0

Similar documents
Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Seminar AUTOMASI BISNES

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

Written by Mazuki Izani Thursday, 02 August :00 - Last Updated Tuesday, 03 February :54

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

QUALITY TRAFFIC SOURCE

Visitor Management System

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) SINGLE ENVELOPE TENDER

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) short answer and structured essay questions. Answer ALL questions.

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) e-purchase ORDER FOR SERVICES

CARA-CARA UNTUK MEMBUAT POSTER MELALUI PERISIAN PHOTOSHOP. Untuk membuat poster sediakan beberapa bahan seperti berikut:

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

CREATING USER ID AND PASSWORD : NOTA PENTING NOTA PENTING SEBELUM MEMULAKAN PROSES CREATE USER ID & PASSWORD

Cara Login Ke CPanel Hosting.

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

PART A SULIT (EKT 221) BAHAGIAN A. Answer ALL questions. Question 1. a) Briefly explain the concept of Clock Gating.

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

Disediakan oleh: Mohammad Hazmin Bin Mohamed Azri

MSS 318 Discrete Mathematics [Matematik Diskret]

Syafiq Aswad Copyright SyafiqAswad.com All Rights Reserved

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2003/2004. September/Oktober 2003

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

...a- JEE ELEKTRONIK DIGIT II. UNlVERSlTl SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Kedua Sidang Akademik FebruarVMac 2003.

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

Tutorial: Pengenalan kepada Virtools

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

ISI KANDUNGAN. Microsoft PowerPoint 2016

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

TS2963 : Pangkalan Data. Nota Makmal. Makmal 4

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST334 Network Monitoring & Security [Pengawasan & Keselamatan Rangkaian]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Lab 4 : Sorting Techniques

EEE 348 PENGANTAR REKABENTUK LITAR BERSEPADU

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan. Jawab SEMUA soalan.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS522 Advanced Data Communication & Computer Networks [Rangkaian Komputer & Komunikasi Data Lanjutan]

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

5. All fields are compulsory and MUST be filled up. For fields that do not apply to you, please put as N/A (not applicable).

REGISTRATION GUIDE MCIS CUSTOMER PORTAL. Page 1

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

REGISTRATION OF SUPPLIER (ROS) STEP-BY-STEP GUIDE PENDAFTARAN PEMBEKAL PANDUAN LANGKAH DEMI LANGKAH

CPT211/CPM313 Programming Language Concepts & Paradigms [Konsep & Paradigma Bahasa Pengaturcaraan]

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

9 DOSA BESAR CLOSE SALE WHATSAPP

LANGKAH INSTALASI ireport Jasper,XAMMP Add On Tomcat & Oracle 2011

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Mohd Hazmi Kasmin. Pusat Teknologi Maklumat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

Pertandingan Abilympics Kemahiran Hidup dan Leisure

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT111/CPM111 Principles of Programming [Prinsip Pengaturcaraan]

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

PANDUAN PENGGUNA PORTAL

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT341 Software Design & Architecture [Reka Bentuk & Seni Bina Perisian]

Pejabat Teknologi Maklumat JOOMLA 3.4. Rahim Utah

ICT SPM 2011 SUGGESTION ANSWER. Section A

YAYASAN KUOK BERHAD Arahan Permohonan

[Borang Permohonan] Application Form

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT103/ CPM211 Struktur Data & Paradigma Pengaturcaraan

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

DYNAMIC TIMESLOT ALLOCATION TECHNIQUE FOR WIRELESS SENSOR NETWORK OON ERIXNO

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST331 Principles of Parallel & Distributed Programming [Prinsip Pengaturcaraan Selari & Teragih]

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi DUA (2) soalan. Jawab SEMUA soalan.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST131 Computer Organisation [Organisasi Komputer]

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS522 Advanced Data Communication and Computer Networks [Rangkaian Komputer dan Komunikasi Data Lanjutan]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST332 Internet Protocols. Architecture & Routing [Protokol, Seni Bina & Penghalaan Internet]

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT211-CPM313 Programming Language Concepts & Paradigm [Konsep & Paradigma Bahasa Pengaturcaraan]

Transcription:

0 www.inspirasibiznes.com

PANDUAN LENGKAP CUSTOM AUDIENCES FACEBOOK Bagaimana mengunakan Custom Audiences di Facebook dapat meninggkatkan jualan By Shahrul ibiz www.inspirasibiznes.com 1

Kandungan Pra Kata... 4 BAB 1: Apa itu Custom Audiences?... 5 Standard Custom Audience... 5 Website Custom Audiences... 6 App Activity Custom Audiences... 6 Engagement Custom Audiences... 6 Lookalike Audiences... 6 Macammana nak mula membina Custom Audience?... 7 BAB2: Bagaimana membina Custom Audiences Menggunakan Fungsi Customer File... 9 Upload Secara Manual... 10 Import Senarai email Prospek... 14 BAB 3: Bagaimana Membina Custom Audiences Menggunakan Fungsi Website Traffic... 17 Bagaimana nak pasang kod Pixel ke laman web... 18 Membina Website Traffic Custom Audience Pertama Anda... 20 BAB 4: Bagaimana Membina Custom Audience Dengan Mengunakan Fungsi App Activity... 24 BAB 5: Bagaimana Membina Custom Audience Mengunakan Fungsi Engagement... 26 Bina Custom Audience dengan Video Engagement... 28 Bina Custom Audience dengan Lead Form Engagement... 28 Bina Custom Audience dengan Full-screen Experience... 30 Bina Custom Audience dengan Facebook Page... 31 2 www.inspirasibiznes.com

Everyone who engaged with your Page... 31 Anyone who visited your Page... 31 People who engaged with any post or advert... 32 People who clicked any call-to-action button... 32 People who send a message to your Page... 32 People who saved your Page or any post... 32 Bina Custom Audience dengan Instagram business profile... 32 Bina Custom Audience dengan Event... 34 BAB 6: Bagaimana Membina Lookalike Audience... 35 BAB 7: Bagaimana Mengunakan Custom Audience Untuk FB Ads... 38 BAB 8: 11 Teknik Kreatif Pengunaan Custom Audience... 39 Teknik Target Prospek yang Tidak Buka/Baca Email... 39 Teknik Mendapatkan Semula Pelanggan yang Hilang... 40 Teknik Tarik Pelanggan Baharu Cara Ninja... 40 Teknik Analisa Audience Insights... 41 Teknik Exclude Custom Audience... 42 Teknik Tingkatkan FB Page Like... 43 Teknik Personalize FB Ads... 43 Teknik Upsell... 44 Teknik Website ke Mobile App dan Sebaliknya... 44 Teknik Tarik Leads dengan Fans FB Page... 45 Teknik Target Wartawan dan Blogger... 45 www.inspirasibiznes.com 3

Pra Kata Hari ini saingan iklan FB untuk menembusi News Feed kita semakin sengit. Ia bagaikan perlumbaan F1 hanya mereka yang mempunyai dana yang besar dan team yang hebat mampu bertahan. Perubahan FB yang sangat cepat dan resources yang terhad menjadi kekangan untuk kita sentiasa berada di hadapan. Tapi FB ada menyediakan 1 fungsi yang dapat membantu kita untuk terus berhubungan dengan pelanggan dan prospek tanpa perlu bersaing di lautan biru. Custom Audiences adalah fungsi FB yang sangat powerfull tapi tak ramai antara kita yang menggunakannya. Kenapa? Tepuk dada tanya hati. Beberapa kajian kes menunjukkan Custom Audiences mampu:- Meningkatkan sehingga 75% CTR (Click Through Rate). Meningkatkan sehingga 46% CR (Conversion Rate). Mengurangkan sehingga 43% CPA (Cost per Action). Jika anda menggunakan FB sebagai media pemasaran utama, pastikan Custom Audiences berada dalam marketing plan anda. Kenapa? Sebab ianya mampu melonjakan ROI biznes anda ke suatu tahap yang belum pernah dicapai sebelum ini. Jika sebelum ini FB Ads tidak menyebelahi anda, Custom Audiences mampu memberikan dimensi baru kepada iklan FB anda. Anda akan dapat lebih banyak jualan dan reach lebih ramai pelanggan. JANGAN percaya kata-kata kami, cuba dulu dan alami sendiri perubahan dalam biznes anda. Dalam ebook ini kami akan menerangkan secara terperinci segala yang berkaitan denagn Custom Audiences. Apa itu Custom Audiences, bagaimana menggunakannya dan beberapa idea yang terbaik untuk mengembangkan biznes anda dengan teknik Custom Audiences ini. 4 www.inspirasibiznes.com

BAB 1: Apa itu Custom Audiences? Custom Audiences adalah fungsi FB yang paling efektif untuk target FB Ads. Melalui Custom Audiences kita boleh target FB ads dengan data pelanggan yang kita kumpul selama ini, senarai email, nombor telefon, website visitor, fan page, dan termasuk engagement di FB page kita (mereka-mereka yang pernah like, komen, klik atau share post kita). Kemampuan untuk target secara tepat prospek adalah sesuatu yang sangat berharga. Anda tidak perlu lagi meneka siapa prospek anda, mereka suka apa, kerja apa, tinggal dimana, (masa pilih interest). Sebaliknya anda boleh target niche pengguna dengan ketepatan jitu. Sebagai contoh, katakan anda memiliki 10,000 senarai email yang pernah membeli dengan anda. Dan anda ingin buat pelancaran produk baharu. Secara mudahnya anda hanya perlu upload senarai email tadi ke FB dan create new custom audience. FB akan cuba padankan email tadi dengan pengguna (FB profile). Katakan FB berjaya padankan 70% daripada senarai tadi. Ini bermaksud anda telah berjaya iklankan produk baharu anda kepada 7000 pelanggan yang memang sudah mengenali anda atau jenama anda. Kami sangat pasti conversion rate untuk produk baharu ini pasti tinggi! Ini hanyalah permulaan, sejak Custom Audiences ini diperkenalkan (Oct 2013), fungsi ini telah melalui beberapa penambah-baikkan oleh FB bagi memantapkan lagi keberkesanannya berbanding sebelum ini. Berikut adalah pilihan yang ada dalam Custom Audiences: Standard Custom Audience Upload senarai email, nombor telefon atau FB user ID yang anda ingin target, dan FB akan padankan dengan pengguna. Biasanya FB akan padankan 60-80% daripada senarai yang anda upload. www.inspirasibiznes.com 5

Website Custom Audiences Untuk ini anda tidak perlukan email atau no telefon. Sebaliknya anda hanya perlu masukkan Pixel Tracking Code ke website anda. Dan FB akan target sesiapa sahaja yang pernah masuk ke website tersebut. Malahan anda boleh target pelayar yang masuk ke laman yang specific (mini page, landing page) untuk jangka masa tertentu sehingga 180 hari. App Activity Custom Audiences Anda boleh bina custom audience mengikut apa yang mereka buat setelah mereka install dan gunakan app anda. Contoh anda boleh target sesiapa yang telah capai level tertentu dalam games atau platform pada app tersebut, atau sesiapa yang pernah buka app anda dalam tempoh 30 hari kebelakangan ini. Engagement Custom Audiences Anda boleh bina custom audience mengikut engagement yang diterima dalam fan page atau iklan-iklan sebelum ini. Anda boleh kumpulkan sehingga 365 hari (setahun), tapi yang terbaik adalah engagement terkini 30 90 hari. Lookalike Audiences Setelah anda bina custom audiences anda boleh minta FB bina Lookalike Audience untuk target pelanggan yang mempunyai perwatakan serupa dengan custom audience yang telah dibina sebelum ini. FB akan lihat patterns and characteristics seperti umur, jantina, interests dan kumpulkan senarai pelanggan serupa yang lebih besar. Fungsi ini sangat powerfull. Sejak diperkenalkan FB telah menambahbaik dengan ciri-ciri terkini bina senarai pelanggan berasaskan fan FB page, website visitors, dan senarai pembeli. 6 www.inspirasibiznes.com

Macammana nak mula membina Custom Audience? Untuk bina Custom Audience anda perlu masuk ke Ads Manager/Advert Manager dan klik All Tools dan pilih Audiences. Rajah 1 Apabila sudah masuk ke laman Audiences klik Create Audience dan pilih Custom Audience, popup window akan terpapar seperti rajah 3. Pilih jenis custom audience yang anda ingin bina. Rajah 2 www.inspirasibiznes.com 7

Rajah 3 Untuk pengetahuan anda, terdapat penambahbaikan pada fungsi engagement sejak Julai 2017. Antaranya, FB telah menambah 2 fungsi iaitu Instagram Business Profile dan Event serta mengemaskini beberapa fungsi yang lain. Sila lihat pada BAB 5 untuk maklumat lebih terperinci. 8 www.inspirasibiznes.com

BAB2: Bagaimana membina Custom Audiences Menggunakan Fungsi Customer File Pilih Customer File seperti rajah di bawah. Di sinilah di mana anda boleh masukkan senarai leads (mailing list) yang anda telah kumpul selama ini (senarai prospek). Terdapat 2 cara untuk masukan senarai ini. 1. Upload secara manual menggunakan fail.txt atau.csv. 2. Import senarai prospek daripada third party email service. Rajah 4 www.inspirasibiznes.com 9

Upload Secara Manual Sebelum boleh upload, anda perlu sediakan failnya terlebih dahulu. Fail.csv (excel) atau.txt yang mengandungi senarai pelanggan di dalamnya. Masukkan email address, nombor telefon, nama dan lain-lain maklumat. FB boleh mengecam lebih 15 maklumat berbeza dalam satu fail. Rajah 5 Anda disarankan menguna fail.csv yang dimuat-turun dari FB. Klik Download file template, dan edit terus fail tersebut. Lebih banyak maklumat yang dimasukkan lebih tinggi kadar padanan yang FB berjaya lakukan. 10 www.inspirasibiznes.com

Rajah 6 Pilih Add a new file (CSV or TXT) untuk gunakan fungsi upload secara manual. Klik Upload File atau drag and drop fail tersebut dalam ruangan yang disediakan. Tick terma dan syarat Facebook. Beri nama yang mudah difahami kepada Custom Audience anda, contoh loyal customer, email opt-in atau lain-lain nama yang sesuai. Masukkan juga penerangan ringkas dalam ruangan description, ruangan ini adalah optional (Show description). www.inspirasibiznes.com 11

Kemudian klik butang [Next]. Rajah 7 Di sini anda boleh semak semula dan padankan jenis data yang ingin di upload, jika berpuas hati klik butang [Upload & Create]. 12 www.inspirasibiznes.com

Rajah 9 FB akan mengambil sedikit masa untuk padankan senarai ini, jangka masa yang diambil bergantung kepada saiz fail yang dimuatnaik. Anda akan menerima notifikasi setelah proses ini selesai. Untuk melihat berapa banyak yang FB berjaya padankan, anda boleh masuk semula ke bahagian Audience. Seperti contoh di atas 211 email yang dimuatnaik, FB berjaya padankan 200 pengguna, ini membuktikan FB mampu padankan lebih daripada 90%. www.inspirasibiznes.com 13

Import Senarai email Prospek Buat masa ini FB hanya ada fungsi integrasi dengan MailChimp sahaja. Kami pasti fungsi ini akan ditambah pada masa akan datang. Sebagai altenatif anda boleh gunakan Add customers from your own file, dapatkan senarai email daripada third party email service provider dan upload secara manual. Rajah 10 Log in masuk ke akaun MailChimp anda. Setelah log in pilih senarai yang hendak dibina untuk Custom Audience, anda boleh pilih lebih daripada 1 list, FB akan bina custom audience berasinggan untuk setiap list. Tick Facebook Custom Audiences Terms, dan klik butang [Create Audiences]. 14 www.inspirasibiznes.com

Rajah 11 Berikan nama dan penerangan ringkas mengenai senarai yang telah dibina, dan kemudian klik butang [Next]. Rajah 12 Anda mempunyai pilihan untuk terus buat iklan dengan Custom Audience ini atau bina Lookalike Audience daripadanya. www.inspirasibiznes.com 15

Rajah 13 Jika senarai email anda kecil < 10,000 orang, disarankan bina Lookalike Audience serta-merta bersaiz 100,000 minimum. Masa run FB ads nanti gunakan kedua-dua senarai audiences ini sebagai target audience atau buatkan split test untuk kedua-dua audience ini. Ini bagi memastikan kempen iklan anda berbaloi, bukan hanya wang ringgit termasuk juga masa yang dilaburkan untuk kempen iklan tersebut. 16 www.inspirasibiznes.com

BAB 3: Bagaimana Membina Custom Audiences Menggunakan Fungsi Website Traffic Custom Audiences yang dibina daripada senarai pelanggan dan email opt-in akan memberikan ROI yang sangat lumayan. Tapi bagaimana kalau anda tidak memiliki senarai pelanggan dan email yang banyak. Di sinilah website custom audiences diperlukan. Fungsi ini tidak memerlukan apa-apa data daripada anda, hanya perlu sabar menunggu prospek melawat laman web anda. Fungsi ini memerlukan kod yang dipasang terlebih dahulu ke dalam laman web anda. Kod ini dipanggil Pixels. Rajah 14 www.inspirasibiznes.com 17

Bagaimana nak pasang kod Pixel ke laman web Masuk ke laman Adverts Manager klik All tools dan pilih Pixels di bawah kolum Assets seperti rajah 15 di bawah. Rajah 15 1. Klik butang Create a Pixel. 2. Berikan nama ringkas pada kod Pixel anda, hanya 1 pixel dibenarkan untuk 1 akaun FB Ads. Kilk butang [Next]. 18 www.inspirasibiznes.com Rajah 16 3. Langkah seterusnya anda perlu pasang kod Pixel ini ke laman web. Kalau anda bukan pakar beri kepada developer untuk

pasangkan. Anda ada 3 pilihan untuk pasang kod ini ke laman web anda. i. Integrasi antara platform ecommerce seperti WooCommerce, Shopify, Magento dan beberapa platform lain. ii. Pasang sendiri secara manual. iii. Hantar email kepada web developer. Rajah 17 4. Untuk semak sama ada kod Pixel yang anda pasang berfungsi dengan baik. Sila download Google Chrome Extention, Pixel Helper. www.inspirasibiznes.com 19

Rajah 18 Membina Website Traffic Custom Audience Pertama Anda. Masuk ke Adverts Manager klik All tools dan pilih Audiences di bawah kolum Assets. Kemudian klik Create Audience dan pilih Custom Audience. Rajah 19 20 www.inspirasibiznes.com

1. Pilih Website traffic. 2. Anda boleh pilih untuk masukkan semua pelawat atau pelawat yang memenuhi kriteria tertentu sahaja dalam tempoh maksimum 180 hari. Kriteria yang anda boleh pilih: All website visitors. People who visited specific web pages. Visitor by time spent. 3. Berikan nama pada Custom Audience ini dan klik butang [Create Audience]. Rajah 20 Keberkesanan Custom Audience website traffic ini bergantung kepada jumlah pelawat yang masuk ke laman web anda dan berapa ketat kriteria yang anda tetapkan. Jika pelawat ke laman web anda ramai anda boleh kekalkan tempoh 30 hari yang FB tetapkan. Sebaliknya jika pelawat tidak ramai naikkan tempoh ke 180 hari. www.inspirasibiznes.com 21

Rajah 21 Kepada yang ingin teroka lebih dalam pelawat laman web ini, anda boleh gunakan fungsi Include more dan Exclude more. Di sini anda boleh gabungkan beberapa kriteria yang dirasakan sesuai. Anda boleh masukkan sehingga 5 kriteria maksimum. 22 www.inspirasibiznes.com

Dalam kriteria People who visited specific web pages anda boleh tapis lebih ketat lagi dengan masukkan tetapan: Frequency : Berapa kali pelawat melawat ke laman web tersebut. Device : Pelawat yang masuk dari peranti seperti ios, Android dan Desktop. Untuk dapatkan tetapan ini anda perlu klik Further refine by. www.inspirasibiznes.com 23

BAB 4: Bagaimana Membina Custom Audience Dengan Mengunakan Fungsi App Activity Rajah 22 Platform paling popular bagi FB Ads adalah peranti mobile. Jadi tidak hiranlah FB menyediakan fungsi App activity ini. Kepada yang memiliki App Android atau ios, mereka boleh bina Custom Audience daripada pengguna App tersebut. Contoh anda boleh target pengguna yang sudah lama tidak masuk atau guna App anda. Atau mereka yang pernah ingin membeli sesuatu daripada App tapi tak membuat bayaran. Target semula mereka dengan kupon diskaun. 24 www.inspirasibiznes.com

Banyak senario yang anda boleh setting untuk target pengguna App ini, berikut adalah yang paling popular: Recently Opened your App Recently Completed a Purchase Completed Large Purchases Achieved a Certuin Level in your Game Rajah 23 www.inspirasibiznes.com 25

BAB 5: Bagaimana Membina Custom Audience Mengunakan Fungsi Engagement Rajah 24 Custom Audience Engagement ini adalah fungsi yang terbaharu dikenalkan pada tahun 2017. Dalam erti kata lain, anda boleh bina target audience yang pernah berinteraksi dengan FB page, Instagram atau FB Ads anda sebelum ini. Selepas anda klik Engagement, anda akan diberi 6 pilihan seperti rajah 25 di sebelah. Pilihan ini terdiri daripada Engagement di FB atau Instagram sahaja atau gabungan keduanya. 26 www.inspirasibiznes.com

Rajah 25 www.inspirasibiznes.com 27

Bina Custom Audience dengan Video Engagement Rajah 26 Anda boleh bina custom audience mengikut ketetapan berapa lama mereka menonton video anda di Facebook dan Instagram. People who viewed at least 3 seconds of your video. People who viewed at least 10 seconds of your video. People who have watched at 25% of your video. People who have watched at 50% of your video. People who have watched at 75% of your video. People who have watched at 95% of your video. Bina Custom Audience dengan Lead Form Engagement Bina senarai target audience daripada mereka yang membuka atau klik borang opt-in atau yang hantar borang opt-in melalui lead advert FB Ads anda. 28 www.inspirasibiznes.com

Rajah 27 Contoh borang opt-in Lead Advert FB Ads. Rajah 28 Pilihan custom audiences yang disediakan: Anyone who opened this form. People who opened but didn t submit form. People who opened and submited form. www.inspirasibiznes.com 29

Bina Custom Audience dengan Full-screen Experience Fungsi ini membolehkan anda retarget audience yang pernah klik iklan canvas anda untuk paparan fullscreen di smartphone mereka, dan tidak bertindak seperti mana yang anda harapkan. Rajah 29 Pilihan custom audiences yang disediakan untuk tempoh maksimum 365 hari (1 tahun): People who open this Canvas People who clicked any link in this Canvas 30 www.inspirasibiznes.com

Bina Custom Audience dengan Facebook Page Sekarang anda sudah boleh kumpulkan senarai mereka yang berinteraksi dengan Fan Page anda, seperti like, komen, PM dan share post anda. Rajah 30 Rasa keliru mana satu nak pilih, biar kami terangkan satu per satu. Everyone who engaged with your Page Sesiapa sahaja yang pernah masuk ke FB page dan berinteraksi dengan iklan di Facebook dan Messenger anda seperti komen, like, PM, dan share. Anyone who visited your Page Sesiapa sahaja yang masuk ke FB page anda, tak kisahlah dia buat apa pun. Contoh klik gambar untuk paparan penuh atau klik Countinue reading untuk baca keseluruhan post anda. www.inspirasibiznes.com 31

People who engaged with any post or advert Terhad kepada mereka yang berinteraksi dengan FB page dan iklan anda sahaja. Seperti reaction (like, love, haha, wow, sad, angry), share, komen, link click, termasuk carousal swipes. People who clicked any call-to-action button Terhad kepada mereka yang klik butang call-to-action sahaja, seperti Shop Now atau Contact Us. People who send a message to your Page Terhad kepada mereka yang PM anda sahaja. People who saved your Page or any post Terhad kepada mereka yang save FB page anda dan mana-mana post dalam FB page tersebut. PERHATIAN: Audience Page Engagement ini memerlukan minimum 20 orang sebelum boleh disenaraikan atau diguna-pakai. Bina Custom Audience dengan Instagram business profile Fungsi ini baharu diperkenalkan sejak Julai 2017, tapi data untuk Instagram Engagement ini hanya bermula Jun 2017 sahaja. Walaupun fungsi ini mempunyai tempoh maksimum sehingga 365 hari, ia hanya dikira dari Jun 2017. PENTING: Jika anda setting untuk kumpul engagement dalam tempoh 30 hari, mereka-mereka yang akan tersenarai adalah yang berinteraksi di Instagram 29 hari yang lepas, dengan syarat mereka berinteraksi 2 hari berturut-turut, jika tidak mereka akan dikeluarkan dari senarai tersebut. Dalam erti kata lain senarai ini sentiasa dikemaskini, anda tidak perlu edit atau bina Custom Audience yang baharu untuk list 32 www.inspirasibiznes.com

Instagram tersebut. Kecuali jika anda ingin tukar jenis engagement atau tempoh masa yang baharu. Rajah 31 Pilihan yang diberikan hampir sama dengan Facebook Page Engagement. Everyone who engaged with your business (Instagram) Anyone who visited your business profile (Instagram) People who engaged with any post or ad (Instagram) People who sent a message to your business profile (Instagram) People who saved any post or ad (Instagram) Jika Instagram akaun anda tiada dalam pilihan, terdapat 2 kemungkinan: 1. Anda belum link akaun Instagram ke FB page anda. 2. Akuan Instagram anda belum ditukarkan ke business profile. Anda boleh menukarkan Instagram profile ini di bahagian Option dan Business Setting di akuan Instagram anda. www.inspirasibiznes.com 33

Bina Custom Audience dengan Event Ini juga adalah fungsi terbaharu diperkenalkan oleh Facebook. Data untuk Event Engagement ini hanya dikira dari Dec 2016 dan maksimum tempoh dibenarkan ialah 365 hari (1 tahun). Fungsi ini membolehkan anda kumpul atau retarget mereka-mereka yang pernah bersetuju untuk menghadiri atau berminat untuk hadir event yang anda publish di Facebook. Antara pilihan yang disediakan: Rajah 32 People who responded Going or Interested People who have responded Going People who have responded Interested 34 www.inspirasibiznes.com

BAB 6: Bagaimana Membina Lookalike Audience Rajah 33 Lookalike Audience adalah fungsi yang hebat diperkenalkan oleh Facebook untuk pengiklanan. Ia membolehkan anda membina target audience yang lebih besar yang mempunyai ciri-ciri hampir serupa dengan Custom Audience yang sedia ada. Contoh: Jika anda sudah memiliki 10,000 senarai pelanggan dalam custom audience, anda boleh bina 200,000 lagi yang mempunyai ciri-ciri sangat serupa dengan senarai pelanggan tersebut. Contoh ini hanya sebahagian kecil jika dibandingkan dengan fungsi keseluruhan lookalike ini yang anda boleh terokai. www.inspirasibiznes.com 35

Rajah 34 Terdapat 2 cara untuk bina lookalike audience: 1. Klik Create Audience dan pilih Lookalike Audience. 2. Tick Custom Audience yang hendak dijadikan sandaran, kilk Actions dan pilih Create Lookalike seperti rajah 35 di bawah. Rajah 35 36 www.inspirasibiznes.com

Facebook akan mengambil masa yang lebih lama untuk membina senarai Lookalike ini berbanding Custom Audience. Ia mungkin mengambil masa beberapa jam atau beberapa hari sebelum senarai baharu ini boleh digunakan untuk FB Ads. Anda boleh bina Lookalike Audience ini daripada: Fan page. Senarai email. Senarai Pelanggan. Senarai pelawat laman web. Senarai pengguna App Senarai engagement Anda memerlukan minimum 100 orang Custom Audience sebelum boleh membina Lookalike Audience. PERHATIAN: Seperti yang telah diberitahu, disarankan membina senarai Looalike Audience ini bersaiz minimum 100,000 bagi memastikan kempen iklan anda berbaloi. www.inspirasibiznes.com 37

BAB 7: Bagaimana Mengunakan Custom Audience Untuk FB Ads Mudah sahaja untuk gunakan custom audience ini. Masuk ke Advert Manager and klik butang [Create Advert]. Pilih objektif pengiklanan anda dan pada bahagian Audience nanti klik Add Custom Audiences or Lookalike Audiences untuk masukkan senarai yang dibina tadi. Rajah 36 Anda perasan tak selepas senarai custom audience dimasukkan ada hidden option. Hoover mouse ke atas senarai tersebut dan klik arrow down icon. Anda boleh pilih untuk exclude senarai tersebut. Fungsi ini sangat powerfull yang akan dibincangkan lebih lanjut dalam BAB 8. 38 www.inspirasibiznes.com Rajah 37

BAB 8: 11 Teknik Kreatif Pengunaan Custom Audience Sekarang anda dah tahu bagaimana nak bina Custom Audience. Inilah masanya hendak praktikkan ilmu yang diterima. Di sini kami kongsikan 11 teknik yang anda boleh terus aplikasikan dalam plan pemasaran FB Ads anda. Tidak perlu apply semuanya, ambil 1 atau 2 teknik pun dah cukup untuk membantu biznes anda melonjak ke tahap yang menakjubkan. Teknik Target Prospek yang Tidak Buka/Baca Email Bila kita buat pemasaran email ini adalah perkara biasa, bukan semua email yang kita hantar akan dibuka dan baca. Apatah lagi sesetengah email masuk ke folder spam, contoh Gmail semua email dari Auto Responder masuk ke folder promotion. Ini tidak bermakna mereka tidak suka kepada promosi atau servis anda, cuma mereka tidak perasan email masuk. Teknik ini akan membantu anda reach golongan ini melalui FB Ads. Setiap Auto Responder ada menyediakan fungsi segmen yang mana anda boleh asingkan golongan ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah: Eksport segmen unopened email dari Auto Responder. Bina Custom Audience daripada senarai tersebut. Kemudian buat kempen FB Ads yang sama dengan kempen email. Di bahagian Audience masukkan Custom Audience segmen ini. www.inspirasibiznes.com 39

Dengan ini tidak ada lagi masalah maklumat tidak sampai kepada prospek. Kami percaya peratusan untuk bertindak lebih tinggi dan pasti akan meningkatkan ROI biznes anda. Cubalah! Teknik Mendapatkan Semula Pelanggan yang Hilang Pernak tak anda membeli sesuatu produk dan tak ingat dengan siapa anda beli. Perkara yang sama juga mungkin berlaku kepada pelanggan anda. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh bina Custom Audience daripada senarai pelaggan yang hanya membeli sekali sahaja dengan anda, sebaiknya pelanggan lama yang lebih dari 6 bulan ke keatas. Bina Custom Audience daripada senarai pelanggan lama ini. Buatkan kempen FB Ads yang memberi tawaran khas (special deal) untuk mereka, dalam copywriting itu nanti ingatkan yang mereka pernah membeli dengan anda sebelum ini. Anda juga boleh gunakan teknik ini untuk pelancaran produk baharu, keberangkalian untuk mereka bertindak adalah sangat tinggi kerana mereka pernah mengenali dan menggunakan produk anda sebelum ini. Secara tak langsung meningkatkan kepercayaan mereka kepada anda. Teknik Tarik Pelanggan Baharu Cara Ninja Teknik ini menggunakan Lookalike Audience, Facebook akan bantu anda untuk senaraikan seramai mungkin prospek yang memiliki characteristic yang hampir sama dengan pelanggan sedia ada. Anda tidak memerlukan saiz audience yang besar sehingga 10 juta cukup sekadar 100,000 ke 500,000 orang. Bina Custom Audience daripada senarai pelanggan anda. 40 www.inspirasibiznes.com

Bina Lookalike Audience daripada Custom Audience senarai pelanggan tadi. Duplicate kempen FB Ads yang terbukti berkesan untuk tarik pelanggan yang sedia ada sebelum ini. Bezanya kali ini adalah target audience. Untuk lebih efektif gabungkan bersama teknik berikut. Teknik Analisa Audience Insights Kita jarang atau tidak pandai hendak menggunakan fungsi Facebook Audience Insight. Fungsi ini sangat baik untuk mengenali pelanggan atau prospek anda dengan lebih dekat lagi. Apa yang anda perlu lakukan adalah: Masukkan Custom Audience atau Lookalike Audeince ke dalam Audience Insight seperti rajah 39 di sebelah. Rajah 38 www.inspirasibiznes.com 41

Rajah 39 Cari kecenderongan yang ketara, contoh jika data menunjukkan hanya sedikit sahaja daripada kalangan lelaki < 10% adalah pelanggan anda. Anda boleh exclude lelaki atau hanya target wanita sahaja untuk kempen FB Ads nanti. Begitu juga dengan umur, di sini anda boleh tentukan dengan tepat golongan umur yang sesuai untuk kempen anda. Teknik Exclude Custom Audience Jika anda ingin buat iklan untuk generate new leads untuk tambah senarai email prospek. Adalah sangat bagus untuk anda gunakan teknik ini. Bina Custom Audience daripada senarai email yang sedia ada. Buatkan kempen FB Ads dan bahagian pada Audience masukkan Custom Audience senarai email tadi. Kemudian hover mouse ke atas senarai tersebut dan klik arrow down icon dan pilih exclude this audience seperti rajah 37. 42 www.inspirasibiznes.com

Teknik ini dapat menjimatkan kos iklan anda, kita tidak mahu mereka yang sudah tersenarai sebagai prospek melihat iklan kita lagi. Teknik Tingkatkan FB Page Like Jika anda menjalankan business secara offline inilah caranya untuk anda tarik pelanggan dan prospek anda untuk like FB Page anda. Kumpulkan no telefon atau email pelanggan dan prospek yang anda dapat daripada event, expo, seminar yang anda buat/sertai. Bina Custom Audience daripada senarai yang dikumpulkan tadi. Buatkan kempen FB Ads untuk tarik like, dan masukkan Custom Audience ini. JANGAN lupa exclude mereka yang sudah like FB page anda semasa setting FB Ads itu nanti. Teknik Personalize FB Ads Teknik ini memerlukan senarai pelanggan yang besar. Anda boleh buatkan iklan mengikut nama-nama yang popular seperti Siti, Noor, Mohd, dll. Bina Custom Audience berasingan untuk setiap nama-nama popular ini. Buatkan kempen FB Ads untuk setiap nama, dan dalam header iklan itu nanti masukkan nama mereka. Contoh Salam Siti, tawaran ini khas untuk Siti. www.inspirasibiznes.com 43

Teknik ini biasanya akan memberi impak yang besar kepada iklan anda dan menghasilkan CTR yang tinggi. Cuma anda perlu peka, sesetengah orang tidak suka nama mereka digunakan sebegitu. Jika anda menerima banyak komen yang tidak menyenangkan tutup iklan tersebut dengan segera. Teknik Upsell Teknik ini hampir sama dengan teknik mendapatkan semula pelanggan yang hilang. Perlu diingatkan kita lebih mudah menjual kepada mereka yang sudah mengenali kita. Mereka lebih mudah berurusan dengan kita berbanding orang yang mereka belum kenal. Bina Custom Audience berasingan mengikut jenis atau kategori produk daripada senarai pelanggan yang sedia ada. Buatkan kempen FB Ads dan target kepada pelanggan mengikut kategori produk tadi. Contoh pelanggan ini pernah membeli baju daripada kita sebelum ini, sekarang kita target untuk jual seluar pula kepada mereka. Teknik Website ke Mobile App dan Sebaliknya Sekarang banyak biznes munggunakan lebih daripada 1 platform. Jika menggunakan Mobile App sebagai platform biznes anda, sudah pasti anda juga memiliki website untuk tujuan yang sama. Teknik ini dapat pastikan mereka yang masuk ke website akan menggunakan mobile app dan begitu juga sebaliknya. Apa yang perlu dilakukan adalah: Bina 2 Custom Audience untuk setiap platform, website dan mobile app. 44 www.inspirasibiznes.com

Buatkan kempen FB Ads untuk setiap Audience (2 iklan). Satu iklan untuk install mobile app dan satu lagi untuk pengguna mobile app masuk ke website untuk tujuan promosi produk. Biasanya jualan mudah dilakukan di dalam laman web berbanding mobile app. Teknik Tarik Leads dengan Fans FB Page Anda sudah menerima banyak like, komen, share di FB page kenapa tidak gunakan mereka ini untuk minta email atau no telefon. Anda boleh berinteraksi dengan mereka dengan lebih personal melalui pemasaran email atau whatsapp. Bina Custom Audience daripada Engagement FB Page. Buatkan kempen FB Ads untuk tarik lead, contoh opt-in email untuk download ebook percuma. JANGAN lupa exclude mereka yang sudah berada dalam senarai leads anda. Teknik Target Wartawan dan Blogger Mula kumpul email atau profile FB wartawan dan blogger yang anda ingin target. Semua maklumat ini boleh diambil di majalah, akhbar, artikel dan blog mereka. Dapatkan minimum 200 orang. Bina Custom Audience daripada senarai yang telah dikumpul Buatkan kempen FB Ads untuk tarik minat mereka supaya mereka ingin bercerita tentang anda. www.inspirasibiznes.com 45

Objektif iklan ini adalah untuk mendapatkan liputan artikel percuma di majalah atau blog tertentu. Pasti cerita anda unik dan sesuatu yang viral. Jika mereka selalu lihat iklan anda mereka lebih mudah untuk bercerita tentang produk anda didalam artikel mereka. 46 www.inspirasibiznes.com