GARIS PANDUAN BAGI BAYARAN PERKHIDMATAN STAF TEKNIKAL DI LUAR SKOP TUGAS HAKIKI OLEH UNIT TEKNIKAL & PERKHIDMATAN PUSAT BAHASA MODEN & SAINS KEMANUSIAAN
1.0 PENGENALAN Garis panduan ini bertujuan untuk memaklumkan dan menjelaskan kepada semua staf Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan ( PBMSK ) berkaitan kelayakan bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan staf teknikal bagi tugas-tugas di luar skop tugas hakiki. 2.0 LATARBELAKANG Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan (PBMSK) ditubuhkan adalah untuk memperkasakan perkembangan ilmu pengetahuan pelajar di dalam bidang bahasa, sains kemanusiaan dan kemahiran insaniah memandangkan ilmu dan kemahiran di dalam bidang kejuruteraan sahaja adalah tidak mencukupi untuk melahirkan graduan yang berdaya saing. Pusat ini terbahagi kepada tiga jabatan, iaitu Jabatan Sains dan Kemanusiaan, Jabatan Bahasa Moden dan Jabatan Bahasa Asing. Sebagai pusat yang bertanggungjawab menawarkan perkhidmatan, kami bukan sahaja bertanggungjawab ke atas subjek teras universiti tetapi juga menawarkan latihan kepada pelajar seperti MUET dan Bengkel Kemahiran Belajar dan tidak ketinggalan juga dalam menyediakan latihan kepada warga kerja seperti Kursus IELTS untuk Staf Akademik dan kursus-kursus Bahasa Inggeris yang lain. Selain itu, kami juga menyediakan latihan luar kepada organisasi multinasional. Bagi pentadbiran PBMSK pula, segala urusan teknikal disokong kuat oleh Unit Teknikal & Perkhidmatan. Disamping perkhidmatan dari segi teknikal, perkhidmatan lain yang disediakan oleh Unit Teknikal & Perkhidmatan adalah untuk memastikan setiap aset di bawah jagaan PBMSK berada dalam keadaan baik dan berada di lokasi yang sebenar dan perlu dikemaskini apabila bertukar lokasi. 3.0 OBJEKTIF Objektif garis panduan ini diwujudkan adalah untuk : 3.1 Menjelaskan status kelayakan bagi bayaran perkhidmatan staf teknikal di luar skop tugas hakiki. 3.2 Mengawal dan merancang agihan tugas supaya tidak menggangu tugas hakiki. 3.3 Memastikan semua staf teknikal mendapat pembayaran yang sesuai dengan tugasan yang dijalankan. 4.0 SKOP DILUAR TUGAS HAKIKI 4.1 Projek penyelidikan Projek yang melibatkan geran penyelidikan UMP. 4.2 Program dalaman UMP yang melibatkan pendapatan dan keuntungan kepada sesuatu program tersebut. Program yang menjana pendapatan contohnya mendapat bayaran dari peserta atau mendapat bayaran dari pihak lain. Antara program yang dianjurkan oleh PBMSK ialah:
i. BMfIS (Bahasa Melayu for International Student) ii. UMP-EPT (English Placement Test) iii. MLCC (Mandarin Language & Culture Centre) iv. MUET (Malaysian University English Test) v. PIE (Preparatory Intensive English) vi. Training & Consultancy (Internal & External programme) vii. IELTS (International English Language Testing System) 4.3 Program dari pihak luar yang melibatkan pembayaran kepada pihak UMP Program yang dijalankan oleh pihak luar yang menggunakan kemudahan di UMP terutama di PBMSK 5.0 KATEGORI PEMBAYARAN Pembayaran kepada staf teknikal ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu: 5.1 Bertugas dengan kepakaran I Kepakaran I adalah melibatkan kepakaran bagi merekabentuk i. banner ii. ebanner iii. bunting iv. fliers v. brosur vi. muka depan buku/modul Kadar bayaran bagi seorang staf (audio) 1. RM 100 per rekabentuk 2. RM 500 per projek (minimum 5, maksimum 7 rekabentuk) Contoh: Jika satu projek melibatkan 9 rekabentuk, maka harga pembayaran adalah RM900 dimana 7 rekabentuk berharga RM500 (2) dan 2 rekabentuk berharga RM200 (1) 5.2 Bertugas dengan kepakaran II Kepakaran II adalah melibatkan kepakaran bagi penggunaan studio i. Audio - melibatkan rakaman suara - proses suntingan audio
- Jumlah staf teknikal yang diperlukan untuk rakaman audio adalah minimum seorang, maksimum 2 orang atau bergantung kepada keperluan projek. Kadar bayaran bagi seorang staf (audio) 1. RM 45 per jam (kurang atau sama dengan 5 jam) 2. RM 330 lump sum (1 hari = 8 jam) - ii. Video - melibatkan rakaman video - proses suntingan video - Jumlah staf teknikal yang diperlukan untuk rakaman video adalah minimum 2 orang, maksimum 5 orang atau bergantung kepada keperluan projek. Kadar bayaran bagi seorang staf (video) 3. RM 55 per jam (kurang atau sama dengan 5 jam) 4. RM 400 lump sum (1 hari = 8 jam) Contoh: Penggunaan studio dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Pembayaran yang ditetapkan adalah RM330 (2) 8 pagi 5 petang dan RM225 (1) bagi tambahan masa 5 petang 10 malam. 5.3 Bertugas untuk rakaman video/mengambil gambar Gambar i. Mengambil gambar di lokasi ii. Burn CD/DVD/copy pen drive Video i. Rakaman video di lokasi ii. Burn CD/DVD Pembayaran (gambar): 1. RM 30 per jam (kurang atau sama dengan 5 jam) 2. RM 220 lump sum (1 hari = 8 jam)
Pembayaran (video) : 3. RM 35 per jam (kurang atau sama dengan 5 jam) 4. RM 250 lump sum (1 hari = 8 jam) 5.4 Bertugas tanpa kepakaran (Standby) Bertugas tanpa kepakaran bermaksud hanya untuk bersedia dari segi teknikal di makmal, bilik kuliah atau mana-mana tempat program dijalankan. a. Pembayaran : RM 20 per jam RM 120 lump sum ( 1 hari) 6.0 BORANG/DOKUMEN YANG TERLIBAT 6.1 Borang Tuntutan Bayaran Perkhidmmatan Staf Teknikal Di Luar Skop Tugas Hakiki. 6.2 Surat Permohonan yang disediakan oleh pemohon. 7.0 LAIN-LAIN 7.1 Pihak UTP berhak untuk menolak atau menerima sebarang permohonan tertakluk kepada masa, keadaan dan bebanan tugasan hakiki yang perlu dilaksanakan. 7.2 Sebarang permohonan hendaklah disertakan satu surat untuk melantik staf UTP dengan mengemukan bersama sejumlah harga yang telah dipersetujui. 7.3 Untuk tuntutan bayaran, staf UTP perlu mengisi borang Tuntutan Bayaran Perkhidmmatan Staf Teknikal Di Luar Skop Tugas Hakiki.