara kecil-kecilan

#9 Akhirnya, 3D printing memberikan peluang untuk memupuk keingintahuan dikalangan kanak-kanak dan menanam kehausan kepada ilmu pengetahuan yang boleh bertahan seumur hidup mereka. Bak kata Mark Twain, I never let my schooling interfere with my education.

KESIMPULAN Saya gunakan ruang kesimpulan ini untuk bercerita sedikit mengenai saya. Nama saya Dazrene Irman Darus dan saya sudah lebih 16 tahun bekerja di dalam bidang 3D. Saya telah bekerja di dalam pelbagai industri berkaitan dengan 3D. Saya mula bekerja sebagai 3D Modeller & Animator untuk jurutera dan juruterbang Malaysia Airlines dan Tentera Udara Di-Raja Malaysia. Disitu saya ditugaskan untuk membina 3D model pelbagai jenis pesawat dan helikopter dan juga enjin-enjin mereka. Setelah itu, masih lagi didalam dunia 3D, saya masuk ke industri hiburan dengan mengeluarkan video muzik dan juga filem-filem dan drama tempatan. Tahun 2010, saya masuk ke industri perfileman Hollywood, USA sebagai krew kesan khas visual. Diantara filem-filem yang saya terlibat untuk menjadikan shot-shot nampak photoreal adalah filem X-Men First Class, Snow White & The Huntsmen, Alvin & The Chipmunks, Percy Jackson dan banyak lagi. Saya juga pernah terlibat dalam dunia pengiklanan televisyen yang menghasilkan banyak iklan-iklan yang anda tonton di televisyen dan internet. Tahukah anda bahawa segala pengalaman saya ini saya perolehi tanpa sebarang sijil dari kolej design? Saya kurang minat dengan matapelajaran sekolah tetapi saya amat suka melukis dan design. Apabila saya dapati bahawa kita tidak perlu lagi komputer berharga jutaan ringgit untuk menghasilkan animasi, saya belajar sendiri sahaja. Waktu itu tiada lagi rujukkan internet seperti Wikipedia, Youtube, Udemy, Google, Yahoo dan lain-lain. Saya belajar sendiri dengan buku yang harganya ratusan ringgit sebuah yang saya minta bapa saya membelinya. Sokongan dari bapa saya membantu saya berada disini. Anda juga boleh lakukan kepada anak-anak anda. Perjalanan saya sebagai Visual Effects Artist yang bermula dari sebuah kampung di Pulau Pinang hinggalah duduk semeja (secara virtual lah) dengan pengarah kesan visual yang pernah menjayakan filem asal Star Wars membuatkan saya ingin mengajar. Saya akui bahawa setiap cabaran bagi sesuatu generasi sentiasa berubah. Tetapi, saya harap dengan pengalaman saya ini dapatlah membantu memudahkan pembelajaran mereka. Itulah dunia saya, dunia yang saya membesar dengan segala bentuk digital. Sekarang dunia baru telah tiba. Dunia 3D yang digital telah menjadi fizikal. Jangan risau jika anda belum ada mesin 3D printer. Sekarang kos untuk mengupah syarikat atau individu yang mempunyai 3D printer adalah sangat murah dan senang didapati walaupun di bandar-bandar kecil. Sebagai contoh, anda tidak perlu empunyai mesin fotostat untuk membuat salinan. Anda mengupah kedai cetak untuk print kertas-kertas anda. Sekarang ini, anda cuma perlu email design anda dan seseorang akan print 3D anda dan poskan balik kepada anda. Yang penting anda belajar bagaimana hendak design dan bina sendiri model 3D anda.

LANGKAH SETERUSNYA Seperti yang anda sedia maklum, saya memang cukup minat dengan dunia 3D. Saya ingin menyediakan lebih banyak content untuk menggerakkan budaya `Maker dikalangan kanak-kanak hingga ke dewasa. Ini kerana teknologi telah menjadi semakin murah dan untuk membina model-model 3D ini adalah sangat senang sekali. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk menjayakannya. Akan tetapi, saya sangat memerlukan sokongan anda semua. Tolong Like laman Facebook kami di MonstaReka Studio dan singgah lah juga ke website kami di www.monstareka.com sambil tinggalkan komen-komen pada content kami. Kalau suka, cakaplah suka..kalau benci, cakaplah benci. Kami akan menerimanya dan berharap dapat menerima komen-komen yang membina. Dunia teknologi ini sentiasa berubah-ubah, dengan menerima reaksi anda..kami akan beroleh manfaat mencari ilmu-ilmu yang baru. Bergerak ke hadapan, saya sarankan anda atau anak anda untuk pergi ke https://www. tinkercad.com dan Sign Up. Apabila anda Sign Up dengan Tinkercad, anda tidak perlu lagi Sign Up untuk produk-produk Autodesk yang kita akan guna pada kemudian hari. Kita akan bermula dengan perisian yang basic ke advance. Akan tetapi, jangan lah pandang rendah dengan Tinkercad. Perisian ini akan memberi asas yang kukuh sebagai 3D designer dan ia mampu mengeluarkan fail yang sesuai untuk di 3D print kan. Anda juga boleh mengikuti tutorial-tutorial yang akan saya share, mana tahu ini boleh memberikan aktiviti keluarga yang bermanfaat apabila anda mengajar anak-anak anda? Perisian ini percuma dan web-based. Ini bermakna anda tidak perlu install perisian ini pada komputer anda. Anda juga boleh membuka projek file anda pada komputer lain untuk sambung kerja anda. Anda cuma perlu talian internet sahaja. Jika anda dapat ebook ini dari mana-mana pihak, jemputlah ke laman web kami dan join lah Mailing List kami. Anda akan dapat bahan-bahan yang baru dengan lebih cepat daripada pengguna-pengguna Facebook dan lain-lain. Fokus saya banyak ditumpukan pada mailing list ini. Setailiah mailing list kami dengan meletakkan alamat email anda. Okeylah, setakat ini sahaja dan ucapan terima kasih setinggi-tingginya kepada anda semua kerana mengambil masa untuk terima content dari saya. Jangan lupa ke laman web Tinkercad untuk signup secara percuma

Terima Kasih Dazrene Irman bin Darus Founder, CEO MonstaReka Studio