[OT 8] HARTA INTELEK DAN PERLINDUNGAN HAK CIPTA: PERSPEKTIF UUM. Nur Alia Syuhada Saudi ˡ & Mohamad Ghozali Hassan ²

Similar documents
SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan


VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

GARIS PANDUAN BAGI BAYARAN PERKHIDMATAN STAF TEKNIKAL DI LUAR SKOP TUGAS HAKIKI OLEH UNIT TEKNIKAL & PERKHIDMATAN

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

KAEDAH PENYUSUNAN PORTFOLIO

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

GARIS PANDUAN PERMOHONAN IMBUHAN PENERBITAN JURNAL / PROSIDING / SITASI BERINDEKS SCOPUS

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

RESOURCE ALLOCATION SCHEME FOR FUTURE USER-CENTRIC WIRELESS NETWORK WAHEEDA JABBAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

1. Akses untuk koperasi adalah melalui


FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

DATASET GENERATION AND NETWORK INTRUSION DETECTION BASED ON FLOW-LEVEL INFORMATION AHMED ABDALLA MOHAMEDALI ABDALLA

OPTIMIZE PERCEPTUALITY OF DIGITAL IMAGE FROM ENCRYPTION BASED ON QUADTREE HUSSEIN A. HUSSEIN

SISTEM PENYULITAN DAN PENYAHSULITAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALGORITMA RIVEST SHAMIR ADELMAN

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

FUZZY NEURAL NETWORKS WITH GENETIC ALGORITHM-BASED LEARNING METHOD M. REZA MASHINCHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

CIRCULAR 2017/02. Dear Valued Members, Warmest greetings from Sara Worldwide Vacations Berhad!

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

SISTEM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL

DYNAMIC MOBILE SERVER FOR LIVE CASTING APPLICATIONS MUHAMMAD SAZALI BIN HISHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ADAPTIVE METHOD TO IMPROVE WEB RECOMMENDATION SYSTEM FOR ANONYMOUS USERS

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

PEMBENTANGAN ANUGERAH INOVASI. PROJEK : Sistem Prin;ng Menggunakan Kad Matriks (Konsep Topup) di PPICTP UTM Kuala Lumpur

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA OPTIMIZATION OF MEASUREMENT PARAMETERS IN NON- CONTACT MEASURING SYSTEM

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

REGISTRATION FORM SYSTEMATIC REVIEW AND META-ANALYSIS WORKSHOP 26 TH to 28 TH October 2015 (3 DAYS) Selangor, Malaysia. REGISTRANT DETAILS

ENERGY-EFFICIENT DUAL-SINK ALGORITHMS FOR SINK MOBILITY IN EVENT-DRIVEN WIRELESS SENSOR NETWORKS

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

VISUALISASI DATA SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Illi Nadia binti Mohd Khairuddin Prof. Madya Dr. Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELIABILITY PERFORMANCE EVALUATION AND INTEGRATION OF ROUTING ALGORITHM IN SHUFFLE EXCHANGE WITH MINUS ONE STAGE

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS* TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

IMPROVED IMPLEMENTATION OF DIGITAL WATERMARKING TECHNIQUES AHMED SABEEH YOUSIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

A TRUST MODEL FOR BUSINESS TO CUSTOMER CLOUD E-COMMERCE HOSSEIN POURTAHERI

SISTEM PENGURUSAN CUTI PRASARANA MALAYSIA BERHAD. Mohd Fitriyanshah Bin Nursyal. Mohd Rosmadi Mokhtar

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

Study of Distributed Coordination Function (DCF) and Enhanced DCF (EDCF) in IEEE MAC Protocols for Multimedia Applications.

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

COLOUR IMAGE WATERMARKING USING DISCRETE COSINE TRANSFORM AND TWO-LEVEL SINGULAR VALUE DECOMPOSITION BOKAN OMAR ALI

INTEGRATION OF CUBIC MOTION AND VEHICLE DYNAMIC FOR YAW TRAJECTORY MOHD FIRDAUS BIN MAT GHANI

SISTEM PENGURUSAN FORENSIK DIGITAL

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

AUTOMATIC APPLICATION PROGRAMMING INTERFACE FOR MULTI HOP WIRELESS FIDELITY WIRELESS SENSOR NETWORK

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

ENHANCING TIME-STAMPING TECHNIQUE BY IMPLEMENTING MEDIA ACCESS CONTROL ADDRESS PACU PUTRA SUARLI

OPTIMIZED BURST ASSEMBLY ALGORITHM FOR MULTI-RANKED TRAFFIC OVER OPTICAL BURST SWITCHING NETWORK OLA MAALI MOUSTAFA AHMED SAIFELDEEN

This item is protected by original copyright

DETECTION OF WORMHOLE ATTACK IN MOBILE AD-HOC NETWORKS MOJTABA GHANAATPISHEH SANAEI

Bidang tugas JLICT yang telah ditetapkan ialah: Senarai keahlian JLICT yang telah ditetapkan sebagaimana pekeliling tersebut adalah seperti berikut:

SECURE-SPIN WITH HASHING TO SUPPORT MOBILITY AND SECURITY IN WIRELESS SENSOR NETWORK MOHAMMAD HOSSEIN AMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

PROBLEMS ASSOCIATED WITH EVALUATION OF EXTENSION OF TIME (EOT) CLAIM IN GOVERNMENT PROJECTS

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT

CREATING USER ID AND PASSWORD : NOTA PENTING NOTA PENTING SEBELUM MEMULAKAN PROSES CREATE USER ID & PASSWORD

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

STATUS INTERNAL AUDIT ISO 9001 DAN ISO/IEC DI AGENSI NUKLEAR MALAYSIA

ALAMAT IP. Sofirudman Mazuin Asmarul shazila Ainul bariah

PERFOMANCE ANALYSIS OF SEAMLESS VERTICAL HANDOVER IN 4G NETWOKS MOHAMED ABDINUR SAHAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA EFFECTS OF DATA TRANSFORMATION AND CLASSIFIER SELECTIONS ON URBAN FEATURE DISCRIMINATION USING HYPERSPECTRAL IMAGERY

BORANG PENCALONAN HADIAH UNIVERSITI NOMINATION FORM FOR UNIVERSITY AWARD

ISOGEOMETRIC ANALYSIS OF PLANE STRESS STRUCTURE CHUM ZHI XIAN

AN INTEGRATED SERVICE ARCHITECTURE FRAMEWORK FOR INFORMATION TECHNOLOGY SERVICE MANAGEMENT AND ENTERPRISE ARCHITECTURE

Sistem Capaian Berbilang Terminal

IMPROVED IMAGE COMPRESSION SCHEME USING HYBRID OF DISCRETE FOURIER, WAVELETS AND COSINE TRANSFORMATION MOH DALI MOUSTAFA ALSAYYH

PROFORMA KURSUS Course Proforma

Transcription:

[OT 8] HARTA INTELEK DAN PERLINDUNGAN HAK CIPTA: PERSPEKTIF UUM Nur Alia Syuhada Saudi ˡ & Mohamad Ghozali Hassan ² 1-2 Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah alyayaya79@yahoo.comˡ, ghozali@uum.edu.my² ABSTRAK Harta intelek memainkan peranan penting dalam meningkatkan pasaran dan mewujudkan daya saing dalam sesebuah organisasi dan syarikat. Harta Intelek juga dapat menjana sumber pendapatan negara yang baru. Selain itu, perlindungan harta intelek penting untuk menghasilkan karya yang bernilai tinggi dan berkualiti. Namun, tahap kesedaran tentang perlindungan harta intelek di Malaysia masih berada pada tahap yang rendah berbanding negara lain. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji proses dan cara mendapatkan perlindungan hak cipta yang melibatkan staf akademik di Universiti Utara Malaysia (UUM). Dapatan kajian ini diperoleh melalui statistik jumlah pendaftaran harta intelek dan hak cipta daripada Pusat Inovasi & Pengkomersilan UUM. Bilangan pendaftaran perlindungan harta intelek dan hak cipta di UUM menunjukkan berlaku penurunan dari tahun ke tahun. Kata kunci: hak cipta, perlindungan harta intelek, proses dan prosedur PENGENALAN Perlindungan Harta Intelek memainkan peranan penting untuk meningkatkan tahap pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Sifat berdaya saing dalam sesebuah organisasi dapat diwujudkan apabila proses mendapatkan perlindungan harta intelek ini diuruskan mengikut prosedur dan cara yang betul. Hal ini jelas menunjukkan bahawa perlindungan harta intelek adalah nilai penting kepada pemilik dan pencipta supaya tidak berlaku penyalahgunaan oleh orang lain. Selain itu, perlindungan harta intelek merupakan faktor utama perkembangan daya saing sesuatu pasaran (Cheung, Wang, Tse & Ricky, 2031). Oleh itu, hak eksklusif diberikan kepada pencipta dan pemilik untuk mendapat perlindungan harta intelek yang sah di samping dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara (Naznin, 2011). Harta intelek merupakan hasil ciptaan individu yang terdiri daripada proses, cetusan idea, inovasi dan penambahbaikan, penghasilan produk dan karya (Sahlan, Abd. Rahman & Mohd Amin, 2014). Harta intelek dikategorikan kepada karya industri, karya sastera dan karya muzik (MyIPO, 2016). Karya industri ini termasuk cap dagangan, paten dan reka bentuk perindustrian. Karya sastera pula termasuk penghasilan karya dan penulisan seperti buku, lukisan dan filem. Harta intelek ini hanya dilindungi ditempat yang didaftarkan sahaja. Contohnya, karya yang telah didaftarkan hanya akan dilindungi di Malaysia 1221

sahaja (Scanlon & David, 2002). Perlindungan harta intelek ini diurus berdasarkan Akta Hak Cipta 1987 (Wahid & Abdul Ghani Azmi, 2004). Perbadanan Harta Intelek Malaysia atau MyIPO bertanggungjawab menguruskan pendaftaran perlindungan harta intelek di Malaysia. MyIPO berperanan memberi khidmat rundingan tentang harta intelek, perlaksanaan rangka pentadbiran dan organisasi yang lengkap, maklumat yang mesra pengguna, pengukuhan dan pemantapan dari segi kesedaran mengenai kepentingan perlindungan harta intelek. Hak cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang mengikut tempoh masa tertentu kepada pencipta untuk mengawal penggunaan karya mereka. Malaysia tidak mempunyai sistem pendaftaran hak cipta. Tempoh masa hak cipta adalah bergantung kepada jenis-jenis karya yang dihasilkan. Sebagai contoh, tempoh hak cipta bagi filem adalah sah selama tempoh lima puluh tahun bermula dari permulaan tahun kalendar berikutnya dengan tahun filem itu diterbitkan dan disiarkan untuk tontonan umum. Selain itu, dua jenis hak dibawah Akta Hak Cipta 1987 iaitu hak moral dan hak ekonomi (Wahid & Abdul Ghani Azmi, 2004). PERNYATAAN MASALAH Merujuk laporan tahunan 2014, Pengerusi Perbadanan Harta Intelek, Dato Haji Abdul Manan B. Ismail, statistik permohonan pendaftaran paten dan utiliti di Malaysia adalah sejumlah 6,279. Manakala permohonan di luar negara adalah sebanyak 28,881. Hal ini jelas menunjukkan permohonan pendaftaran di Malaysia sememangnya lebih rendah berbanding luar negara. Hal ini jelas menggambarkan bahawa kualiti hasil ciptaan tersebut berkurang dan tidak bermutu tinggi. Malahan juga, produk yang dihasilkan untuk dipasarkan adalah tidak asli dan menjejaskan persepsi para pengguna terhadap pencipta tersebut. Menurut akhbar The Star (September 2015), Perdana menteri, Dato Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak menjelaskan bahawa harta intelek dapat menjana pendapatan yang baru kepada kerajaan. Justeru, perlindungan harta intelek ini dapat meningkatkan kemajuan ekonomi dan pembangunan negara. Selain itu, plagiarism juga merupakan masalah yang sering berlaku dalam perlindungan harta intelek (Joint, 2006). Plagiarism ini berlaku apabila hak cipta iaitu idea seseorang diambil atau digunakan oleh orang lain tanpa mendapat persetujuan atau tidak daripada pemilik asalnya (Joint, 2006). Secara keseluruhannya, hal ini jelas menggambarkan bahawa masyarakat Malaysia mempunyai tahap kesedaran yang rendah tentang kepentingan perlindungan harta intelek berbanding negara-negara luar. Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat hasil karya staf akademik UUM yang masih belum mendapat perlindungan. Antara hasil ciptaan staf akademik UUM adalah seperti kajian, tesis, buku, dan sebagainya. Objektif dalam kajian ini adalah: Untuk mengenal pasti masalah dan isu dalam mendapatkan perlindungan hak cipta. Untuk mengkaji proses dan prosedur mendapatkan perlindungan hak cipta. Untuk mengenal pasti jumlah dan bilangan karya staf-staf akademik UUM yang dilindungi dibawah hak cipta. 1222

KAJIAN LITERATUR Kajian ini merangkumi definisi dan prinsip yang diterangkan dengan lebih jelas. Di samping itu, kepentingan perlindungan harta intelek dan hak cipta juga dibincangkan. Akhirnya, prosedur dan proses perlindungan hak cipta diterangkan dengan jelas supaya mudah difahami. Harta intelek Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO), mengkategorikan harta intelek terdiri daripada dua iaitu harta industri termasuklah tanda dagangan, paten, petunjuk geografi dan juga reka bentuk perindustrian. Kategori yang kedua ialah hak cipta yang meliputi karya sastera contohnya novel, puisi dan karya seni seperti lukisan dan sebagainya (MyIPO, 2016). Selain itu, beberapa jenis hak harta intelek ini adalah termasuk paten, cap dagangan dan hak cipta (Sahlan et al., 2014). Harta intelek merupakan hasil cetusan idea dari minda seseorang manusia. Manakala, hak-hak harta intelek adalah hak terhadap hasil ciptaan tersebut (Chaudhari, 2015). Hak-hak tersebut merupakan hak penggunaan atau kebenaran orang lain untuk menggunakan hasil ciptaan mengikut syarat yang telah dipersetujui. Hak cipta Di Malaysia, hak cipta merupakan hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik untuk mengawal penggunaan ciptaan mereka mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh undang-undang(myipo, 2016). Akta Hak cipta 1987 merupakan asas untuk mendapatkan perlindungan hak cipta di Malaysia. Malaysia juga tidak mempunyai sistem pendaftaran hak cipta. Fokus utama dalam kajian ini ialah pelanggaran hak cipta dan plagiarism yang merupakan masalah utama berlaku dalam hak cipta. Oleh itu, setiap hasil ciptaan perlu mendapat perlindungan hak cipta supaya hak-hak kepada pemilik terjamin daripada berlaku sebarang penyalahgunaan. Plagiarism Plagiarism merupakan tindakan mengambil dan menggunakan hasil ciptaan orang lain yang merangkumi cetusan idea, konsep dan sebagainya (Angeles & Ballard, 2008). Plagiarism juga bermaksud mengambil hasil kerja dan idea orang lain dengan mengaitkan dengan diri sendiri (Hyatt & Lim, 2010). Selain itu, plagiarism adalah mengambil kerja-kerja atau hasil ciptaan orang lain dan mendakwa sebagai hasil kerja sendiri. Walau bagaimanapun, plagiarism adalah bukan jenayah, tetapi merupakan satu tindakan yang tidak beretika (Cronin, 2003). Plagiarism sememangnya menjadi isu yang utama dalam kalangan pelajar. Berdasarkan Rajah 1, menunjukkan perbuatan yang menyebabkan berlakunya plagiarism. Plagiarism ditakrifkan sebagai suatu tingkah laku yang tidak beretika kerana melibatkan salah laku dan penipuan (Abdul Ghani Azmi, 2000). 1223

Menyuruh seseorang untuk menyiapkan tugasan Membeli atau mencuri hasil kerja Menggunakan idea seseorang tanpa membuat petikan Mengambil maklumat tanpa membuat petikan dari tesis Plagiarism yang disengajakan Kemungkinan menyebabkan plagiarism Rajah 1 Perbuatan yang menyebabkan berlakunya plagiarism Pelanggaran hak cipta Pelanggaran hak cipta berlaku apabila seseorang menggunakan dan mengambil hasil ciptaan tanpa mendapat persetujuan daripada pemilik. Jadi, hal ini sememangnya telah melanggar hak-hak eksklusif yang diberikan kepada setiap pemilik karya tersebut (Nasir, Ponnusamy, & Lee, 2007). Pelanggaran hak cipta merupakan satu jenayah kerana pelanggaran yang berlaku adalah berkaitan hak-hak eksklusif dan bukannya melibatkan masalah tidak beretika sahaja. Antara contoh pelanggaran hak cipa adalah berlakunya mengimport salinan barang ke Amerika Syarikat untuk tujuan keuntungan dan komersil sahaja. Tambahan pula, pelanggaran hak cipta ini berlaku tanpa mendapat persetujuan daripada pemilik (Seksyen 3 Akta Syarikat 1987) (Scanlon & David, 2002). Kepentingan perlindungan hak cipta Hak cipta sememangnya dapat melindungi gambar, muzik, karya sastera, perisian dan program komputer (Alikhan, 2002). Peranan perlindungan hak cipta amat penting terhadap peningkatan dan pembangunan ekonomi (Ouma, 2012). Oleh itu, hak cipta berperanan terhadap pembangunan modal intelektual sekaligus meningkatkan pembangunan ekonomi negara (Aziz, 2015). Selain itu, kepentingan perlindungan hak cipta terutamanya dalam kajian dan penyelidikan dapat meningkatkan kemajuan inovasi untuk menghasilkan karya yang lebih baik (Nasir et al., 2007). Justeru, tindakan undang-undang adalah wajar dilaksanakan sekiranya berlakunya pelanggaran yang boleh menjejaskan hak-hak. The World Intellectual Property Organization (WIPO) menyatakan perlindungan hak cipta dapat merangsang para pemilik untuk sentiasa membuat inovasi dan penambahbaikan hasil daripada idea dan karya mereka (WIPO, 2016). Oleh itu, hak cipta dapat membantu dalam mewujudkan peluang pekerjaan yang baru. Pertumbuhan ekonomi juga dapat meningkatkan kualiti hidup dan mewujudkan persekitaran yang kreatif dan inovatif kepada masyarakat. METODOLOGI Untuk memastikan bahawa langkah dan prosedur yang disenaraikan dalam kajian ini dapat dilaksanakan, kaedah yang telah digunakan untuk mengenal pasti proses 1224

pendaftaran hak cipta adalah dengan mendaftar tesis penyelia saya iaitu Dr. Mohamad Ghozali. Statistik perlindungan harta intelek dan hak cipta diperoleh daripada Pusat Inovasi & Pengkomersilan UUM. Pusat Inovasi & Pengkomersilan UUM Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UUM telah ditubuhkan secara rasmi pada 17 Februari 2013 melalui kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) mesyuarat 186th, No. 1/2013. Visi Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UUM adalah untuk memacu bidang pengurusan melalui penyelidikan dan inovasi cemerlang ke arah pembangunan insan yang menjamin kelestarian agama, bangsa dan negara. Antara objektif Pusat Inovasi & Pengkomersilan ini adalah mengenal pasti idea, output atau hasil daripada kajian staf akademik yang mempunyai ciri-ciri inovatif untuk perlindungan harta intelek dan pengkomersilan, memantau dan menyelaras semua prosedur yang berkaitan dengan harta intelek dan corak untuk komuniti universiti. Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UUM yang berperanan mengurus dan membantu pendaftaran perlindungan hak cipta hasil karya terutamanya staf akademik UUM dan pelajar. Proses pendaftaran hak cipta di UUM lebih mudah kerana pemohon tidak perlu pergi ke kaunter pejabat Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Sebaliknya, mereka hanya perlu membawa semua dokumen, borang dan akuan berkanun dan mengemukakan kepada Pusat Inovasi & Pengkomersilan di UUM. Disamping itu, pemohon yang layak tidak perlu membuat bayaran terhadap permohonan mereka. Rajah 2 menunjukkan proses untuk mendapatkan perlindungan hak cipta di UUM. Hal ini kerana, UUM memberi insentif kepada pelajar dan staf akademik untuk menanggung bayaran yuran pendaftaran bagi mendapatkan perlindungan hak cipta. Pemohon-pemohon dikehendaki mengisi maklumat asas termasuk abstrak, gambar rajah, carta aliran, atau logo. 1225

PERMOHONAN PEMBERITAHUAN KERJA A. BORANG CR-1 B. PERAKUAN BERKANUN C. SALINAN KERJA D. YURAN PEMBERITAHUAN TERBITAN A. BORANG CR-2 B. PERAKUAN BERKANUN C. SALINAN KERJA D. DOKUMEN BERKAITAN E. YURAN KERJA PEMBERITAHUAN OLEH WAKIL A. BORANG CR-3 WAKIL Pusat Inovasi & Pengkomersilan UUM PEMERIKSAAN PERMINTAAN PENDAFTARAN A. BORANG CR-4 PERAKUAN PEMOHON A. BORANG CR-5 PERAKUAN PEMBETULAN A. BORANG CR-6 PROSES PERMOHONAN TAMAT DIREKODKAN NOTIS PEMBERITAHUAN DIHANTAR KEPADA PEMOHON DAN PENDAFTARAN DIREKODKAN PEMBETULAN/ PEMINDAAN A. BORANG CR-7 PERMINTAAN PEMERIKSAAN A. BORANG CR-8 PERMINTAAN UNTUK EKSTRAK A. BORANG CR-9 PERTUKARAN ALAMAT A. BORANG CR-10 Sumber: Pusat Inovasi & Pengkomersilan UUM PEMBERITAHUAN LESEN / WASIAT A. BORANG CR-11 Rajah 2 Proses permohonan perlindungan hak cipta di UUM 1226

HASIL KAJIAN Hasil kajian ini telah menunjukkan terdapat beberapa masalah untuk mendapatkan perlindungan hak cipta. Rajah 3 dibawah menunjukkan antara masalah adalah seperti kekurangan cawangan Perbadanan Harta Intelek dan lokasinya yang tidak strategik, kos, proses yang rumit dan kekeliruan dalam mengkategorikan kerja. Lokasi yang tidak strategik dan kekurangan cawangan Kesukaran mengenal pasti kategori kerja Masalah Pendaftaran perlindungan Hak Cipta Proses yang rumit Kos Rajah 3 Masalah pendaftaran perlindungan hak cipta Kekurangan cawangan dan lokasi yang tidak strategik Cawangan Perbadanan Harta Intelek adalah terhad iaitu hanya tertumpu pada bandarbandar besar sahaja. Hal ini menyebabkan berlakunya kesukaran mendapat maklumat yang jelas untuk meneruskan proses pendaftaran perlindungan hak cipta. Disamping itu, pendaftaran ini juga boleh dilakukan melalui pos tetapi lebih mudah apabila berurusan di pejabat Perbadanan Harta Intelek. Selain itu, faktor jarak dan kekangan masa juga menyebabkan proses pendaftaran tidak dapat diteruskan pada peringkat lain. Pelajar dan staf akademik UUM hanya perlu mendapatkan proses pendaftaran di Pusat Inovasi dan Pengkomersilan. Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UUM memainkan peranan dengan bertindak menguruskan pendaftaran bagi pelajar dan juga staf akademik. Kesukaran mengenal pasti kategori hasil kerja Terdapat dua kategori kerja iaitu hasil kerja asal dan hasil kerja terbitan samaada pengolahan semula atau penyusunan semula. Contohnya, hasil laporan dan tesis merupakan olahan semula yang merujuk kepada hasil kerja yang sedia ada. Hal ini menyebabkan timbulnya kekeliruan untuk mengkategorikan hasil kerja iaitu karya asal atau tidak. Kos Setiap kategori kerja dikenakan bayaran yuran yang berbeza. Kos yuran ini adalah sesuatu yang subjektif terutama kepada pemohon yang kurang berkemampuan. Oleh itu, bayaran yang membebankan ini menyebabkan para pemohon tidak mendaftar hasil kerja mereka untuk mendapat perlindungan. Sebagai contoh, bayaran yuran untuk mendapatkan perlindungan bagi karya sastera adalah RM100. Tambahan pula, apabila 1227

terdapat sebarang kesalahan yang memerlukan pembetulan juga dikenakan bayaran. Hal ini sudah pasti memberi kesan kepada para pemohon yang kurang berkemampuan untuk membayar bayaran tersebut. Pihak Pusat Inovasi dan Pengkomersilan memberi insentif kepada staf akademik mahupun pelajar UUM dengan menanggung semua bayaran yuran pendaftaran perlindungan harta intelek ini. Proses yang rumit Sistem pendaftaran yang digunakan oleh Perbadanan Harta Intelek adalah secara manual dan setiap borang memerlukan akuan berkanun. Pemohon perlu mengakses borang yang terdapat pada laman web MyIPO dan seterusnya perlu dihantar di pejabat MyIPO atau melalui pos. Hal ini menyukarkan para pemohon apabila kawasan kediaman mereka tidak mempunyai cawangan Perbadanan Harta Intelek. Selain itu, maklumat yang terdapat pada laman web MyIPO juga tidak lengkap dan tidak mempunyai penerangan yang jelas. Akibatnya, berlaku kekeliruan kepada para pemohon menyebabkan proses pendaftaran tidak dapat berjalan lancar. Statistik perlindungan harta intelek dan hak cipta di UUM Jumlah data yang diambil daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC) UUM menunjukkan jumlah pendaftaran perlindungan harta intelek dan hak cipta adalah tidak konsisten dari tahun ke tahun. Berdasarkan statistik perlindungan harta intelek dan hak cipta menunjukkan peningkatan jumlah pendaftaran pada tahun 2009 sehingga 2012. Manakala, pada tahun 2012 sehingga Julai 2015 berlaku penurunan sepanjang tempoh tersebut. Pada tahun 2009, jumlah pendaftaran yang direkodkan adalah hanya 22. Pada tahun 2010, jumlah pendaftaran harta intelek dan hak cipta meningkat kepada 34. Seterusnya, berlaku peningkatan pada tahun 2011 iaitu 72 dan 471 pada tahun 2012. Pada tahun 2012, pendaftaran perlindungan harta intelek telah menunjukkan peningkatan yang tertinggi diantara tahun 2009 sehingga 2015. Manakala pada tahun 2013 berlaku penurunan kepada 92 pendaftaran sahaja. Seterusnya, pada tahun 2014 menunjukkan penurunan sebanyak 16 iaitu hanya 76 pendaftaran pada tahun tersebut. Pada tahun 2015, terdapat hanya 2 pendaftaran sahaja sepanjang bulan Januari hingga Julai. Hasil daripada statistik tersebut menunjukkan bahawa tahap kesedaran perlindungan hak cipta dalam kalangan staf akademik UUM dan pelajar UUM berada pada tahap yang rendah. Hal ini dibuktikan apabila bermula pada tahun 2013 menunjukkan penurunan jumlah pendaftaran harta intelek dan hak cipta. KESIMPULAN DAN CADANGAN Berdasarkan hasil kajian ini mendapati bahawa perlindungan harta intelek dan hak cipta memberi impak yang positif bukan sahaja kepada pencipta itu sahaja tetapi juga terhadap perkembangan ekonomi negara. Disamping itu, perlindungan sesuatu karya atau hasil ciptaan sememangnya dapat menyumbang kepada pembangunan modal intelektual negara. Hak cipta juga dapat membantu membuka peluang pekerjaan baru sekaligus meningkatkan kualiti hidup masyarakat dalam mewujudkan persekitaran yang kreatif dan inovatif. Kesimpulannya, kajian ini telah berjaya menunjukkan proses dan prosedur yang lengkap untuk mendapatkan perlindungan hak cipta di UUM. 1228

Antara cadangan ialah MyIPO perlu membuka lebih banyak cawangan yang strategik di setiap negeri. Hal ini dapat memudahkan orang ramai untuk mendaftarkan perlindungan hak cipta. Pihak Pusat Inovasi & Pengkomersilan perlu meningkatkan lagi kempen, ceramah dan maklumat yang lengkap kepada semua warga UUM terutamanya kepada staf akademik dan para pelajar. Disamping itu, penyediaan proses pendaftaran secara talian sememangnya memudahkan dan menjimatkan masa para pemohon. Kerajaan perlu memainkan peranan dalam memberi galakkan dan insentif kepada semua pemohon untuk meningkatkan lagi modal intelektual di negara ini. Kerajaan juga perlu bergiat aktif dengan mengadakan lebih banyak kempen terutamanya melalui media massa. RUJUKAN Abdul Ghani Azmi, I. M. (2000). Digital Technology, Copyright and Education the Malaysian Perspective. 14(3), 1-20. Alikhan, S. (2002). The Role of Copyright in the Cultural and Economic Development of Developing Countries. Journal of Intellectual Property Right, 7(November 2002), 489-505. Angeles, A. L., & Ballard, S. (2008). Give Credit Where Credit is Due: Avoiding Plagiarism and Copyright Infringement. 76(5), 2-8. Aziz, S. U. (2015). Explore Other Avenues Intellectual Property Could Be A New Source Of Wealth, Says Najib, The Star Chaudhari, N. (2015). Intellectual Property Rights. France United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization. Cheung, C. F., Wang, W. M., Tse, Y. L., & Ricky, M. (2031). Knowledge-based Intellectual Property Management For Technology Development Industry. Journal of Knowledge Management Practice, 14(2). Cronin, C. (2003). Plagiarism, Copyright, Academia and Commerce. Journal of College Student Development, 17(2), 1-12. Hyatt, J., & Lim, P. H. (2010). Plagiarism and Copyright in Tertiary Education: Risks Posed by Plagiarism Detection Tools for Both Students and Educational Institutions. International Journal of Law & Education, 15(1), 7-21. Joint, N. (2006). Teaching Intellectual Property Rights as Part of the Information Syllabus. Library Review, 55(6), 330-336. MyIPO. (2016). Copyright. from http://www.myipo.gov.my/web/guest/hakcipta Nasir, R., Ponnusamy, V., & Lee, K. M. (2007). Copyright Protection In The Digital Era: A Malaysian Perspective. University of Nottingham Malaysia Campus, 7, 1-16. 1229

Naznin, S. M. A. (2011). Protecting Intellectual Property Rights in Bangladesh: An Overview. Bangladesh Research Publications. 6 (1), 12-21. Ouma, M. (2012). The Role Of Copyright In Economic Development: A Review From Kenya. Journal of Intellectual Property, 11(2), 66-76. Sahlan, S. A., Abd. Rahman, N. S., & Mohd Amin, S. (2014). Intellectual Property Awareness Among Public : Comparative Study Between Malaysia and United Kingdom. International Journal of Technical Research and Applications, Nov- Dec 2014(Special Issue 10), 84-88. Scanlon, & David, R. N. (2002). Internet Plagiarism Among College Students. Journal of College Student Development, 43(3), 374-384. Wahid, R., & Abdul Ghani Azmi, I. M. (2004). Comparative Study on Copyright Exception for Teaching Purposes: Australia, Malaysia and the United Kingdom. 9(3), 31-42. WIPO. (2016). What is Intellectual Property. from http://www.wipo.int/about-ip/en/ 1230