SISTEM E-RELOAD SOLEHA BINTI SALLEH

Similar documents
SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

KELAS MAYA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PENGARUSAN VIDEO LIEW SHAW CHIN

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

SISTEM PENGURUSAN DAN PENEMPAHAN KELAS MEMANDU BERASASKAN WEB DAN SISTEM PESANAN RINGKAS NURUL AIN BINTI ARIFFIN

SISTEM TEMPAHAN TIKET BAS MENGGUNAKAN APLIKASI DALAM TELEFON NOOR AZILA BINTI MOHAMED

SISTEM PENGHANTARAN MESEJ SEGERA PELBAGAI PELANTAR BERASASKAN JAVA SAZARUL IZAM BIN MD SAAD. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER SECARA ATAS TALIAN DI FSKSM AHMAD FARIZ B ABD RAHIM

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKAN TEKNOLOGI WAP NIK MAZRULHAMDY BIN MOHAMMAD

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

SISTEM PENGURUSAN KONVOKESYEN UTM ATAS TALIAN SITI NOORSAKILA BINTI ZAKARIA

SISTEM KESELAMATAN PENGHANTARAN FAIL MENGGUNAKAN TEKNIK KRIPTOGRAFI DAN STEGANOGRAFI SATHIAPRIYA A/P RAMIAH

PENGAWAL LAMPU ISYARAT MENGGUNAKAN TEKNOLOGI BLUETOOTH MOHD FAIZ BIN MOHD NAJIB


SISTEM PENGESANAN PERGERAKAN BERASASKAN SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) KHAIRUNNISA BT ISMAIL

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL BERASASKAN WEB DAN PDA (COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM)

: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (SAINS KOMPUTER) : FALKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT

Dedikasi Osman Bin Shariman & Norbi Binti Hassan Muhammad Hanis Osman Shar Mariam Muhammad

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

SISTEM PENGURUSAN JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ 9, UTM BERASASKAN WEB NILAM NUR BINTI AMIR SJARIF

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)


PORTAL PENGGUNA BERPANDUKAN KONSEP CRM KAJIAN KES: BAHAGIAN PENGUATKUASA KPDN & HEP, JOHOR BAHRU HAM KAU FEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOLEJ 9, UTM BERASASKAN WEB DZIDATUL AKMA BINTI DZULKAFLI

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

Disediakan oleh: Mohammad Hazmin Bin Mohamed Azri

Sistem Pengurusan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Secara Online

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

AUTOMATIC APPLICATION PROGRAMMING INTERFACE FOR MULTI HOP WIRELESS FIDELITY WIRELESS SENSOR NETWORK

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT. PROGRAM KELAYAKAN MASUK SENARAI KURSUS Sarjana Sistem Maklumat

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBANTU PEMAJU MELAKSANAKAN KONSEP BINA KEMUDIAN JUAL DI DALAM PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN

PORTABLE ELECTRONICS QUEUE CONTROL SYSTEM WONG CHUN YUAN UNIVERSITY MALAYSIA PAHANG

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

SISTEM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL

AMBULANCE MANAGEMENT SYSTEM

SISTEM PENGURUSAN KES FORENSIK DIGITAL MENGGUNAKAN VIRTUAL PRIVATE NETWORK (VPN) NURELISHA SHAFWANA BINTI MOHD GHAZALI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

SISTEM PEMERHATIAN SMARTTRACK BAGI TELEFON GPS DAN KEKOTAK PENJEJAKAN YEE JIA WEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SECURE-SPIN WITH HASHING TO SUPPORT MOBILITY AND SECURITY IN WIRELESS SENSOR NETWORK MOHAMMAD HOSSEIN AMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

ISOGEOMETRIC ANALYSIS OF PLANE STRESS STRUCTURE CHUM ZHI XIAN

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM SEMAKAN SAMAN KENDERAAN

DETECTION OF WORMHOLE ATTACK IN MOBILE AD-HOC NETWORKS MOJTABA GHANAATPISHEH SANAEI

DYNAMIC MOBILE SERVER FOR LIVE CASTING APPLICATIONS MUHAMMAD SAZALI BIN HISHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.


ANALISA PERPINDAHAN DATA MODEL SURFACE DI ANTARA PLATFOM CAD YANG BERBEZA ASFAEZUDDIN BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

REPOSITORI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU BERASAS ONTOLOGI

SISTEM PENYULITAN DAN PENYAHSULITAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALGORITMA RIVEST SHAMIR ADELMAN

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

APLIKASI MUDAH ALIH MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI RANGKAIAN DATA RAYA (CheckLine)

ISI KANDUNGAN. Tarikh akhir kemaskini: 9 November 2016 Hakcipta Pusat Komputer, UTeM ms 2

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

KRITERIA PEMILIHAN KONTRAKTOR UNTUK MELAKSANAKAN KONTRAK PENGURUSAN FASILITI NOR AZMI BIN MOHD JAMAL

DEFINASI RANGKAIAN AWAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

SKS 3124 PENDAWAIAN RANGKAIAN

ENHANCING WEB SERVICE SELECTION USING ENHANCED FILTERING MODEL AJAO, TAJUDEEN ADEYEMI

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

SISTEM E-PILIH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERDASARKAN PELAYAN MOHD RIFAEI MOHD KAMIL KHAIRUDDIN OMAR

This item is protected by original copyright

Transcription:

SISTEM E-RELOAD SOLEHA BINTI SALLEH Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia NOVEMBER, 2009

iv PENGHARGAAN Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, dapat juga menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada : Dr. Md Asri Bin Ngadi, selaku penyelia projek saya di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini. Terima kasih sekali lagi kerana tidak jemu-jemu melayan kerenah saya semasa proses membangunkan sistem ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu dan bapa tersayang serta ahli keluarga yang lain kerana telah banyak memberikan sokongan serta semangat yang amat bernilai kepada saya dalam menjayakan projek ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan terutamanya Nurul Liana, Mohd Rizaimi, Khairiah, Nik Nur Shairina, Nor Azila serta semua rakanrakan batch SCS yang telah memberi sokongan yang padu. Akhir sekali, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pensyarah terutamanya pensyarah Jabatan Sistem Komputer dan Komunikasi, atas pertolongan dan dorongan mereka sama ada secara langsung atau pun tidak. Jasa mereka amat saya hargai.

v ABSTRAK Penggunaan telefon bimbit sangat berleluasa pada masa kini termasuklah Malaysia. Telefon bimbit bukan lagi lambang kemewahan tetapi ianya sudah menjadi keperluan harian kepada semua golongan termasuk tua dan muda. Oleh itu, terdapat pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba untuk melariskan kad prabayar dan pascabayar mereka dengan pelbagai plan yang disediakan. Majoriti pengguna memilih untuk menggunakan kad prabayar berbanding pascabayar dengan alasan masing-masing. Dengan itu, terdapat beberapa masalah yang timbul untuk mendapatkan kad tambah nilai dengan mudah dan cepat. Kajian sistem sedia ada didapati tidak mengikut kehendak pengguna. Justeru itu, untuk menyelesaikan masalah tersebut Sistem E-Reload akan dibangunkan untuk mengatasi masalahmasalah yang berlaku dan memudahkan pengguna. Dalam sistem ini pemilihan metodologi prototaip adalah paling sesuai untuk mengawal kitar hayat pembangunan sistem ini. Diharap sistem yang dibangunkan dapat memenuhi keperluan pengguna dan menyelesaikan masalah-masalah yang telah dikenalpasti.

vi ABSTRACT Mobile are most important nowadays, it was spread widely in our country, Malaysia. It is doesn t means a luxury but as a necessary to all kind of people. Therefore, many telecommunications company are rashly compete one another to sell their prepaid and postpaid card with various plan. Most of user choose to use prepaid than postpaid with their own reason. Disadvantages to use the prepaid that was occurs is the user have a problem when needed a reload card. The user want to get a reload card with faster and easy way. The research show that the existent system doesn t followed user needed. Therefore, this E-Reload System is develop in order to adapt the problems that occurs for easy usage to user. In this system, prototype model is the most suitable approach to manage the system development life cycle. It is a hope that the developed system will fulfill users requirement and also will help to solve problems that have been discovered.

vii KANDUNGAN BAB TAJUK HALAMAN PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI ISTILAH SENARAI LAMPIRAN ii iii iv v vi vii xi xiii xiv xv xvi 1 PENGENALAN 1 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Pernyataan Masalah 3 1.3 Matlamat 4 1.4 Objektif 4 1.5 Skop 5 1.6 Justifikasi Projek 5 1.7 Rumusan 6 2 KAJIAN LITERATUR 7 2.1 Pengenalan 7 2.2 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 8

viii 2.3 Masalah Dalam Sistem Sedia Ada 11 2.4 Cadangan Penyelesaian Masalah 11 2.5 Kajian Terhadap Teknologi atau Kajian Yang Digunakan 12 2.5.1 Telefon Bimbit 12 2.5.2 Kaedah Short Message Service (SMS) 13 2.5.3 Sistem Prabayar dan Pascabayar 14 2.5.4 Bahasa Pengaturcaraan ASP.NET 16 2.5.5 Microsoft Visual Studio 2005 17 2.5.6 Microsoft SQL Server 2005 17 2.6 Rumusan 18 3 METODOLOGI 19 3.1 Pengenalan 19 3.2 Model Prototaip 20 3.3 Kaedah Permodelan Unified Modelling Languange 22 (UML) 3.4 Fasa Pembangunan Sistem 23 3.4.1 Fasa Perancangan Sistem 23 3.4.2 Fasa Analisa Keperluan Sistem 24 3.4.3 Fasa Rekabentuk Sistem 24 3.4.4 Fasa Implementasi Sistem 25 3.4.5 Fasa Pengujian Sistem 25 3.4.6 Fasa Penyelenggaraan Sistem 25 3.5 Justifikasi Penggunaan Metodologi 26 3.6 Analisa Keperluan Sistem 27 3.5.1 Justifikasi Perkakasan 27 3.5.2 Keperluan Perisian 28 3.7 Rumusan 30

ix 4 ANALISA DAN REKABENTUK SISTEM 31 4.1 Pengenalan 31 4.2 Senibina Sistem 32 4.3 Carta Alir 33 4.3.1 Penerangan Carta Alir Pengguna Telefon Bimbit 33 4.4 Rajah Kes Guna 35 4.4.1 Aktor 35 4.4.2 Penerangan Kes Guna 38 4.5 Rajah Jujukan 40 4.6 Rajah Kelas 41 4.7 Rekabentuk Antaramuka Sistem 41 4.8 Rekabentuk Pangkalan Data 52 4.10 Rumusan 52 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 53 5.1 Pengenalan 53 5.2 Persekitaran Pembangunan 54 5.3 Implementasi 54 5.3.1 Fungsi Log Masuk Pengguna Sistem 55 5.3.2 Fungsi Pencapaian Data Dari Pangkalan Data 56 5.3.3 Fungsi Pendaftaran Pengguna Baru 57 5.3.4 Fungsi Pengemaskinian Akaun Pengguna 59 5.3.5 Fungsi Penghapusan Data 61 5.3.6 Fungsi Pencarian Pengguna Berdaftar 63 5.3.7 Konfigurasi Penyambungan Modem GSM 65 5.3.8 Fungsi Penghantaran SMS 65 5.4 Pengujian Sistem 67 5.4.1 Contoh Kes Ujian 67

x 5.4.2 Pengujian Terhadap Capaian Pangkalan Data 68 5.5 Pengujian Integrasi Modul 68 5.6 Pengujian Kotak Hitam 69 5.7 Kesimpulan 69 6 KESIMPULAN 70 6.1 Pengenalan 70 6.2 Hasil Projek 71 6.3 Kebaikan Sistem 71 6.4 Kekangan Sistem 72 6.5 Cadangan Sistem 73 6.6 Kesimpulan 73 RUJUKAN 74 LAMPIRAN A-F 75

xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Senarai Perkakasan 27

xii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Laman Web Sistem Sedia Ada E-Pay 9 2.2 Proses Aliran Tambah Nilai 10 2.3 Jenis-jenis Perkhidmatan 10 3.1 Carta Alir Proses Menghasilkan Sistem Prototaip 21 yang Disahkan 4.1 Senibina Sistem E-Reload 32 4.2 Rajah Carta Alir Pengguna Telefon Bimbit 34 4.3 Rajah Kes Guna Bagi Aktor Pengguna Telefon 36 Bimbit 4.4 Rajah Kes Guna Aktor Pengendali Sistem Bank 37 4.5 Rajah Kes Guna Aktor Pengendali Sistem Telco 37 4.6 Rajah Antaramuka Laman Utama Pengguna 42 Telefon Bimbit 4.7 Rajah Antaramuka Pendaftaran Pengguna Baru 43 4.8 Rajah Antaramuka Paparan Maklumat Pengguna 44 4.9 Rajah Antaramuka Laman Edit Akaun Pengguna 45 4.10 Rajah Antaramuka Laman Utama Pentadbir 46 Sistem 4.11 Rajah Antaramuka Pangkalan Data Pengguna Telefon Bimbit 47

xiii 4.12 Rajah Antaramuka Laman Terima SMS 48 4.13 Rajah Antaramuka Laman Carian Pengguna 49 4.14 Rajah Antaramuka Laman Permintaan Tambah 50 Nilai 4.15 Rajah Antaramuka Manual Penghantaran SMS 51 5.1 Rajah Kod Aturcara Log Masuk Pengguna Sistem 55 5.2 Rajah Kod Aturcara Pencapaian Data Dari 56 Pangkalan Data 5.3 Rajah Antaramuka Fungsi Pendaftaran Pengguna 57 Baru 5.4 Rajah Kod Aturcara Antaramuka Pengguna Baru 58 5.5 Rajah Antaramuka Pengemaskinian Akaun 59 Pengguna 5.6 Rajah Kod Aturcara Pengemaskinian Akaun 60 Pengguna 5.7 Rajah Antaramuka Fungsi Penghapusan Data 61 5.8 Rajah Kod Aturcara Fungsi Penghapusan Data 62 5.9 Rajah Antaramuka Fungsi Carian Pengguna 63 Sistem Berdaftar 5.10 Rajah Kod Aturcara Fungsi Carian Pengguna 64 Berdaftar 5.11 Rajah Kod Aturcara Penyambungan Modem 65 GSM 5.12 Rajah Antaramuka Penghantaran SMS Oleh 66 Pengguna 5.13 Kod Aturcara Penerimaan Mesej Dari Pengguna Kepada Sistem 66

xiv SENARAI SINGKATAN SINGKATAN PERKATAAN PENUH 3G ASP HTML GPRS MMS ODBC RAM SMS SQL UML WAP 3rd Generation Active Server Pages Hypertext Markup Language General Packet Radio Service Multimedia Message Service Open Database Connectivity Random Access Memory Short Message Service Structured Query Language Unified Modelling Language Wireless Application Protocol

xv SENARAI ISTILAH BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU Edit Extreme Programming Online Reload Spiral Waterfall Ubahsuai Pengaturcaraan Ekstrim Atas talian Tambah nilai Model Lingkaran Model Air Terjun

xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK A B C D E F Carta Gantt PSM I dan PSM II Rajah Carta Alir Rajah Jujukan Rajah Kelas Rekabentuk Pangkalan Data Manual Pengguna

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Pada era teknologi yang sedang berkembang dengan pesat, kini boleh didapati telefon bimbit bertambah bak cendawan tumbuh di dunia ini termasuklah di Malaysia. Majoriti penduduk Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon bimbit seorang. Kini, telefon bimbit telah pun mengalami evolusi perkembangannya iaitu dari segi saiz, rekabentuk, fungsi, harga dan sebagainya. Oleh itu, syarikat telekomunikasi telah berlumba-lumba untuk melariskan kad sim masing-masing bagi mengaut keuntungan. Pelbagai jenis dan faedah telah ditawarkan oleh syarikat masing-masing untuk menarik perhatian pelanggan. Terdapat dua jenis kad sim iaitu pascabayar dan prabayar. Kebanyakkannya golongan yang berkemampuan lebih gemar menggunakan pascabayar. Pengguna akan diberi bil pembayaran penggunaan pada setiap hujung bulan. Ini kerana pengguna boleh menggunakannya dengan bebas atau pada bila-bila masa kerana ianya tiada tarikh luput mahupun kehabisan kredit. Seperti yang kita ketahui tidak semua benda adalah

2 sempurna maka sim pascabayar ini juga mempunyai keburukkannya iaitu pengguna akan berasa tertekan apabila mendapat bil pada setiap hujung bulan kerana rasa dibebani. Sesetengah pengguna tidak dapat menjelaskan bil berkenaan kemudian menangguh pembayaran sehingga berbulan-bulan. Ini akan menyebabkan nama pengguna berkenaan akan disenarai hitam. Kemungkinan besar boleh menyebabkan kes mahkamah. Kad sim yang menjadi pilihan ramai setiap lapisan masyarakat kini ialah prabayar. Ini kerana ianya mampu dimiliki oleh semua golongan, sama ada pelajar, pekerja korporat, golongan sederhana dan sebagainya. Sim prabayar ini mengikut kewangan pengguna, jika mempunyai wang maka pengguna boleh menambah nilai semula kredit dengan berkunjung atau membelinya di premis-premis berdekatan serta kemudahan tambah nilai yang telah disediakan. Masalah yang dihadapi pengguna kini, iaitu kemudahan untuk mendapatkan kad tambah nilai membuatkan pengguna berasa agak rumit. Pengguna yang berada jauh dari premis-premis kad tambah nilai memang susah untuk ke bandar hanyalah semata-mata kerana hendak membeli kad tambah nilai. Selain itu, pengguna yang mempunyai komitmen-komitmen lain yang lebih penting sehingga tiada masa untuk membeli kad tambah nilai. Pengguna yang tidak mempunyai kemudahan internet untuk membeli secara atas talian dan sebagainya. Justeru itu, sistem E-Reload dibangunkan untuk menyelesaikan masalahmasalah yang berlaku kepada pengguna sim prabayar untuk mendapatkan kad tambah nilai dengan mudah dan efisien tanpa perlu membebankan diri sendiri. Pengguna juga boleh menjimatkan masa dan tenaga.

3 1.2 Pernyataan Masalah Kemunculan sim prabayar nyata memberi impak besar kepada penggunaan telefon bimbit di negara kita, lantaran kemudahannya boleh dinikmati siapa sahaja termasuk mereka yang disenarai hitam kerana gagal membayar bil pascabayar. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi pengguna telefon bimbit yang menggunakan sim prabayar. Faktor utama masalah pembelian kad tambah nilai prabayar oleh pengguna telefon bimbit ialah jarak iaitu pengguna telefon bimbit berada jauh dari kedai atau tempat yang menyediakan kemudahan tambah nilai. Contoh kedai atau tempat yang menyediakan kemudahan tambah nilai ialah stesen minyak, kedai serbaneka, 7 Eleven dan sebagainya. Masalah lain yang dihadapi pengguna telefon bimbit ialah kebanyakkannya sibuk dengan komitmen lain yang lebih penting. Contohnya, pekerja yang sibuk dengan hal di tempat kerja. Manakala pelajar pula sibuk dengan tugasan yang perlu diselesaikan. Kini, di era teknologi terdapat banyak kemudahan kiosk tambah nilai seperti di dalam kawasan universiti. Walaupun begitu, kiosk ini tidak menyediakan perkhidmatan 24 jam untuk pengguna telefon bimbit. Tambahan pula kebanyakkan sistem kiosk tambah nilai tidak efisien dan tidak berfungsi. Pengguna telefon bimbit juga mengalami masalah membeli kad tambah nilai di kedai yang sudah melebihi tarikh luput, ini telah merugikan wang pengguna telefon bimbit kerana kad tambah nilai yang dibeli tidak mempunyai resit mahupun jaminan pembelian. Kad tambah nilai juga boleh rosak atau hilang nombor pin jika pengguna telefon bimbit tidak menggoresnya dengan berhati-hati. Atas sebab-sebab di atas sistem E-Reload dibangunkan untuk mengatasi masalah yang berlaku. Pengguna telefon bimbit boleh menggunakan sistem ini secara 24 jam ketika berada di mana sahaja dengan mudah serta dapat menjimatkan masa dan tenaga. Semuanya hanya di hujung jari anda.

4 1.3 Matlamat Matlamat utama projek ini adalah untuk menghasilkan satu sistem E-Reload khususnya untuk pengguna telefon bimbit dan bertujuan untuk memudahkan pengguna telefon bimbit tambah nilai kredit ketika berada di mana sahaja tanpa memikirkan faktor masalah serta dapat menjimatkan masa dan tenaga. 1.4 Objektif iaitu: Dalam membangunkan sistem ini, beberapa objektif utama telah digariskan, i. Mengkaji sistem pembelian kad prabayar yang sedia ada. ii. Merekabentuk prototaip E-Reload. iii. Membangunkan sistem E-Reload yang telah direkabentuk. iv. Menguji sistem yang dibangunkan.

5 1.5 Skop Skop projek yang dikenal pasti adalah seperti berikut: i. Pembangunan sistem E-Reload ini dikhususkan untuk pengguna Telco. ii. Pengguna pelu mempunyai akaun bank. 1.6 Justifikasi Projek Projek ini dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan perkhidmatan tambah nilai kredit dengan cepat dan mudah tanpa mengira waktu dan di mana sahaja pengguna berada. Sekaligus, menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna pada masa kini. Oleh itu, dengan adanya sistem ini pengguna tidak lagi akan berasa tertekan atau tiada masa untuk menambah nilai.

6 1.7 Rumusan Secara amnya, pembelian kad tambah nilai secara manual di kedai mahupun di kiosk mempunyai kelemahan serta memberikan bebanan dan masalah kepada pengguna telefon bimbit. Selain itu, pengguna telefon bimbit juga mempunyai komitmen dengan kerja yang lebih penting dan ini tidak membolehkan pengguna telefon bimbit pergi ke kedai untuk menambah nilai kredit. Walaupun kini, pengguna telefon bimbit boleh menambah nilai secara atas talian, tetapi tidak semua pengguna telefon bimbit mempunyai kemudahan internet. Perkhidmatan atas talian ini juga tidak boleh dilakukan dimana sahaja pengguna berada. Oleh itu, sistem ini dibangunkan untuk mengatasi masalah yang dihadapi pengguna telefon bimbit dan untuk memudahkan pengguna telefon bimbit melakukan urusan dengan mudah. Dalam bab yang seterusnya, kajian literatur mengenai teknologi perisian, teknik yang digunakan dalam pembangunan sistem yang dicadangkan ini akan dibentangkan. Selain itu, kajian tentang sistem yang sedia ada juga akan diterangkan dalam Bab 2. Dalam Bab 3, anda dapat melihat metadologi yang akan digunakan sepanjang hayat pembangunan sistem manakala rekabentuk sistem yang dicadangkan ini akan dibentangkan dalam Bab 4. Seterusnya Bab 5 akan membincangkan langkahlangkah implementasi dan pengujian sistem yang telah dibangunkan. Perbincangan dan kesimpulan projek akan dijelaskan pada Bab 6.