Penggunaan Teks Dalam Multimedia BAB 5: PENGGUNAAN TEKS DALAM MULTIMEDIA. 5.1 Pengenalan

Similar documents
Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH EBA1053 TOPIK 6 PENGINTEGRASIAN PERISIAN MULTIMEDIA DAN ALAT PENGARANGAN DALAM P&P

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

ISI KANDUNGAN. Microsoft PowerPoint 2016

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Modul Asas JavaServer Pages

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT211-CPM313 Programming Language Concepts & Paradigm [Konsep & Paradigma Bahasa Pengaturcaraan]

Pengaturcaraan web ASP.NET. Sinopsis:

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) short answer and structured essay questions. Answer ALL questions.

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT224/CMM221 Multimedia Systems [Sistem Multimedia]

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2003/2004. September/Oktober 2003

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

Disediakan oleh: Mohammad Hazmin Bin Mohamed Azri

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

TS2963 : Pangkalan Data. Nota Makmal. Makmal 4

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT111/CPM111 Principles of Programming [Prinsip Pengaturcaraan]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST131 Computer Organisation [Organisasi Komputer]

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

ALAMAT IP. Sofirudman Mazuin Asmarul shazila Ainul bariah

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS522 Advanced Data Communication & Computer Networks [Rangkaian Komputer & Komunikasi Data Lanjutan]

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

PART A SULIT (EKT 221) BAHAGIAN A. Answer ALL questions. Question 1. a) Briefly explain the concept of Clock Gating.

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Laporan Aktiviti Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Kuala Sungga

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST131 Computer Organisation [Organisasi Komputer]

MSS 318 Discrete Mathematics [Matematik Diskret]

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

2.2 Ukuran Data. Kedalaman bit. Perkaitan Saiz Fail Imej dengan Format Fail Empat contoh fail imej : Jenis Fail

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST331 Principles of Parallel & Distributed Programming [Prinsip Pengaturcaraan Selari & Teragih]

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) e-purchase ORDER FOR SERVICES

RANCANGAN PEMBELAJARAN TAHUNAN 2017 ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 1

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

AUTOMATIC APPLICATION PROGRAMMING INTERFACE FOR MULTI HOP WIRELESS FIDELITY WIRELESS SENSOR NETWORK

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Mohd Hazmi Kasmin. Pusat Teknologi Maklumat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

REKABENTUK ANTARAMUKA PENGGUNA BAGI APLIKASI BERASASKAN WEB

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

IMPROVED IMPLEMENTATION OF DIGITAL WATERMARKING TECHNIQUES AHMED SABEEH YOUSIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Sistem Capaian Berbilang Terminal

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST331 Principles of Parallel & Distributed Programming [Prinsip Pengaturcaraan Selari & Teragih]

Persekitaran Pengaturcaraan Arduino

Produk Multimedia. Disediakan Oleh: Cik Nor Anita Fairos binti Ismail Fsksm, UTM BAB 2: PRODUK MULTIMEDIA

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST131 Computer Organisation [Organisasi Komputer]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Prepared by: Assoc. Prof. Dr Bahaman Abu Samah Department of Professional Development and Continuing Education Faculty of Educational Studies

ISOGEOMETRIC ANALYSIS OF PLANE STRESS STRUCTURE CHUM ZHI XIAN

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

AN ENHANCED SIMULATED ANNEALING APPROACH FOR CYLINDRICAL, RECTANGULAR MESH, AND SEMI-DIAGONAL TORUS NETWORK TOPOLOGIES NORAZIAH BINTI ADZHAR

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS522 Advanced Data Communication and Computer Networks [Rangkaian Komputer dan Komunikasi Data Lanjutan]

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) SINGLE ENVELOPE TENDER

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

BAB 4: PROTOKOL ATM. 4.1 Pengenalan. 4.2 The ATM Protokol Stack

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

SKS 3124 PENDAWAIAN RANGKAIAN

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

ANALISA PERPINDAHAN DATA MODEL SURFACE DI ANTARA PLATFOM CAD YANG BERBEZA ASFAEZUDDIN BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

APLIKASI MUDAH ALIH MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI RANGKAIAN DATA RAYA (CheckLine)

EEE 348 PENGANTAR REKABENTUK LITAR BERSEPADU

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT422 Multimedia Information Systems & Management [Sistem & Pengurusan Maklumat Multimedia]

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2)short answers and TWO (2) structured essays. Answer ALL questions.

DETECTION OF WORMHOLE ATTACK IN MOBILE AD-HOC NETWORKS MOJTABA GHANAATPISHEH SANAEI

HARDWARE AND SOFTWARE CO-SIMULATION PLATFORM FOR CONVOLUTION OR CORRELATION BASED IMAGE PROCESSING ALGORITHMS SAYED OMID AYAT

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) questions. Answer ALL questions. ARAHAN: Bahagian ini mengandungi DUA (2) soalan. Jawab SEMUA soalan.

EEE348 INTRODUCTION TO INTEGRATED CIRCUIT DESIGN (PENGANTAR REKABENTUK LITAR BERSEPADU)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT341 Software Design & Architecture [Reka Bentuk & Seni Bina Perisian]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT103/ CPM211 Struktur Data & Paradigma Pengaturcaraan

Transcription:

BAB 5: PENGGUNAAN TEKS DALAM MULTIMEDIA 5.1 Pengenalan 5.1.1 Jenis-jenis media Istilah jenis media merujuk kepada elemen-elemen multimedia, perwakilan media tersebut serta operasi yang boleh dilakukan ke atasnya. Ia boleh dikategorikan kepada dua iaitu: Media bukan temporal(non-temporal media) Media yang tidak bergantung kepada masa. Ia terdiri daripada teks, grafik dan imej. Media temporal(temporal media) Media yang bergantung kepada masa iaitu audio, video dan animasi. Komputer akan melihat setiap jenis media ini sebagai suatu fail yang mempunyai format atau struktur bai yang tersendiri. Pembangun aplikasi multimdia harus memahami beberapa format fail yang disediakan untuk setiap jenis media ini. Ia kerana cara pengendalian data adalah berbeza bagi format yang berbeza. Fail data multimdia menggunakan ruang storan yang besar, oleh itu pemampatan data (compression) sering dilakukan untuk mengurangkan jumlah penggunaan storan. Pemampatan data boleh dikategorikan kepada 2: Lossless Satu kaedah pemampatan yang akan mengekalkan kandungan asal. Kandungan data tidak akan diubah atau dibuang dalam proses pemampatan dan penyahmampatan Contoh media menggunakan kaedah ini ialah teks. Contoh aturcara menggukan kaedah ini adalah PKZip dan kadar pemampatannya adalah 2:1. Lossy Satu kaedah yang akan membuang sedikit maklumat daripada kandungan asal. Pemampatan jenis ini dilakukan kepada maklumat yang mempunyai banyak pertindihan atau banyak persamaan. Contoh media yang menggunakan kaedah ini ialah imej dan video, di mana piksel-piksel/bingkai- bingkai yang mempunyai persamaan akan dibuang. Contoh kaedah pemampatan ini adalah JPEG (Joint Photographic Experts Group) dan MPEG (Motion Picture Experts Group). 5.1.2 Apa itu teks Teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam sesebuah perisian multimedia sama ada sebagai menu utama, sistem navigasi (navigation) ataupun bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan perisian. Ia adalah jenis data paling asas serta menggunakan ruang storan paling sedikit berbanding dengan elemen-elemen multimedia lain. 1

Teks dalam bentuk perkataan, ayat dan perenggan adalah digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea, buah fikiran dan fakta yang berkaitan dengan apa jua aspek dalam kehidupan kita sehari-hari. Jadi, tidak mustahil jikalau sesebuah produk multimedia itu bergantung kepada teks didalam kebanyakan perkara seperti didalam menerangkan bagaimana sesuatu aplikasi bekerja, membantu pengguna didalam menerokai sesuatu aplikasi dan untuk menyebarkan maklumat melalui aplikasi aplikasi yang telah direkabentuk. Walaubagaimanapun, di dalam aplikasi multimedia, penggunaan teks yang terlalu banyak tidak begitu digalakkan kerana teks tidak dapat mempamerkan maklumat dengan menarik. Ini bukan bermakna teks tidak diperlukan langsung, tetapi ia hanya perlu digunakan pada bahagian-bahagian penting sahaja. Struktur teks terdiri daripada: Linear Struktur teks yang tradisional Organisasi berbentuk linear di mana ia mempunyai bahagian permulaan dan penghujung. Susunannya terdiri daripada beberapa siri seksyen/bab (sections). Setiap seksyen/bab ini mempunyai tajuk dan mungkin, mempunyai sub seksyen(subsection) yang akan membentuk perenggan. Susunan teks berstruktur ini adalah dalam bentuk hirarki dan boleh digambarkan seperti struktur pepohon. Tidak linear Dikenali sebagai Hypertext Susunan teksnya adalah secara tidak-linear dan mempunyai struktur data graf Ia terdiri daripada nod yang merupakan bahagian teks yang bersaiz kecil dan akan dihubungkaitkan dengan bahagian teks yang lain menggunakan pautan(links). Hypertext membolehkan pengguna melaksanakan operasi cari-dancapai ke atas sesuatu dokumen dengan lebih cepat. Pemampatan teks (Compression) diperlukan untuk mengurakan penggunaan ruang storan ketika penyimpanan dan pengagihan. Antara kaedah yang digunakan untuk pemampatan teks adalah: Huffman coding Lempel-Zil coding Kedua-dua kaedah ini merupakan pemampatan lossless dan boleh memampatkan teks dalam bahasa Inggeris kepada setengah atau dua pertiga daripada saiz asal. 5.1.3 Elemen-elemen Bagi Teks Aplikasi-aplikasi multimedia adalah bergantung kepada teks didalam kebanyakan perkara termasuklah :- Tajuk halaman Penyampaian maklumat dalam bentuk perlabai ayat dan / atau perenggan. Label untuk gambar Arahan-arahan untuk operasi sesuatu aplikasi Elemen-elemn teks boleh menjadi besar ataupun kecil. Ianya bergantung kepada tujuan sesuatu aplikasi dan cadangan daripada pengguna. 2

Tambahan lagi, teks biasanya adalah digabungkan dengan gambar, audio dan juga video. Secara umunya, maka bolehlah dikatakan bahawa teks merupakan komponen kunci bagi setiap aplikasi. 5.2 Bagaimana Teks dihasilkan? Teknologi teks adalah berasaskan kepada penghasilan huruf, nombor dan aksara-aksara istimewa seperti tempoh, koma dan tanda dollar. Elemen-elemen teks ini boleh dikategorikan kepada :- Aksara-aksara abjad ~ aksara inggeris yang terdiri daripada adjab A Z iaitu termasuklah huruf kecil dan besar bergantung kepada bahasa yang digunakan. Nombor ~ terdiri daripada 0 9 Aksara-aksara istimewa ~ tanda bacaan (., ; : ), tanda-tanda ( $ + - = ) dan aksara-aksara tidak bercetak (carriage return, line feed) Typefaces merupakan perwakilan bergrafik bagi abjad, nombor dan aksara-aksara istimewa dan biasanya ia mempunyai saiz dan gaya bentuk yang berbeza-beza atau pelbagai. Font pula merupakan saiz-saiz tertentu bagi typefaces. Contohnya 14 point Times New Roman adalah typefaces bagi saiz 14 untuk Times New Roman. Saiz font boleh dikenalpasti atau ditentukan dengan :- Mengukur daripada bahagian atas huruf besar kepada bahagian bawah decender yang diperolehi pada huruf p atau y. Menggunakan point iaitu point tunggal seperti 1/72 (0.138 inc) Selain itu, teks juga boleh dihuraikan berdasarkan ciri-ciri seperti berikut: Ascender merupakan aksara-aksara yang mempunyai upstroke seperti huruf h, b dan d. Descender merupakan aksara-aksara mempunyai downstroke yang terletak dibawah garisan asas seperti huruf p, q dan y. Leading merupakan runag antara font yang berada diatas font yang berada dibawah isitu ruang diantara baris (line spacing). Tracking merupakan diantara aksara. Kerning merupakan ruang diantara dua aksara yang biasanya kelihatan seperti bertindih. Serif merupakan flag atau dekorasi pada hujung sesuatu aksara yang mempunyai stroke. Rajah menunjukkan ciri-ciri yang terdapat didalam teks seperti yang dihuraikan diatas: Serif Ascender BD yb Ay Tracking Descender Kerning Leading Disediakan Oleh: Nor Anita Fairos bt. Ismail Baris pertama Baris Kedua 3

Rajah 5.1 : Ciri-ciri bagi teks Walaupun begitu, untuk menarik perhatian pembaca kepada sesuatu bahan yang dilihat atau dibacanya, terdapat beberapa kesan yang boleh diberikan kepada font, antaranya :- Case merupakan versi huruf BESAR dan huruf kecil. Regular merupakan versi piawai bagi font seperti Times New Roman atau Arial Bold menyediakan kemudahan dalam memberikan penekanan untuk highlight dan tajuk. Italic digunakan untuk menarik perhatian / minat pembaca. Underline digunakan untuk highlight. Strikeout digunakan untuk menunjukkan sesuatu teks yang telah dihapuskan atau tidak digunakan. Contoh : Kami Saya suka baca komik novel. Kebiasaanya, kesan-kesan yang disediakan untuk font wujud didalam beberapa aplikasi seperti aplikasi yang melibatkan pemprosesan perkataan dimana didalam aplikasi ini, dialog box yang membenarkan pengguna memlih kesan-kesan font yang dikehendaki akan disediakan. 5.2.1 Jenis-jenis Font Serif Font serif menggunakan tip-tip dekoratif atau flags pada penghujng stroke. Ia biasanya digunakan pada media-media cetak. Contoh-contoh font yang dikategorikan sebagai font serif. Times dan times New Roman Courier Schoolbook Bookman Sans Serif Font Sans serif tidak mempunyai ciri-ciri yang dimiliki oleh font serif. Namun begitu, kebanyakkan komputer menggunakan font ini kerana ia menghasilkan paparan kontras yang lebih tajam. Contoh-contoh font yang dikategorikan sebagai font sans Serif. Arial Helvetics Avant Garde 5.2.2 Font dalam persekitaran grafik Terdapat pelbagai penggunaan font di dalam persekitaran bergrafik di dalam komputer dimana kebiasaannya komputer peribadi boleh mencapai dan menggunakan pelbagai jenis font di dalam aplikasi-aplikasi yang berbeza. Berikut adalah beberapa proses atau teknik yang terlibat di dalam pengendalian teks dalam persekitaran grafik: Rasterization Ia merupakan sistem bergrafik yang mampu membina dan menggunakan font untuk sesuatu proses. Rasterization wujud apabila komputer melukis font ke atas paparan 1 pixel pada satu-satu masa. 4

Font yang dihasilkan adalah bergantung kepada saiz dan bilangan pixel yang tidak tetap akan menyebabkan teks yang dihasilkan sukar untuk dibaca dan kelihatan tidak licin. Anti-aliasing Anti-aliasing merupakan teknik yang digunakan untuk menggabungkan font dengan latar belakang melalui pemindahan warna daripada warna font ke warna latarbelakang. Teknik ini akan meminimakan sudut-sudut yang tidak rapi agar paparan keseluruhan yang dihasilkan adalah kelihatan licin dan rata. Ia digunakan di dalam pakej perisian paint dan drawing di mana ia membenarkan pemindahan di antara latarbelakang imej dan elemen-elemen teks supaya kelihatan lebih licin dan jelas. 5.3 Bagaimana Teks Disimpan Bagi membolehkan teks dikekalkan atau disimpan di dalam komputer, maka teks telah disimpan sebagai fail-fail data dimana ianya membolehkan teks ini disimpan untuk satu tempoh atau jangkamasa yang panjang Skema pengkodan data bagi atau perwakilan teks boleh terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya: ASCII ISO Marked-Up-Text Rich-Text format 5.3.1 ASCII (American Standard Code for Information Interchange) Bentuk termudah bagi pengkodan data untuk teks adalah ASCII. Dibina oleh America National Standard Body. Ia adalah skema pengkodan 7-bit untuk teks di mana ia menghasilkan 128 aksara yang mengandungi huruf kecil, huruf besar, tanda baca, angka, simbol-simbol matematik dan 32 aksara kawalan. Rajah 5.2 menyenaraikan 128 aksara yang terdapat di dalam set aksara ASCII. 0-32: Aksara-aksara istimewa 33-127: Huruf, nombor, simbol 7 Bell 10 Line Feed 12 Form Feed 13 Carriage Return 14 Strike Over 27 Escape 32 Space 33! 48-57 : 0 9 65 90 : A - Z 34 (nombor) (huruf besar) 35 # 58 : 91 [ 36 $ 59 ; 92 \ 37 % 60 < 93 ] 5

38 & 61 = 94 ^ 39 62 > 95 _ 40 ( 96 ` 41 ) 97 122 : a z 42 * ( huruf kecil) 43 + 123 { 44, 124 45 125 } 46. 126 ~ 47? 127 DEL Nota : Rajah menunjukkan hanya sebahagian daripada aksara istimewa yang disenaraikan didalam jadual diatas dimana senarai yang diatas ini adalah aksara-aksara yang biasanya digunakan didalam aplikasi multimedia Unit asas bagi data yang terdapat di dalam sistem-sistem komputer meja (desktop computer) adalah bait di mana satu bait mengandungi 8 bit. Tetapi ASCII hanya memerlukan 7 bit untuk 128 aksara dan bit yang lebih digunakan untuk membina set aksara lanjutan. Set aksara lanjutan terdiri daripada aksara piawai ANSI (American National Standards Institute). Namun begitu, set aksara lanjutan boleh berubah-ubah mengikut platform yang digunakan. Set aksara ASCII adalah cara yang biasa untuk mengkod, menyimpan dan memindahkan teks di antara aplikasi-aplikasi dan juga komputer. Ia seringkali digunakan untuk menukarkan teks di antara aplikasi kerana ia tidak menawarkan sebarang pemformatan pada aksara, perkataan atau peringkat-peringkat perenggan dan sebarang pemformatan merupakan fungsi bagi bekas pemegang teks tersebut. Tambahan lagi, had pemformatan bagi teks ASCII biasanya adalah dihadkan kepada penggunaan bagi kod-kod pengembalian penyorong (carriage return) dan suap baris (line feed) iaitu kod 13 dan 32 ASCII. Dalam persekitaran Windows, dokumen fail teks ASCII mempunyai sambungan piawai iaitu.txt. Ia merupakan aksara asas yang tidak mempunyai sebarang pemformatan data da font. 6

5.3.2 Teks Berkod atau Berformat (marked-up text) Teks berkod atau berformat(marked-up text) menggunakan kod-kod terbenam (embedded codes) untuk mengenalpasti kemunculan teks. Ia merupakan suatu turutan aksara-aksara khas yang merupakan arahan untuk menyediakan rupa bentuk dokumen. Biasanya sesebuah dokumen terdiri daripada teks kandungan. Di dalam marked-up text dokumen tersebut akan mengandungi teks kandungan dan juga teks arahan. marked-up text menyokong pelbagai operasi pemformatan, serta pengawalan ke atas struktur dokumen, pembolehubah dan berkemampuan menggunakan makro. Di dalam kebanyakan kes, format data teks adalah ASCII dengan kod-kod eksplisit dibenamkam ke dalam teks. Kod-kod tersebut adalah diasingkan dengan aksara-aksara istimewa seperti suap baris atau dikurung dengan simbol-simbol seperti < dan >. Pengkodan digunakan untuk menentukan pemformatan teks pada aksara atau peringkat string dan biasanya mengandungi pemilihan font serta pengkodan untuk penjajaran dan ruang perenggan. Troff merupakan sebuah sistem pemformatan yang terdapat pada sistem UNIX. Contoh berikut menunjukkan arahan troff yang akan meletakkan teks di tengah dokumen..ce Teks ini akan diketengahkan Hypertext Markup Language (HTML) merupakan sebuah marked-up text yang digunakan untuk menyediakan dokumen di halaman WWW. Ia adalah contoh pengkodan berasaskan teks. Contoh :- <H1> Ini adalah tajuk </H1> <P> Ini adalah baris bagi teks didalam format perenggan </P> Dokumen fail marked-up text HTML mempunyai sambungan.htm <html> <head> </head> <frameset cols=3-%, 20%, 50%> <frame src= bingkai1.html > <frame src= bingkai2.html > <frame src= /pensyarah/bingkai3.html > </frameset> </html> Label-label tersebut menetukan apakah format yang digunakan untuk mewakilkan teks. Dalam kebanyakan kes, label permulaan dan tamat adalah digunakan untuk melingkungi teks yang akan diformat. Contoh, teks diantara <H1> dan </H1> adalah diwakilkan dengan saiz yang lebih besar (biasanya 14), ditebalkan dan font teks berformat sans serif. Label-label juga boleh diasingkan dengan jujukan pengembalian, penyorong (carriage return) atau suap baris (line feed). Contoh :.tajuk Ini adalah tajuk.perenggan Ini adalah baris teks didalam format perenggan 7

Di dalam kedua-dua contoh diatas, teks tersebut perlu dipaparkan seperti berikut : Ini adalah tajuk Ini adalah baris teks didalam format perenggan... Terdapat beberapa skema pengkodan yang mungkin digunakan untuk mewakilkan teks. Kod-kod mungkin digunakan untuk menakrifkan :- pemilihan font yang mengandungi jenis muka dan saiz. Ciri-ciri font seperti tebal, italiks, garis dibawah dan warna. Permulaan dan tamat perenggan, pengindenan, bullets dan penjajaran. Halaman bentangan termasuk kepala dan kaki (header and footer), penomboran halaman dan warna latar belakang. Peringkat pengkodan dokumen untuk bab-bab, indeks dan jadual kandungan. 5.3.3 Rich Text Format (RTF) Sejenis format teks yang mempunyai pemformatan perenggan, aksara dan pemformatan grafik yang piawai. Melalui format ini, pemformatan yang disediakan pada sesebuah dokumen akan tetap kekal walaupun setelah ia berpindah ke aplikasi lain. Perisian MsWord membenarkan dokumennya disimpan dalam format RTF. Dengan ini fail dokumen teks tersebut boleh dipanggil oleh perisian lain sambil mengekalkan pemformatan teks seperti asal. Rich Text Format berfungsi untuk menambahkan kepentingan penerimaan dengan menyimpan dan memanipulasikan teks. Ia merupakan format hakmilik yang dipunyai dan dikawal oleh Microsoft Corp. RTF menyediakan ciri-ciri pemformatan termasuklah jenis dan saiz font, penebalan serta fungsi-fungsi pemformatan perenggan seperti penjajaran. Penggabungan ciri-ciri import dan eksport data RTF diperlukan bagi mengekalkan pemformatan yang telah diwujudkan didalam dokumen-dokumen yang lain. 5.3.4 ISO (International Organization for Standatdization) Piawaian yang disediakan untuk menyokong teks yang bukan Inggeris. Ia adalah sambungan daripada perwakilan ASCII. Sebagai contoh, ISO Latin adalah superset daripada set aksara ASCII yang menyediakan pengkodan bagi aksara-aksara loghat bahasa di Eropah. Pengkodan ISO semakin meluas digunakan seperti pada sistem X-window, Postscript dan pakej perisian bagi versi antarabangsa. ISO sedang berusaha untuk menyediakan aksara perwakilan bagi teks bukan latin seperti bahasa China, Jepun, Korea dan Arab. 5.4 Penggunaan Teks dalam aplikasi multimedia. Berikut merupakan beberapa garis panduan dan perkara yang perlu diberikan perhatian semasa kita membangunkan sebuah aplikasi multimedia yang melibatkan teks: Ringkas tetapi padat penggunaan teks haruslah diminimakan, kecuali jika aplikasi yang dibina mengandungi bahan rujukan yang banyak. 8

Walaupun begitu, adakalanya penggunaan teks yang maksimum diperlukan terutama bagi aplikasi-aplikasi multimedia yang berunsurkan rujukan seperti ensiklopedia. Dari sudut rekabentuk pula, bagi sesebuah aplikasi multimedia, seeloknya teks yang digunakan haruslah kurang daripada separuh skrin yang digunakan. Penggunaan typeface dan font yang bersesuaian Pemilihan typeface dan font yang bersesuaian dengan konsep, kumpulan pengguna sasaran, isi kandungan dan mood sesebuah aplikasi adalah penting didalam menentukan keberkesanan penyampian sesuatu maklumat. Typeface dan font selalunya digunakan bagi menarik perhatian pengguna, meningkatkan kebolehbacaan, menetapkan ton atau mood (samada serius, sedih atau kelakar) dan juga bagi tujuan menetapkan sesebuah aplikasi. Biasanya kebanyakan pilihan didalam pembangunan sesebuah aplikasi multimedia amat berkait rapat dengan objektif aplikasi dan pengguna sasarannya. Memastikan teks yang digunakan boleh dibaca Ini merupakan salah satu ciri utama yang perlu diberikan perhatian. Pemilihan gaya tulisan dan warna teks bertujuan untuk memberikan penekanan atau membezakan suatu isi kandungan dengan bahagian-bahagian lain pada paparan atau media bercetak. Kontras di antara aksara atau perkataan amat memainkan peranan yang penting didalam menentukan kejelasan dan juga kebolehbacaan sesuatu perkataan atau ayat. Mengawal pemilihan font serta konsisten rekabentuk skrin tidak terlalu semak atau sukar dibaca. Oleh itu, Pembangun seharusnya tidak menggunakan terlalu banyak font, typeface, gaya dan warna. Selain itu, pembangunan aplikasi multimedia juga perlu menekankan konsep konsistensi didalam penggunaan teksnya. 9