SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOLEJ 9, UTM BERASASKAN WEB DZIDATUL AKMA BINTI DZULKAFLI

Similar documents
SISTEM PENGURUSAN DAN PENEMPAHAN KELAS MEMANDU BERASASKAN WEB DAN SISTEM PESANAN RINGKAS NURUL AIN BINTI ARIFFIN

SISTEM PENGURUSAN JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ 9, UTM BERASASKAN WEB NILAM NUR BINTI AMIR SJARIF

SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER SECARA ATAS TALIAN DI FSKSM AHMAD FARIZ B ABD RAHIM

KELAS MAYA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PENGARUSAN VIDEO LIEW SHAW CHIN

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

SISTEM PENGURUSAN KONVOKESYEN UTM ATAS TALIAN SITI NOORSAKILA BINTI ZAKARIA

SISTEM KESELAMATAN PENGHANTARAN FAIL MENGGUNAKAN TEKNIK KRIPTOGRAFI DAN STEGANOGRAFI SATHIAPRIYA A/P RAMIAH

Dedikasi Osman Bin Shariman & Norbi Binti Hassan Muhammad Hanis Osman Shar Mariam Muhammad

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.


PORTAL PENGGUNA BERPANDUKAN KONSEP CRM KAJIAN KES: BAHAGIAN PENGUATKUASA KPDN & HEP, JOHOR BAHRU HAM KAU FEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

SISTEM PENGHANTARAN MESEJ SEGERA PELBAGAI PELANTAR BERASASKAN JAVA SAZARUL IZAM BIN MD SAAD. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBANTU PEMAJU MELAKSANAKAN KONSEP BINA KEMUDIAN JUAL DI DALAM PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

SISTEM E-RELOAD SOLEHA BINTI SALLEH

PENGAWAL LAMPU ISYARAT MENGGUNAKAN TEKNOLOGI BLUETOOTH MOHD FAIZ BIN MOHD NAJIB

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL BERASASKAN WEB DAN PDA (COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM)

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

Sistem Pengurusan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Secara Online

ANALISA PERPINDAHAN DATA MODEL SURFACE DI ANTARA PLATFOM CAD YANG BERBEZA ASFAEZUDDIN BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKAN TEKNOLOGI WAP NIK MAZRULHAMDY BIN MOHAMMAD

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

SISTEM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

APLIKASI MUDAH ALIH MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI RANGKAIAN DATA RAYA (CheckLine)

Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (SAINS KOMPUTER) : FALKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT

DYNAMIC MOBILE SERVER FOR LIVE CASTING APPLICATIONS MUHAMMAD SAZALI BIN HISHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENGURUSAN FORENSIK DIGITAL

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

SISTEM PENYULITAN DAN PENYAHSULITAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALGORITMA RIVEST SHAMIR ADELMAN

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

SISTEM TEMPAHAN TIKET BAS MENGGUNAKAN APLIKASI DALAM TELEFON NOOR AZILA BINTI MOHAMED

SISTEM PEMERHATIAN SMARTTRACK BAGI TELEFON GPS DAN KEKOTAK PENJEJAKAN YEE JIA WEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN


BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

SISTEM PENGESANAN PERGERAKAN BERASASKAN SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) KHAIRUNNISA BT ISMAIL

KHAIRUL EDZUAN ADHA BIN KAMARUDIN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TRUSTED CLOUD COMPUTING FRAMEWORK IN CRITICAL INDUSTRIAL APPLICATION MERVAT ADIB BAMIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2)short answers and TWO (2) structured essays. Answer ALL questions.

ENHANCEMENT OF UML-BASED WEB ENGINEERING FOR METAMODELS: HOMEPAGE DEVELOPMENT CASESTUDY KARZAN WAKIL SAID

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM SEMAKAN SAMAN KENDERAAN

DEVELOPMENT OF SPAKE S MAINTENANCE MODULE FOR MINISTRY OF DEFENCE MALAYSIA SYED ARDI BIN SYED YAHYA KAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEMBANGUNAN PERISIAN BAGI MENGGALAKKAN PENGGUNAAN GOOGLE DRIVE DI KALANGAN AHLI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

THESIS PROJECT ARCHIVE SYSTEM (T-PAS) SHAHRUL NAZMI BIN ISMAIL

APLIKASI MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI MENGGUNAKAN RANGKAIAN WI-FI. Miza Faizah Binti Amin Prof. Madya Dr. Rosilah Binti Hassan

AUTOMATIC APPLICATION PROGRAMMING INTERFACE FOR MULTI HOP WIRELESS FIDELITY WIRELESS SENSOR NETWORK

AMBULANCE MANAGEMENT SYSTEM

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN PROSEDUR UNIT KOMPUTER. Proses Backup ( Windows) BPKP/KlOK-118 Bilangan Semakan : Q Tarikh :

SISTEM E-PILIH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERDASARKAN PELAYAN MOHD RIFAEI MOHD KAMIL KHAIRUDDIN OMAR

Pengaturcaraan web ASP.NET. Sinopsis:

KRITERIA PEMILIHAN KONTRAKTOR UNTUK MELAKSANAKAN KONTRAK PENGURUSAN FASILITI NOR AZMI BIN MOHD JAMAL

PENGESANAN PAKET RANGKAIAN UNTUK FORENSIK MEMORI NOR NADIA ABDULLAH MARZUKI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

ICT SPM 2011 SUGGESTION ANSWER. Section A

SISTEM KA W ALAN AUTOMATIK MENGGUNAKAN PENGGESAN UL TRASONIK AZRINA BINTI MASTOR

VISUALISASI DATA SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Illi Nadia binti Mohd Khairuddin Prof. Madya Dr. Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

PENGINTEGRASIAN DATA EXTENSIBLE MARKUP LANGUAGE (XML) KE DALAM PANGKALAN DATA HUBUNGAN MENGGUNAKAN COMMON WAREHOUSE METAMODEL (CWM)

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

KAEDAH PENYUSUNAN PORTFOLIO

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT. PROGRAM KELAYAKAN MASUK SENARAI KURSUS Sarjana Sistem Maklumat

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

SISTEM PENGURUSAN CUTI PRASARANA MALAYSIA BERHAD. Mohd Fitriyanshah Bin Nursyal. Mohd Rosmadi Mokhtar

SISTEM PENGURUSAN KES FORENSIK DIGITAL MENGGUNAKAN VIRTUAL PRIVATE NETWORK (VPN) NURELISHA SHAFWANA BINTI MOHD GHAZALI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

REPOSITORI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU BERASAS ONTOLOGI

Transcription:

SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOLEJ 9, UTM BERASASKAN WEB DZIDATUL AKMA BINTI DZULKAFLI Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains ( Sains Komputer ) Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Teknologi Malaysia JUN 2010

ii Saya akui bahawa karya ini adalah hasil nukilan saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

iii DEDIKASI DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG Bismillah pembuka bicara Dari diriku Dzidatul Akma Dzulkafli Bersyukur ke hadrat Illahi, Pemilik alam semester ini, Allah S.W.T, Yang Maha Esa, Yang Maha Kuasa Dialah yang telah membantuku... Buat Penyeliaku Dr. Ismail Mat Amin Buat Penilaiku En. Sazali Ab. Manaf banyak memberi inspirasi dan galakan serta tunjuk ajar... Bagi kedua insan yang amat aku sayangi dan kasihi serta hormati Ayahandaku Dzulkafli Bin Birin Ibundaku Zailan Binti Haroon Adik Beradikku yang aku hormati kakakku Dzidatul Fazlin Dzulkafli Dzidatul Fazlina Dzulkafli Abangku Mohd Firdaus Dzulkafli Adik-adikku Dzidatul Farhana Dzulkafli Muhammad Farhan Dzulkafli Buat rakan-rakanku, yang banyak memberi dan menyemai semangat... Rakan-rakan 3SCS (Dunia SCS) Abdul Halim Abdullah Nilam Nur Amir Sjarif Farhana Fauzi Nurul Ain Ariffin Noraini Mohd Khair Terima kasih di atas dorongan Dan sokongan kalian semua... Wassalam...

iv PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera... Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan izinnya, telah memberi azam dan keyakinan kepada saya untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Di kesempatan ini, saya berbesar hati merakamkan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Dr Ismail Bin Mat Amin selaku penyelia projek yang telah banyak memberi tunjuk ajar, galakan dan inspirasi kepada saya. Terima kasih tidak terhingga juga buat penyelaras (PSM), iaitu Dr. Mohd Saberi Mohamad dan Prof Madya Noraniah. Tidak lupa juga jutaan terima kasih buat En. Firdaus Harun pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Perisian, Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Tekonologi Malaysia yang telah banyak meluangkan masa untuk membantu dalam menjayakan PSM saya ini. Sesungguhnya, segala ilmu dan tunjuk ajar yang dicurahkan serta bimbingan amatlah dihargai. Selain itu, jutaan terima kasih kepada Puan Hartina selaku Penyelia Asrama Kolej 9 yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan sedikit sebanyak maklumat yang diperlukan dalam menyempurnakan laporan ini. Penghargaan ini turut ditujukan kepada kedua ibu bapa yang disayangi Dzulkafli Bin Birin dan Zailan Binti Haroon serta ahli keluarga tersayang along, abanglong, adenin, alang, atah, ana dan abangcik yang banyak berkorban selama ini. Jasa dan pengorbanan kalian tidak akan dilupakan. Akhir sekali buat teman seperjuangan Nilam, Ain, Farhana, Aini atau yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan projek ini. Terima kasih saya ucapkan. Sekian. Wassalam.

v ABSTRAK Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Kolej 9 Universiti Teknologi Malaysia berasaskan web dengan menggunakan teknologi SMS adalah salah satu sistem yang telah dibangunkan untuk pihak pentadbiran dan pelajar Kolej 9 khususnya. Sistem ini akan digunakan oleh pelajar Kolej 9 dan pihak pentadbiran. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan para pelajar dalam membuat permohonan bilik yang baru, membuat aduan kerosakan, mengetahui status surat dan barang kiriman serta mengetahui status permohonan bilik. Sistem yang dibangunkan ini adalah sebagai alternatif bagi menggantikan sistem manual yang digunakan oleh pihak pentadbiran sekarang. Selain daripada itu, organisasi tersebut masih lagi belum mempunyai sistem yang khusus. Sistem ini ditambah dengan satu lagi kemudahan teknologi masa kini iaitu Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) yang membolehkan pihak pentadbiran menghantar status maklumat surat dan barang kiriman kepada pelajar. Dalam proses membangunkan sistem ini, metodologi Rational Unified Process (RUP) dipilih sebagai model pembangunan beserta dengan Unified Modeling Languange(UML) dalam memodelkan sistem. Untuk bahasa pengaturcaraan dan pangkalan data pula, PHP dan MySQL telah digunakan untuk menyokong pembangunan sistem tersebut.

vi ABSTRACT Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Kolej 9 Universiti Teknologi Malaysia with a web-based SMS technology is a system that was developed for the administration and Kolej 9 students in particular. This system will be used by college students and administrators. This system was developed to facilitate students in applying a new room, making a damage complaint, finding out the status of mail and delivery goods and checking the status of the application. The system was developed as an alternative to replace the manual system used by the current administration. Furthermore, the organization still does not have a specific system. The other feature to be added to the system is the Short Message Service (SMS) that allows the administration to send letter information and items post status to the students. In the process of developing this system, the methodology of Rational Unified Process (RUP) was chosen as the model of development with the Unified Modeling Languange (UML) in modeling the system. For programming language and database, the PHP and MySQL were used to support the development of the system.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI ISTILAH SENARAI KATA SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiii xv xvii xix 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Penyataan Masalah 4 1.3 Matlamat Projek 5 1.4 Objektif Projek 5 1.5 Skop Projek 6 1.6 Justifikasi / Kepentingan 6 1.7 Perancangan projek 7

viii 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan 9 2.2 Latar belakang masalah 10 2.3 Analisa Masalah Terhadap Sistem Sedia Ada 15 2.4 Kajian Perbandingan Terhadap Perisian Lain 16 Yang Berkaitan. 2.4.1 Kajian Kes 1 Sistem e-aduan 17 Kerosakan Perumahan Awam DBKL ( Nurul Nadia Binti Mazlan,2008 ) 2.4.1.1 Kefungsian 17 2.4.1.2 Kelebihan 18 2.4.1.3 Kekurangan 18 2.4.2 Kajian Kes 2 - Sistem Permohonan 19 dan Penyemakan Penempatan di Kolej Tun Ghafar Baba(KTGB) UTM, Berasaskan Web dan SMS ( Wan Saiful Azzam Bin Wan Ismail, 2008 ) 2.4.2.1 Kefungsian 19 2.4.2.2 Kelebihan 19 2.4.2.3 Kekurangan 20 2.5 Perisian Cadangan Yang Akan Dibangunkan 20 2.6 Kajian ke atas teknologi, peralatan 21 dan teknik. 2.6.1 Teknik Temubual 22 2.6.2 Teknologi SMS 22 2.6.2.1 Kelebihan SMS 23 2.6.2.2 Kekurangan SMS 24 2.6.2.3 NowSMS Gateway 25 2.6.3 PHP 26 2.6.4 JavaScript 26

ix 2.6.5 MySQL 27 2.6.6 Apache 27 2.6.7 Xammp 28 2.6.8 Rational Rose 2000 28 2.6.9 Macromedia Dreamweaver MX 29 2.6.10 Microsoft Project 2000 29 2.6.11 Adobe Photoshop CS 30 2.6.12 Microsoft Windows XP 30 2.7 Keperluan Pembangunan Perisian 30 3 METODOLOGI PEMBANGUNAN 3.1 Pendahuluan 33 3.1.1 Jenis Metodologi 34 3.1.2 Model Air Terjun 34 3.1.3 Model Prototaip 36 3.2 Kajian Terhadap Metodologi Yang Dipilih 37 3.2.1 Pembangunan Secara Lelaran 38 3.2.1.1 Penentuan Tempoh Lelaran 39 3.2.1.2 Kelebihan Pembangunan 40 Secara Lelaran 3.2.2 Fasa-Fasa RUP 40 3.2.3 Aliran Kerja RUP 42 3.3 Kaedah 44 3.3.1 Kajian Ke Atas Kaedah Yang Dipilih 44 4 HASIL ANALISIS DAN REKABENTUK 4.1 Pendahuluan 46 4.2 Aliran Kerja Fasa Keperluan Perisian 47 4.2.1 Permodelan Rajah Kes Guna (Use Case) 47

x 4.2.1.1 Keterangan Aktor 48 4.2.1.2 Keterangan Kes Guna (Use 48 Case) 4.2.2 Rajah Aktiviti (Activity Diagram) 50 4.3 Aliran Kerja Fasa Analisa 51 4.3.1 Rajah Jujukan (Sequence Diagram) 51 4.4 Aliran Kerja Fasa Rekabentuk 51 4.4.1 Rekabentuk Senibina 52 4.4.2 Rekabentuk Antaramuka 54 4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 55 5 PERLAKSANAAN DAN HASIL 5.1 Pendahuluan 56 5.2 Penyediaan Persekitaran 57 5.2.1 Instalasi Perisian 58 5.2.1.1 Pemasangan Xampp 58 5.2.1.2 Pemasangan NowSMS 62 Gateway 5.3 Pembangunan Sistem 67 5.3.1 Pengujian URL 68 5.3.2 Pengujian Pangkalan Data 68 5.4 Pembangunan Pengaturcaraan Sistem 68 5.4.1 Pengaturcaraan Hubungan antara 69 Pangkalan Data 5.4.2 Pengaturcaraan Kawalan Log Masuk 71 dan Log Keluar 5.4.3 Pengaturcaraan Penyelenggaraan 73 Maklumat 5.4.3.1 Proses Penambahan Data 74 5.4.3.2 Proses Pengemaskinian Data 75 5.4.3.3 Proses Penghapusan Data 77

xi 5.4.3.4 Proses Carian Data 78 5.4.3.5 Proses Short Messaging 80 Service (SMS) 6 PENGUJIAN DAN PENILAIAN SISTEM 6.1 Pendahuluan 83 6.2 Pengujian Sistem 84 6.3 Pengujian Input dan Output 86 6.4 Pengujian Pengguna 88 6.5 Hasil Yang Diperolehi 89 7 PEMBINCANGAN DAN KESIMPULAN 7.1 Pendahuluan 91 7.2 Kelebihan Sistem 92 7.3 Hasil dan Pencapaian 93 7.4 Masalah atau Kelemahan Sistem 94 7.5 Cadangan Pembaikan dan Peningkatan 95 7.6 Masalah Perlaksanaan Projek 95 7.7 Kesimpulan 97 RUJUKAN 98 LAMPIRAN 100

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Keperluan perkakasan dan perisian 32 3.1 Fasa Fasa Model 40 Rational Unified Process (RUP) 6.1 Pengujian Input 87

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Rajah Aktiviti Aduan Kerosakan 13 2.2 Rajah Aktiviti Kiriman Surat dan Barang Pelajar 14 3.1 Metodologi Air Terjun 36 3.2 Model Prototaip 37 3.3 Model Rational Unified Process 38 4.1 Kes Guna Sistem bagi Pentadbir 49 4.1(a) Kes Guna Sistem bagi Pelajar 50 4.2 Antaramuka Login 54 4.3 Antaramuka Halaman Utama 55 5.1 Muka Hadapan Pemasangan Pakej Xampp 59 5.2 Destination Folder 59 5.3 Installation Option 60 5.4 Proses Instalasi 61 5.5 Instalasi Xammp Berjaya 61 5.6 Permulaan Pemasangan NowSMS 62 5.7 Lokasi Pemasangan NowSMS 63 5.8 Get Laluan Konfigurasi Dialog 64 5.9 Jenis SMSC Sambungan 64 5.10 Nama Modem Drivers 65

xiv 5.11 Menguji Sambungan Modem Dengan NowSMS 65 5.12 Konfigurasi Port dan IP Address 66 5.13 SMS Gateway Service 67 5.14 Pengujian URL 68 5.15 Pengujian Pangkalan Data 69 5.16 Antaramuka Pangkalan Data 70 5.16(a) Keratan Aturcara Menghubungkan Pangkalan Data Dengan Sistem 70 5.17 Antaramuka Log Masuk 71 5.17(a) Keratan Aturcara Kawalan Log Masuk 72 5.18 Antaramuka Log Keluar 73 5.18(a) Keratan Aturcara Log Keluar 73 5.19 Antaramuka Penambahan Data 74 5.19(a) Keratan Aturcara Penambahan Data 75 5.20 Antaramuka Pengemaskinian Data 76 5.20(a) Keratan Aturcara Pengemaskinian Data 76 5.21 Antaramuka Penghapusan Data 77 5.21(a) Keratan Aturcara Penghapusan Data 78 5.22 Antaramuka Carian Data 79 5.22(a) Keratan Aturcara Carian Data 79 5.23 Antaramuka Short Messaging Service (SMS) 80 5.23(a) Keratan Aturcara Short Messaging Service (SMS) 81 6.1 Contoh Paparan Mesej Ralat 87

xv SENARAI ISTILAH BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS Aktor Carta Gantt Fasa Pembangunan Fasa Penghuraian Fasa Peralihan Fasa Perancangan Hapus Instalasi Kemaskini Lelaran Log Keluar Log Masuk Pangkalan Data Pelayan Web Pelayar Pemasangan Pembina web Pengguna Perisian Actor Gantt Chart Construction Phase Elaboration Phase Transition Phase Inception Phase Delete Installation Update Iteration Logout Login Database Web Server Browser Installation Webmaster User Software

xvi Perkakasan Rajah Aktiviti Rajah Jujukan Rajah Kes Guna Tambah Hardware Activity Diagram Sequence Diagram Use Case Diagram Insert Into

xvii SENARAI KATA SINGKATAN BAHASA MELAYU / BAHASA INGGERIS SINGKATAN Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Kitar Hayat Pembangunan Perisian Kolej 9 PHP Hypertext Preprocessor Rational Unified Process Short Message Service Software Requirement Specification Structured Query Language Teknologi Komunikasi Maklumat Teknologi Maklumat Unified Modeling Language Universiti Teknologi Malaysia Projek Sarjana Muda I Projek Sarjana Muda II Global System for Mobile Communications Short Message Service Center Multimedia Messaging Service Multimedia Mesagging Center Microsoft SQL Server DBKL SDLC K9 PHP RUP SMS SRS SQL ICT IT UML UTM PSM I PSM II GSM SMSC MMS MMSC MySQL

xviii Rapid Application Development Microsoft Internet Information Server Personal Web Server RAD IIS PWS

xix SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Carta Gantt Projek 100 B Maklumat Organisasi 103 C Spesifikasi Keperluan Perisian 111 D Dokumen Rekabentuk Perisian 164 E Dokumen Pengujian Perisian 172 F Manual Pengguna 190

BAB 1 PENGENALAN PROJEK 1.1 Pendahuluan Teknologi Maklumat (IT) telah digunakan secara meluas pada hari ini. Kepentingan dalam konteks masyarakat hari ini tidak dapat dinafikan lagi. IT telah menjadi salah satu keperluan asas masyarakat sepertimana keperluan asas yang lain. Ini bermakna, penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan IT adalah penting kerana ia merupakan titik tolak kepada kejayaan pembangunan masyarakat bermaklumat dalam era digital ini. Penggunaan IT sebagai pemangkin kepada pembangunan negara di masa hadapan. ( Tan Sri Abdul Halim Bin Ali, 1998) Menurut Kamus Dewan, teknologi maklumat (IT) adalah suatu bidang yang meliputi penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi bagi memperoleh, memproses, dan menyebarkan maklumat. Manakala, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) pula bermaksud teknologi yang berkaitan dengan perolehan,penyimpanan pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan

2 teknologi komputer dan telekomunikasi. Persatuan Teknologi Maklumat Amerika (ITAA) pula mentakrifkan teknologi maklumat ini sebagai kajian, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan, dan dukungan atau pengurusan sistem-sistem maklumat berasaskan komputer, khususnya perisian penggunaan dan perkakasan komputer. Di dalam dunia atau era globalisasi hari ini penggunaan sistem teknologi maklumat adalah merupakan satu faktor kearah kejayaan sesuatu organisasi, malah ia juga merupakan satu sistem yang paling efektif dalam menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan bidang pengurusan contohnya pengurusan data atau fail-fail penting di dalam sesebuah organisasi syarikat. Komputer merupakan tonggak utama dalam merealisasikan sistem pengurusan maklumat, seperti yang telah kita sedia maklum bahawa penyimpanan data secara sistematik menyebabkan penggunaan tenaga manusia dapat dikurangkan sekaligus meringankan beban manusia, contohnya jika dahulu manusia menganalisa data secara manual tetapi dengan adanya perisian-perisian, analisa data menjadi lebih cepat dan sistematik. Sistem penyimpanan data secara manual bagaimanapun masih lagi digunakan dengan meluas di negara-nagara sedang membangun, walaupun dunia sekarang telah melangkah ke dunia IT, fenomena ini berlaku mungkin disebabkan oleh kurangnya pendedahan dan kesedaran IT dalam masyarakat serta sumber kewangan yang tidak mencukupi. Penyimpanan data secara sistem fail juga dipanggil kaedah konvensional. Terdapat banyak masalah yang dikenalpasti menggunakan sistem penyimpanan data secara fail contohnya sering berlaku masalah kebocoran data,dan jika tidak diuruskan dengan baik kehilangan data juga mungkin berlaku.

3 Penggunaan sistem pengurusan data pengkomputeran juga memberi banyak faedah, antaranya ialah sistem ini dijadikan secara atas talian. Dengan itu semua kakitangan dalam sesebuah organisasi contohnya dapat menjalankan tugas mereka dengan cepat. Selain itu juga sistem ini boleh dikemaskini jika berlaku sebarang perubahan dari masa ke semasa. Sistem ini juga senang untuk dikemaskinikan jika berlaku sebarang kesilapan. Kaedah pengurusan data dan maklumat amat penting bagi menjamin kelancaran perjalanan sesebuah organisasi, kaedah ini juga dapat mengelakkan penyelewengan yang akan timbul. Di sini dapatlah kita lihat bahawa dengan adanya sistem pengurusan pangkalan data secara pengkomputeran yang sistematik kita dapat menjimatkan masa, kos dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan bagi organisasi tertentu. Tidak ketinggalan juga bagi sistem yang dibangunkan ini iaitu Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysis berasaskan web. Sistem ini dapat membantu dan memudahkan pelajar untuk membuat sebarang pengurusan di Kolej 9 seperti membuat permohonan bilik, membuat aduan kerosakan, mengetahui maklumat surat dan barang kiriman serta mengetahui berita-berita terkini yang terdapat di Kolej 9. Pada masa kini, segala pengurusan di buat secara manual dengan menggunakan buku laporan berkulit keras dan amat menyukarkan pihak pentadbiran untuk membuat sebarang semakan dan lain-lain. Sistem yang telah dibangunkan ini sebagai alternatif kepada kaedah manual yang digunakan oleh pihak pentadbiran Kolej 9. Ia juga dapat membantu para pelajar mengetahui bilik kosong sebelum membuat permohonan bilik untuk penempatan asrama.

4 Dengan adanya sistem yang telah dibangunkan ini, diharapkan dapat membantu pihak pentadbiran Kolej 9 dalam mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan lebih mudah dan teratur. Sistem ini juga dapat meminimumkan beban kerja yang dilakukan oleh pihak pentadbiran di Kolej 9. 1.2 Pernyataan Masalah Terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak Pentadbiran Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia. Antaranya ialah : i. Sukar untuk pelajar membuat permohonan bilik untuk penempatan asrama. ii. Tidak mempunyai satu sistem yang sistematik untuk menyimpan dan merekod segala maklumat aduan kerosakan yang dibuat oleh pelajar. iii. Sukar untuk pelajar mengetahui tentang status barang atau surat yang dikirimkan. iv. Sukar untuk pelajar mengetahui berita-berita terkini yang terdapat di Kolej 9.

5 1.3 Matlamat Projek Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan satu sistem pengurusan dan pentadbiran Kolej 9 Universiti Teknologi Malaysia berasaskan web yang lebih sistematik dan efisyen. 1.4 Objektif Projek Untuk mencapai matlamat projek ini, beberapa objektif utama telah dikenalpasti. Antara objektif tersebut adalah : i. Menganalisa masalah dalam pentadbiran dan pengurusan asrama Kolej 9. ii. Mengkaji metodologi dan teknologi yang sesuai untuk diaplikasikan di dalam sistem. iii. Merekabentuk dan membangunkan sebuah sistem pengurusan yang berasaskan web. iv. Menguji sebuah sistem pengurusan yang telah siap dibangunkan.

6 1.5 Skop Projek ialah: Beberapa skop telah dikenalpasti untuk perlaksanaan projek ini. Antaranya i. Membantu pelajar dalam membuat permohonan bilik di Kolej 9 sebagai penempatan asrama. ii. Sistem ini membolehkan pelajar di Kolej 9 membuat aduan kerosakan secara atas talian. iii. Sistem ini membantu pihak pentadbiran Kolej 9 untuk menyimpan rekod maklumat surat dan barang kiriman untuk pelajar. iv. Sistem ini menyenaraikan maklumat dan berita terkini yang terdapat di Kolej 9. v. Sistem ini membenarkan mesej pemberitahuan dihantar kepada pelajar untuk memberitahu surat atau barang kiriman pelajar telah sampai di pejabat melalui sistem pesanan ringkas (SMS). 1.6 Justifikasi / Kepentingan Projek Projek ini dilaksanakan untuk membangunkan satu Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Kolej 9, Universiti Teknologi Malaysia yang berasaskan web.

7 Pembangunan sistem ini bertujuan untuk menggantikan pengurusan Kolej 9 yang sebelum ini dilakukan secara manual. Projek ini dibangunkan untuk memudahkan pelajar yang menginap di Kolej 9 bagi membuat sebarang urusan. Dengan menggunakan sistem ini, kos untuk penggunaan bahan seperti kertas dan percetakan dapat dijimatkan kerana segala maklumat menggunakan pangkalan data. Sistem pengurusan ini dapat menjimatkan sistem pemfailan untuk pelbagai jenis rekod yang sukar untuk dicari serta boleh menjimatkan ruang simpanan di pejabat. Selain itu, dapat menjimatkan masa pihak pengurusan untuk capaian dan carian maklumat pelajar. Sistem pengurusan ini juga, dapat menguruskan maklumat pelajar dengan berkesan, pantas dan mudah kerana menggunakan pangkalan data khas. Pencarian dan kemaskini semula maklumat juga dapat dilakukan dengan cepat dan teratur. 1.7 Perancangan Projek Perancangan yang teliti dan teratur diperlukan ke atas sesuatu projek sebelum pelaksanaan dijalankan ke atas projek tersebut. Perancangan dilakukan bagi memastikan projek ini dapat disiapkan di dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Perancangan projek ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu Projek Sarjana Muda I(PSM I) dan Projek Sarjana Muda II(PSM II). Kedua-dua bahagian projek tersebut akan dijalankan pada semester yang berbeza. Semasa pelaksanaan PSM I, segala maklumat mengenai projek akan dikumpulkan dan perbincangan bersama pihak pengurusan Kolej 9 akan diadakan mengikut jadual yang disusun sebelum ini. Perancangan projek ini dilakukan mengikut metodologi yang telah dipilih. PSM II pula adalah kesinambungan daripada hasil yang

8 diperolehi daripada perlaksanaan PSM I.Sistem Permohonan Penempatan Kolej 9 dibangunkan di sepanjang semester sehingga sistem siap sepenuhnya. Carta Gantt pada Lampiran A menunjukkan aktiviti dan proses yang terlibat dalam perlaksanaan PSM I dan PSMII dengan lebih terperinci.