SISTEM PENGURUSAN FORENSIK DIGITAL

Similar documents
SISTEM PENGURUSAN KES FORENSIK DIGITAL MENGGUNAKAN VIRTUAL PRIVATE NETWORK (VPN) NURELISHA SHAFWANA BINTI MOHD GHAZALI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

SISTEM PENGURUSAN DATA FORENSIK DIGITAL. Azamuddin Haziq Bin Samsudin. Khairul Akram Zainol Ariffin

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

SISTEM PENYULITAN DAN PENYAHSULITAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALGORITMA RIVEST SHAMIR ADELMAN

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

SISTEM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM SEMAKAN SAMAN KENDERAAN

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

AMBULANCE MANAGEMENT SYSTEM

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DALAM AMBULANS MELALUI PANGGILAN NUR ALYA AQILAH MOHD NAZRI PROF. DR. MASRI AYOB

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SISTEM PENGURUSAN AKREDITASI MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY. New Eng Yau Ts. Dr. Zulkefli Mansor

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

VISUALISASI DATA SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Illi Nadia binti Mohd Khairuddin Prof. Madya Dr. Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

Panduan Pengguna Autodesk Education Community


DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

APLIKASI MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI MENGGUNAKAN RANGKAIAN WI-FI. Miza Faizah Binti Amin Prof. Madya Dr. Rosilah Binti Hassan

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

PENGESANAN PAKET RANGKAIAN UNTUK FORENSIK MEMORI NOR NADIA ABDULLAH MARZUKI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

PEMBANGUNAN PERISIAN BAGI MENGGALAKKAN PENGGUNAAN GOOGLE DRIVE DI KALANGAN AHLI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

SISTEM PENEMPAHAN PAKAIAN BERASASKAN WEB

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

Modul Asas JavaServer Pages

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

REPOSITORI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU BERASAS ONTOLOGI

SISTEM PENGURUSAN CUTI PRASARANA MALAYSIA BERHAD. Mohd Fitriyanshah Bin Nursyal. Mohd Rosmadi Mokhtar

Sistem Pengurusan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Secara Online

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

OPTIMIZE PERCEPTUALITY OF DIGITAL IMAGE FROM ENCRYPTION BASED ON QUADTREE HUSSEIN A. HUSSEIN

ANALISIS KESELAMATAN RANGKAIAN TANPA WAYAR DI KOLEJ PENDETA ZA BA IDZA AISARA BINTI NORABID DR. ROSSILAWATI SULAIMAN

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]

SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

APLIKASI MUDAH ALIH MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI RANGKAIAN DATA RAYA (CheckLine)

PEMPROSESAN ISYARAT DIGITAL DAN FUZZY CLUSTER UNTUK PENGESANAN DAN KLASIFIKASI PEMATUHAN VASKULAR YAP YAO YOUNG PROF. DR.

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

ISI KANDUNGAN. Microsoft PowerPoint 2016

PENGECAMAN NOMBOR PLAT KENDERAAN SECARA PERDUAAN MULTI-ARAS AMBANG BEROPTIMAL BERDASARKAN ALGORITMA LEBAH

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER SECARA ATAS TALIAN DI FSKSM AHMAD FARIZ B ABD RAHIM

GARIS PANDUAN BAGI BAYARAN PERKHIDMATAN STAF TEKNIKAL DI LUAR SKOP TUGAS HAKIKI OLEH UNIT TEKNIKAL & PERKHIDMATAN

SISTEM E-PILIH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERDASARKAN PELAYAN MOHD RIFAEI MOHD KAMIL KHAIRUDDIN OMAR

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

SISTEM POS BERSAMA PENGURUSAN INVENTORI (SPPI)

Sistem Capaian Berbilang Terminal

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) short answer and structured essay questions. Answer ALL questions.

Analysis SPM of year 2007, 2008, 2009, 2010, 2011, 2012, 2013 (Section B & C)

PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN PROSEDUR UNIT KOMPUTER. Proses Backup ( Windows) BPKP/KlOK-118 Bilangan Semakan : Q Tarikh :

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

REGISTRATION FORM SYSTEMATIC REVIEW AND META-ANALYSIS WORKSHOP 26 TH to 28 TH October 2015 (3 DAYS) Selangor, Malaysia. REGISTRANT DETAILS

SISTEM PENGURUSAN DAN PENEMPAHAN KELAS MEMANDU BERASASKAN WEB DAN SISTEM PESANAN RINGKAS NURUL AIN BINTI ARIFFIN

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) e-purchase ORDER FOR SERVICES

APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN KEWANGAN (SMARTGAJI) MUHAMMAD NUR FATEEH BIN ZULKARNAIN BAHARI IDRUS

Visitor Management System

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

Laporan Aktiviti Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kuala Sungga

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST331 Principles of Parallel & Distributed Programming [Prinsip Pengaturcaraan Selari & Teragih]

Sistem Pemantauan Tahap Pencemaran Asap dan Gas Beracun Karbon Monoksida di dalam Kenderaan

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

MULTICHANNEL ORTHOGONAL FREQUENCY DIVISION MULTIPLEXING -ROF FOR WIRELESS ACCESS NETWORK MOHD JIMMY BIN ISMAIL

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

SISTEM PENGESANAN PERGERAKAN BERASASKAN SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) KHAIRUNNISA BT ISMAIL

APLIKASI PEMBELAJARAN KEPERLUAN TUMBUHAN TAHUN 2 MENGGUNAKAN TEKNIK INTERNET BENDA (POKOK+) Khairul Afiq bin Azman Nazatul Aini binti Majid

Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI

DEVELOPMENT OF SPAKE S MAINTENANCE MODULE FOR MINISTRY OF DEFENCE MALAYSIA SYED ARDI BIN SYED YAHYA KAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcription:

SISTEM PENGURUSAN FORENSIK DIGITAL NOR SHAHIRA ISMAIL KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Jenayah siber menjadi sebuah ancaman yang sangat serius di sebalik perkembangan teknologi yang pesat. Forensik digital merupakan prosedur penyiasatan terhadap komputer dan peranti digital seperti telefon bimbit, kamera litar tertutup dan sebagainya. Sistem ini dibangunkan atas dasar permasalahan yang timbul di mana terdapat permasalahan dalam mengendalikan kes kerana kebanyakan organisasi tidak mempunyai pengurusan yang berpusat dalam pengendalian kes forensik digital. Ini menyebabkan pihak yang terlibat dalam pendakwaan juga tidak dapat memantau perkembangan kes. Oleh itu, sistem berdasarkan web ini dibangunkan sebagai platform bagi sistem berpusat yang khusus dalam pengurusan forensik digital. Metodologi yang digunakan untuk membangun sistem ini ialah System Development Life Cycle yang merangkumi fasa perancangan di mana objektif, skop dan penyataan masalah dikaji untuk mengetahui tujuan sistem dibangunkan. Dalam fasa analisis, proses pengumpulan data dan bahan dimuatkan ke dalam sistem yang telah dibangunkan. Fasa seterusnya ialah fasa rekabentuk di mana model sistem yang menggambarkan sistem sebenar direka menggunakan Justinmind. Dalam fasa implementasi dan pengujian, peralihan sistem daripada pembangunan kepada pengeluaran dan pengguna akhir membuat pengujian terhadap sistem. Sistem berjaya dibangunkan mengikut spesifikasi yang telah dirancang dan mencapai objektif. Sistem ini diharapkan dapat memberi kemudahan kepada mana-mana organisasi yang memerlukan. 1 PENGENALAN Di sebalik perkembangan teknologi yang pesat, jenayah siber menjadi sebuah ancaman yang cukup serius. Perkembangan pesat komputer dan telefon bimbit telah menyebabkan alatan peranti ini digunakan dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti menyalin perisian secara tidak sah, penyebaran virus dan menyalur maklumat palsu. Forensik digital adalah prosedur penyiasatan terhadap komputer dan peranti digital seperti telefon bimbit dan kamera litar tertutup. Menurut Ken Zatyko dalam Forensic Magazine, forensik digital didefinisikan sebagai Aplikasi komputer sains dan prosedur siasatan untuk tujuan siasatan yang melibatkan analisis bukti digital selepas carian yang betul oleh pihak berkuasa, rantaian pergerakan ekshibit, dengan pengesahan matematik, penggunaan alat-alat yang disahkan, pengulangan, laporan dan pembentangan pakar, (Mohay 2003) Teknologi hari ini dapat membantu sesebuah organisasi untuk mengendalikan sebuah makmal virtual dengan pemeriksa dan pusat repositori bukti yang terletak di lokasi geografi

berasingan. Pengaturan ini mempunyai beberapa kelebihan termasuk penjimatan kos, pengaksesan sumber maklumat yang lebih luas dan meningkatkan kepakaran serta mengurangkan penduaan sumber maklumat yang tidak perlu. Sistem Pengurusan Forensik Digital ini dibangunkan bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan dalam merekod data kes-kes jenayah digital yang diterima. Oleh yang demikian, sistem ini menyediakan alternatif bagi penyimpanan data dan pengurusan. Melalui sistem ini juga data-data yang diterima akan direkodkan secara langsung ke dalam sistem bagi menjamin keselamatan data dan maklumat yang diperolehi. 2 PENYATAAN MASALAH Permasalahan ini dibincangkan kerana setiap aktiviti yang dijalankan ke atas kes siasatan seperti membuat catatan kes, menulis laporan dan pengumpulan bahan bukti dilakukan secara manual. Pada masa yang sama, pegawai penyiasat dan juru analisis juga perlu mengisi borang secara manual bagi membuat laporan kes. Namun begitu, terdapat kelemahan dalam proses pengumpulan data kejadian jenayah yang berlaku kerana aktiviti yang dijalankan masih menggunakan kaedah di mana setiap data direkodkan secara manual. Sistem Pengurusan Forensik Digital ini dibangunkan bertujuan untuk menyelesaikan permasalahan dalam merekod data kes-kes jenayah digital yang diterima oleh sesebuah organisasi yang berkenaan. Hal ini akan menyebabkan rekod laporan mudah hilang dan kurang kecekapan dari segi pengurusan. Selain itu, proses siasatan forensik digital juga mengambil masa yang lama sebelum kes di bawa ke mahkamah dan proses dakwaan kes juga melibatkan beberapa pihak pakar seperti ejen penguatkuasa undang-undang, pendakwa, ejen persendirian dan penganalisis. Hal ini akan menyukarkan pihak pakar apabila kes dibangkitkan semula tetapi maklumat tentang kes tidak ditemui. Begitu juga dengan bahan bukti yang telah diklonkan dan diimejkan, ianya hilang setelah lama disimpan kerana kecekapan peosedur yang lemah. Ini menyebabkan kes siasatan perlu dijalankan semula dari peringkat awal dan perkara yang sama juga mungkin berulang sepanjang tempoh dakwaan. Di samping itu, tiada sistem berpusat di mana pihak yang terlibat tidak boleh memantau perkembangan kes. Pada masa yang sama, pihak berkuasa yang terlibat juga tidak mendapat

sebarang informasi secara terus tentang perkembangan kes. Hal ini menyebabkan pihak tersebut perlu melakukan banyak tugas seperti merujuk kepada pihak lain dan mencari pihak yang bertanggungjawab mengendalikan kes untuk mendapatkan informasi berkenaan kes dakwaan tetapi kes masih tidak selesai. 3 OBJEKTIF KAJIAN Projek ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah sistem berpusat bagi sesebuah organisasi yang memerlukan dalam mengendalikan kes forensik digital. Secara umum objektif kajian adalah untuk membangunkan sebuah Sistem Pengurusan Forensik Digital yang mempunyai sebuah pangkalan data bagi menyimpan data dan maklumat berkaitan kes. Sistem berdasarkan web ini juga dibangunkan sebagai platform sistem berpusat. Konsep ini dapat membantu meningkatkan kecekapan sistem pengurusan kepada lebih sistematik. Kertas ini membincangkan tentang projek pembangunan sistem pengurusan forensik digital dan menjelaskan bagaimana sistem ini dibangunkan. Hasil pembangunan juga dibincangkan secara terperinci. 4 METOD KAJIAN Rekabentuk sistem yang sesuai penting untuk memastikan perjalanan projek berjalan dengan lancar dan menjamin hasil kerja yang berkualiti. Antara muka grafik melibatkan beberapa fasa pembangunan dan ditambah dengan penggunaan perisian dan perkakasan yang bersesuaian. Fasa pembangunan termasuk fasa perancangan, analisis, reka bentuk, implementasi dan pengujian. Metod yang digunakan penting untuk memastikan perjalanan projek lancar dan teratur. Rajah 1 menunjukkan aliran pembangunan yang diguna untuk membangun dan mereka antara muka grafik sistem. 4.1 Fasa Perancangan Fasa ini melibatkan proses pengenalpastian masalah, objektif, persoalan kajian dan menentukan skop. Langkah seterusnya adalah sorotan susastera yang melibatkan pengumpulan, pencarian dan pembacaan jurnal dan kajian lepas bagi mencetus idea dan inspirasi. Penggunaan internet untuk mencapai maklumat berkaitan. Maklumat dikumpul, distruktur dan disintesis dan dipersembah secara kritis dan kreatif dalam fasa analisis.

4.2 Fasa Analisis Fasa ini melibatkan analisis dan tafsiran maklumat yang dikumpul dalam fasa perancangan. Analisis tentang kesesuaian topik dan menilai kepentingan untuk menjalankan kajian ini dilakukan. Selain daripada itu, analisis tentang perkakasan dan perisian juga dijalankan untuk memasti perkakasan dan persisian yang sedia ada adalah sesuai untuk membangun projek ini. 4.3 Fasa Reka Bentuk Fasa ini merupakan fasa yang penting dalam keseluruhan projek. Rekabentuk model sistem yang menggambarkan sistem sebenar, model konsepsual sistem, rekabentuk gambar rajah aliran data (DFD), reka bentuk pangkalan data dan carta alir yang dibangunkan bersesuaian dengan spesifikasi yang dikehendaki juga diterangkan dalam fasa ini. Fasa ini melibatkan proses penting, iaitu mereka bentuk antara muka sistem. Antara muka grafik direka dengan menggunakan Justinmind bagi menghasilkan antara muka sistem yang menarik. 4.4 Fasa Implementasi dan Pengujian Pembangunan pangkalan data bagi sistem perlu dilaksanakan dengan teliti kerana pangkalan data merupakan tunjang kepada sesebuah sistem untuk berfungsi dengan baik. Pangkalan data yang digunakan ialah MySQL yang menjadikan laman web bersifat dinamik. Pengujian sistem dilakukakan setelah sistem siap dibangunkan dan pengguna akhir akan membuat pengujian terhadap sistem.

Mengenal pasti masalah dan menentu skop projek Merujuk kajian dan jurnal berkaitan Proses pengumpulan data dan bahan dimuatkan ke dalam sistem yang akan dibangunkan mereka bentuk model sistem yang menggambarkan sistem sebenar perlaksanaan serta ujian mengikut keperluan fungsi dilakukan Rajah 1 Aliran pembangunan sistem Perkakasan dan perisian yang diguna untuk membangun projek harus dipilih dengan teliti. Perkakasan dan perisian yang baik berfungsi dengan lancar serta menyokong pembangunan sistem. Pemilihan perkakasan dan persisian yang tidak tepat boleh menjejas hasil projek. Spesifikasi keperluan perkakasan yang diguna untuk menghasil antara muka grafik adalah perkakasan asas sesebuah komputer. Senarai spesifikasi keperluan perkakasan yang dicadang untuk menghasil antara muka grafik sistem pengurusan forensik digital ini ialah komputer peribadi, ruang simpanan 400GB, ruang memori 4GB RAM dan pemprosesan Intel Core i5. Keperluan perisian pula merangkumi sistem pengoperasian, pelayar web, pangkalan data, dan perisian rekabentuk grafik. Perisian yang digunakan untuk pembangunan sistem ini ialah PhpMyAdmin. Pelayan pangkalan data digunakan untuk menyimpan data yang ditulis dalam kod bahasa PHP yang mengendalikan pentadbiran MySQL dengan menggunakan pelayar web dan lebih mudah untuk mengubah pangkalan data serta melaksana kenyataan SQL. Apache merupakan aplikasi bagi memudahkan pembangun untuk menguji sistem yang sedang dibina. Apache merupakan salah satu web container yang paling popular di lingkungan pengaturcaraan web java. Apache juga berperanan sebagai penggerak yang menghubungkan php dan MySQL. MySQL merupakan satu aplikasi pengurusan pangkalan data sistem terbuka,

MySQL terkenal dengan kelajuan pemprosesan data, keselamatan dan fleksibel. Ia juga berperanan dalam pengurusan pangkalan data menggunakan kueri sql yang menguhubungkan pangkalan MySQL dengan php serta membuat hubungan kepada pangkalan data. 5 HASIL KAJIAN Bahagian ini membincang hasil daripada proses pembangunan sistem pengurusan forensik digital. Penerangan yang mendalam tentang antara muka grafik sistem diperihalkan. Fasa reka bentuk adalah fasa yang penting dalam pembangunan projek. Dalam projek ini, antara muka sistem direka menggunakan Justinmind sebagai gambaran sebenar sistem pada peringkat awal. Antara muka kemudiannya dibina menggunakan atur cara HTML dan CSS bagi menghasilkan reka bentuk antara muka yang berfungsi mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Seterusnya pengujian terhadap reka bentuk antara muka dijalankan untuk memasti hasil pembangunan adalah selaras dengan objektif yang ditetapkan sebelumnya. Secara umumnya, sistem ini terbahagi kepada tiga modul. Antaramuka Sistem Pengurusan Forensik Digital melalui rajah yang ditunjukkan merupakan antaramuka sistem yang telah dibangunkan berpandukan reka bentuk antara muka sistem dan capaian objektif serta spesifiksasi fungsian yang telah ditetapkan. Rajah 2 merupakan antara muka log masuk untuk pengguna bagi sistem ini di mana pengguna perlu memasukkan ID pengguna dan katalaluan yang sah untuk masuk ke dalam sistem. Rajah 3 menunjukkan pengguna telah memasukkan ID dan katalaluan yang tidak sah. Rajah 2 Antara muka log masuk

Rajah 3 Antara muka tidak sah pengguna Rajah 4 memaparkan antara muka halaman utama setelah pengguna berjaya masuk ke dalam sistem. Halaman ini terdapat tiga modul iaitu cases, evidences dan task. Pada halaman ini, pengguna juga boleh membuat penukaran katalaluan. Rajah 4 Antara muka halaman utama Rajah 5 halaman paparan senarai kes di mana pengguna boleh membuat paparan, kemaskini dan merekodkan kes baru.

Rajah 5 Antara muka halaman senarai kes Paparan halaman dalam rajah 5 merupakan paparan halaman di mana boleh membuat paparan, kemaskini dan merekodkan kes baru. Pengguna akan melihat halaman paparan kes seperti dalam rajah 6 sekiranya pengguna menekan pada butang view di mana halaman ini mengandungi butiran kes yang telah direkodkan. Seterusnya, pengguna perlu menekan atas butang view pada case report untuk melihat laporan kes. Pada halaman ini juga pengguna boleh membuat carian kes dengan menggunakan butang search di bawah navagasi bar. Sistem akan membuat carian setelah pengguna memasukkan kata kunci bagi carian yang ingin dibuat. Senarai kes merupakan domain bagi butang carian yang disediakan. Rajah 6 menunjukkan halaman paparan butiran kes di mana pengguna boleh melihat laporan kes

Rajah 6 Antara muka paparan kes Rajah 7 menunjukkan halaman kemaskini butiran kes di mana pengguna boleh mengemaskini butiran kes sekiranya ada perubahan pada kes siasatan. Rajah 7 Antara muka kemaskini kes Rajah 8 menunjukkan antara muka halaman rekod kes di mana data kes dimasukkan dan laporan kes dimuatnaik.

Rajah 8 Halaman rekod kes Paparan halaman dalam rajah 7 merupakan paparan setelah pengguna menekan atas butang edit. Dalam halaman ini pengguna boleh mengemaskini butiran mahupun laporan kes sekiranya terdapat sebarang perubahan kes. Setelah selesai kemaskini dan menekan butang update, pengguna akan terima pop-up kemaskini berjaya dan pengguna akan kembali semula kepada halaman paparan senarai kes untuk papar semula kes yang telah dikemaskini. Seterusnya, pengguna akan pergi ke paparan halaman seperti dalam rajah 8 sekiranya pengguna menekan butang new case yang ada pada paparan senarai kes. Pada halaman ini pengguna boleh merekodkan kes baru dan memuatnaik laporan kes. Laporan kes yang telah dimuatkan naik akan di hash kan bagi menjaga integriti laporan. Pengguna akan kembali semula ke halaman senarai kes untuk memastikan kes berjaya direkodkan. Rajah 9 menunjukkan halaman senarai bukti dimana pengguna boleh merekod dan memuatnaik fail bukti seperti gambar, video dan audio.

Rajah 9 Antara muka halaman bukti Rajah 10 Antara muka butiran bukti Pada halaman rajah 9 menunjukkan paparan senarai bukti yang telah direkodkan. Pada halaman ini juga pengguna boleh membuat rekod bukti baru, memuatnaik bahan bukti dan membuat senarai rantaian jagaan di mana aktiviti antara pihak yang terlibat semasa bahan bukti diserahkan. Fail bahan bukti yang telah dimuatnaik akan ditukarkan ke dalam nilai hash bagi memastikan ketelusannya. Rajah 10 menunjukkan butiran kes dan senarai rantaian jagaan bagi

setiap aktiviti penyerahan bahan bukti. Pengguna boleh menekan atas pautan ID kes untuk paparan butiran kes bagi maklumat butki yang dipaparkan. Rajah 11 menunjukkan halaman paparan modul tugasan. Pada halaman ini pengguna akan menentukan pegawai yang bertugas untuk mengendalikan kes yang diterima. Pegawai yang menerima tugasan akan mendapat notifikasi melalui emel sebagai pemberitahuan. Rajah 11 Antara muka senarai tugas 6 KESIMPULAN Sistem Pengurusan Forensik Digital ini dijangka dapat membantu sesebuah organisasi dalam pengurusan kes forensik digital yang dikendalikan. Sistem ini juga berperanan sebagai sistem pusat yang berdasarkan web bagi membolehkan pengguna membuat pemantauan kes tanpa perlu berhubung dengan mana-mana pihak. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi kecekapan pengurusan kes dan menjadi sistem pengurusan lebih sistematik di mana setiap data dan maklumat kes disimpan secara terus ke dalam pangkalan data. Penggunaan aplikasi Apache dan localhost yang bertindak sebagai pelayan memudahkan lagi pembangunan sistem di mana pembangun tidak perlu memuatnaik fail atur cara ke dalam pelayan secara berulang kali sekiranya ada pembetulan pada kod atur cara setiap

kali diuji. Penggunaan bahasa atur cara HTML, PHP dan CSS yang mudah difahami juga memudahkan lagi pembangunan dan mereka antara muka grafik sistem. RUJUKAN Ademu, I. O., Imafidon, C. O. & Preston, D. S. 2011. A New Approach of Digital Forensic Model for Digital Forensic Investigation 2(12), 175 178. Carrier & Spafford. 2009. Digital Forensic Model Based On Malaysian Investigation Process. CyberSecurity Malaysia An Agency Under MOSTI. (n.d.). http://www.cybersecurity.my/en/our_services/digital_forensics/main/detail/2326/index.html [5 November 2016]. Mohay, G. M. 2003. Computer and intrusion forensics. Artech House. Retrieved from http://www.forensicmag.com/article/2007/01/commentary-defining-digital-forensics Tanimoto, S. & Kakuta, T. 2015. A Study of Cost Structure Visualization for Digital Forensics Deployment. doi:10.1109/acit-csi.2015.80 Tellefsen, A. 2012. Government Cloud Computing : Requirements, Specification and Design of a Cloud-Computing Environment for Police and Law Enforcement.