QUALITY TRAFFIC SOURCE Close Sale Whatsapp 2017 1
Ramai yang terlepas pandang bab ini. Sedangkan, bab ini adalah paling penting selepas 2 bab bonus yang baru saya kongsikan sebentar tadi. Kenapa? Ok, saya beri analogi yang cukup mudah kepada anda : kita adalah pemancing (seller), kita ada joran + umpan (copywriting power) untuk memancing ikan kelah sungai (pelanggan ideal), kita pergi pancing dekat sungai tempat orang mandi manda, bukan lubuk ikan (traffic betul). Macam mana nak dapat ikan kelah sungai kalau kita pancing di tempat yang salah, walau joran kita guna paling mahal, umpan kita pakai sotong octopus. Tapi sebab salah tempat, confirm tak dapat ikan yang kita nak. Dapat ikan Buntal. Padan Muka! :P Macam itulah kalau kita dah kenalpasti pelanggan ideal, dan tulis copywriting yang betul. Tapi disebabkan salah tempat kita post iklan tu, yang masuk dalam perangkap kita adalah bukan prospek yang kita nak. Dalam bab ini, saya gariskan 3 tempat trafik. Yang berkualiti dan yang tak berkualiti Close Sale Whatsapp 2017 2
Profile Fb Fb profile adalah tempat kedua sesuai untuk menjual. Ianya menjadi berkualiti sekiranya kita bina personal branding dahulu dan add orang-orang sepatutnya (prospek). Buat prospek kita kenal kita sebagai siapa dan apa kita jual/sediakan servis. Engagement Rate dan View Rate profile fb lebih tinggi berbanding fanpage fb, kerana ianya lebih bersifat personal. Rule Menjual Di Profile Fb : 1. Add Friend Seramai Mungkin - mengikut niche kita/target prospek. 2. Bina Personal = Branding Share apa kita buat. 3. Bagi Value sentiasa share sesuatu bermanfaat untuk friends. 4. Soft Sell tunjuk/update apa kita buat berkaitan bisnes. 5. Formula 3G1T give, give, give & take No.5 FORMULA 3G1T : Menjual di fb profile, kita tidak boleh terlalu hard sell. Boleh hard sell tapi bila waktu yang sesuai sahaja. Cara yang selamat dan berhemah adalah guna Formula 3G1T ; give, give, give & take. Berikan mereka content, tambah nilai prospek, semuanya dengan percuma. Apabila mereka menjadi follower tegar kita, masa itu adalah masa yang sesuai untuk kita jual produk. Apabila anda sudah bina empayar targeted friend sehingga cukup 5000 orang. Saya pasti, apa-apa tawaran yang anda buat mesti sukar ditolak oleh friendlist anda, sekurang-kurangnya 10% akan beli. (10% bersamaan 500 orang). Close Sale Whatsapp 2017 3
Group Fb Saya yakin, mungkin anda yang baru nak mula berbisnes akan promote produk dalam group-group iklan, kan? Tahukah anda, bahawa tempat ini (group iklan) adalah tempat yang tidak saya rekemen untuk iklankan produk. Kenapa? Saya berikan 3 SEBAB UTAMA kenapa anda perlu elakkan promosi di group iklan. 1. Group Iklan - Siapa suka?, saya sendiri tak suka scroll-scroll group iklan, malahan saya leave group. sebab serabut dengan iklan-iklan yang masuk notification dan newsfeed saya. Malah saya sendiri di-add secara spam masuk dlm group-group iklan ni, dan saya tak pernah jenguk-jenguk apa ada dalam tu. Letak diri kita sebagai customer. Adakah kita suka berada dalam group seperti itu? Close Sale Whatsapp 2017 4
2. Orang-orang yang ada dalam tu bukan pelanggan ideal kita Sebab dalam tu macam-macam orang ada, bercampur. lelaki perempuan, tua, muda. Pendek kata, kita sedang menembak pada satu sasaran yang samar. yang tak jelas, seolah-olah menembak di malam yang gelap menggunakan machine gun tanpa sasaran yang jelas. Result = 0! 3. Group Iklan adalah Group yang ramai Seller Yang menjadikan ramai orang dalam sesuatu group adalah ; 1. Seller. 2. Seller add orang entah apa-apa tanpa rela/spam. Oleh sebab yang demikian group iklan mencecah beratus ribu, dan berpuluh ribu ahli. Kita kena buka minda bahawa tidak semua group-group iklan sesuai untuk promosikan produk. Tapi saya tak nafikan, ada juga prospek datangnya dari group iklan berkenaan. Cuma potensinya rendah dan sedikit. Hal ini akan mengakibatkan, ramai yang komen pm,pm, pm. Tapi semua main-main. Main komen je. Apabila kita pm dan whatsapp. Seen sahaja, dan mereka bukan berminat pun dengan produk. Takpun tanya je lebih, belinya tak. Kita rugi masa duk layan mereka. kebanyakkan jenis kaki survey dan main2 yang ada dalam group iklan ni. Close Sale Whatsapp 2017 5
====== Fanpage + Fb Ads ====== Inilah sumber mendapatkan trafik yang betul. Sumber menjemput pelanggan yang ideal dengan menggunakan buyer profile dan copywriting yang kita baru sahaja belajar sebentar tadi. Sekarang, buyer profile kita dah ada, copywriting pun dah ready. Anda cuma perlu ada gambar sahaja. Tips Gambar : 1. gambar produk + text 2. gambar produk + testimoni 3. model bergambar dengan produk Saya pasti, trafik atau lead/prospek yang masuk atau pm/whatsapp adalah prospek yang anda mahukan, yang anda idam-idamkan. Confirm mudah close sale. Sebab kita dah tapis siap- siap prospek macam mana yang kita nak. Saya tak ulas lebih lanjut mengenai apa itu Fb Ads, mostly semua dah tahu. (kalau tak tahu, nanti kita cerita lain kali..hehe) Close Sale Whatsapp 2017 6
=== KESIMPULAN === Apabila anda sudah faham ketiga-tiga elemen penting ini. Saya yakin anda akan : 1. Dapat Quality Lead. 2. Mudah Untuk Close Sale. 3. Fb Ads Murah, (Kalau Mahal pun boleh cover sebab ROI tinggi). Sekian,Terima kasih Ikhlas, - Penulis Buku Teknik Pukau Pelanggan. Penulis Ebook Teknik Pukau Pelanggan. Penulis Ebook Close Sale Whatsapp. Copywriter & Content Writer. #AddValueToYourBusinessSkill - Ebook Tamat - Close Sale Whatsapp 2017 7