PROSEDUR UNIT KOMPUTER Pemindahan Data BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : 30.09.13 Disediakan oleh :- Disahkan oleh :- Ketua Unit PERUBAHAN Ubahan Muka surat Tarikh Keterangan Diluluskan B,8 8 B 8
MUKA : 1 DARI 4 I. Tujuan : Memberi garis panduan mengenai tatacara melaksanakan proses pemindahan data untuk proses tuntutan dan bayaran menggunakan media komputer seperti disket, compact disc atau katrij bagi jabatan yang terlibat dalam sistem potongan BPA termasuk juga proses penghantaran data bayaran kepada koperasi. II. Skop : Prosedur ini menerangkan kaedah pemindahan data melalui fail komputer bagi :- - Jabatan menerima fail tuntutan dari BPA, - Jabatan menghantar fail bayaran kepada BPA, - Koperasi menerima fail bayaran dari BPA. III. Istilah / Singkatan : SPGA - Sistem Potongan Gaji ANGKASA BPA - Biro Perkhidmatan ANGKASA ( BPKP ) KUK - Ketua Unit Komputer JS - Juruanalisa Sistem JP - Juruprogram PPD - Pegawai Pusat Data SOLA - Sistem Online ANGKASA OP - Operator Komputer OPK - Borang untuk penghantaran disket IV. Rujukan : BPKP/K/OK-101 - Proses Tuntutan ( Range ) BPKP/K/OK-102 - Bayaran Jabatan Besar BPKP/K/OK-103 - Proses Bayaran Jabatan Kecil BPKP/K/OK-104 - Bayaran Manual / Bermasalah BPKP/K/SA-101 - Kawalan Perubahan Program BPKP/K/SK-102 - Perkhidmatan SOLA BPKP/K/AK-104 - Tatacara Proses AGM03 V. Carta Aliran : Tiada
MUKA : 2 DARI 4 VI. Prosedur Terperinci : 1. Keperluan Jabatan Perbincangan dengan pegawai dari jabatan atau proses permintaan melalui surat akan dibuat untuk mengenalpasti keperluan yang mesti disediakan. Berikut adalah beberapa perkara penting yang dibincangkan bersama pihak jabatan. [ KUK / JS ] 1.1. Rekod kakitangan yang terlibat dalam sistem potongan gaji. Perlu diseragamkan rekod samada guna nombor kad pengenalan atau nombor gaji. 1.2 Jenis transaksi meliputi beberapa kombinasi seperti :- I. Tuntutan dan bayaran guna media komputer, II. Bayaran guna media komputer sementara tuntutan guna penyata, III. Tuntutan guna media komputer dan bayaran guna senarai komputer. 1.3 Jika tuntutan guna media komputer, pastikan samada rekod potongan diproses sebagai permanent deduction atau one-time deduction. BPA perlu proses sebagai full deduction list atau changes record. 1.4 Media komputer yang digunakan ( disket, katrij, compact disc ) dan format fail yang telah dipersetujui bersama. 1.5 Jadual penghantaran fail tuntutan atau bayaran perlu dipersetujui bersama. 2. Keperluan Koperasi Permohonan dari koperasi secara bertulis perlu diperolehi sebelum pihak koperasi boleh menerima fail bayaran secara elektronik melalui Portal BPA @ SOLA. ( Rujuk BPKP/K/SK-102 ) [ KUK / JS ] 2.1 Rekod ahli koperasi di koperasi perlu diseragamkan dengan rekod dalam SPGA iaitu samada dengan nombor kad pengenalan atau nombor ahli atau kedua-duanya sekali. 2.2 Format fail bayaran akan diberi oleh BPA untuk koperasi memproses data dengan tepat.
MUKA : 3 DARI 4 3. Pelaksanaan 3.1 Memproses tuntutan kepada jabatan gunakan media komputer. 3.1.1 Sediakan program atau WFL jika melibatkan format tuntutan baru untuk dijalankan oleh Kumpulan Operasi Komputer. Ikuti prosedur BPKP/K/SA-101 [ JS / JP ] 3.1.2 Lakukan ujian dengan menggunakan data yang ada dalam sistem BPA. [ JS / JP] 3.1.3 Rekod disket, compact disc atau katrij komputer yang dihantar ke jabatan. Rujuk pada BPKP/K/OK-101 untuk prosedur terperinci. [ PPD / K ] 3.2 Memproses bayaran daripada jabatan gunakan media komputer. 3.2.1 Sediakan program atau WFL jika melibatkan format bayaran yang baru untuk dijalankan oleh Kumpulan Operasi. Ikuti prosedur BPKP/K/SA-101. [ JS / JP ] 3.2.2 Rekod disket, compact disc atau katrij komputer yang diterima dari jabatan (Rujuk BPKP/K/OK-102) dan untuk memindahkan fail dari komputer PC kepada komputer mainframe rujuk BPKP/K/AK-104. [ PPD / OPK / OP ] 3.2.3 Lakukan ujian program dengan menggunakan data yang diberi. [ JS / JP ] 3.2.4 Pulangkan semula disket, compact disc atau katrij komputer ke jabatan. Rujuk pada BPKP/K/OK-102 untuk prosedur terperinci. [ K ] 3.3 Memproses bayaran kepada koperasi melalui Portal BPA. 3.3.1 Pinda program atau WFL berkaitan yang perlu dijalankan oleh Kumpulan Operasi,Unit Komputer. (Rujuk BPKP/K/SA-101 dan BPKP/K/SK-102) [ JS / JP ] 3.3.2 Fail akan terhasil secara automatik semasa proses bayaran. (Rujuk BPKP/K/OK-102, BPKP/K/OK-103 dan BPKP/K/OK-104) [ OPK / OP ] 3.3.3 Fail bayaran secara automatik dimuat turun ke Portal BPA bagi membolehkan koperasi mencapai ( akses ) fail bayaran dalam talian ( online ).
MUKA : 4 DARI 4 4. Penyelenggaraan Fail Bayaran Koperasi. 4.1 Penyelenggaraan fail bayaran koperasi yang dimuat turun ke server ANGKASAWIN folder e-sola dibuat secara automatic setelah fail dimuat turun ke Portal BPA. VI. Rekod Kualiti : Tiada