KERTAS PENERANGAN 2 KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME TAHAP / LEVEL 4 SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN NO DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO AND TITLE KSK5013 INTRODUCTION TO COMPUTER SYSTEM AND NETWORK NO DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO AND STATEMENT OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE K2 ORGANIZATION OF COMPUTER 2.1 Characteristics of Computer and Limitation of Computer. 2.2 Central Processing Unit (CPU). 2.3 Input and Output Devices. 2.4 Computer Peripherals 2.5 Storage Devices Student learn about the characteristics and limitation of computer and the development of computer components, such as microprocessors, input/ output devices, peripherals and storage devices. TARIKH: NAMA PELAJAR NO KAD PENGENALAN 0
K2 ORGANIZATION OF COMPUTER 2.1 Characteristics of Computer and Limitation of Computer. Computer is an advanced electronic device that takes raw data as input from the user and processes these data under the control of set of instructions (called program) and gives the result (output) and saves output for the future use. It can process both numerical and non-numerical (arithmetic and logical) calculations. Characteristics of computers: The major characteristics of computer can be classified in to speed, accuracy, diligence, versatility and memory which are as follows: 1) Speed :- The computer is able to process the date and give the output in fractions of seconds such that required information is given to the user on time enabling the user to take right decisions on right time. A powerful computer is capable of executing about 3 million calculations per second. Speed is the amount of time taken by the computer in accomplishing a task of an operation. The time taken by a computer to perform a particular task is far less than that taken by than a human being. Different computers are classified on the basis of their speed by comparing their MIPS (Million Instructions Per Second). 2) Accuracy :- Inspiteof its high speed of processing, the computers accuracy is consistently high enough which avoids any errors. If it all there are errors, they are due to errors in instructions given by the programmer. Accuracy refers to the degree of correctness and exactness of operations performed by a computer. In the absence of bad programming, computers do not commit errors and are capable of handling complex instructions accurately. If the data fed into a computer is not error free, it is likely to produce inaccurate results. 3) Reliable :- The output generated by the computer is very reliable, but it is reliable only when the data, which is passing as input to the computer and the program, which gives instructions are correct and reliable. Computer systems are non-respondent to human factors like fatigue, tiredness or boredom. Therefore, they are more likely to work repeatedly and efficiently. In case of any failure in a computer system, there are provisions for immediate backup of information and programs. 1
4) Storage Capacity :- The computer has a provision to store large volumes of data in the small storage devices, which have capacity to store huge amounts of data and help the retrieval of data an easy task. It refers to the capacity of a computer to store data and programs. Storage is done in storage media such as CDs, Floppies, DVDs, RAM (Random Access Memory), ROM (Read Only Memory). 5) Versatile :- Computers are capable of performing all levels of tasks- simple or complex. Therefore, they can be used in any area-science, technology, business, finance, accounts, communications and so on. The computer perform three basic operations: a. It is capable to access and accept information through various input-output devices from the user. a. It performs basic Arithmetic and Logic operations on data as desired. b. It is capable to generate the desired output in the desired form. 6) Automation :- Once the instructions fed into computer it works automatically without any human intervention until the completion of execution of program until meets logical instructions to terminate the job. Limitation of Computer: 1) Computer does not work on itself, it requires set of instructions to be provided, and else computer (Hardware) is waste. 2) Computer are not intelligent, they have to be instructed about each and every step which they have to perform 3) Computers cannot take decisions on its own, one has to program the computer to take an action if some conditional prevail. 4) Computers, unlike humans cannot learn by experience. 5) Computers can t Think: Computers cannot think and they can t do any job unless they are first programmed with specific instructions for same. They work as per stored instructions. Algorithms are designed by humans to make a computer perform a special task. This is also called artificial intelligence. 6) Computers can t Decide: 2
Computers are incapable of decision making as they do not possess the essential elements necessary to take a decision i.e. knowledge, information, wisdom, intelligence and the ability to judge. 7) Computers can t Express their Ideas: In any type of research ideas plays a vital role. In this context, computers can t express their ideas. 8) Computers can t Implement: Though computers are helpful in storage of data and can contain the contents of encyclopedias even, but only humans can decide and implement the policies. 2.2 Central Processing Unit (CPU) / Unit Pemprosesan Utama. Dikenali sebagai pusat atau otak sistem komputer. Juga dipanggil prosesor, menginterpretasi dan melaksanakan arahan asas yang mengoperasikan sesebuah komputer. Merupakan bahagian komputer yang paling rumit dan berkuasa. CPU mempengaruhi kuasa komputeran dan menguruskan kebanyakan operasi komputer. Antara tugas utama : i. mengendalikan pemprosesan maklumat berdasarkan arahan yang diberi ii. Menginput maklumat-maklumat ( Data dan Program ) ke dalam sistem komputer iii. Menyimpan arahan-arahan dan data-data yang digunakan untuk pemprosesan iv. Melaksanakan arahan-arahan pemprosesan data v. Memindahkan hasil-hasil pemprosesan kepada bentuk yang difahami dan boleh digunakan oleh manusia ataupun komputer-komputer lain Kelajuan diukur dalam unit mega hertz (MHz) dan kini GegaHertz (GHz) Pengeluar CPU: i. Intel ii. Advanced Micro Device(AMD) iii. Cyrix iv. IBM Prosesor Khas i. Xeon Direkabentuk khas untuk pelayan (server) Dikeluarkan pada tahun2001 dengan kelajuan 1.4GHz ke atas Mengandungi 140 juta transistors ii. Centrino Direkabentuk khas untuk notebook 3 komponen: a. Unit kawalan: Mengawal operasi CPU berdasarkan isyarat kawalan. 3
Mengawal dan mengkordinasikan operasi-operasi seluruh sistem komputer. Mentafsirkan semua langkah-langkah program. Mengeluarkan arahan-arahan kepada unit-unit lain. Mengawal aliran-aliran data semasa pemprosesan. b. Unit Arithmetik & Logik: Operasi arithmetic (pengiraan) campur, tolak, bahagi, darab dan sebagainya Operasi logik DAN, ATAU, TAK c. Daftar (registry): Ruang ingatan sementara untuk menyimpan keputusan pemprosesan dan maklumat kawalan. Terdapat sejumlah daftar untuk fungsi-fungsi tertentu. Antara daftar yang ada seperti: i. Daftar pembilang aturcara memegang suruhan berikutnya. ii. Daftar suruhan memegang suruhan yang sedang dilaksanakan. Memori: Sewaktu memproses data dan arahan, prosesor meletakkan data dan arahan dalam memori (storan sementara) Juga dipanggil storan primer Memori menyimpan 3 perkara asas: i. Sistem operasi ii. Program aplikasi iii. Data yang diproses Terbahagi kepada 2 iaitu: i. RAM (Random Access Memory) / Memori Volatile Kandungan hilang bila komputer ditutup ii. ROM (Read Only Memory) / Memori Nonvolatile Kandungan tidak hilang bila komputer tutup Kedua-duanya mempunyai fungsi yang agak sama iaitu mengandungi data atau arahan yang akan digunakan oleh pemproses untuk melaksanakan tugasan. Ia juga mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu : i. Lokasi alamat (address location) - tempat / ruang bagi prosesor menyimpan arahan dan data ii. Ruapan (volatility) - samada ingatannya kekal atau tidak apabila bekalan eletrik dimatikan. iii. Capaian masa (access time) - masa yang diambil oleh prosesor untuk membaca dan menulis arahan 4
2.3 Input and Output Devices. PERANTI INPUT Peranti yang membolehkan pengguna memasukkan data ke dalam komputer. Ia berperanan sebagai penyalur bagi membolehkan pengguna memberi arahan dan maklumat kepada sistem komputer. Maklumat yang dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses akan melalui peranti input boleh berbentuk teks, data, imej dan bunyi. Berikut adalah jenis-jenis peranti input komputer: i. Papan Kekunci (Keyboard) - membenarkan pengguna memasukkan teks dan arahan kepada komputer - Terdapat 2 jenis papan kekunci iaitu: a. Qwerty QWERTY ialah bentangan papan kekunci yang paling biasa digunakan untuk papan kekunci komputer dan mesin taip pada hari ini dan direkabentukkan pada tahun 1874. b. Dvorak 5
Dvorak adalah sebuah papan kekunci yang direkabentukkan tahun 1936, tetapi gagal menggantikan papan kekunci QWERTY. ii. Tetikus (Mouse) - digunakan sebagai penunjuk untuk mengawal kursor dan untuk memilih objek. - Tetikus menerima input pengguna berasaskan sentuhan pada dua butang yang terdapat di atasnya. - Secara amnya terdapat 3 jenis tetikus iaitu: a. Tetikus mekanikal -Terdapat satu bebola getah bahagian bawah tetikus. Apabila ia digerakkan, bebola getah berkenaan akan bergerak secara fizikal kepada isyarat elektronik. Isyarat elektronik ini akan dihantar ke komputer. Jenis tetikus ini biasanya memerlukan tempat yang rata untuk beroperasi dan biasanya pelapis ataupun mouse pad. b. Tetikus Optikal - Tetikus jenis ini tidak menggunakan bebola getah untuk bergerak tetapi pergerakannya dikesan menggunakan pancaran cahaya. c. Tetikus Wayarless fungsinya sama tapi tidak menggunakan wayar. iii. Bebola Jejak - Bebola Jejak (trackball) menjalankan tugas yang sama seperti tetikus. Prinsip operasi bebola jejak ini juga sama seperti tetikus. - Pengguna perlu memusingkan dengan tangan bola getah yang sebesar bola snuker (snooker). Penuding (pointer) akan digerakkan pada skrin monitor. iv. Pad sentuh (Touch Pad) - Dulu komputer notebook banyak menggunakan bebola jejak tetapi sekarang kebanyakannya telah menggunakan pad sentuh (touch pad) untuk mengerakkan penuding (pointer) pada skrin monitor. Penuding akan bergerak mengikut bahagian pad sentuh (touch pad) yang disentuh oleh anda. v. Mikrofon 6
- Alat yang digunakan untuk merakam suara dan disimpan di dalam komputer vi. Pengimbas (Scanner) - Mesin yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam komputer dengan mengimbas maklumat. Pengimbasan ini dilakukan sama ada melalui kaedah optik atau magnet. - Pengimbas imej (image scanner) merupakan peranti yang menukarkan semua teks, lukisan, gambar, objek dan lain-lain ke bentuk digital. - Terdapat 3 jenis pengimbas iaitu: a. Flatbed Scanner Pada pengimbas gambar Flatbed, kertas diletakkan di atas kaca pengimbas, kemudian lampu dan sensor pengimbas akan bergerak menyusuri kertas tersebut untuk memperoleh gambarnya b. Hand-held scanner (smartcard reader) Apabila kita menekan butang imbas pada pengimbas pegang tangan, diod pemancar cahaya (LED) akan menerangi imej di bawah pengimbas. Cermin yang terletak menyerong dan tersongsang di atas tingkap pengimbas akan memantulkan imej pada kanta pengimbas. c. Barcode scanner vii. Kamera Digital - Alat merakamkan gambar serta bunyi pada pita video dan memancarkannya pada skrin monitor viii. Pemacu Cakera Padat - alat yang boleh membaca dan merekodkan data ke dalam cakera padat melalui teknologi laser ix. Joystick 7
x. Mesin CT X-Ray xi. Pengimbas cap jari PERANTI OUTPUT Peranti Output merujuk kepada maklumat yang terhasil ekoran daripada proses pemprosesan data Peranti output pula menterjemah maklumat yang diproses dari komputer ke bentuk yang boleh difahami manusia. Peranti yang berfungsi untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh komputer untuk dilihat, didengar atau digunakan oleh pengguna Contoh peralatan bagi peranti output ialah: i. Monitor - Alat yang digunakan untuk memaparkan output yang dikehendaki - Monitor komputer berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, statik atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik. - Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama seperti yang digunakan pada tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT. - ii. Pembesar Suara - Alat yang digunakan untuk mengeluarkan bunyi - Pembesar suara merupakan transduser elektroakustik menukar isyarat elektrik kepada bunyi. - Pembesar suara menolak satu perantaraan menurut denyutan isyarat elektrik, dengan itu menyebabkan gelombang bunyi terhasil dari mana ia boleh diterima oleh telinga. iii. Pencetak - Alat yang digunakan untuk mencetak pelbagai maklumat dalam bentuk hard copy 8
- Pencetak adalah salah satu peranti keluaran yang berkeupayaan untuk menghasilkan laporan dan dokumen perniagaan. - Pencetak boleh dibahagikan kepada dua kategori besar iaitu: a. Pencetak hentaman Dengan pencetak hentaman, cetakan berlaku disebabkan oleh tukul yang mengetuk bentuk aksara dan bentuk aksara ini kemudiannya mengetuk reben berdakwat, menyebabkan reben menekan imej aksara tersebut ke atas kertas. b. pencetak tanpa hentaman - Pencetak baris tanpa hentaman merupakan sejenis pencetak komputer yang menggunakan kaedah laser, elektrostatik atau kaedah pancutan dakwat adalah pencetak yang terlaju dan paling senyap. iv. Projektor LCD - Alat yang digunakan untuk memaparkan imej, huruf dan nombor dari komputer ke layar. - Projektor LCD merupakan salah satu jenis projektor yang digunakan untuk memaparkan video, gambar, atau data dari komputer pada sebuah skrin. - Projektor jenis ini merupakan jenis yang lebih moden dan merupakan teknologi yang dibangunkan dari jenis sebelumnya dengan fungsi sama iaitu Overhead Projector (OHP) kerana pada OHP datanya masih berupa tulisan pada kertas putih. v. Mesin plot (plotters) 2.4 Computer Peripherals Maksud Dan Jenis Persisian Perkakasan luaran yang disambungkan kepada komputer dikenali sebagai Peranti Persisian ( Peripheral Devices ) Terdapat tiga jenis Peranti Persisian: a. Peranti Input b. Peranti Output c. Peranti Storan Peranti Input Peranti input adalah merupakan peranti elektrik yang disambungkan kepada komputer dan menghasilkan signal input. Peranti Output 9
Ouput adalah hasil daripada aktiviti proses data yang di kendalikan oleh sistem. Output dari komputer boleh juga di cetak atau dipaparkan. Peranti output ialah perkakasan dari komputer yang mampu menghantar atau menunjukkan maklumat kepada satu atau lebih pengguna. Output boleh dipaparkan, dicetak dan mempersembahkan hasil kerja sesebuah komputer. Peranti Storan Dokumen dan maklumat yang disimpan di dalam komputer boleh dicapai semula apabila diperlukan kelak. Storan komputer akan menghalang data dalam bentuk elektromagnet daripada dicapai oleh pemprosesan komputer Jenis-Jenis Peripheral i. Pencetak Pencetak komputer adalah sejenis mesin elektronik yang berkeupayaan menerima arahan daripada CPU untuk mencetak Sebarang maklumat yang berkandung dalam ingatan komputer mengikut arahan pengguna. Bagi setengah pencetak hanya berupaya mencetak huruf dan angka sahaja. Ada juga pencetak yang berupaya mencetak lebih daripada itu dengan maksima boleh mencetak gambar atau grafik. ii. Pengimbas Peranti ini menukarkan imej, teks, lukisan, gambar dan yang serupa dengannya pada helaian kertas kepada bentuk digital untuk dimasukkan secara langsung ke dalam komputer. Imej yang telah diproses boleh dipaparkan di skrin, disimpan di peranti storan dan dihantar kepada komputer lain. iii. Projektor LCD Mempunyai fungsi yang sama seperti monitor. Tetapi projektor LCD biasanya digunakan untuk menyangkan tayangan dalam sesuatu kawasan yang luas seperti di dalam dewan yang mana mempunyai ramai orang. iv. Kamera Digital Kamera digital adalah sama dengan kamera tradisi kecuali imej direkod secara digitalpada cakera atau dalam ingatan kamera dan bukan ke filem. Anda boleh mengambil gambar, melihat dan meletakkannya di dalam web dalam masabeberapa minit sahaja. v. External CD 10
Berfungsi sebagai sebuah peranti luaran yang akan memainkan cakera keras bagi sesebuahlaptop atau komputer. vi. Storan Luar Merupakan salah satu ruang ingatan luaran pada sesebuah komputer. Ianya sangat mudah untuk di menyimpan data, maklumat, dokumen, muzik, video dan bermacammacam lagi. 2.5 Storage Devices. Tempat menyimpan data secara kekal supaya boleh digunakan semula apabila diperlukan. Digunakan untuk menyimpan data, perisian aplikasi dan perisian sistem pengoperasian. Peranti storan komputer boleh terdapat di dalam sistem unit dan juga di luar sistem unit. Terdiri daripada 2 jenis: i. Storan Primer / Utama (memori) ii. Storan Sekunder Storan Primer / Utama (memori) Storan primer berada berasingan dengan CPU tetapi ia selalu berinteraksi atau dicapai oleh CPU Terbahagi kepada dua jenis: i. RAM (RANDOM ACCESS MEMORY) ii. ROM (READ ONLY MEMORY) RAM (RANDOM ACCESS MEMORY) Ingatan UTAMA komputer Data boleh dibaca (dicapai) atau ditulis (simpan) Simpan data dan program yang boleh diakses oleh CPU Simpan maklumat dan data secara sementara. Ingatan sementara khusus untuk menyimpan maklumat yang sedang diproses. 11
Meruap (volatility) dimana program dan data di dalam RAM akan hilang apabila pc ditutup. RAM hanya akan menyimpan maklumat apabila ada aliran elektrik. RAM Menyimpan Data Semasa Dan Selepas berlakunya Proses Fungsi RAM: Untuk menyimpan aturcara sistem pengendalian dan perisian sistem Untuk menyimpan aturcara aplikasi seperti pemprosesan kata, hamparan dan pangkalan data Untuk menyimpan data sementara iaitu data yang diterima dari peranti input atau storan sekunder untuk di proses atau untuk dihantar ke peranti output selepas pemprosesan ROM (READ ONLY MEMORY) Tidak meruap (non-volatility) (memegang data dan program walaupun komputer ditutup dan dibuka semula Program didalam rom ada prarekod. Hanya boleh disimpan oleh pembina program. Apabila ia dibuat maka ia tidak boleh diubah Data boleh dibaca (dicapai) tetapi tidak boleh ditulis(simpan) Fungsi ROM: Menyimpan arahan yang unik dan penting seperti arahan mengidupkan komputer, bahasa penterjemah aras tinggu dan sistem pengoperasian. PERBEZAAN RAM vs ROM RAM Simpan Data Semasa Dan Selepas berlakunya Proses PERBANDINGAN VS Data & program ROM Data yang disimpan oleh pengeluar 12
Maklumat disimpan sementara Sangat cepat tetapi menggunakan kuasa yang lebih Kandungan Masa memproses Maklumat disimpan kekal Cepat tetapi menggunakan masa yang sedikit Meruap Kemeruapan Tidak meruap Storan Sekunder Storan sekunder adalah sebarang peranti storan yang direkabentuk untuk menyimpan data dan arahan dalam bentuk kekal. Ia akan kekal sehingga fail tersebut dihapuskan. Saiz storan sekunder lazimnya adalah seperti 512MB, 4GB, 320GB atau 10TB. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu: i. Medium magnet ii. Medium optik iii. Ingatan Kilat (Flash memory) Medium Magnet - Ciri- ciri: a. Simpanan tidak meruap. Boleh dalam pelbagai bentuk magnetik untuk mempersembahkan maklumat. b. Peranti menggunakan cakera yang disalut bahan sensitif bermagnet- Contoh simpanan magnetik adalah: o cakera magnetik (disket/cakera keras) Cakera keras adalah sekeping logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik. Setiap kepingan logam itu disadur dengan ferum oksida Disket diperbuat daripada plastik mylar, berbentuk cakera liut dan permukaannya diselaputi oleh magnetik oksida. Data yang disimpan di dalamnya diwakilkan oleh titik-titik magnet. o tape magnetik (video kaset) 13
Medium Optik - Ciri-ciri: a. Simpanan tidak meruap. Rata, bulat,mudah alih & diperbuat daripada logam dan plastik b. Ditulis dan dibaca oleh LASER c. Medium optik biasanya digunakan untuk mengagihkan pangkalan data, pakej perisian aplikasi, video atau filem, video permainan dan rujukan yang besar. d. Pelbagai jenis seperti Cakera Padat(CD), Cakera Digital Serba Boleh (DVD) & Cakera Blu Ray e. Dipasaran dikenali sebagai CD-R, CD-RW, DVD-RW (-R bermaksud data boleh dibaca & ditulis sekali sahaja dan data tidak boleh dipadam) (-RW bermaksud data boleh baca, tulis, padam dan ditulis semula) 14
Ingatan Kilat (Flash Memory) - Simpanan tidak meruap. Memori boleh baca, tulis, padam dan tulis semula yang berfungsi seperti ram dan cakera keras. - Memori kilat (flash) menyimpan bits daripada data elektronik didalam sel memori sama seperti dram (dynamic ram). - Berfungsi seperti cakera keras dimana walaupun pc ditutup dan dibuka semula, data kekal dalam memori. - Contoh; SD Card, MM Card, MemoriStick, Thumbdrive/Flashdrive dll PERBEZAAN STORAN PRIMER vs STORAN SEKUNDER STORAN PRIMER Mudah Alih Meruap (RAM), Maklumat disimpan sementara PERBANDINGAN VS Pegangan data Tidak STORAN SEKUNDER Meruap dan maklumat disimpan kekal Lebih mahal Kos / Harga Murah Terhad Kapasiti storan Tidak terhad Wajib Keperluan Tidak wajib Cepat Masa akses Lambat Tetap Mudah alih Mudah alih Contoh-contoh lain media storan: i. Storan awan (Cloud storage) REFERENCE 1. Unit Latihan, Penerbitan dan Audio Visual. Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi. Kementerian Kesihatan Malaysiahttp://ww2.sabah.gov.my/mafi/download/Pengenalan_Asas_kepada_Komputer.pdf 15
2. https://ictevolution.wordpress.com/nota/bahagian/peripheral-4/ 3. http://www.ehow.com/list_6936517_types-computer-peripherals.html 4. www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/bab%202.pdf 5. ww2.sabah.gov.my/mafi/download/pengenalan_asas_kepada_komputer.pdf 6. DBK14502. Sistem Komputer & Rangkaian. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 16