Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL BERASASKAN WEB DAN PDA (COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM)

Similar documents
TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DEVELOPMENT OF VENDING MACHINE WITH PREPAID PAYMENT METHOD AMAR SAFUAN BIN ALYUSI

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SMART BODY MONITORING SYSTEM MOHAMAD KASYFUL AZIM BIN AHMAD

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

DESIGN ANALYSIS OF EXTERIOR CAR BODY PART BASTIAN WIBAR BIN MOMANG

SISTEM PENGURUSAN DAN PENEMPAHAN KELAS MEMANDU BERASASKAN WEB DAN SISTEM PESANAN RINGKAS NURUL AIN BINTI ARIFFIN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Performance of Real Time Traffic In The Ethernet And WLAN Using TCP And UDP Protocols. Punitha Subbramaniam

PREDICTION OF SURFACE ROUGHNESS IN TURNING OPERATION OF LOW CARBON STEEL AISI 1018 FAKHRUR RAZI BIN BAHRIN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

VIDEO DISTORTION MEASUREMENT USING PSNR IN WAVELET DOMAIN MOK YUNG LENG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

Study of Distributed Coordination Function (DCF) and Enhanced DCF (EDCF) in IEEE MAC Protocols for Multimedia Applications.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS* TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

PROTOTYPE OF POWER LINE INTERFACE SOCKET USING EMBEDDED CONTROLLER FOR DATA ACQUISITION AND CONTROL. LAI CHING HUAT

BORANG PANGESAHAII STATUS TESIS

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

: IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (SAINS KOMPUTER) : FALKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT

SISTEM PENGHANTARAN MESEJ SEGERA PELBAGAI PELANTAR BERASASKAN JAVA SAZARUL IZAM BIN MD SAAD. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

PROJECT TITLE JARIPAH BINTI ADZHAR

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

SESSION BASED ACTIVITY MONITORING APPLICATION FOR ANDROID TAN LEIK HO

SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

EDUCATION PATH SYSTEM MOHD ZULHAFIZ BIN HUSSIN

PERFORMANCE EVALUATION OF LEACH PROTOCOL FOR WIRELESS SENSOR NETWORKS USING NS2 MUHAMAD FAIZ BIN RAMDZAN

SISTEM E-RELOAD SOLEHA BINTI SALLEH

KELAS MAYA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PENGARUSAN VIDEO LIEW SHAW CHIN

DEVELOPMENT OF HOME ENERGY MANAGEMENT SYSTEM (HEMS) CHEA MENG HUAT UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UPGRADE FMS200: SHAFT SUPPLY MODULE THOUGH HUMAN MACHINE INTERFACE LEE HO CHUNG

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS*

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: TAILOR SYSTEM (TailorSys) (HURUF BESAR)

PERFORMANCE ANALYSIS OF VIDEO TRANSMISSION OVER IEEE ARCHITECTURE NOOR HURUL-AIN BINTI MOHAMAD

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

SMART PARKING SYSTEM USING LABVIEW MUHAMMAD NAZIR BIN MAT ISA

LOW COST MP3 PLAYER USING SD CARD KHAIRIL AMRI BIN MUHAMAD UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SISTEM KESELAMATAN PENGHANTARAN FAIL MENGGUNAKAN TEKNIK KRIPTOGRAFI DAN STEGANOGRAFI SATHIAPRIYA A/P RAMIAH

HOME APPLIANCE CONTROL SYSTEM TAN WEI SYE

THE DEVELOPMENT OF MODULAR PRODUCT DESIGN: FOLDABLE CHAIR

SISTEM PEMERHATIAN SMARTTRACK BAGI TELEFON GPS DAN KEKOTAK PENJEJAKAN YEE JIA WEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

HOME APPLIANCES MONITORING AND CONTROL USING SMARTPHONE APPLICATION AHMAD DANIAL BIN AHMAD NAZRI

PORTAL PENGGUNA BERPANDUKAN KONSEP CRM KAJIAN KES: BAHAGIAN PENGUATKUASA KPDN & HEP, JOHOR BAHRU HAM KAU FEI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

COORDINATION PROTECTION SYSTEM IN INDUSTRIAL PLANTS AHMAD TARMIZI BIN MD NOR

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS


AUTO SILENT MODE FOR ANDROID SMARTPHONES MUHAMMAD AZLAN SHAHARIMAN BIN AHMAD

7 I I, BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS* SESI PENGAnAN: 2012 I Saya MOHD FARID BIN MOHD YUSOF (B )

SISTEM PENGURUSAN JAWATANKUASA MAHASISWA KOLEJ 9, UTM BERASASKAN WEB NILAM NUR BINTI AMIR SJARIF

PENGAWAL LAMPU ISYARAT MENGGUNAKAN TEKNOLOGI BLUETOOTH MOHD FAIZ BIN MOHD NAJIB

SYSTEM MANAGEMENT AQIQAH AND QURBAN ONLINE (SMAQO)

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

SISTEM PENGURUSAN KONVOKESYEN UTM ATAS TALIAN SITI NOORSAKILA BINTI ZAKARIA

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

SISTEM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL

ZIGBEE-BASED SMART HOME SYSTEM NURUL ILMI BINTI OMAR

SISTEM PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOLEJ 9, UTM BERASASKAN WEB DZIDATUL AKMA BINTI DZULKAFLI

SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER SECARA ATAS TALIAN DI FSKSM AHMAD FARIZ B ABD RAHIM

REMOVING AL-QURAN ILLUMINATION AMIRUL RAMZANI BIN RADZID UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

THE APPLICATION OF DIFFERETIAL BOX-COUNTING METHOD FOR IRIS RECOGNITION AHMAD AZFAR BIN MAHMAMI

Dedikasi Osman Bin Shariman & Norbi Binti Hassan Muhammad Hanis Osman Shar Mariam Muhammad

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

SISTEM SEMAKAN PRODUK HALAL BERASASKAN TEKNOLOGI WAP NIK MAZRULHAMDY BIN MOHAMMAD

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

KARAOKE MACHINE TOOL MOHD AIEZATT DANIAL B RAMIZAN

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ν

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA OPTIMIZATION OF MEASUREMENT PARAMETERS IN NON- CONTACT MEASURING SYSTEM

SISTEM TEMPAHAN TIKET BAS MENGGUNAKAN APLIKASI DALAM TELEFON NOOR AZILA BINTI MOHAMED

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBANTU PEMAJU MELAKSANAKAN KONSEP BINA KEMUDIAN JUAL DI DALAM PROJEK PEMBANGUNAN PERUMAHAN

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

Sistem Pengurusan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Secara Online

KRITERIA PEMILIHAN KONTRAKTOR UNTUK MELAKSANAKAN KONTRAK PENGURUSAN FASILITI NOR AZMI BIN MOHD JAMAL

PERPUSTAKAAN UTHM *

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

IMPLEMENTATION OF DIAMOND SEARCH (DS) ALGORITHM FOR MOTION ESTIMATION USING MATLAB SITI HAJAR BINTI AHMAD

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

Transcription:

Tajuk penuh tesis : SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL BERASASKAN WEB DAN PDA (COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM) Nama penulis : Nama ijazah : Fakulti : TAN CHI XIANG IJAZAH SARJANA MUDA SAINS(SAINS KOMPUTER) FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN SISTEM MAKLUMAT Tarikh penghantaran : 7 MEI 2008

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : Saya SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL BERASASKAN WEB DAN PDA(COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM) SESI PENGAJIAN: 2007/2008 TAN CHI XIANG (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tanda ( ) SULIT TERHAD (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap No. 29, Jalan Parit Kangkong, Bukit Pasir, 83050 Batu Pahat, Johor. PUAN SITI HAJAR BINTI OTHMAN Tarikh: 7 th MEI 2008 Tarikh: 7 th MEI 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Project Sarjana Muda (PSM)

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) Tandatangan :... Nama Penyelia: PUAN SITI HAJAR BINTI OTHMAN Tarikh : 07 MEI 2008

i SISTEM PEMANTAUAN PEMAKANAN PESAKIT DI HOSPITAL BERASASKAN WEB DAN PDA (COLLABORATIVE PATIENT DIETETIC MONITORING SYSTEM) TAN CHI XIANG Laporan projek ini dikemukan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer) Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia MEI, 2008

ii Saya akui karya ini yang berjudul Sistem Pemantauan Pemakanan Pesakit Di Hospital Berasaskan Web Dan PDA (Collaborative Patient Dietetic Monitoring System) adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan :... Nama Penulis : TAN CHI XIANG Tarikh : 07 MEI 2008

iii Buat keluarga yang tersayang ayah, ibu, ibu saudara, adik-beradik. Terima kasih di atas segala kasih sayang dan dorongan yang telah diberikan. Jasamu akan ku kenang sepanjang hayatku Buat rakan-rakan yang turut serta dan tidak luput memberi semangat, segala bantuan serta sokongan penuh iaitu Jong Chin Hua, Lee Chee Loang, Yen Wee Khun, dan Khoo Song Ching. Ribuan Terima Kasih.

iv PENGHARGAAN Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada Puan Siti Hajar bt. Othman, selaku penyelia projek saya atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh perlaksanaan Projek Sarjana Muda ini. Beliau telah banyak mengorbankan masa dan tenaga dalam memberi bimbingan dan tunuk ajar kepada saya untuk membantu saya menjayakan tesis ini. Selain itu, jutaan terima kasih juga diberikan kepada pihak Hospital Pakar Puteri di Johor Bahru, terutamanya Puan Aidah selaku pembantu pakar diet Jabatan Dietari dan Puan Rosazrazi Binti Rosdi, pegawai rekod kesihatan hospital tersebut. Mereka telah menyumbangkan banyak maklumat yang penting supaya membenarkan saya menjayakan proses pengumpulan maklumat, kajian sistem sedia ada dan keperluan sistem. Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah-pensyarah yang memberikan pertolongan semasa melaksanakan projek ini. Tidak terlupa juga memberikan penghargan saya kepada keluarga saya dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan bantuan dan sokongan kepada saya. Lebih-lebih lagi, bantuan seperti pemberian maklumat dan pengetahuan daripada semua pihak tertentu secara langsung atau tidak langsung tidak dapat dinafikan. Jasa kalian akan dikenang. Semoga akan beroleh kejayaan dalam bidang yang diceburi.

v ABSTRAK Sistem Pemantauan Pemakanan Pesakit Di Hospital Berasaskan Web Dan PDA merupakan sebuah sistem pemantauan pemakanan pesakit yang berkomputer bagi memberikan kemudahan kepada pakar diet, doktor, jururawat, kerani dan pekerja jabatan dietari. Cara konvensional seperti merekodkan maklumat pemakanan pesakit pada buku rekod atau mencatat maklumat itu pada papan kenyataan adalah kurang efisien dan agak membebankan. Masalah kesukaran mendapatkan status keadaan pesakit terkini dengan pantas dan kelambatan penentuan jenis diet yang sesuai oleh pakar diet menyebabkan jabatan dietari kebiasaannya sukar untuk menyediakan makanan mengikut diet yang betul dengan tepat dan dalam kuantiti yang sebenar. Sistem ini dibangunkan bagi menyelesaikan masalah-masalah tersebut. Dengan adanya melalui web dan PDA, pengguna sistem dapat mencapai sistem di mana-mana sahaja lebih-lebih lagi dengan berkembang pesatnya teknologi web pada masa sekarang. Demi memahami sistem yang perlu dibangunkan, kajian terhadap teknologi-teknologi yang perlu diimplementasikan dan sistem yang sedia ada telah dilakukan. Metodologi yang digunakan dalam pembangunan sistem ini adalah metodologi Prototaip. Metodologi Prototaip yang dipilih ini adalah dibantu dengan menggunakan bahasa permodelan Unified Modelling Language (UML). Sistem yang dibangunkan ini mengandungi enam aktor, iaitu pentadbir sistem, doktor, pakar diet, jururawat, kerani dan pekerja jabatan dietari. Sistem ini dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan ASP.NET dan Microsoft SQL Server sebagai pangkalan data. Selain itu, Microsoft Visual Studio 2005 juga digunakan bagi membina antaramuka pengguna sistem. Akhirnya, sistem yang dibangunkan ini dijangkakan dapat menguruskan maklumat pemantauan pemakanan pesakit dengan lebih cekap lagi dan berkeupayaan untuk mengatasi masalah kelalaian manusia semasa mencatat dan penghantaran maklumat berkaitan pemakanan pesakit.

vi ABSTRACT Sistem Pemantauan Pemakanan Pesakit Di Hospital Berasaskan Web Dan PDA is a computerized collaborative patient dietetic monitoring system that gives advantages to dietitian, doctor, nurse, clerk and dietary department workers. Conventional methods such as record patient nutrition information on record book or note down the information on notice board are less efficiency and burdensome. Problems of difficulty to get the latest patient health status and slowness of kinds of diet determination by dietitian are also cause dietary department difficult to prepare foods with the correct quantity. This system is developed to solve the problems stated above. Besides, system users can also access this system through web and PDA anywhere. To understand the system properly, research on the current system and technologies used is done. Methodology prototype is used for this system development and it is helped by using method of Unified Modelling Language (UML). This system contains six actors, they are system administrator, doctor, dietitian, nurse, clerk, and dietary department workers. ASP.NET programming language is used for this system development and Microsoft SQL Server is used for database storing. Furthermore, Microsoft Visual Studio 2005 has been used for this application development. In a nutshell, this development system is expected able to manage patient dietetic monitoring information efficiency and effort to solve the problems of human error when record and transferring patient nutrition information.

vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI ISTILAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii xii xiii xv xvi xvii BAB 1 PENGENALAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 3 1.3 Matlamat Projek 4 1.4 Objektif Projek 5 1.5 Skop Projek 6 1.6 Justifikasi Projek 6

viii BAB 2 KAJIAN LITERATUR 8 2.1 Pengenalan 8 2.2 Pengenalan Hospital Pakar Puteri, Johor 9 (Puteri Specialist Hospital) 2.3 Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada 10 2.4 Analisa Masalah Terhadap Sistem Sedia Ada 11 2.5 Cadangan Penyelesaian Masalah 12 2.6 Kajian Terhadap Teknik, Peralatan Dan 13 Teknologi Yang Digunakan Untuk Menyelesaikan Masalah 2.6.1 Internet 14 2.6.1.1 TCP/IP Sebagai Protokol Asas 15 Internet 2.6.1.2 HTTP (Hypertext Transfer Protocol) 16 2.6.2 XHTML(Extensible Hypertext Markup 17 Language) 2.6.3 Bahasa Pengaturcaraan ASP.NET 18 2.6.4 Microsoft SQL Server 19 2.6.5 Microsoft Visual Studio 2005 20 2.6.6 Personal Digital Assistant (PDA) 21 2.6.7 Kriptografi 22 2.7 Rumusan 23 BAB 3 METODOLOGI PROJEK 25 3.1 Pengenalan 25 3.2 Metodologi yang Digunakan 26 3.2.1 Model Prototaip 26 3.2.2 Kaedah Unified Modeling Language (UML) 28 3.3 Metodologi Pembangunan Sistem 29 3.3.1 Fasa Perancangan Sistem 30

ix 3.3.2 Fasa Analisa Keperluan Sistem 30 3.3.3 Fasa Rekabentuk Sistem 30 3.3.4 Fasa Implimentasi Sistem 32 3.3.5 Fasa Pengujian 32 3.3.6 Fasa Penyelenggaraan 32 3.4 Analisis Keperluan Sistem 33 3.4.1 Justifikasi Perkakasan 33 3.4.2 Justifikasi Perisian 34 3.5 Rumusan 35 BAB 4 ANALISA DAN REKABENTUK SISTEM 36 4.1 Pengenalan 36 4.2 Aliran Kerja Analisa 37 4.2.1 Permodelan Rajah Kes Guna 37 4.2.1.1 Penerangan Aktor 37 4.2.1.1.1 Penerangan Aktor 37 Pentadbir Sistem 4.2.1.1.2 Penerangan Aktor Pakar 38 Diet 4.2.1.1.3 Penerangan Aktor Doktor 38 4.2.1.1.4 Penerangan Aktor 39 Jururawat 4.2.1.1.5 Penerangan Aktor Kerani 39 4.2.1.1.6 Penerangan Aktor 39 Pekerja Jabatan Dietari 4.2.1.2 Penerangan Kes Guna 39 4.2.2 Rajah Jujukan 41 4.2.3 Rajah Kelas 42 4.3 Spesifikasi Input Dan Output 42 4.4 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 44 4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 44

x 4.5 Rumusan 46 BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN 48 5.1 Pengenalan 48 5.2 Persekitaran Pembangunan 48 5.3 Implementasi Dalam Sistem 49 5.3.1 Fungsi Log Masuk Pengguna Sistem 49 5.3.2 Fungsi Hash Dalam Log Masuk Dan 51 Pendaftaran Pengguna Sistem 5.3.3 Fungsi Pengendalian Penyambungan 52 Pangkalan Data 5.3.3.1 Fungsi Penyambungan Dan 52 Pemutusan Sambungan Pangkalan Data 5.3.3.2 Fungsi Pertanyaan Data Daripada 53 Pangkalan Data 5.3.4 Fungsi Pengendalian Pengguna Sistem 56 5.3.4.1 Fungsi Menambah Pengguna Baru 56 5.3.4.2 Fungsi Mengemaskini Profil 59 Pengguna 5.3.4.3 Fungsi Penghapusan Maklumat 63 Rekod Kesihatan Pesakit 5.3.5 Validasi Input Pengguna 63 5.3.6 Pengekodan Pertanyaan Data Daripada 68 Pangkalan Data Ke Dalam Jadual 5.4 Pengujian 74 5.4.1 Pengujian Kotak Hitam 75 5.4.1.1 Pengujian Terhadap Fungsi 75 Log Masuk Pengguna Sistem 5.4.1.2 Pengujian Terhadap Fungsi 76 Validasi Input Pengguna Sistem

xi 5.4.1.3 Pengujian Terhadap Fungsi Paparan 77 Senarai Pemilihan Pesakit Selepas Pemilihan Wad 5.5 Rumusan 78 BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 79 6.1 Pengenalan 79 6.2 Hasil Dan Pencapaian 80 6.3 Kelemahan Sistem 82 6.4 Cadangan Peningkatan 83 6.5 Rumusan 83 RUJUKAN 85 LAMPIRAN A-G 87

xii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Spesifikasi perkakasan 33 4.1 Penerangan kes guna aktor-aktor di dalam sistem 40 4.2 Spesifikasi input dan output bagi modul-modul 42 4.3 Senarai Atribut Bagi Jadual Pentadbir Sistem 45

xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 3.1 Model prototaip 30 3.2 Carta alir sistem prototaip 32 5.1 Keratan aturcara log masuk bagi pengguna sistem 50 5.2 Keratan aturcara enkripsi kata laluan log masuk 51 pengguna 5.3 Keratan aturcara enkripsi kata laluan pendaftaran 53 pengguna 5.4 Keratan aturcara penyambungan dan pemutusan 53 pangkalan data 5.5 Keratan aturcara bagi fungsi pertanyaan data daripada 54 pangkalan data 5.6 Antaramuka pengguna bagi fungsi menambah 57 pengguna baru 5.7 Keratan aturcara bagi fungsi btnhantardoktor_click 57 5.8 Antaramuka pengguna bagi fungsi mengemaskini 60 profil pengguna 5.9 Keratan aturcara bagi fungsi btnhantardoktor_click 61 5.10 Keratan aturcara penghapusan maklumat rekod 63 kesihatan pesakit 5.11 Antaramuka pengguna bagi validasi input pengguna 64 5.12 Keratan aturcara bagi fungsi validasi input pengguna 65 5.13 Antaramuka jadual senarai rekod kesihatan pesakit 68 5.14 Antaramuka jadual senarai rekod pemakanan pesakit 69

xiv 5.15 Keratan aturcara bagi pertanyaan data daripada 69 pangkalan data ke dalam jadual 5.16 Antaramuka bahagian log masuk pengguna sistem 76 5.17 Antaramuka pemilihan senarai wad di dalam hospital 77 5.18 Antaramuka pemilihan senarai pesakit dalam wad 78 terpilih

xv SENARAI ISTILAH ISTILAH BAHASA MELAYU ISTILAH BAHASA INGGERIS Aktor - Actor Alamat pautan - Link address Antaramuka - Interface Atas talian - Online Halaman - Site Kata laluan - Password Kes guna - Use case Kriptografi - Cryptography Kekunci peribadi - Private key Kod rahsia - Cipher text Kunci sesi - Session key Laman web - Website Log masuk - Login Pelanggan - Client Pelayan - Server Pelayar - Browser Rajah jujukan - Sequence diagram Rajah kes guna - Use case diagram Rajah kelas - Class diagram Sistem pengoperasian - Operating system

xvi SENARAI SINGKATAN SINGKATAN PERKATAAN PENUH ARP - Address resolution protocol ASP - Active server page HTML - Hyper text markup language HTTP - Hyper text transfer protocol ICMP - Internet control message protocol IL - Intermediate language IR - Infrared ODBC - Open database connectivity PIM - Personal information manager PDA - Personal digital assistant RARP - Reverse address resolution protocol SMTP - Simple mail transfer protocol SQL - Structured query language TCP/IP - Transmission control protocol / internet protocol TDS - Tabular data stream UDP - User datagram protocol UML - Unified modeling language WAN - Wide area networks WWW - World wide web XHTML - Extensible hypertext markup language

xvii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN A Carta gantt projek sarjana muda I dan projek sarjana 87 muda II B Rajah kes guna 91 C Rajah jujukan 98 D Rajah kelas 124 E Jadual hasil awalan pangkalan data 132 F Soalan soal selidik temu bual 149 G Gambar dengan pihak temu bual Hospital Pakar Putri 151 H Borang-borang perubatan Hospital Pakar Putri 153

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Proses pengurusan dan pemantauan pemakanan pesakit di hospital merupakan suatu perkara yang amat penting terutamanya bagi sesebuah hospital pakar yang bersaiz besar dan mempunyai bilangan pekerja yang ramai. Pemantauan maklumat pemakanan pesakit boleh dikatakan sebagai suatu kerja yang agak rumit dan membebankan sekiranya pihak hospital masih menggunakan kaedah-kaedah konvensional seperti membuat catatan melalui buku rekod, papan kenyataan atau memorandum yang tidak cekap. Oleh itu, proses pemantauan maklumat pemakanan pesakit perlu diganti dengan menggunakan sistem berkomputer bagi menangani masalah-masalah yang timbul daripada kaedah konvensional tersebut. Sistem berkomputer dapat mengurangkan masa dan kos pemprosesan maklumat pemakanan pesakit di samping dapat mengurangkan tenaga manusia dalam pengurusan maklumat pemakanan pesakit ini. Pembangunan Sistem Pemantauan Pemakanan Pesakit Di Hospital berasaskan web dan PDA (Personal Digital Assistant) merupakan satu bentuk sokongan kepada pihak hospital bagi menjadikan proses pemantauan pemakanan pesakit menjadi lebih efektif dan berkesan. Kelebihan sistem yang akan dibangunkan adalah dapat menyediakan satu platform kepada doktor, jururawat, pakar diet (dietician), pekerja jabatan dietari pemakanan dan kerani untuk membuat pemantauan pemakanan pesakit menerusi internet dan penggunaan teknologi PDA. Ini dapat menjimatkan masa pengguna dan seterusnya meningkatkan prestasi perkhidmatan sesebuah hospital. Sistem yang akan

2 dibangunkan juga dijangkakan dapat meminimumkan tenaga kerja dan memaksimumkan hasil kerja. Selain itu, kesilapan yang mungkin berlaku dalam suatu proses penghantaran maklumat pemakanan pesakit juga dapat dikurangkan kerana dengan adanya sistem ini pengguna hanya perlu memasukkan maklumat yang berkaitan sahaja kepada sistem dan tidak perlu membuat penghantaran maklumat pemakanan pesakit itu secara manual. Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan pihak doktor, jururawat, pakar diet, pekerja jabatan dietari dan kerani untuk mendapatkan maklumat terkini dengan hanya masuk dan membuat semakan menerusi sistem ini nanti. Maklumat di laman web akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna mendapat maklumat yang terkini, pantas dan mudah tanpa perlu meneliti maklumat tersebut melalui buku rekod atau papan kenyataan lagi. PDA pada masa kini bukanlah suatu peralatan yang asing bagi ahli-ahli pakar perubatan Malaysia. Ia telah menjadi satu keperluan kepada golongan profesional memandangkan PDA dapat membantu dan memudahkan pelbagai urusan penting pihak-pihak tersebut. PDA kini telah dilengkapkan dengan pelbagai teknologi terkini dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memenuhi permintaan pengguna. PDA akan digunakan dalam pembangunan sistem ini bertujuan bagi memberi kebenaran capaian kepada pihak doktor dan pakar diet untuk memantau maklumat pemakanan semasa kepada pesakit-pesakit di wad. Penglibatan kerja dan prosedur yang rumit dan pembaziran masa bagi kaedah konvensional menjadi satu keperluan bagi membangunkan suatu sistem pemantauan pemakanan pesakit secara berkomputeran yang lebih efektif di hospital. Sistem ini dijangkakan mampu menguruskan maklumat pemakanan pesakit dengan teratur dan efektif. Pada masa yang sama, sistem ini sebenarnya mampu merapatkan hubungan dan kerjasama di antara doktor, jururawat, pakar diet, kerani dan pekerja-pekerja di jabatan dietari lantaran peranannya sebagai suatu sistem dan portal khusus bagi pemantauan pemakanan pesakit.

3 1.2 Pernyataan Masalah Sistem pemantauan pemakanan pesakit yang digunakan oleh kebanyakan hospital masa kini adalah secara manual seperti merekodkan maklumat pemakanan pesakit pada buku rekod atau mencatat maklumat itu pada papan kenyataan. Cara konvensional ini adalah kurang efisien dan membebankan terutamanya bagi sebuah hospital yang besaiz besar contohnya bagi hospital yang mempunyai lebih daripada seratus orang pekerja. Selain itu, kaedah konvensional seperti sistem manual pemantauan pemakanan pesakit yang digunakan kini menyebabkan kekurangan interaksi antara doktor, jururawat dan pakar diet. Kelalaian manusia semasa mencatat maklumat pemakanan pesakit juga merupakan satu masalah yang serius kepada hospital. Pakar diet di hospital biasanya membuat anggaran jenis pemakanan pesakit yang pelbagai secara manual dan kemudian maklumat tersebut diserah kepada jabatan dietari. Masalah kesukaran mendapatkan status keadaan pesakit terkini dengan pantas dan kelambatan penentuan jenis diet yang sesuai oleh pakar diet menyebabkan jabatan dietari kebiasaannya sukar untuk menyediakan makanan mengikut diet yang betul dengan tepat dan dalam kuantiti yang sebenar. Prosedur pakar diet untuk mendapatkan maklumat-maklumat pesakit adalah agak rumit, memakan masa yang lama dan menyusahkan. Selain itu, rekod bilangan pesakit dan diet perlu dibuat beberapa salinan untuk diserahkan kepada pihak-pihak yang berlainan dan kaedah ini didapati tidak begitu efektif, lambat, tidak berkesan dan mempunyai tahap keselamatan yang diragui. Jabatan dietari di hospital tidak dapat menganggar atau menentukan jumlah kuantiti makanan yang diperlukan secara tepat dan pada masa yang diperlukan dengan menggunakan cara konvensional ini. Jumlah pesakit di wad adalah susah ditentukan oleh pekerja-pekerja di jabatan dietari dan fenomena ini sentiasa menyebabkan keadaan ketidakcukupi bekalan makanan kepada pesakit atau keadaan penyediaan makanan yang terlalu banyak dan menyebabkan pembaziran makanan berlaku.

4 Sistem konvensional pemantauan pemakanan pesakit yang berbentuk manual mendesak doktor, jururawat dan pakar diet tidak mempunyai interaksi yang baik antara satu sama lain. Doktor sukar untuk merujuk jenis makanan harian yang diberi kepada pesakit sepanjang pesakit itu berada di wad dan tidak dapat membuat penelitian dan analisis yang tepat kepada pesakit kerana penglibatan proses yang agak rumit. Tambahan pula, penggunaan sistem manual ini juga membebankan kerja pemantauan pemakanan pesakit kerana pihak tertentu perlu menyemak dan membuat analisis terhadap maklumat pemakanan satu demi satu dan ini akan memakan masa yang lama dan menyusahkan. Berdasarkan masalah-masalah di atas, sistem manual ini memerlukan kakitangan yang ramai, berkos tinggi, mengambil masa yang lama, kurang efektif dan tidak dapat memenuhi keselamatan sistem dengan sepenuhnya. Sistem baru yang dibangunkan ini dapat memperbaiki kelemahan sistem yang sedia ada dengan menggunakan teknologi bergerak iaitu PDA dan laman web. Doktor, jururawat, pakar diet, pekerja-pekerja jabatan dietari dan kerani boleh mencapai, mengurus, menyemak dan mendapat maklumat-maklumat pemakanan itu di merata-rata tempat dan pada bila-bila masa. Sistem yang baru ini hanya membenarkan pihak yang sah sahaja mencapai sistem dan menjamin keselamatan maklumat pemakanan pesakit. 1.3 Matlamat Projek Sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pihak pakar diet dalam melaksanakan proses pemantauan pemakanan pesakit di hospital supaya lebih efisien dan berkesan. Selain itu, sistem ini juga memudahkan kerja pakar diet semasa menentukan jenis pemakanan pesakit. Pembangunan sistem ini bertujuan untuk menghasilkan suatu sistem yang dapat meningkatkan kerjasama di antara doktor, jururawat, pakar diet, pekerja-pekerja jabatan pembekalan makanan dan kerani dalam pemantauan pemakanan pesakit di samping memudahkan kerja

5 pengurusan maklumat pemakanan pesakit. Sistem ini cuba mengurangkan penggunaan kertas, masa dan tenaga sumber manusia dalam penghantaran maklumat pemakanan pesakit dari satu pihak ke pihak-pihak yang lain. 1.4 Objektif Projek Objektif projek adalah seperti di bawah: i. Mengkaji satu sistem khas untuk proses pemantauan pemakanan pesakit di hospital bagi menggantikan kaedah konvensional iaitu perolehan maklumat pemakanan menerusi penggunaan papan kenyataan dan catatan menerusi buku rekod. ii. Merekabentuk satu sistem yang memudahkan doktor dan pakar diet mengendalikan maklumat pemakanan pesakit dan juga memudahkan pekerja mengedar makanan kepada pesakit dalam kuantiti yang tepat dan cepat. iii. Menghasilkan pangkalan data yang dapat menyimpan data-data dan segala maklumat yang berkaitan dengan diet pesakit. iv. Membangunkan suatu sistem yang dapat meningkatkan keberkesanan dan perkhidmatan hospital dalam pengawalan pemakanan pesakit dan pengurusan sumber manusia iaitu doktor, jururawat, pakar diet, pekerjapekerja jabatan dietari dan kerani dapat mengetahui maklumat-maklumat yang dicapai antara satu sama lain. v. Membangunkan suatu sistem yang fleksibel dan mudah digunakan oleh pengguna kerana pengguna tidak perlu lagi menghantar maklumat pemakanan pesakit ke pihak lain secara fizikal serta mengatasi masalah kelalaian manusia dalam catatan dan penghantaran maklumat.

6 1.5 Skop Projek Skop projek adalah seperti di bawah: i. Pembangunan sistem hanya akan melibatkan kajian tentang hospital pakar, Hospital Pakar Puteri, Johor (Jabatan Dietari). ii. Maklumat pemantauan pemakanan sistem ini boleh dicapai oleh pengguna dengan menggunakan PDA ataupun melalui atas talian (Online). iii. Sistem ini mempunyai enam aktor iaitu pentadbir sistem, doktor, jururawat, pakar diet, pekerja jabatan dietari dan kerani. Doktor, jururawat dan pakar diet boleh merekod dan menyemak maklumat pemantauan pemakanan harian. Pentadbir sistem dan pekerja jabatan dietari pula hanya boleh menyemak maklumat pemantauan pemakanan pesakit sahaja. iv. Sistem ini menggunakan sistem pengurusan pangkalan data secara sepusat bagi mengurus data-datanya. v. Teknik keselamatan enkripsi digunakan bagi menyulitkan kata kunci pengguna sistem. 1.6 Justifikasi Projek Tujuan projek ini dihasilkan adalah untuk mengkomputerkan pemantauan pemakanan pesakit dalam persekitaran komputer yang lebih sistematik untuk menggantikan cara konvensional seperti sistem penggunaan papan kenyataan dan mencatat dalam buku rekod. Penggantian sistem baru ini adalah penting untuk mengatasi masalah pengurusan maklumat pemantauan pemakanan yang membebankan, memakan masa yang panjang, melibatkan tenaga manusia yang ramai dan aspek keselamatan data yang rendah.

7 Oleh yang demikian, sistem yang dibangunkan ini dijangkakan dapat menguruskan maklumat pemantauan pemakanan pesakit dengan lebih cekap lagi dan berkeupayaan untuk mengatasi masalah kelalaian manusia semasa mencatat dan penghantaran maklumat berkaitan pemakanan. Selain itu, kos pengurusan maklumat pemantauan pemakanan juga dapat dikurangkan berbanding dengan pengurusan secara manual, iaitu diuruskan oleh tenaga manusia. Tambahan pula, sistem ini juga mudah digunakan kerana setiap transaksi hanya akan mengambil masa beberapa saat sahaja dan kebolehpercayaan sistem yang tinggi. Kesimpulannya, Sistem Pemantauan Pemakanan Pesakit Di Hospital berasaskan web dan PDA yang dibangunkan dijangka dapat melicinkan proses pemantauan pemakanan pesakit di hospital supaya lebih efisien. Pembangunan sistem ini juga dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pemakanan dan pengurusan sumber manusia. Dengan itu, sistem ini dapat meningkatkan prestasi pekerja serta merapatkan hubungan dan meninggikan tahap kerjasama antara pekerja-pekerja di dalam hospital.