SISTEM PENGURUSAN KONVOKESYEN UTM ATAS TALIAN SITI NOORSAKILA BINTI ZAKARIA

Similar documents
Sistem Pengurusan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Secara Online

SISTEM PENGURUSAN DAN PENEMPAHAN KELAS MEMANDU BERASASKAN WEB DAN SISTEM PESANAN RINGKAS NURUL AIN BINTI ARIFFIN

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER SECARA ATAS TALIAN DI FSKSM AHMAD FARIZ B ABD RAHIM

SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

KELAS MAYA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PENGARUSAN VIDEO LIEW SHAW CHIN

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

SISTEM PENGURUSAN JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ 9, UTM BERASASKAN WEB NILAM NUR BINTI AMIR SJARIF

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)


: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (SAINS KOMPUTER) : FALKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT

Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL BERASASKAN WEB DAN PDA (COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM)

SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOLEJ 9, UTM BERASASKAN WEB DZIDATUL AKMA BINTI DZULKAFLI

SISTEM PENGHANTARAN MESEJ SEGERA PELBAGAI PELANTAR BERASASKAN JAVA SAZARUL IZAM BIN MD SAAD. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

SISTEM E-RELOAD SOLEHA BINTI SALLEH

SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKAN TEKNOLOGI WAP NIK MAZRULHAMDY BIN MOHAMMAD

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

SISTEM TEMPAHAN TIKET BAS MENGGUNAKAN APLIKASI DALAM TELEFON NOOR AZILA BINTI MOHAMED

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang

SISTEM KESELAMATAN PENGHANTARAN FAIL MENGGUNAKAN TEKNIK KRIPTOGRAFI DAN STEGANOGRAFI SATHIAPRIYA A/P RAMIAH

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

SISTEM PENGESANAN PERGERAKAN BERASASKAN SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) KHAIRUNNISA BT ISMAIL

PENGAWAL LAMPU ISYARAT MENGGUNAKAN TEKNOLOGI BLUETOOTH MOHD FAIZ BIN MOHD NAJIB

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

Dedikasi Osman Bin Shariman & Norbi Binti Hassan Muhammad Hanis Osman Shar Mariam Muhammad

PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN PROSEDUR UNIT KOMPUTER. Proses Backup ( Windows) BPKP/KlOK-118 Bilangan Semakan : Q Tarikh :

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

SISTEM PEMERHATIAN SMARTTRACK BAGI TELEFON GPS DAN KEKOTAK PENJEJAKAN YEE JIA WEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM SEMAKAN SAMAN KENDERAAN

SISTEM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PORTAL PENGGUNA BERPANDUKAN KONSEP CRM KAJIAN KES: BAHAGIAN PENGUATKUASA KPDN & HEP, JOHOR BAHRU HAM KAU FEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGINTEGRASIAN DATA EXTENSIBLE MARKUP LANGUAGE (XML) KE DALAM PANGKALAN DATA HUBUNGAN MENGGUNAKAN COMMON WAREHOUSE METAMODEL (CWM)

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

DEVELOPMENT OF SPAKE S MAINTENANCE MODULE FOR MINISTRY OF DEFENCE MALAYSIA SYED ARDI BIN SYED YAHYA KAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SISTEM PENGURUSAN FORENSIK DIGITAL

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT

APLIKASI MUDAH ALIH MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI RANGKAIAN DATA RAYA (CheckLine)

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

VISUALISASI DATA SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Illi Nadia binti Mohd Khairuddin Prof. Madya Dr. Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

AMBULANCE MANAGEMENT SYSTEM

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

ISI KANDUNGAN. Tarikh akhir kemaskini: 9 November 2016 Hakcipta Pusat Komputer, UTeM ms 2

REGISTRATION GUIDE MCIS CUSTOMER PORTAL. Page 1

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT. PROGRAM KELAYAKAN MASUK SENARAI KURSUS Sarjana Sistem Maklumat

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBANTU PEMAJU MELAKSANAKAN KONSEP BINA KEMUDIAN JUAL DI DALAM PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SISTEM PENGURUSAN DATA FORENSIK DIGITAL. Azamuddin Haziq Bin Samsudin. Khairul Akram Zainol Ariffin

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

GARIS PANDUAN PERMOHONAN IMBUHAN PENERBITAN JURNAL / PROSIDING / SITASI BERINDEKS SCOPUS

ANALISA PERPINDAHAN DATA MODEL SURFACE DI ANTARA PLATFOM CAD YANG BERBEZA ASFAEZUDDIN BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA


SISTEM E-PILIH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERDASARKAN PELAYAN MOHD RIFAEI MOHD KAMIL KHAIRUDDIN OMAR

SISTEM PENGURUSAN CUTI PRASARANA MALAYSIA BERHAD. Mohd Fitriyanshah Bin Nursyal. Mohd Rosmadi Mokhtar

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

ENHANCING TIME-STAMPING TECHNIQUE BY IMPLEMENTING MEDIA ACCESS CONTROL ADDRESS PACU PUTRA SUARLI

LOGICAL OPERATORS AND ITS APPLICATION IN DETERMINING VULNERABLE WEBSITES CAUSED BY SQL INJECTION AMONG UTM FACULTY WEBSITES NURUL FARIHA BINTI MOKHTER

SISTEM PENGURUSAN AKREDITASI MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY. New Eng Yau Ts. Dr. Zulkefli Mansor

APLIKASI MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI MENGGUNAKAN RANGKAIAN WI-FI. Miza Faizah Binti Amin Prof. Madya Dr. Rosilah Binti Hassan

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

BORANG PANGESAHAII STATUS TESIS

DETECTION OF WORMHOLE ATTACK IN MOBILE AD-HOC NETWORKS MOJTABA GHANAATPISHEH SANAEI

SESSION BASED ACTIVITY MONITORING APPLICATION FOR ANDROID TAN LEIK HO

SISTEM PENGURUSAN KES FORENSIK DIGITAL MENGGUNAKAN VIRTUAL PRIVATE NETWORK (VPN) NURELISHA SHAFWANA BINTI MOHD GHAZALI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

KRITERIA PEMILIHAN KONTRAKTOR UNTUK MELAKSANAKAN KONTRAK PENGURUSAN FASILITI NOR AZMI BIN MOHD JAMAL

PERFORMANCE EVALUATION OF LEACH PROTOCOL FOR WIRELESS SENSOR NETWORKS USING NS2 MUHAMAD FAIZ BIN RAMDZAN

HOME APPLIANCES MONITORING AND CONTROL USING SMARTPHONE APPLICATION AHMAD DANIAL BIN AHMAD NAZRI

Transcription:

SISTEM PENGURUSAN KONVOKESYEN UTM ATAS TALIAN SITI NOORSAKILA BINTI ZAKARIA Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia MEI, 2009

PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya Laporan Projek Sarjana Muda 1 ini dapat disiapkan dengan jayanya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Dr. Mohd Murtadha Bin Mohamad selaku penyelia dalam memberi pandangan dan bimbingan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat seperti Pejabat Pendaftar (Bahagian Akademik), pihak fakulti FKSM, Kelab FotoKreatif serta pihakpihak lain yag terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana memberikan kerjasama yang sebaiknya sepanjang projek ini dijalankan. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada keluarga tersayang yang sentiasa memberikan semangat dan sumber kewangan dalam penghasilan projek ini. Akhir sekali tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang membantu dalam menyiapkan projek ini. Jasa baik pihak yang terlibat amat dihargai.

ABSTRAK Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini menjadikan sistem pendidikan pengajian tinggi di Malaysia melahirkan lebih ramai graduan universiti yang cemerlang, berkualiti dan celik IT. Malahan, lebih banyak sistem manual telah dilaksanakan secara atas talian. Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian yang telah dibangunkan ini bertujuan untuk membaiki sistem sedia ada bagi memudahkan pra dan pasca graduan untuk menguruskan hari yang bersejarah mereka sebagai seorang graduan universiti dengan lebih sistematik. Sistem ini membenarkan graduan memohon pengijazahan, menyemak status permohonan serta membuat penempahan gambar graduan secara atas talian. Sistem ini juga menggunakan teknologi pesanan ringkas bagi menyebarkan status permohonan pengijazahan dan sesi penganugerahan kepada graduan yang layak menghadiri Majlis Konvokesyen. Teknik-teknik yang digunakan untuk menjalankan kajian terhadap sistem sedia ada termasuklah teknik temubual, pemerhatian dan analisa dokumen. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian ASP.NET dan Microsoft SQL Server 2000. Metodologi yang digunakan ialah Model Prototaip Evolusi yang menggunakan teknik yang berorientasikan objek. Dengan perlaksanaan sistem ini, ia dapat meringankan Pihak Pengurusan Konvokesyen dan dapat melicinkan pengurusan konvokesyen pada tahun akan datang.

ABSTRACT Through the evolution of Communication and Information Technology nowadays, the sector of high level education in Malaysia has produced many excellent graduates with high quality and IT-savvy. Furthermore, many manual systems have been developed based on online system. The aim of this project is to develop the UTM Convocation Management Online System which will upgrade the current system to ease the pre and post graduates in systematically managing their important day as the university student. This system allows the graduates to apply the graduation, checking the status of graduation and placing the order of the graduation photo through online system. Moreover, the status of graduation and the graduation session will be informed by short messaging technology to the graduates who are qualified to attend the Convocation Ceremony. The techniques that have been used towards the current system in this study including the interview, observation and document analysis. This system has been developed using the software likes ASP.NET and Microsoft SQL Server 2000. The methodology that has been used is Evolution Prototype Model which is using the object-oriented techniques. It is hoped that this system will assist the Management of Convocation Group and the convocation management for the future year.

KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGAKUAN PENILAI JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI ISTILAH SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xii xiii xv xvi xvii 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Pernyataan Masalah 2 1.3 Matlamat Projek 3 1.4 Objektif Projek 4 1.5 Skop Projek 4 1.6 Kepentingan Projek 5

1.7 Kesimpulan 5 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 7 2.2 Struktur Organisasi 8 2.2.1 Fungsi Organisasi 8 2.3 Pengumpulan Maklumat 9 2.3.1 Teknik Temubual 10 2.3.2 Teknik Pemerhatian 12 2.3.3 Teknik Analisa Dokumen 12 2.4 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 13 2.4.1 Prosedur-Prosedur Permohonan Graduan Bagi Setiap Fakulti 14 2.4.2 Kajian Terhadap Sistem Pengurusan Konvokesyen Utm Atas Talian 16 2.4.2.1 Analisis Terhadap Sistem Sedia Ada 16 2.4.2.2 Analisis Berkaitan Proses Pengurusan Konvokesyen 16 2.4.2.3 Analisis Terhadap Individu-Individu Yang Terlibat 16 2.4.2.4 Analisis Terhadap Proses Penyimpanan Data 17 2.5 Analisis Masalah Terhadap Sistem Sedia Ada 17 2.5.1 Permohonan Penganugerahan Secara Manual 17 2.5.2 Status Permohonan Atas Talian Tetapi Tidak Menggunakan Teknologi SMS 18 2.5.3 Penempahan Gambar Dan Jubah Secara Manual 18 2.6 Kajian Terhadap Teknologi SMS 19 2.6.1 SMS 19 2.6.2 NowSMS Gateway 20 2.7 Bahasa Pengaturcaraan Yang Akan Digunakan 21

2.7.1 ASP.NET 22 2.8 Pangkalan Data Yang Akan Digunakan 23 2.8.1 Microsoft SQL Server 2000 23 2.9 Kesimpulan 23 3 METODOLOGI PROJEK 3.1 Pengenalan 25 3.2 Pengurusan Projek 26 3.2.1 Microsoft Project 2003 26 3.2.2 Rational Rose Enterprise Edition 26 3.3 Pembangunan Sistem 27 3.3.1 Model Prototaip Evolusi 27 3.4 Pelaksanaan Setiap Fasa 28 3.4.1 Fasa Perancangan 29 3.4.2 Fasa Analisa 29 3.4.3 Fasa Rekabentuk 30 3.4.4 Fasa Pembangunan Prototaip 31 3.4.5 Fasa Pengujian dan Penilaian 31 3.5 Justifikasi Pemilihan Metodologi 32 3.6 Perancangan Kerja 33 3.6.1 Perancangan: Projek I 33 3.6.2 Perancangan: Projek II 34 3.7 Spesifikasi Keperluan 34 3.7.1 Spesifikasi Keperluan Perkakasan 34 3.7.2 Spesifikasi Keperluan Perisian 35 3.8 Kesimpulan 36

4 REKABENTUK 4.1 Pengenalan 37 4.2 Rekabentuk Rajah Kes Guna 37 4.3 Rajah Jujukan 40 4.4 Rekabentuk Senibina Sistem 46 4.5 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 47 4.6 Rekabentuk Pangkalan Data 53 4.7 Kesimpulan 53 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN SISTEM 5.1 Pengenalan 54 5.2 Persekitaran Pembangunan 54 5.2.1 Persekitaran Pembangunan Aplikasi Web dan SMS 55 5.3 Implementasi 55 5.3.1 Modul Pentadbir Sistem 56 5.3.2 Modul Pentadbir Konvokesyen 60 5.3.3 Modul Pentadbir Gambar 68 5.3.4 Modul Graduan 70 5.4 Fasa Pengujian 73 5.4.1 Pengujian Sistem 74 5.4.2 Pengujian Terhadap Submodul Penghantaran SMS Status Permohonan 75 5.4.3 Pengujian Terhadap Submodul Rekod Tempahan Gambar Graduan 76 5.4.4 Pengujian Terhadap Submodul Semak Status Permohonan 78 5.4.5 Pengujian Terhadap Submodul Penempahan Gambar 78 5.4.6 Pengujian Integrasi Modul 79 5.5 Kesimpulan 80

6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 6.1 Pengenalan 81 6.2 Kelebihan Sistem 81 6.3 Kelemahan Sistem 82 6.4 Kekangan Yang Dihadapi 83 6.5 Cadangan Pembaikan Sistem 84 6.6 Kesimpulan 84 RUJUKAN 86 LAMPIRAN A 88 LAMPIRAN B 90 LAMPIRAN C 95 LAMPIRAN D 99 LAMPIRAN E 113 LAMPIRAN F 115 LAMPIRAN G 117 LAMPIRAN H 120 LAMPIRAN I 123 LAMPIRAN J 132 LAMPIRAN K 145 LAMPIRAN L 151

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.3 Keperluan Perisian 35

SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Carta Alir Prosedur Permohonan Graduan (Pejabat Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat) 15 2.2 NowSMS/MMS Gateway 21 3.1 Proses metodologi Model Prototaip Evolusi 28 4.1 Gambarajah Kes Guna Pentadbir Sistem 38 4.2 Gambarajah Kes Guna Pentadbir Konvokesyen 38 4.3 Gambarajah Kes Guna Pentadbir Gambar 39 4.4 Gambarajah Kes Guna Graduan 39 4.5 Aliran Senibina Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian 46 4.6 Senibina Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian 46 4.7 Antaramuka Laman Utama Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian. 47 4.8 Antaramuka Daftar Pentadbir bagi Pentadbir Sistem 48 4.9 Skrin Telefon Bimbit bagi Pentadbir Konvokesyen Selepas Klik Butang Hantar SMS 49 4.10 Skrin Telefon Bimbit bagi Pentadbir Gambar Selepas Klik Butang Hantar SMS 49 4.11 Antaramuka Hantar SMS Status Permohonan Pengijazahan Kepada Graduan Yang Layak bagi Pentadbir Konvokesyen 50 4.12 Antaramuka Maklumat Akaun bagi Pentadbir Gambar 51 4.13 Antaramuka Borang Tempahan Gambar bagi Graduan 52 5.1 Keratan Aturcara Log Masuk bagi Pentadbir Sistem 56

5.2 Keratan Aturcara Kemaskini Maklumat Akaun bagi Pentadbir Sistem 57 5.3 Keratan Aturcara Daftar Pentadbir bagi Pentadbir Sistem 59 5.4 Keratan Aturcara Penghantaran SMS Kepada Pentadbir Yang Telah Didaftarkan oleh Pentadbir Sistem 60 5.5 Keratan Aturcara Carian Rekod Graduan oleh Pentadbir Konvokesyen 61 5.6 Antaramuka Carian Rekod Graduan bagi Pentadbir Konvokesyen 62 5.7 Keratan Aturcara Hantar SMS Status Permohonan Kepada Graduan Yang Layak bagi Pentadbir Konvokesyen 63 5.8 Antaramuka Hantar SMS Status Permohonan Kepada Graduan Yang Layak bagi Pentadbir Konvokesyen 64 5.9 Keratan Aturcara Muatnaik Dokumen Ke Dalam Folder dan Pangkalan Data bagi Pentadbir Konvokesyen 66 5.10 Keratan Aturcara Paparkan Dokumen Yang Telah Dimuatnaik bagi Pentadbir Konvokesyen 66 5.11 Antaramuka Muatnaik Dokumen bagi Pentadbir Konvokesyen 66 5.12 Antaramuka Muatnaik Dokumen Selepas Butang Muatnaik ditekan bagi Pentadbir Konvokesyen 67 5.13 Rekod Tempahan Gambar Graduan bagi Pentadir Gambar 68 5.14 Keratan Aturcara Rekod Tempahan Gambar Graduan bagi Pentadbir Gambar 70 5.15 Keratan Aturcara Daftar Akaun bagi Graduan 72 5.16 Keratan Aturcara Status Permohonan bagi Graduan 73 5.17 Pengujian Submodul Penghantaran SMS Status Permohonan 75 5.18 Skrin Telefon Bimbit Graduan Yang Layak Menghadiri Konvokesyen 76 5.19 Pengujian Submodul Rekod Tempahan Gambar Graduan 77 5.20 Kekotak Mesej Bagi Butang Kemaskini 77 5.21 Kekotak Mesej Bagi Butang Hapus 77 5.22 Pengujian Terhadap Submodul Semak Status Permohonan 78 5.23 Pengujian Terhadap Submodul Penempahan Gambar 79

SENARAI SINGKATAN SMS - Short Message Service FSKSM - Fakulti Sains Komputer Dan Sistem Maklumat UTM - Universiti Teknologi Malaysia MSC - Multimedia Super Coridor ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia UPM - Universiti Putra Malaysia HTML - HyperText Markup Language ASP - Active Server Pages SMSC - Short Message Service Center MSC - Mobile Switching Center OLAP - On-Line Analytical Processing SDLC - System Development Life Cycle UML - Unified Modeling Language PSM 1 - Projek Sarjana Muda 1 PSM 2 - Projek Sarjana Muda 2 MMSC Multimedia Messaging Centre

SENARAI ISTILAH ISTILAH KETERANGAN Gantt Chart - Carta Gantt Smart School - Sekolah Bestari Asynchoronous Message - Mesej Tak Segerak Store - Disimpan Forward - Dihantar Runtime Environment - Persekitaran Larian Class Library - Perpustakaan Kelas Clear - Padam Validation - Pengesahan Cancel - Batal Insert - Masukkan Delete - Hapus Updtae - Kemaskini Admin - Pentadbir Sistem Gateway - Get Laluan JavaScript - Skrip Java Folder - Tempat Simpanan Fail Browse - Melihat

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Carta Organisasi 88 B Soalan-Soalan Temubual 90 C Dokumen-Dokumen Berkenaan Permohonan Pengijazahan 95 D Panduan Graduan 99 E Perbandingan Sistem Sedia Ada Dan Sistem Yang Akan Dibangunkan 113 F Manual Penempahan Gambar Graduan 115 G Carta Gantt Projek 1 117 H Carta Gantt Projek 2 120 I Rajah Jujukan 123 J Rekabentuk Antaramuka Sistem 132 K Rekabentuk Pangkalan Data 145 L Manual Pengguna 151

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berupaya menjana perkhidmatan pantas dan efisien kepada masyarakat moden menggunakan medium Internet untuk memudahkan segala urusan di hujung jari sahaja. Perkembangan teknologi juga memainkan peranan penting dalam sektor pendidikan. Penyediaan MSC (Multimedia Super Coridor) adalah salah satu langkah yang telah diambil oleh pihak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Di bawah projek MSC, terdapat tujuh aplikasi telah diperkenalkan dan salah satunya adalah untuk meningkatkan sistem pendidikan negara dengan memperkenalkan teknologi maklumat sebagai satu komponen dalam persekitaran dan pembelajaran. Dengan sebab ini Sekolah Bestari (Smart School) yang berkonsepkan nilai bestari iaitu, memupuk pemikiran yang baharu dalam mengembangkan minda pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran yang dapat memanfaatkan dan mempertingkatkan penglibatan dalam teknologi maklumat dalam usaha melahirkan pelajar yang berpendidikan dan berfikiran bijak, melahirkan tenaga kerja yang bermotivasi dan berdisiplin serta rakyat yang maju dan progresif (Zaid Ahmad, Ho Hui Ling, 2006). Melalui Program Sekolah Bestari ini, sekolah-sekolah dibekalkan dengan pelbagai kemudahan yang canggih seperti komputer multimedia yang dapat membantu para guru mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menarik.

Di samping itu, ledakan teknologi maklumat masa kini telah meringankan beban pelbagai pihak kerana maklumat hanya dapat dicapai dengan mudah. Maklumat juga mempunyai tahap keselamatan yang tinggi berbanding sistem manual. Bukan sahaja capaian atas talian malah menggunakan perkhidmatan telefon mudah alih yang kini berkembang pesat dan menjadi pusat maklumat pertama menjadikan sesuatu maklumat tersebut dapat dicapai dan diterima oleh pengguna dengan lebih sistematik. Kesan daripada penggunaan telefon mudah alih secara meluas yang merupakan keperluan utama pada masa kini, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan membangunkan Gerbang SMS bagi memudahkan orang ramai. Melalui teknologi pesanan ringkas (SMS) ini, segala maklumat dapat dicapai dengan lebih mudah dan cepat. Gerbang SMS telah dilancarkan pada Persidangan CIO 2008 oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. Ini sejajar dengan tema persidangan yang mahu menjadikan ICT sebagai gaya hidup masyarakat hari ini. Dengan pelancaran Gerbang SMS ini kelak, ia secara tidak langsung memudahkan orang ramai untuk berurusan dengan kerajaan berbanding melalui kaunter, telefon, internet dan sebagainya (http://www.mampu.gov.my, 11 September 2008). Sistem yang akan dibangunkan adalah Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian. Kaedah pengurusan ini digunakan untuk memudahkan dan mempercepatkan langkah-langkah pengurusan konvokesyen kepada pihak pentadbiran sekaligus kepada graduan. 1.2 Pernyataan Masalah Antara masalah-masalah sistem semasa yang telah dikaji adalah permohonan untuk penganugerahan Konvokesyen masih dilakukan secara manual. Pelajar perlu mendapatkan borang Audit Pengijazahan Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) dan borang permohonan penganugerahan Ijazah serta mengembalikannya semula kepada pejabat fakulti masing-masing. Borang tersebut mestilah mendapat semakan dan

pengesahan daripada Penasihat Akademik. Dengan ini, pelajar terpaksa terikat dengan waktu pejabat beroperasi. Selain itu, sistem semasa hanya membenarkan pelajar menyemak status permohonan pengijazahan. Bagi pelajar yang layak, nama, kursus dan tarikh sesi penganugerahan akan dipaparkan dan set jemputan boleh dimuat turun. Selain itu, segala maklumat hanya dipaparkan di laman web tersebut. Bagi pasca graduan, mereka sukar untuk mengetahui tarikh konvokesyen berlangsung, membuat penempahan jubah dan gambar. Mereka terpaksa mengakses sistem konvokesyen yang sedia ada dan menghubungi serta meminta pertolongan daripada rakan untuk mendapatkan maklumat dan melakukan penempahan tersebut sekaligus menyusahkan pihak lain. Penempahan gambar yang dibuat secara manual menyebabkan keadaan sebelum dan semasa Hari Konvokesyen sesak dan graduan terpaksa berebut-rebut untuk membuat penempahan. Bagi pihak pengurusan konvokesyen pula, mereka perlu menyimpan borangborang permohonan tersebut. Mereka juga terpaksa mengambil masa yang lama untuk memproses borang-borang permohonan bagi menghantar surat pengesahan kehadiran dan borang-borang yang berkenaan kepada graduan yang layak. Ini dapat membebankan pihak berkenaan (Pihak Pengurusan Konvokesyen). Melalui cara ini juga, borang yang dilakukan secara manual kemungkinan terdapat kesilapan dan boleh menyebabkan pelajar tidak layak untuk menerima penganugerahan ijazah. Di samping itu, sistem sedia ada tidak menyediakan set jemputan yang dapat diisi oleh graduan secara atas talian bagi menggantikan sistem manual. 1.3 Matlamat Projek Matlamat bagi projek ini adalah untuk membangunkan satu Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian dengan penambahan perkhidmatan SMS untuk menyebarkan jadual sesi pengijazahan dan status permohonan bagi pra dan

pasca graduan serta mempunyai fungsi pengurusan konvokesyen yang lebih sistematik. 1.4 Objektif Projek i) Mengkaji dan menganalisis proses Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian. ii) iii) Merekabentuk Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian berdasarkan kepada keperluan graduan, Pentadbir Konvokesyen dan Pentadbir Gambar serta Pentadbir Sistem bagi menguruskan keselamatan sistem. Membangunkan Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian yang menyediakan perkhidmatan SMS bagi menyebarkan status permohonan pengijazahan kepada graduan serta menyediakan fungsi penjanaan borang permohonan pengijazahan yang boleh dicetak. 1.5 Skop Projek Skop projek ini adalah seperti berikut: i) Kajian telah dijalankan di Pejabat Pendaftar (Bahagian Pengurusan Akademik), pejabat Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), Kelab FotoKreatif dan Stor Jubah di kampus induk UTM, Skudai, Johor Bahru. ii) Sistem ini meliputi pemilihan pra dan pasca graduan bagi penganugerahan Ijazah Sarjana Muda yang menghadiri Hari Konvokesyen ke-41 UTM.

iii) Sistem ini dikawal dengan nama pengguna dan kata laluan oleh Pentadbir Sistem, Pentadbir Konvokesyen, Pentadbir Gambar dan Graduan. 1.6 Kepentingan Projek Sistem ini telah dibangunkan bagi memperbaiki sistem manual sedia ada. Ini adalah bagi memudahkan pengurusan konvokesyen dilakukan secara sistematik, tepat dan cepat. Sistem ini juga dibangunkan untuk memperbaiki sistem semasa iaitu bagi status permohonan pengijazahan di mana akan dihantar kepada graduan yang layak menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas. Keputusan semakan permohonan konvokesyen dapat dilaksanakan dengan mudah melalui sistem berasaskan web dan perkhidmatan pesanan ringkas ini. Segala dokumen yang berkenaan dengan konvokesyen juga dapat dicapai dengan mudah melalui sistem ini. Sistem ini juga dapat meminimumkan beban pihak pengurusan konvokesyen bagi memasukkan data pelajar di dalam sistem ini. Dengan adanya sistem ini, segala perkara berhubung dengan konvokesyen dapat dilaksanakan dengan lancar dan mudah. Segala proses pengemaskinian dan penyimpanan serta capaian maklumatmaklumat dapat dilaksanakan dengan mudah dengan wujudnya sistem berkomputer atas talian ini dengan perkhidmatan telefon mudah alih. 1.7 Kesimpulan Secara kesimpulannya, Bab 1 membincangkan pernyataan masalah, matlamat, objektif, skop dan kepentingan terhadap sistem yang akan dibangunkan iaitu Sistem Pengurusan Konvokesyen UTM Atas Talian. Dalam Bab 2 pula akan dibincangkan mengenai kajian literatur bagi mengkaji latarbelakang sistem yang akan dibangunkan dan kajian terhadap sistem manual yang sedia ada. Teknik-teknik pengumpulan maklumat iaitu teknik temubual, pemerhatian, borang soal-selidik dan analisa dokumen serta kajian terhadap teknologi SMS, bahasa pengaturcaraan dan pangkalan data yang akan digunakan juga turut dibincangkan.

Metodologi pembangunan akan dibincangkan dalam Bab 3. Metodologi merangkumi fasa perancangan, analisa, rekabentuk, pembangunan prototaip serta fasa pengujian dan penilaian. Pemilihan metodologi mestilah berdasarkan kepada keperluan projek bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan mengikut keperluan pengguna. Bab 4 akan membincangkan aliran proses bagi setiap modul yang terlibat, rekabentuk antaramuka pengguna dan pangkalan data yang terlibat. Dalam bab 5 akan dibincangkan mengenai implementasi dan pengujian terhadap sistem yang telah dibangunkan bagi memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi keperluan pengguna dan bebas daripada sebarang ralat. Bab 6 akan membincangkan hasil dan pencapaian, masalah atau kelemahan sistem, kekangan yang dihadapi dan cadangan pembaikan terhadap sistem yang telah dibangunkan.