Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI

Similar documents
Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS


CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

AUTOMATIC APPLICATION PROGRAMMING INTERFACE FOR MULTI HOP WIRELESS FIDELITY WIRELESS SENSOR NETWORK


OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM SEMAKAN SAMAN KENDERAAN

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

RESOURCE ALLOCATION SCHEME FOR FUTURE USER-CENTRIC WIRELESS NETWORK WAHEEDA JABBAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DALAM AMBULANS MELALUI PANGGILAN NUR ALYA AQILAH MOHD NAZRI PROF. DR. MASRI AYOB

PENGESANAN PAKET RANGKAIAN UNTUK FORENSIK MEMORI NOR NADIA ABDULLAH MARZUKI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

SISTEM PENGHANTARAN MESEJ SEGERA PELBAGAI PELANTAR BERASASKAN JAVA SAZARUL IZAM BIN MD SAAD. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

Sistem Pengurusan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Secara Online

SISTEM E-PILIH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERDASARKAN PELAYAN MOHD RIFAEI MOHD KAMIL KHAIRUDDIN OMAR

APLIKASI MUDAH ALIH MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI RANGKAIAN DATA RAYA (CheckLine)

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

APLIKASI MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI MENGGUNAKAN RANGKAIAN WI-FI. Miza Faizah Binti Amin Prof. Madya Dr. Rosilah Binti Hassan

PEMBANGUNAN PERISIAN BAGI MENGGALAKKAN PENGGUNAAN GOOGLE DRIVE DI KALANGAN AHLI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

DYNAMIC MOBILE SERVER FOR LIVE CASTING APPLICATIONS MUHAMMAD SAZALI BIN HISHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2)short answers and TWO (2) structured essays. Answer ALL questions.

Disediakan oleh: Mohammad Hazmin Bin Mohamed Azri

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

VISUALISASI DATA SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Illi Nadia binti Mohd Khairuddin Prof. Madya Dr. Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

FUZZY NEURAL NETWORKS WITH GENETIC ALGORITHM-BASED LEARNING METHOD M. REZA MASHINCHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

SISTEM KESELAMATAN PENGHANTARAN FAIL MENGGUNAKAN TEKNIK KRIPTOGRAFI DAN STEGANOGRAFI SATHIAPRIYA A/P RAMIAH

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

IMPROVED IMPLEMENTATION OF DIGITAL WATERMARKING TECHNIQUES AHMED SABEEH YOUSIF UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

ISOGEOMETRIC ANALYSIS OF PLANE STRESS STRUCTURE CHUM ZHI XIAN

SISTEM PENGURUSAN AKREDITASI MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY. New Eng Yau Ts. Dr. Zulkefli Mansor

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

MULTICHANNEL ORTHOGONAL FREQUENCY DIVISION MULTIPLEXING -ROF FOR WIRELESS ACCESS NETWORK MOHD JIMMY BIN ISMAIL

OPTIMIZE PERCEPTUALITY OF DIGITAL IMAGE FROM ENCRYPTION BASED ON QUADTREE HUSSEIN A. HUSSEIN

KELAS MAYA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PENGARUSAN VIDEO LIEW SHAW CHIN

APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN KEWANGAN (SMARTGAJI) MUHAMMAD NUR FATEEH BIN ZULKARNAIN BAHARI IDRUS

SISTEM PENYULITAN DAN PENYAHSULITAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALGORITMA RIVEST SHAMIR ADELMAN

CREATING USER ID AND PASSWORD : NOTA PENTING NOTA PENTING SEBELUM MEMULAKAN PROSES CREATE USER ID & PASSWORD

PEMPROSESAN ISYARAT DIGITAL DAN FUZZY CLUSTER UNTUK PENGESANAN DAN KLASIFIKASI PEMATUHAN VASKULAR YAP YAO YOUNG PROF. DR.

SISTEM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

LINK QUALITY AWARE ROUTING ALGORITHM IN MOBILE WIRELESS SENSOR NETWORKS RIBWAR BAKHTYAR IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER SECARA ATAS TALIAN DI FSKSM AHMAD FARIZ B ABD RAHIM

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST334 Network Monitoring & Security [Pengawasan & Keselamatan Rangkaian]

Dedikasi Osman Bin Shariman & Norbi Binti Hassan Muhammad Hanis Osman Shar Mariam Muhammad

KAEDAH SISIPAN UNTUK PEMBESARAN IMEJ WEBMIKROSKOPIK. Alvin Low Kah Sheng Prof Madya Dr. Shahnorbanun Binti Sahran

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

SISTEM UNTUK PENGENALPASTIAN TREND BERDASARKAN ANALISIS TWITTER MENGGUNAKAN STUDIO R

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

SISTEM PENGURUSAN DATA FORENSIK DIGITAL. Azamuddin Haziq Bin Samsudin. Khairul Akram Zainol Ariffin

ANALISA PERPINDAHAN DATA MODEL SURFACE DI ANTARA PLATFOM CAD YANG BERBEZA ASFAEZUDDIN BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DETECTION OF WORMHOLE ATTACK IN MOBILE AD-HOC NETWORKS MOJTABA GHANAATPISHEH SANAEI

SISTEM PENGURUSAN FORENSIK DIGITAL

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELIABILITY PERFORMANCE EVALUATION AND INTEGRATION OF ROUTING ALGORITHM IN SHUFFLE EXCHANGE WITH MINUS ONE STAGE

TEKNIK MESIN SOKONGAN VEKTOR UNTUK SISTEM PENGESANAN PENCEROBOHAN BERASASKAN RANGKAIAN

APLIKASI PEMBELAJARAN KEPERLUAN TUMBUHAN TAHUN 2 MENGGUNAKAN TEKNIK INTERNET BENDA (POKOK+) Khairul Afiq bin Azman Nazatul Aini binti Majid

SKS 3124 PENDAWAIAN RANGKAIAN

DEFINASI RANGKAIAN AWAN

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

DYNAMIC TIMESLOT ALLOCATION TECHNIQUE FOR WIRELESS SENSOR NETWORK OON ERIXNO

SISTEM E-RELOAD SOLEHA BINTI SALLEH

IMPROVED IMAGE COMPRESSION SCHEME USING HYBRID OF DISCRETE FOURIER, WAVELETS AND COSINE TRANSFORMATION MOH DALI MOUSTAFA ALSAYYH

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) short answer and structured essay questions. Answer ALL questions.

Sistem Pemantauan Tahap Pencemaran Asap dan Gas Beracun Karbon Monoksida di dalam Kenderaan

PROBLEMS ASSOCIATED WITH EVALUATION OF EXTENSION OF TIME (EOT) CLAIM IN GOVERNMENT PROJECTS

SISTEM PENGESANAN PERGERAKAN BERASASKAN SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) KHAIRUNNISA BT ISMAIL

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CST232 Operating Systems [Sistem Pengendalian]

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGECAMAN NOMBOR PLAT KENDERAAN MENGGUNAKAN CONVOLUTIONAL NEURAL NETWORK. Lim Woo Shaun Siti Norul Huda Sheikh Abdullah

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

Transcription:

1 Prosiding Komputeran UTM Inovasi di dalam Teknologi dan Aplikasi Komputeran Volume: I Year: 2016 ISBN: 978-967-0194-82-0 Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI Hairil Haime 1, Raja Zahilah Raja Md Radzi* 2 Jabatan Sains Komputer, Fakulti Komputeran, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bharu, Johor, Malaysia 1 hairilhaime@gmail.com, 2 zahilah@utm.my 1.0 Pengenalan Abstrak Prototaip pembangunan papan mesej elektronik adalah satu sistem untuk kegunaan para pensyarah meninggalkan sebarang notis atau mesej semasa ketiadaan pensyarah tersebut di bilik pada waktu pembelajaran dan pengajaran. Sistem ini merupakan gabungan antara tiga peranti keras iaitu papan utama Raspberry PI, skrin paparan LCD dan penyesuai WiFi USB. Idea keseluruhan sistem prototaip ini ialah pengguna mampu menghantar mesej ringkas dari peranti lain seperti telefon pintar melalui rangkaian IP, dan mesej tersebut akan dipaparkan ke skrin paparan sistem ini. Pembangunan sistem ini hanya memfokuskan pembangunan peranti keras, manakala pembangunan perisian tidak dititiberatkan namun ianya boleh dijadikan sebagai cadangan penambahbaikan pada masa yang akan datang. Aplikasi web ringkas telah dibangunkan untuk menghantar mesej bagi tujuan pengujian sistem. Beberapa ujian telah dilakukan untuk memastikan mesej yang dihantar melalui aplikasi tersebut berjaya dipaparkan ke skrin paparan. Diharapkan sistem prototaip ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan pensyarah sekali gus dapat meningkatkan lagi kualiti hidup di alam universiti. Kata Kunci: Papan mesej elektronik, wayarles, raspberry PI, rangkaian IP, aplikasi web Komunikasi tanpa wayar merupakan satu teknologi yang tengah pesat membangun terutamanya dalam industri telekomunikasi. Teknologi ini secara sedar atau tidak telah merubah gaya hidup manusia ke arah yang lebih baik. Teknologi ini telah digunakan dalam hampir setiap urusan di dunia bagi pelbagai tujuan. Ini dapat dilihat dengan penggunaan peranti-peranti elektronik yang canggih seperti telefon pintar, komputer riba, dan mesin pencetak yang menggunakan teknologi ini.

Papan mesej elektronik merupakan sebuah perkakasan yang telah digunakan untuk memaparkan sesuatu informasi atau mesej pada skrin paparannya. Hampir semua papan mesej elektronik pada masa kini masih menggunakan sistem berwayar.

2 Penggunaan papan mesej elektronik ini telah pun digunakan di beberapa kawasan untuk memaparkan sebarang bentuk mesej ataupun informasi agar orang awam khasnya, dapat maklum terhadap sesuatu perkara. Papan mesej elektronik ini bukan sahaja berfungsi sebagai tempat penyampaian maklumat yang efektif malah ianya juga telah digunakan dalam pelbagai jenis bidang seperti dalam bidang perniagaan iaitu dengan melariskan produk jualan peniaga melalui pengiklanan. Pada peringkat universiti pula, papan mesej elektronik ini boleh digunakan dan dimanfaatkan fungsinya oleh warga universiti. Di universiti awam mahupun swasta, sekiranya pelajar ingin bertemu dengan pensyarah, cara termudah adalah dengan datang ke bilik pensyarah tersebut. Namun begitu, peluang untuk seorang pensyarah berada di biliknya sepanjang masa amatlah tipis. Hal ini mungkin disebabkan pensyarah tersebut mempunyai perkara yang lain yang perlu diselesaikannya. Disebabkan pensyarah tersebut telah meninggalkan biliknya tanpa pemberitahuan sebarang notis atau mesej, pensyarah tersebut mungkin akan dihubungi oleh para pelajarnya melalui panggilan telefon ataupun mesej pesanan ringkas. Sungguhpun begitu, cara tersebut tidak lagi sesuai digunakan pada masa kini. Hal ini kerana pensyarah tersebut mungkin terpaksa menerima banyak panggilan daripada pelajarnya dan juga mungkin terpaksa membalas banyak pesanan mesej ringkas yang diterima olehnya. Secara logiknya, pensyarah yang meninggalkan biliknya pada waktu pengajaran dan pembelajaran pasti mempunyai urusan yang perlu diselesaikan secepat mungkin seperti menghadiri mesyuarat ataupun mengurus urusan peribadinya. Masalah inilah yang dihadapi oleh pelajar dan pensyarah di kampus universiti. Penggunaan papan mesej elektronik merupakan salah satu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Dengan menggunakan papan mesej elektronik, pensyarah tersebut boleh meninggalkan sebarang bentuk notis atau mesej ringkas yang akan dipaparkan melalui skrin papan mesej elektronik di depan pintu bilik mereka. Walau bagaimanapun, sistem berwayar kurang sesuai digunakan kerana ianya memberi sedikit batasan untuk menyebarkan mesej secara umum dan cepat. Sejajar dengan kemajuan teknologi komunikasi pada masa sekarang, pensyarah seharusnya mampu menghantar mesej tersebut melalui rangkain IP. Dengan menggunakan sistem wayarles, penghantaran data ke papan mesej elektronik ini boleh dilakukan di mana - mana sahaja, dan bila - bila masa, sekali gus memberi kelonggaran kepada pengguna tersebut. Ini merupakan salah satu cara yang efektif untuk menyebarkan sesuatu mesej atau notis ke papan mesej elektronik. Pembangunan sistem prototaip ini mempunyai tiga objektif utama. Objektif pertama adalah untuk mereka bentuk satu papan mesej elektronik yang menggunakan sistem wayarles. Objektif kedua pula adalah membangunkan sistem papan mesej elektronik wayarles yang boleh diakses melalaui rangkaian IP. Objektif ketiga yang juga merupakan objektif terakhir projek ini adalah untuk mengesahkan bahawa papan mesej elektronik dapat berfungsi dengan baik. 2.0 Metodologi Pembangunan, Reka Bentuk dan Implementasi Prototaip Sistem prototaip papan mesej elektronik tanpa wayar ini telah dibangunkan menggunakan pembangunan metodologi V-Model, iaitu satu model penambahbaikan daripada model Air Terjun. Metodologi ini dipilih kerana keperluan peranti keras telah

3 dinyatakan pada awal perancangan projek. Pemilihan metodologi ini juga sekali gus dapat menjimatkan kos pembangunan projek. Melihat kepada keputusan dalam fasa pengujian, sistem prototaip ini boleh dianggap berjaya walaupun terdapat sedikit kelemahan pada sistem ini. Rajah 1 menunjukkan mesej ringkas yang berjaya dihantar ke skrin paparan sistem. Penghasilan sistem ini telah mengambil kira sistem yang sedia ada di pasaran tempatan mahupun global. Kekurangan yang terdapat pada sistem sedia ada diambil untuk tujuan penambahbaikan dalam sistem prototaip ini. Jadual 1 menunjukkan perbandingan sistem yang dibangunkan dengan sistem yang sedia ada di pasaran. Rajah 1 Mesej ringkas pada skrin paparan Jadual 1 Perbandingan dengan sistem sedia ada Ciri - Ciri Papan Mesej Digital Message PCMS Elektronik Board Wayarles Penghantaran data melalui rangkaian IP Penghantaran data menggunakan peranti lain Boleh diletakkan di mana-mana ruang (bersaiz kecil) Kegunaanuntuk kawasan tertutup Mudah alih Reka bentuk sistem prototaip ini sangat penting dalam proses pembangunan sistem kerana ianya melibatkan pelbagai peranti keras yang perlu disatukan untuk dijadikan sebagai satu unit sistem. Kegagalan memahami reka bentuk sistem ini boleh menyebabkan sistem ini gagal berfungsi. Rajah 2 menunjukkan reka bentuk sistem secara keseluruhan. Pendawaian perlu dititikberatkan dalam pemasangan sistem kerana perpindahan data antara papan utama Raspberry PI dan skrin LCD menggunakan dawai lompat melalui papan reka. Rajah 3 pula menunjukkan antara muka aplikasi web ringkas untuk tujuan menghantar data ke skrin paparan sistem.

4 Rajah 2 Reka Bentuk Prototaip 3.0 Perbincangan Rajah 3 Antara Muka Aplikasi Web Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa pembangunan sistem ini berjaya kerana telah mencapai objektif-objektif yang telah dinyatakan pada awal perancangan pembangunan sistem. Sistem prototaip ini telah menjalani pelbagai fasa

5 dalam proses pembangunan, antaranya ialah fasa reka bentuk, fasa pemasangan peranti, dan serta fasa pengujian. Walau bagaimanapun, sistem prototaip ini masih mempunyai sedikit kelemahan. Kelemahan sistem ini telah dikenalpasti dan dianalisis untuk tujuan cadangan penambahbaikan. Antara kelemahan tersebut adalah paparan aksara yang terlalu terhad, penggunaan papan utama Raspberry PI sebagai pelayan web dan juga pembangunan sistem yang terlalu memfokuskan kepada pembangunan peranti. Objektif pertama pembangunan sistem prototaip ini telah dicapai dengan menggabungkan kesemua peranti keras yang terlibat dalam pembangunan sistem ini, iaitu papan utama Raspberry PI, skrin paparan LCD dan penyesuai WiFi USB, serta diintergrasikan untuk dijadikan satu sistem tunggal. Objektif kedua pula telah dicapai melalui konfigurasi awal sistem yang telah dilaksanakan terlebih dahulu untuk memudahkan pembangunan sistem ini. Objektif ketiga juga telah dicapai dengan melakukan beberapa ujian kepada sistem prototaip ini. Papan mesej elektronik wayarles ini telah diuji dengan menggunakan aplikasi web ringkas yang dibangunkan. Penggunaan aplikasi web ringkas ini telah dapat meminimakan berlakunya ralat dalam sistem. Tuntasnya, pembangunan sistem ini boleh dianggap berjaya kerana telah mencapai objektif-objektif yang dinyatakan pada awal perancangan projek. 4.0 Kesimpulan Papan mesej elektronik tanpa wayar ini telah dibangunkan bagi tujuan kegunaan para pensyarah untuk meninggalkan sebarang notis atau mesej semasa ketiadaan mereka di bilik pensyarah. Diharapkan penghasilan sistem prototaip ini dapat membantu dalam menyelesaikan masalah kegagalan komunikasi antara para pelajar dan pensyarah yang berlaku di peringkat kampus universiti. Ini penting kerana ianya mampu meningkatkan kualiti hidup di alam universiti secara tidak langsung. Rujukan Beulque, P. (2016). Automatically connect a Raspberry Pi to a Wifi network, We Work We Play. Dicapai pada 16 April 2016, dari http://weworkweplay.com/play/automatically-connect-a-raspberry-pi-to-a-wifinetwork/ Graham D., Veenendaal E.V., & Evans I. Testing throughout the software life cycle. In: Foundations of Software Testing: ISTQB Certification. London: Cengage Learning EMEA. 36-41; 2008 Jesudason, James (2013). Python Web Application Server on the RaspberryPi, Random Tutor. Dicapai pada 26 April 26 2016, dari http://randomtutor.blogspot.my/2013/01/python-web-applicationon-raspberrypi.html Karl (2013). Python and Apache on the Raspberry Pi using the Flask Framework, Computers, Robots And Photography. Dicapai pada 26 April 2016, dari http://www.g7smy.co.uk/2012/06/python-and-apache-on-the-raspberry-piusing-the-flask-framework/ Lutz M. (2009). Learning Python: Powerful Object-Oriented Programming, (4th ed.) Sebastopol CA: O Reilly Media. Inc.

Matt (2012). 16 2 LCD Module Control Using Python, Raspberry Pi Spy. Dicapai pada 29 April 2016, dari http://www.raspberrypi-spy.co.uk/2012/07/16x2-lcd-modulecontrol-using-python/ Monk S. (2012). Programming the Raspberry Pi: Getting Started with Python, McGraw Hill Professional. Rappaport, T. S. (2002) Wireless Communications: Principles and Practise, (2nd ed.) Prentice-Hall. 6