Perkongsian Bijak Sumber Maklumat Antara Sekolah Melalui Portal Pendidikan Intranet. oleh ABSTRAK

Similar documents
VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS


Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

Prepared by: Assoc. Prof. Dr Bahaman Abu Samah Department of Professional Development and Continuing Education Faculty of Educational Studies

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI


APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

DYNAMIC MOBILE SERVER FOR LIVE CASTING APPLICATIONS MUHAMMAD SAZALI BIN HISHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FUZZY NEURAL NETWORKS WITH GENETIC ALGORITHM-BASED LEARNING METHOD M. REZA MASHINCHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

APLIKASI MUDAH ALIH MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI RANGKAIAN DATA RAYA (CheckLine)

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

Modul Asas JavaServer Pages

SKS 3124 PENDAWAIAN RANGKAIAN

VISUALISASI DATA SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Illi Nadia binti Mohd Khairuddin Prof. Madya Dr. Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST334 Network Monitoring & Security [Pengawasan & Keselamatan Rangkaian]

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

AUTOMATIC APPLICATION PROGRAMMING INTERFACE FOR MULTI HOP WIRELESS FIDELITY WIRELESS SENSOR NETWORK

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

SISTEM PENYULITAN DAN PENYAHSULITAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALGORITMA RIVEST SHAMIR ADELMAN

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

ISOGEOMETRIC ANALYSIS OF PLANE STRESS STRUCTURE CHUM ZHI XIAN

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM SEMAKAN SAMAN KENDERAAN

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

Disediakan oleh: Mohammad Hazmin Bin Mohamed Azri

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Mohd Hazmi Kasmin. Pusat Teknologi Maklumat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

AN INTEGRATED SERVICE ARCHITECTURE FRAMEWORK FOR INFORMATION TECHNOLOGY SERVICE MANAGEMENT AND ENTERPRISE ARCHITECTURE

SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

PERFOMANCE ANALYSIS OF SEAMLESS VERTICAL HANDOVER IN 4G NETWOKS MOHAMED ABDINUR SAHAL

SISTEM KESELAMATAN PENGHANTARAN FAIL MENGGUNAKAN TEKNIK KRIPTOGRAFI DAN STEGANOGRAFI SATHIAPRIYA A/P RAMIAH

ANOMALY DETECTION IN WIRELESS SENSOR NETWORK (WSN) LAU WAI FAN

SISTEM PENGHANTARAN MESEJ SEGERA PELBAGAI PELANTAR BERASASKAN JAVA SAZARUL IZAM BIN MD SAAD. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

RESOURCE ALLOCATION SCHEME FOR FUTURE USER-CENTRIC WIRELESS NETWORK WAHEEDA JABBAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEFINASI RANGKAIAN AWAN

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

DEVELOPMENT OF SPAKE S MAINTENANCE MODULE FOR MINISTRY OF DEFENCE MALAYSIA SYED ARDI BIN SYED YAHYA KAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2)short answers and TWO (2) structured essays. Answer ALL questions.

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang

SECURE-SPIN WITH HASHING TO SUPPORT MOBILITY AND SECURITY IN WIRELESS SENSOR NETWORK MOHAMMAD HOSSEIN AMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBENTANGAN ANUGERAH INOVASI. PROJEK : Sistem Prin;ng Menggunakan Kad Matriks (Konsep Topup) di PPICTP UTM Kuala Lumpur

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

Sistem Capaian Berbilang Terminal

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

Pengaturcaraan web ASP.NET. Sinopsis:

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA PERFORMANCE ENHANCEMENT OF AIMD ALGORITHM FOR CONGESTION AVOIDANCE AND CONTROL

AMBULANCE MANAGEMENT SYSTEM

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ADAPTIVE METHOD TO IMPROVE WEB RECOMMENDATION SYSTEM FOR ANONYMOUS USERS

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

WEB USAGE MINING USING KIJKTEM E-COMMUNITY APPLICATION IIASIMAH RAZAK

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

ENERGY-EFFICIENT DUAL-SINK ALGORITHMS FOR SINK MOBILITY IN EVENT-DRIVEN WIRELESS SENSOR NETWORKS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TERM FREQUENCY AND INVERSE DOCUMENT FREQUENCY WITH POSITION SCORE AND MEAN VALUE FOR MINING WEB CONTENT OUTLIERS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELIABILITY PERFORMANCE EVALUATION AND INTEGRATION OF ROUTING ALGORITHM IN SHUFFLE EXCHANGE WITH MINUS ONE STAGE

ALAMAT IP. Sofirudman Mazuin Asmarul shazila Ainul bariah

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]

INTEGRATION OF CUBIC MOTION AND VEHICLE DYNAMIC FOR YAW TRAJECTORY MOHD FIRDAUS BIN MAT GHANI

OPTIMIZE PERCEPTUALITY OF DIGITAL IMAGE FROM ENCRYPTION BASED ON QUADTREE HUSSEIN A. HUSSEIN

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

EEE 348 PENGANTAR REKABENTUK LITAR BERSEPADU

DETECTION OF WORMHOLE ATTACK IN MOBILE AD-HOC NETWORKS MOJTABA GHANAATPISHEH SANAEI

Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

GARIS PANDUAN BAGI BAYARAN PERKHIDMATAN STAF TEKNIKAL DI LUAR SKOP TUGAS HAKIKI OLEH UNIT TEKNIKAL & PERKHIDMATAN

Transcription:

Perkongsian Bijak Sumber Maklumat Antara Sekolah Melalui Portal Pendidikan Intranet oleh Mohd Nizam bin Saad Jasni bin Ahmad Fakhrul Anuar Aziz Sekolah Teknologi Maklumat Universiti Utara Malaysia, 06010, Sintok, Kedah nizam@uum.edu.my ABSTRAK Portal pendidikan Intranet merupakan laman web yang menjadi pusat sehenti (one stop center) bagi melayan keperluan individu yang terlibat dalam bidang pendidikan. Kewujudannya khusus bagi memudahkan perkongsian sumber maklumat antara sekolah bersesuaian dengan tiga fungsi utamanya iaitu sebagai satu hiraki direktori, enjin carian dan penyebar berita terkini. Portal Intranet berbeza daripada portal Internet dari segi model perniagaan (business model), profil, kaedah carian maklumat dan proses rekabentuk. Ia lebih menekankan kepada pengkhususan perkhidmatan bagi sesuatu organisasi. Penyenaraian kebaikan Portal pendidikan Intranet bagi mengambarkan keupayaannya selain daripada kaedah asas bagi membangunkan satu portal turut dinyatakan. Di akhir kajian, isi-isu berkaitan perlaksanaan portal pendidikan dibincangkan dari dua perspektif iaitu isu teknikal dan politik dalam organisasi bagi memberikan gambaran yang lebih jelas terhadap perlaksanaannya. PENGENALAN Rangkaian web (www) telah menyediakan laluan yang cukup luas kearah perkembangan teknologi maklumat. Dengan keadaan semasa yang mengkehendaki semua organisasi menggunakan teknologi ini, rangkaian web telah menjadi satu sumber yang sangat diperlukan. Perkembangan ini juga telah meningkatkan jumlah maklumat secara drastik untuk dikendalikan oleh sesuatu organisasi. Salah satu cara untuk menghadapi lambakan maklumat ini ialah dengan menggunakan Portal Intranet. Teknologi inovatif ini boleh digunakan untuk mengumpul, mengurus dan membenarkan perkongsian maklumat yang disimpan dalam sesuatu organisasi. Definisi PORTAL Portal merupakan satu laman web yang menjadi satu pusat sehenti (one stop center) dalam rangkaian Internet bertujuan untuk memenuhi semua keperluan pengguna (Roa, 2001). Ia telah diperkenalkan sejak tahun 1998 ketika berkembangnya teknologi web seperti XML

(Extended Mark-up Language), PalmPilot dan sebagainya. Portal diwujudkan bagi mengabungkan beberapa system yang sering digunakan oleh organisasi dalam satu laman web untuk memudahkan capaian terhadap maklumat. Menurut Nielson (2003), konsep asal portal diadaptasi daripada beberapa laman web yang terkenal seperti Yahoo!, Altavista, Excite dan Lycos. Laman-laman web ini dibangunkan bertujuan bagi membolehkan pengguna singgah lama di dalamnya serta menggunakan segala kemudahan yang disediakan. Jenis-jenis Portal Roa (2001) menyatakan bahawa terdapat tiga jenis portal yang ada pada masa kini. Jenisjenis portal tersebut adalah seperti berikut: Portal Melintang (Horizontal Portal) Portal jenis ini diwujudkan bagi mengkhususkan (customize) perkhimatannya kepada pengguna. Setiap pengguna dianggap mempunyai citarasa yang unik, oleh itu perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna adalah mengikut kehendak mereka. Portal pengguna seperti MyYahoo! MyExcite dan sebagainya merupakan antara jenis portal melintang. Ia dibangunkan berdasarkan citarasa yang unik oleh setiap pengguna. Portal Menegak (Vertical Portal) Ciri portal menegak pula lebih berpusatkan kepada industri dan komuniti. Fokus utama portal ini ialah untuk menarik perhatian pengguna yang tertentu (biasanya mempunyai minat atau kehendak yang sama). Setiap kandungan maklumat yang dipaparkan dalam portal biasanya mengandungi hubungan dengan pengguna portal tersebut. Di Malaysia, portal seperti Portal Pendidikan Utusan dibangunkan khusus kepada para pelajar dan guru. Ia dapat menarik perhatian golongan ini untuk membaca setiap kandungan maklumat yang dimuatkan. Setiap halaman juga seupaya boleh memuatkan sesuatu maklumat secara mendalam bagi memudahkan pengguna memahami tajuk yang dibincangkan. Portal Korporat (Corporate Portal) Portal korporat pula dibangunkan khusus untuk memberikan perkhidmatan kepada organisasi korporat berkenaan. Portal ini biasanya mempunyai capaian kepada sistem komputer (seperti pangkalan data) organisasi samada dari dalam atau luar organisasi. Pengimbas (browser) diperlukan untuk mencapai data organisasi, kandungan web dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang diperlukan. Maklumat yang diperolehi akan membantu pengguna untuk membuat keputusan, perancangan dan hal-hal lain berkaitan organisasi. Portal Intranet Portal Intranet merupakan satu kaedah baru perkongsian maklumat dikalangan organisasi. Penerangan-penerangan yang telah diberikan kebanyakanya berkaitan dengan portal Internet, namun begitu secara asasnya konsep portal Intranet tidak banyak berbeza daripada ciri-ciri portal Internet. Menurut Nielson (2003) peralihan tumpuan dari portal Internet kepada portal Intranet kebanyakanya disebabkan oleh masalah yang dialami pengguna dan syarikat pemilik portal Internet. Beliau turut menyatakan bahawa pada masa kini hanya portal Yahoo! sahaja yang masih bertahan manakala laman-laman web portal lain yang terkenal telah

menghentikan perkhidmatan mereka untuk menfokuskan kepada perkhidmatan enjin carian. Ruang kelemahan yang didapati dalam portal Internet telah membuka lembaran baru kepada kewujudan portal Intranet (juga dikenali sebagai portal enterprise). Portal Intranet merupakan satu sistem teknologi maklumat baru yang digunakan untuk menolong syarikatsyarikat dan pekerjanya untuk mengurus, berkongsi dan menggunakan maklumat dengan lebih efektif (Roa, Koong, Ling dan Yu, 2002). Portal Intranet berbeza daripada portal Internet dalam empat perspektif iaitu model perniagaan (business model), profil pengguna (user profile), kaedah carian dan proses rekabentuk (Nielson, 2003). Model perniagaan Dari perspektif model perniagaan, portal Internet sangat bergantung kepada pengiklanan untuk menghasilkan pendapatannya. Kaedah ini berkesan sekiranya portal tersebut turut menyediakan perkhidmatan enjin carian seperti Yahoo!. Pengguna kerap menggunakan enjin carian untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu topik yang hendak dicari. Melalui kaedah ini paparan iklan dalam setiap halaman enjin carian dapat menarik perhatian pengguna. Model perniagaan ini tidak sesuai diaplikasikan dalam portal Intranet kerana tumpuan utama portal ini ialah untuk memberikan maklumat kepada pengguna. Pengguna melawati portal Intranet semata-mata untuk mendapatkan maklumat, oleh itu strategi pengiklanan dalam portal Intranet tidak akan memberikan kesan dalam menambahkan pendapatkan organisasi. Namum begitu, keuntungan yang dapat dihasilkan menerusi portal Intranet diukur dari peningkatan produktivi dan suasana kerja yang kondusif hasil daripada penggunaan portal Intranet. Pengguna yang selesa menggunakan perkhidmatan yang disediakan dapat bekerja dengan lebih efisyen seterusnya matlamat organisasi lebih mudah dicapai. Profil Pengguna Portal Internet dilihat pada masa kini tidak mampu lagi untuk membuat pengkhususan yang penuh terhadap penggunanya walaupun portal tersebut menawarkan perkhidmatan halaman My (seperti MyYahoo! dan MyExcite). Keadaan ini berlaku kerana syarikat pengendali portal tersebut mempunyai kekangan untuk melayan semua penggunanya akibat daripada sumber yang terhad terutamanya kewangan. Hal yang demikian tidak berlaku kepada portal Intranet kerana tumpuan perkhidmatannya khusus untuk menyediakan maklumat kepada pengguna. Maklumat yang disediakan pula selari dengan kehendak pengguna tersebut seperti perkara berkaitan kerjanya, jabatan dan lokasi beliau berada. Carian Carian yang dibuat menggunakan portal Internet kurang berupaya memenuhi kehendak penggunanya. Adalah sukar untuk mendapatkan hasil carian yang tepat berdasarkan skop kandungan yang hendak dicari terlalu besar (merangkumi keseluruhan maklumat yang terdapat dalam rangkaian Internet). Pengguna pasti sukar menentukan apakah hasil carian yang paling tepat sekiranya hasil carian yang dipaparkan terlalu banyak. Hal ini berbeza dengan portal Intranet kerana pembangun portal tersebut sangat mengetahui kehendak penggunanya. Sebagai contoh, portal Intranet untuk sekolah hanya akan menyediakan maklumat yang berkaitan dengan sekolah. Carian dalam portal sekolah juga hanya akan

ditumpukan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan sekolah. Setiap carian akan menjurus kepada maklumat yang hendak dicari. Guru yang menggunakan portal tersebut juga boleh menggunakan slanga yang biasa digunakannya dalam percakapan harian di sekolah untuk mencari maklumat yang berkaitan. Proses rekabentuk Proses rekabentuk portal Internet lebih sukar berbanding dengan portal Intranet. Setiap fasa pembangunan memerlukan ramai pakar pembangun terlibat. Beza keadaan tersebut dengan portal Intranet dimana pembangunanya lebih mudah kerana skopnya lebih kecil berbanding portal Internet. Kebaikan portal Intranet kepada bidang pendidikan Kewujudan portal Intranet boleh memberikan banyak faedah kepada bidang pendidikan terutamanya perhubungan antara sekolah-sekolah. Secara dasarnya terdapat lima kebaikan yang boleh dinikmati sekiranya portal pendidikan diwujudkan. Meningkatkan hubungan dan capaian maklumat antara sekolah Kewujudan portal Intranet pendidikan dapat merapatkan hubungan antara sekolah-sekolah memandangkan keupayaannya untuk menghubungkan ramai pengguna pada kos perkhidmatan yang murah. Sesiapa yang boleh mencapai Internet turut boleh mencapai perkhidmatan portal Intranet tanpa mengira lokasinya. Mengurangkan kos komunikasi Pada masa kini, setiap sekolah memerlukan pelbagai peralatan kommunikasi seperti telefon dan mesin faks bagi menghantar mesej di antara satu sama lain. Dengan wujudnya portal, kos ini dapt dikurangkan. Kaedah penghantaran mesej juga menjadi lebih cepat dan mudah. Mengurangkan kos perkhidmatan Penggunaan teknologi elektronik ketika berurusan dapat mengurangkan sebahagian besar kos perbelanjaan berbanding pengendalianya menggunakan kertas. Penggunaan Internet pula dapat mengurangkan kos tersebut kepada tahap yang lebih minimum (Loudon dan Laudon, 2002). Dengan adanya portal Intranet, jarak perhubungan antara sekolah semakin didekati seterusnya mengurangkan kos perkhidmatan. Interaktiviti, fleksibiliti dan pengkhususan maklumat Portal Intranet pendidikan berupaya menukarkan mesej dari bentuk teks (dalam kertas) kepada bentuk yang lebih menarik. Elemen-elemen multimedia boleh dimuatkan dalam mesej untuk menarik perhatian pengguna membacanya. Menggalakan perkembangan pengetahuan di sekolah Pada masa kini, pengetahuan memainkan peranan penting dalam memajukan sesuatu masyarakat. Untuk menggalakan perkembangan ini, portal Intranet pendidikan boleh digunakan sebagai satu medium bagi mencapai tujuan tersebut. Untuk menggunakan portal,

seseorang pengguna perlu mahir menggunakan komputer. Secara tidak langsung beliau perlu mengetahui cara untuk mengendalikan komputer. Situasi ini dapat mengembangkan pengetahuannya dalam bidang komputer selari dengan hasrat organisasi dan kerajaan. PEMBANGUNAN PORTAL INTRANET PENDIDIKAN Ciri Halaman Rumah (Home Page) Portal Intranet Bagi menghasilkan satu portal Intranet, satu halaman rumah diperlukan. Halaman ini perlu dijadikan halaman utama (default page) setiap kali pengimbas diaktifkan dalam komputer. Suatu halaman rumah bagi portal harus mengandungi tiga elemen iaitu hiraki direktori, medan carian dan berita yang juga merupakan fungsi utama sesebuah portal (Nielson, 1999). Hiraki direktori Ia merupakan struktur utama susunan kandungan maklumat yang terdapat dalam portal Intranet. Hiraki direktori menyediakan maklumat berkaitan cara maklumat disusun, kedudukan maklumat dalam portal dan kaedah untuk mencapai maklumat tersebut. Bagi membentuk satu hiraki direktori yang baik, setiap kandungan maklumat perlu diatur dengan sempurna sebelum dipindahkan ke dalam laman web. Medan carian Komponen ini diperlukan bagi pengguna mencari maklumat yang mereka ingini dalam portal Intranet. Satu enjin carian diperlukan dalam laman web portal Intranet. Setiap halaman web perlu diindekskan untuk memudahkan carian maklumat. Berita Setiap halaman yang terdapat dalam portal Intranet perlu memaparkan kandungan berita terkini tentang aktiviti-aktivi yang berlaku dalam organisasi tersebut. Kemudahan ini dapat menyediakan berita semasa kepada pengguna portal. Komponen arkib maklumat boleh diletakan untuk memudahkan pengguna membaca berita-berita yang telah dipaparkan dalam portal Intranet. Halaman Statik dan Dinamik Pembangunan sesebuah portal melibatkan banyak proses rumit serta memerlukan kemahiran teknikal komputer yang tinggi. Walaupun begitu, dengan kehadiran pelbagai perisian dan alatan pengarangan untuk laman web, proses-proses pembangunan yang rumit dapat dikurangkan. Bagi membangunakan sesebuah portal, seseorang pembangun perlu mengetahui konsep halaman statik dan dinamik yang menjadi tunjang kepada kewujudan portal. Halaman statik biasanya dibangunakan menggunakan tag HTML tanpa skrip pelayan (serverside scripting). Halaman statik mudah untuk dibangunakan terutamanya dengan bantuan perisian editor web seperti Dreamweaver, FrontPage dan sebagainya. Namun begitu, halaman statik tidak boleh berubah untuk melayan kehendak pengguna dari masa ke semasa.

Oleh kerana kandungan maklumat portal perlu diubah dari masa ke semasa, maka pembangunan halaman statik sahaja tidak dapat menjayakan sesuatu portal Intranet. Rajah 1 dalam lampiran menunjukan cara halaman statik beropersi. Bagi mewujudkan satu portal Intarnet yang baik, halaman dinamik perlu dibangunkan. Halaman dinamik ialah satu halaman web yang kandunganya akan berubah berdasarkan maklumat yang dimasukkan pengguna ke dalam halaman tersebut (Laudon dan Laudon, 2002). Menurut Ko, Yao dan Neches (2002), halaman dinamik diperlukan untuk memberikan tindakbalas yang cepat terhadap sebarang input yang dimasukkan pengguna. Mereka menambah, semasa berlakunya peristiwa serangan 11 September lalu, ramai pengguna Internet mendapatkan maklumat terkini tentang kejadian tersebut melalui halamanhalaman dinamik yang disediakan oleh laman-laman web berita. Fleksibiliti yang terdapat dapat halaman dinamik memudahkan setiap berita diubah dari masa ke semasa. Halaman dinamik digerakan oleh skrip pelayan. Skrip ini terdiri daripada satu kod program komputer yang akan dilaksanakan dalam komputer pelayan bagi memenuhi permintaan pengguna dengan menghasilkan dokumen sepertimana yang diminta (Webster, 2001). Sebagai contoh, skrip pelayan yang dilaksanakan ketika pengguna memasuki portal (log-in) akan mengkehendaki pengguna memasukkan kata laluan yang betul. Apabila kata laluan yang dimasukkan betul, skrip pelayan akan menghantar dokumen Selamat datang untuk dipaparkan dalam komputer pengguna. Pada masa kini terdapat beberapa jenis skrip pelayan yang digunakan untuk membangunkan portal antaranya ASP (Active Server Pages), PHP (Hypertext Preprocessor ), ColdFusion dan CGI (Common Gateway Interface). Rajah 2 dalam lampiran menunjukkan cara skrip pelayan bekerja. Infrastruktur Perkakasan Dan Perisian Portal Intranet Portal Intranet ialah satu aplikasi web yang halaman-halamannya sentiasa berinteraksi dengan pelbagai sumber termasuklah pangkalan data (database). Capaian terhadap pangkalan data diperlukan supaya pengguna dapat memperolehi maklumat yang mereka kehendaki. Menurut Mohd Nizam (2001), terdapat empat infrastruktur asas yang membentuk sesuatu aplikasi web iaitu: Pelayan web Sebuah komputer pelayan yang akan memenuhi keperluan aplikasi web. Komputer pelayan perlu mempunyai spesifikasi perkakasan yang tinggi kerana ia perlu dibuka sepanjang masa. Keadaan ini berlaku kerana capaian terhadap data portal tidak mengikut suatu julat masa yang tertentu. Pelayan aplikasi (application server) Satu perisian yang terletak di dalam pelayan web untuk memproses halaman dinamik sebelum menghantar hasilnya kepada penyemak seimbas. Antara pelayan aplikasi yang boleh digunakan ialah Microsoft IIS (Microsoft Internet Information Server), Microsoft Personal Web Server (PWS), IBM WebSphere, BEA WebLogic dan Netscape Enterprise Server. Contoh-contoh pelayan aplikasi yang telah disebutkan merupakan pelayan aplikasi komersial dan perlu dibeli. Untuk mengurangkan kos pembangan portal, seseorang

pembangun portal boleh menggunakan pelayan aplikasi yang percuma seperti Apache. Ia boleh dimuat turun dari Internet seterusnya dipasangkan ke dalam komputer pelayan. Sistem pangkalan data Sistem pangkalan data ialah tempat yang akan menyimpan semua data yang akan digunakan di dalam portal. Pangkalan data memudahkan data-data disimpan dan dicapai. Antara sistem pangkalan data yang boleh digunakan Ialah Microsoft Access, MySQL dan Paradox. driver yang menyokong pangkalan data yang digunakan. Satu perisian yang akan menjadi penghubung di antara pelayan aplikasi dan sistem pangkalan data pembangun. Rajah 3 dalam lampiran menunjukan hubungan infrastruktur asas pembangunan sesuatu portal Intranet. Kekangan Pembangunan Portal Intranet Pendidikan Pembangunan satu teknologi kearah mencapai sesuatu matlamat bukalah suatu perkara yang mudah. Bagi membentuk satu portal Intranet pendidikan yang berjaya, banyak perkara yang perlu disediakan. Aspek teknikal mungkin menjadi kekangan sekiranya tiada tenaga pakar untuk mengendalikan projek pembangunan sesuatu portal. Institusi pendidikan amat berbeza dengan syarikat-syarikat besar kerana sumber kewangan institusi pendidikan terutamanya di sekolah-sekolah amat terhad. Bagi mengupah sekumpulan pembangun web yang mahir mungkin terlalu sukar untuk dibuat. Menurut Taylor, England dan Gresty (2001), aplikasi web agak berbeza daripada sistem maklumat biasa dari segi matlamat dan pengguna projek web tersebut, kaedah teknologi komunikasi yang diperlukan serta bentuk aplikasi web yang tidak berjujukan seperti sistem maklumat (aplikasi web mengandungi terlalu banyak hiperpautan). Oleh itu, hanya mereka yang mahir sahaja mampu membangunkan aplikasi web dengan jayanya. Selain daripada kemahiran teknikal, isu dalaman dalam organisasi juga turut memainkan peranan besar ke atas kejayaan sesuatu teknologi. Nielson (2003) menyatakan isu utama dalam membangunkan sesuatu portal Intranet yang berjaya ialah isu politik dan organisasi bukanya isu teknikal. Projek portal yang baik mungkin tidak berjaya sekiranya soal isu-isu dalaman tidak diuruskan dengan baik. Pihak pengurusan institusi sekolah perlu memberikan kerjasama yang untuh dengan pihak pembangun portal untuk sama-sama menjayakan projek ini. Menurut Nielson (2003) lagi, salah satu cara untuk menjayakan pembangunan sesuatu teknologi ialah melibatkan pihak pengurusan dalam sesuatu projek contohnya mendapat sokongan padu daripada pengurusan. Penglibatan pengurusan dalam membuat polisi bagi menggalakan penggunaan portal akan memudahkan pencapaian objektif penubuhan portal tersebut. KESIMPULAN Prospek portal untuk berkembang pada masa depan amat cerah. Portal dilihat sebagai satu aplikasi web yang boleh membawa evolusi yang besar dalam perkembangan teknologi web.

Namun begitu, masih terdapat banyak ruang untuk mengkaji teknologi ini kearah peningkatan mutu perkhidmatannya. Dengan kehendak dan harapan pengguna yang semakin tinggi, setiap aspek pembangunan portal perlu dibuat dengan teliti. Portal Intranet diharapkan mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada organisasi melalui pengurusan sumber maklumat organisasi dalam bentuk yang tersusun bagi memudahkan capaian. Pendekatan kaedah pengkhususan kepada pengguna oleh portal Intranet ternyata mampu untuk menyediakan satu infrastruktur maklumat yang mantap dan berkesan. Institusi pendidikan di Malaysia harus mencuba teknologi ini kearah memantapkan lagi setiap perkhidmatan yang disediakan kepada masyarakat. RUJUKAN Ko, I., Yao, K., & Neches, R. (2002). Dynamic Coordination of Information Management Services for processing Dynamic Web Content. Proceeding of the eleventh international conference on World Wide Web (pp 355-365). New York:ACM Press. Loudan, K. C., & Loudan, J. P. (2002). Management Information System: Managing the Digital Firm. 7 th ed. New Jersey: Prentice Hall. Mohd Nizam bin Saad. (2001). Analisis Penggunaan Editor Laman Web dalam Pembangunan Aplikasi E-Dagang. Tesis sarjana tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia. Nielson, J. (1999). Internet Portals: The Corporate Information Infrastructure. Retrieved 10/6/2003 at http://www.useit.com/alertbox/19990404.html Nielson, J. (2003). Internet Portals: A Metaphor for Corporate Information. Retrieved 10/6/2003 at http://www.useit.com/alertbox/20030331.html Roa, S. S. (2001). Portal proliferation: an Indian Scenario. New Library World, 10 (9), 325-331. Roal, J.M., Koong, K. S., Lin L. C., & Yu, C. S. (2002). An Identification and Classification of Enterprise Portals function and features. Industrial Management and Data System, 102 (7), 390-399. Taylor, M. J., England, D., & Gresty, D. (2001). Knowledge for web site development. Internet Research: Electronic Networking Application and Policy, 11 (5), 451-461. Webster, S. (2001). Foundation PHP for Flash. Birmingham: Friends of ED.

LAMPIRAN Pengguna meminta maklumat halaman web Komputer Pengguna (Pelanggan) Komputer Pelayan Web (Web Server) Halaman web yang diminta pengguna Rajah 1 : Kaedah halaman statik beropersi Pengguna meminta maklumat halaman web Enjin skrip pelayan Komputer Pengguna (Pelanggan) Komputer Pelayan Halaman web yang telah diproses Rajah 2 : Kaedah halaman dinamik beropersi

Aplikasi Web Driver Access Driver Oracle Driver BD2 Access Oracle BD2 Rajah 3 : Hubungan infrastruktur asas Portal Intranet