APLIKASI MUDAH ALIH MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI RANGKAIAN DATA RAYA (CheckLine)

Similar documents
APLIKASI MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI MENGGUNAKAN RANGKAIAN WI-FI. Miza Faizah Binti Amin Prof. Madya Dr. Rosilah Binti Hassan

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS


SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN


AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

SISTEM PENYULITAN DAN PENYAHSULITAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALGORITMA RIVEST SHAMIR ADELMAN

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

DYNAMIC TIMESLOT ALLOCATION TECHNIQUE FOR WIRELESS SENSOR NETWORK OON ERIXNO

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

PENGESANAN PAKET RANGKAIAN UNTUK FORENSIK MEMORI NOR NADIA ABDULLAH MARZUKI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

PEMBANGUNAN PERISIAN BAGI MENGGALAKKAN PENGGUNAAN GOOGLE DRIVE DI KALANGAN AHLI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM SEMAKAN SAMAN KENDERAAN

PERFOMANCE ANALYSIS OF SEAMLESS VERTICAL HANDOVER IN 4G NETWOKS MOHAMED ABDINUR SAHAL

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

SISTEM PENGURUSAN DATA FORENSIK DIGITAL. Azamuddin Haziq Bin Samsudin. Khairul Akram Zainol Ariffin

SISTEM PENGHANTARAN MESEJ SEGERA PELBAGAI PELANTAR BERASASKAN JAVA SAZARUL IZAM BIN MD SAAD. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

SISTEM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL

SISTEM PENGURUSAN FORENSIK DIGITAL

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

REPOSITORI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU BERASAS ONTOLOGI

SKS 3124 PENDAWAIAN RANGKAIAN

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

VISUALISASI DATA SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Illi Nadia binti Mohd Khairuddin Prof. Madya Dr. Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

FUZZY NEURAL NETWORKS WITH GENETIC ALGORITHM-BASED LEARNING METHOD M. REZA MASHINCHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM POS BERSAMA PENGURUSAN INVENTORI (SPPI)

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

SISTEM KESELAMATAN PENGHANTARAN FAIL MENGGUNAKAN TEKNIK KRIPTOGRAFI DAN STEGANOGRAFI SATHIAPRIYA A/P RAMIAH

KELAS MAYA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PENGARUSAN VIDEO LIEW SHAW CHIN

TEKNIK MESIN SOKONGAN VEKTOR UNTUK SISTEM PENGESANAN PENCEROBOHAN BERASASKAN RANGKAIAN

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

ISOGEOMETRIC ANALYSIS OF PLANE STRESS STRUCTURE CHUM ZHI XIAN

DEFINASI RANGKAIAN AWAN

SISTEM PENGURUSAN AKREDITASI MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY. New Eng Yau Ts. Dr. Zulkefli Mansor

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

SISTEM E-PILIH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERDASARKAN PELAYAN MOHD RIFAEI MOHD KAMIL KHAIRUDDIN OMAR

Sistem Pengurusan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Secara Online

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE ENHANCEMENT OF AIMD ALGORITHM FOR CONGESTION AVOIDANCE AND CONTROL

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS522 Advanced Data Communication & Computer Networks [Rangkaian Komputer & Komunikasi Data Lanjutan]

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

MULTICHANNEL ORTHOGONAL FREQUENCY DIVISION MULTIPLEXING -ROF FOR WIRELESS ACCESS NETWORK MOHD JIMMY BIN ISMAIL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELIABILITY PERFORMANCE EVALUATION AND INTEGRATION OF ROUTING ALGORITHM IN SHUFFLE EXCHANGE WITH MINUS ONE STAGE

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

Sistem Capaian Berbilang Terminal

AUTOMATIC APPLICATION PROGRAMMING INTERFACE FOR MULTI HOP WIRELESS FIDELITY WIRELESS SENSOR NETWORK

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

PEMPROSESAN ISYARAT DIGITAL DAN FUZZY CLUSTER UNTUK PENGESANAN DAN KLASIFIKASI PEMATUHAN VASKULAR YAP YAO YOUNG PROF. DR.

SISTEM E-RELOAD SOLEHA BINTI SALLEH

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang

SISTEM PENGURUSAN KES FORENSIK DIGITAL MENGGUNAKAN VIRTUAL PRIVATE NETWORK (VPN) NURELISHA SHAFWANA BINTI MOHD GHAZALI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

DETECTION OF WORMHOLE ATTACK IN MOBILE AD-HOC NETWORKS MOJTABA GHANAATPISHEH SANAEI

SISTEM PENGESANAN PERGERAKAN BERASASKAN SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) KHAIRUNNISA BT ISMAIL

1100 O 9 ) f. o( 11 O O O 8 )!: 'l. '''' t ''!!K. Ragb Orner Mohamed Saleh. PUSAT PEMBELAJARAN DIGITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH. ,.',)_ j,i...

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

PENGECAMAN NOMBOR PLAT KENDERAAN MENGGUNAKAN CONVOLUTIONAL NEURAL NETWORK. Lim Woo Shaun Siti Norul Huda Sheikh Abdullah

KAEDAH SISIPAN UNTUK PEMBESARAN IMEJ WEBMIKROSKOPIK. Alvin Low Kah Sheng Prof Madya Dr. Shahnorbanun Binti Sahran

VEHICLE CLASSIFICATIONS, COUNTING AND MANAGEMENT SYSTEM USING CONVOLUTIONAL NEURAL NETWORK. Siti Norul Huda bt. Sheikh Abdullah Tee Hui Ting

PENILAIAN PRESTASI SUARA MELALUI PROTOKOL INTERNET (VoIP) MELALUI RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT TANPA WAYAR (WLAN)

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

ANOMALY DETECTION IN WIRELESS SENSOR NETWORK (WSN) LAU WAI FAN

SISTEM PENGURUSAN CUTI PRASARANA MALAYSIA BERHAD. Mohd Fitriyanshah Bin Nursyal. Mohd Rosmadi Mokhtar

OPTIMIZED BURST ASSEMBLY ALGORITHM FOR MULTI-RANKED TRAFFIC OVER OPTICAL BURST SWITCHING NETWORK OLA MAALI MOUSTAFA AHMED SAIFELDEEN

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS522 Advanced Data Communication and Computer Networks [Rangkaian Komputer dan Komunikasi Data Lanjutan]

OPTIMIZE PERCEPTUALITY OF DIGITAL IMAGE FROM ENCRYPTION BASED ON QUADTREE HUSSEIN A. HUSSEIN

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

TRUSTED CLOUD COMPUTING FRAMEWORK IN CRITICAL INDUSTRIAL APPLICATION MERVAT ADIB BAMIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGECAMAN NOMBOR PLAT KENDERAAN SECARA PERDUAAN MULTI-ARAS AMBANG BEROPTIMAL BERDASARKAN ALGORITMA LEBAH

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

MICRO-MOBILITY ENHANCEMENT IN MULTICAST MOBILE IPv6 WIRELESS NETWORKS. By YONG CHU EU

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Mohd Hazmi Kasmin. Pusat Teknologi Maklumat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Transcription:

APLIKASI MUDAH ALIH MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI RANGKAIAN DATA RAYA (CheckLine) ZAILIA MD SALLEH ROSILAH HASSAN ABSTRAK Data Raya merupakan data yang berada di sekeliling kita. Data yang dihasilkan dan disimpan oleh pengguna melalui media sosial, transaksi atas talian dan sebagainya merupakan data yang digambarkan sebagai Data Raya. Pada zaman yang penuh dengan peningkatan dari segi teknologi, menjadi satu keperluan untuk menghantar dan mengakses data. Hal ini kerana, teknologi mempunyai pelbagai perkhidmatan mudah alih yang membantu menyumbang dalam penghasilan dan perolehan data. Salah satu punca yang menghalang keperluan ini ialah rangkaian yang tidak stabil. Rangkaian yang tidak stabil ini boleh menyebabkan penghantaran dan perolehan data pengguna diganggu atau kehilangan data. Laporan projek tahun akhir ini menerangkan tentang pembangunan Aplikasi Mudah Alih Mengukur Daya Tahan Komunikasi Rangkaian Data Raya. Objektif utama bagi pembangunan aplikasi ini ialah membantu meminimumkan kehilangan data dan mengurangkan kegagalan rangkaian sewaktu pengguna menghantar dan mengakses data. Aplikasi Mudah Alih Mengukur Daya Tahan Komunikasi Rangkaian Data Raya yang dinamakan CheckLine dibina bagi membantu dalam menyelesaikan masalah ini. 1. PENGENALAN Data merupakan sekumpulan fakta yang telah diterjemaah dalam bentuk yang lebih mudah untuk diproses dan difahami. Manakala, Data raya (big data) merupakan satu set data yang terdiri daripada tiga komponen utama iaitu data yang besar, kompleks dan pelbagai format (Sagiroglu & Sinanc 2013). Istilah data raya ini digunakan merujuk kepada peningkatan data yang sukar untuk disimpan, diproses dan dianalisis (Abaker et al. 2014). Keperluan untuk penghantaran, penyimpanan dan akses data amat penting dalam aplikasi data raya. Antara isu berkaitan data raya seperti yang berlaku pada media sosial Facebook, memproses sekitar 10 terabyte data sehari bersamaan dengan 10000 gigabyte data. Peningkatan data ini kebanyakkannya berpunca dari media sosial, gambar-gambar digital, kamera litar tertutup (CCTV), sistem kedudukan sejagat (GPS) dan lain-lain(nuruddin 2016). Rajah 1 menunjukkan bagaimana penghantaran dan pencapaian data berlaku di dalam rangkaian. Pengguna boleh menghantar data dan mencapai data melalui rangkaian internet. Kemungkinan data yang ingin dicapai tidak hadir pada waktu yang tepat ataupun data tersebut hilang didalam rangkaian disebabkan oleh packet drop atau kesesakkan rangkaian. 1

Rajah 1 Aliran Data Berikutan lambakan data, terdapat keperluan untuk memastikan data raya yang ingin diakses dapat diperolehi tanpa sebarangan halangan dari segi rangkaian. Aplikasi yang ingin dibangunkan ini merupakan aplikasi mudah alih mengukur daya tahan komunikasi rangkaian data raya yang dinamakan CheckLine. 2 PENYATAAN MASALAH Isu yang sering dibangkitkan berkaitan dengan data raya adalah isu penyimpanan dan pengangkutan data. Data yang dihasilkan oleh pengguna semakin meningkat dan ini menyebabkan tempat penyimpanan data penuh terutama sekali pada penyimpanan awan. Masalah yang ingin diketengahkan di dalam kajian ini ialah masalah talian internet yang tidak stabil yang boleh mengganggu urusan pengguna ketika ingin memuat turun dan memuat naik data. Hal ini juga boleh menyebabkan pengguna tidak menyedari jika data yang disimpan dipinda dengan lancar dan adakah sambungan rangkaian yang dipilih stabil untuk digunakan. 3 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan utama objektif kajian adalah untuk meminimumkan kehilangan data atau kegagalan rangkaian antara penghantar dan penerima. 4 METHOD KAJIAN Metodologi yang digunakan bagi membangunkan aplikasi berasaskan web ini ialah metodologi Agile. Pemilihan metodologi Agile berikutan model ini fleksibel berbanding 2

model lain. Kebanyakkan model yang lain perlu melengkapkan satu fasa sebelum bergerak ke fasa seterusnya. Manakala metodologi Agile pula perlu melengkapkan kesemua fasa dan apabila terdapat sebarang ralat atau tidak memenuhi keperluan projek, pembina harus mengulangi semula dari fasa yang pertama dan seterusnya. Dalam metodologi Agile, sebarang perubahan yang diusulkan ketika perlaksanaan projek adalah diterima tetapi pada skala masa yang telah ditetapkan dan pengujian aplikasi dijalankan sepanjang perlaksanaan projek (Martin & Hall 2003). Rajah 2 merupakan gambaran bagi metodologi Agile. 4.1 Fasa Analisis Fasa ini bertujuan untuk menganalisis keperluan dan perisian bagi membangunkan aplikasi CheckLine. Dalam fasa ini pengumpulan data dijalankan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. 4.2 Fasa Rekabentuk Rekabentuk antaramuka dilaksanakan dalam fasa ini. Rekabentuk yang dihasilkan bagi aplikasi CheckLine mestilah sesuai dan menepati keperluan serta mudah difahami oleh pengguna. 4.3 Fasa Perlaksanaan Fasa ini merupakan fasa dimana aplikasi dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan dan pangkalan data yang dipilih. Dalam fasa ini, perlaksanaan fungsi aplikasi CheckLine dibina mengikut objektif. 4.4 Fasa Pengujian 3

Fasa Pengujian merupakan fasa yang penting dalam metodologi ini. Hal ini kerana, ralat yang terdapat di dalam aplikasi CheckLine dapat dikenalpasti dan dibaiki dengan pantas disebabkan oleh pengujian yang beterusan pada setiap peringkat Rajah 2 Metodologi Agile 5 HASIL KAJIAN Peningkatan data merupakan isu masa kini yang diketengahkan oleh ramai pihak. Istilah yang sinonim dengan peningkatan data yang menjadi isu didalam dunia teknologi maklumat ialah data raya (Nuruddin 2016). Data yang terlampau banyak, besar dan kompleks ini mengundang pelbagai spekulasi positif mahupun negatif. Antara spekulasi yang dibincangkan ialah adakah data raya membawa lebih keburukkan ataupun sebaliknya? Dari sudut positifnya, data raya membuka banyak peluang pekerjaan terutamanya dalam bidang telekomunikasi dan maklumat yang ingin dicapai oleh pengguna menjadi lebih mudah dan efisien. Manakala spekulasi negatif yang sering dibincangkan pula ialah data mudah diceroboh dan dimanipulasi oleh orang yang tidak bertanggungjawab dan hal ini kebanyakkannya tidak disedari oleh pengguna itu sendiri disebabkan data yang disimpan terlampau banyak (Ward & Barker 2013). Data yang dihasilkan oleh pengguna terlampau banyak sehinggakan pengguna menggunakan alternatif storan selain perkakasan iaitu storan awan. Storan awan sangat bermanfaat kepada pengguna dalam menyimpan data mereka. Hal ini boleh menyebabkan kesesakan trafik data berikutan penghasilan data yang banyak dan tidak tersusun. Data yang ingin dicapai oleh pengguna tidak dijamin dapat dicapai dengan segera dan tiada kehilangan paket berlaku(subashini & Kavitha 2010). Bagi memberikan rangkaian yang stabil dalam 4

pencapaian data dan meminimumkan kehilangan paket sewaktu transaksi data dijalankan aplikasi MKRD ini dibangunkan. Bagi membangunkan aplikasi CheckLine ini perkakasan seperti telefon mudah alih dan juga komputer riba amat diperlukan. Hal ini kerana segala pengaturcaraan dan alatan yang diperlukan bagi membangunkan aplikasi ini akan diprogramkan di dalam perkakasan tersebut. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat, perkakasan merupakan peralatan yang membentuk satu sistem komputer seperti monitor, papan kekunci, tetikus, unit pemprosesan dan lain-lain (Baharom 2007). Perkakasan merupakan satu komponen penting dalam membangunkan sebuah aplikasi. Hal ini kerana perkakasan merupakan perantaraan antara aplikasi yang akan dibina dengan pembangun aplikasi. Spesifikasi bagi keperluan perkakasan yang digunakan ialah: a) Komputer riba i. Komputer peribadi : Intel Core i3-3217u (1.8GHz, 3MB L3 cache) ii. Kapasiti ingatan capaian rawak (RAM) : 4 GB iii. Ruang cakera teras (Hardisk) : 500 GB iv. Sistem operasi : Windows 7 b) Telefon mudah alih i. Sistem operasi : Android Lollipop versi 5.0.2 ii. Memori dalaman : 10 GB Perisian yang digunakan bagi membangunkan aplikasi CheckLine ini terdiri daripada perisian yang membantu membina kod program, antaramuka, rajah dan sebagainya. Bagi membangunkan satu aplikasi yang berkualiti, penggunaan perisian amat penting. Menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, perisian merupakan satu program atau atur cara komputer yang dapat digunakan dengan sistem komputer tertentu (Baharom 2007). Berikut merupakan perisian yang digunakan bagi membangunkan aplikasi CheckLine. Pembangunan aplikasi ini di jalankan mengikut lakaran di dalam spesifikasi reka bentuk aplikasi. Fungsi yang telah 5

dibangunkan di dalam aplikasi ini akan diuji bagi menentukan kelancaran fungsi tersebut. Rajah 3 dan Rajah 4 merupakan antaramuka CheckLine yang telah dibangunkan. Rajah 3 Fragmen Antaramuka CheckLine Wi-Fi Rajah 4 Fragmen Antaramuka CheckLine Ping 6

Aplikasi ini menggunakan fragmen sebagai laman utama. Fragmen pertama menunjukkan fungsi Carian Wifi dan fragmen yang kedua merupakan fungsi Ujian Sambungan. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa aplikasi-aplikasi yang dikaji ini mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan aplikasi yang akan dibangunkan. Ciri-ciri tersebut akan diterapkan di dalam aplikasi CheckLine ini dan penambahbaikkan akan dilakukan bagi membangunkan satu aplikasi yang ringkas dan mudah difahami oleh pengguna. 6 KESIMPULAN Kesimpulannya, aplikasi CheckLine ini dapat membantu perolehan atau penghantaran data dengan lebih mudah disebabkan oleh rangkaian yang lebih stabil. Selain itu, aplikasi ini juga dapat mengatasi masalah yang berkaitan dengan kegagalan pencapaian maklumat oleh pengguna. Hal ini kerana pengguna dapat membuat pengujian rangkaian dahulu sebelum mencapai atau menghantar data melalui rangkaian yang dipilih. Aplikasi ini dapat menjimatkan masa pengguna dan memberikan pengguna alternatif lain dalam melakukan transaksi. 7 RUJUKAN Sagiroglu, S. & Sinanc, D. 2013. Big data: A review. 2013 International Conference on Collaboration Technologies and Systems (CTS), hlm.42 47. IEEE. doi:10.1109/cts.2013.6567202 Martin, R. C. & Hall, P. 2003. Agile Software Development Principles, Patterns, and Practices Alan Apt Series. Abaker, I., Hashem, T., Yaqoob, I., Anuar, B., Mokhtar, S., Gani, A. & Khan, S. U. 2014. The rise of big data on cloud computing_ Review and open research issues. Information Systems, 47, 98 115. doi:10.1016/j.is.2014.07.006 7