PERSEPSI PENSYARAH DAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN APLIKASI IBOOKS

Similar documents

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

KETIDAKFAHAMAN PELAJAR TERHADAP ISTILAH TEKNIKAL BAHASA INGGERIS DALAM PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (COMMUNICATION DEP)

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

SOAL SELIDIK KEBOLEHGUNAAN SISTEM E-PEMBELAJARAN HIBRID FOTOGRAFI (e-hifoto)

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

INTEGRATION OF CUBIC MOTION AND VEHICLE DYNAMIC FOR YAW TRAJECTORY MOHD FIRDAUS BIN MAT GHANI

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

Muhammad Sukri Bin Saud & Nor Farhana Binti Mohd Ariffin Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

OPTIMIZE PERCEPTUALITY OF DIGITAL IMAGE FROM ENCRYPTION BASED ON QUADTREE HUSSEIN A. HUSSEIN

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT. PROGRAM KELAYAKAN MASUK SENARAI KURSUS Sarjana Sistem Maklumat

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

A TRUST MODEL FOR BUSINESS TO CUSTOMER CLOUD E-COMMERCE HOSSEIN POURTAHERI

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

3 Persepsi Guru Terhadap Reka Bentuk Perisian Pengajaran Kemahiran Bola Tampar Noor Dayana Abd Halim, Lee Boon Kiat, & Nor Farhah Saidin

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

RESOURCE ALLOCATION SCHEME FOR FUTURE USER-CENTRIC WIRELESS NETWORK WAHEEDA JABBAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DEVELOPMENT OF SPAKE S MAINTENANCE MODULE FOR MINISTRY OF DEFENCE MALAYSIA SYED ARDI BIN SYED YAHYA KAMAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

VISUALISASI DATA SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Illi Nadia binti Mohd Khairuddin Prof. Madya Dr. Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

PROBLEMS ASSOCIATED WITH EVALUATION OF EXTENSION OF TIME (EOT) CLAIM IN GOVERNMENT PROJECTS

DYNAMIC MOBILE SERVER FOR LIVE CASTING APPLICATIONS MUHAMMAD SAZALI BIN HISHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FUZZY NEURAL NETWORKS WITH GENETIC ALGORITHM-BASED LEARNING METHOD M. REZA MASHINCHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MULTICHANNEL ORTHOGONAL FREQUENCY DIVISION MULTIPLEXING -ROF FOR WIRELESS ACCESS NETWORK MOHD JIMMY BIN ISMAIL

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

OPTIMIZED BURST ASSEMBLY ALGORITHM FOR MULTI-RANKED TRAFFIC OVER OPTICAL BURST SWITCHING NETWORK OLA MAALI MOUSTAFA AHMED SAIFELDEEN

STUDY OF FLOATING BODIES IN WAVE BY USING SMOOTHED PARTICLE HYDRODYNAMICS (SPH) HA CHEUN YUEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

PROFORMA KURSUS Course Proforma

TRUSTED CLOUD COMPUTING FRAMEWORK IN CRITICAL INDUSTRIAL APPLICATION MERVAT ADIB BAMIAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MASALAH PENGGUNAAN LAMAN WEB DAN MEL ELEKTRONIK DALAM KALANGAN PELAJAR PASCA IJAZAH DI FAKULTI PENDIDIKAN UTM SKUDAI MUHASHAHRUL SHAZMIE BIN MOHAMED

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CPT344 Computer Vision & Image Processing [Penglihatan Komputer & Pemprosesan Imej]

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang

Pengaturcaraan web ASP.NET. Sinopsis:

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) short answer and structured essay questions. Answer ALL questions.

GARIS PANDUAN BAGI BAYARAN PERKHIDMATAN STAF TEKNIKAL DI LUAR SKOP TUGAS HAKIKI OLEH UNIT TEKNIKAL & PERKHIDMATAN

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

AUTOMATIC APPLICATION PROGRAMMING INTERFACE FOR MULTI HOP WIRELESS FIDELITY WIRELESS SENSOR NETWORK

GARIS PANDUAN PERMOHONAN IMBUHAN PENERBITAN JURNAL / PROSIDING / SITASI BERINDEKS SCOPUS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA TERM FREQUENCY AND INVERSE DOCUMENT FREQUENCY WITH POSITION SCORE AND MEAN VALUE FOR MINING WEB CONTENT OUTLIERS

KAMUS MULTIMEDIA INTERAKTIF JUZCLICK

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

ENHANCEMENT OF UML-BASED WEB ENGINEERING FOR METAMODELS: HOMEPAGE DEVELOPMENT CASESTUDY KARZAN WAKIL SAID

UNSTEADY AERODYNAMIC WAKE OF HELICOPTER MAIN-ROTOR-HUB ASSEMBLY ISKANDAR SHAH BIN ISHAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KELAS MAYA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PENGARUSAN VIDEO LIEW SHAW CHIN

ISOGEOMETRIC ANALYSIS OF PLANE STRESS STRUCTURE CHUM ZHI XIAN

PERPU. STAKAAN KUiTTHO \ . A ' >< 6 3.: < f'arikl i yang ditetapkan sn p perttulangatn' Tankh pufang No, matrtk / Pekerja. No.

SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

LINK QUALITY AWARE ROUTING ALGORITHM IN MOBILE WIRELESS SENSOR NETWORKS RIBWAR BAKHTYAR IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI

/A' IM-'A I'I ll ;!vali;ui

HOME APPLIANCES MONITORING AND CONTROL USING SMARTPHONE APPLICATION AHMAD DANIAL BIN AHMAD NAZRI

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

PEMBANGUNAN WEB PORTAL BERASASKAN MOODLE BERTAJUK LIGHT, COLOUR AND SIGHT TINGKATAN EMPAT

DETECTION OF WORMHOLE ATTACK IN MOBILE AD-HOC NETWORKS MOJTABA GHANAATPISHEH SANAEI

TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN


DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

MODELLING AND REASONING OF LARGE SCALE FUZZY PETRI NET USING INFERENCE PATH AND BIDIRECTIONAL METHODS ZHOU KAIQING

BLOCK-BASED NEURAL NETWORK MAPPING ON GRAPHICS PROCESSOR UNIT ONG CHIN TONG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

PROSES PENILAIAN MEDIA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

DYNAMIC TIMESLOT ALLOCATION TECHNIQUE FOR WIRELESS SENSOR NETWORK OON ERIXNO

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

ANALISA PERPINDAHAN DATA MODEL SURFACE DI ANTARA PLATFOM CAD YANG BERBEZA ASFAEZUDDIN BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

DATASET GENERATION AND NETWORK INTRUSION DETECTION BASED ON FLOW-LEVEL INFORMATION AHMED ABDALLA MOHAMEDALI ABDALLA

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. Peperiksaan Semester Pertama Sidang Akademik 2003/2004. September/Oktober 2003

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CCS521 Advanced Distributed Systems Concepts and Design [Konsep dan Reka Bentuk Sistem Teragih Maju]

Transcription:

PERSEPSI PENSYARAH DAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN APLIKASI IBOOKS Norzahirah Binti Zainuddin Kolej Komuniti Selandar Siti Soraya Binti Mohd Sapuan Kolej Komuniti Selandar Sharifah Nadiyah Binti Razali Kolej Komuniti Selandar Abstrak Kajian tinjauan ini adalah untuk melihat sejauh mana penerimaan pelajar dan pensyarah Sistem Komputer dan Sokongan terhadap Aplikasi ibooks. Pada masa kini, pelajar dan pensyarah seringkali mencari maklumat di laman-lamam web dan kesahihannya tidak dapat dipastikan. Aplikasi ibooks yang akan dibangunkan ini akan menjadikan kaedah pencarian maklumat lebih terpandu dan memudahkan. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana penerimaan pelajar dan pensyarah Program Sistem Komputer dan Sokongan terhadap Aplikasi ibooks. Satu set borang kaji selidik telah dibangunkan dan diedarkan kepada 40 orang pelajar dan 8 orang pensyarah dari Program Sistem Komputer dan Sokongan. Analisa borang kaji selidik ini menggunakan perisian SPSS 19.0 dan hasil menunjukkan lebih 80 peratus daripada pelajar dan pensyarah memilih ibooks sebagai medium baru untuk bahan pengajaran dan pembelajaran bagi Program Sistem Komputer dan Sokongan. Jadi pembangunan ibooks ini harus diteruskan bagi mencapai matlamat pelajar dan pensyarah serta menunjukkan keprihatinan warga pendidik terhadap penggunaan teknologi terbaru supaya pelajar tidak ketinggalan. KATA KUNCI: ibooks, pembelajaran dan pengajaran 1.0 PENGENALAN Teknologi terkini memberikan impak yang baik kepada masyarakat dan komuniti untuk mencapai sasaran kerajaan yang ingin melahirkan tenaga kerja berkualiti tinggi pada masa hadapan. Kajian tinjauan ini adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan dan minat terhadap Aplikasi ibooks di kalangan pensyarah dan pelajar bagi Program Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) di Kolej Komuniti Selandar. Aplikasi ini akan menukar corak pembelajaran dan memberikan pendedahan kepada teknologi terkini kepada pensyarah dan pelajar kerana menjurus kepada bookless iaitu pembelajaran tanpa buku. Secara tradisional yang diamalkan adalah menggunakan buku rujukan atau buku teks dan dicetak di atas kertas. Ini adalah interaksi di antara pelajar dan buku sahaja iaitu untuk membaca, mengambil nota dan membuat tugasan. Jika buku rujukan atau buku teks

semestinya tidak mempunyai elemen interaktif pada isi kandungan. Ebook pula adalah sesebuah buku yang boleh dicapai melalui computer atau peranti elektronik yang lain seperti telefon pintar. ebook tidak mempunyai elemen interaktif dan semata-mata buku elektronik sahaja. Buku teks dan ibook kedua-duanya tidak mempunyai unsur interaktif. ibooks pula adalah satu aplikasi yang pintar dan menarik kerana pelajar boleh mengakses nota daripada ipad dengan mudah dan bersifat interaktif. Selain itu, nota yang disertakan dengan elemen-elemen yang menarik seperti membesarkan teks, fungsi carian secara terus dan sebagainya. Jika dilihat pada masa kini, pelajar dan warga pendidik gemar mencari sumber dan maklumat di atas talian dan kesahihan nya tidak dapat dipastikan. Dengan itu, tercetuslah idea untuk menjadikan ibooks sebagai satu kedah pencarian maklumat secara terpandu dan interaktif bagi pensyarah dan pelajar. Penggunaan medium ibooks yang semakin canggih dengan arus moden telah mencetuskan idea baru untuk mewujudkan penggunaan ibooks di dalam setiap matapelajaran atau bidang. Pembangunan ibooks ini akan menukarkan kaedah pencarian sumber dan maklumat daripada tradisional iaitu di perpustakaan kepada cara moden dan berteknologi terkini. Dengan penggunaan teknologi terkini seperti ini, pelajar perlu memiliki peralatan terkini atau telefon pintar bagi memudahkan proses pencarian bahan bacaan. ibooks merupakan istilah yang luas yang merangkumi pendekatan pembelajaran tidak kira apa juga bidang seperti pentadbiran, perakaunan, sains komputer dan sebagainya. Dunia pendidikan sedang berkembang pesat dengan pembelajaran secara interaktif mengiku perkembangan teknologi hari ini. Cabaran dalam pendidikan adalah pembaharuan yang dibawa dan bagaimana teknologi digunakan untuk di dalam dan luar waktu kelas. 2.0 SOROTAN KAJIAN DAN PEMBINAAN HIPOTESIS Teknologi masakini berkembang dengan maju dari segala sektor termasuk bidang pendidikan (Baldwin 2013). Pembelajaran interaktif menggunakan ibook adalah salah satu kajian yang hangat diperkatakan bagi menyelesaikan kaedah tradisional. Kajian yang dibuat oleh (Lockemer 2014), membuktikan bahawa pelajar memberi perhatian yang lebih kepada teks interaktif daripada teks tradisional. Selain itu terdapat juga perbandingan kelebihan dan kekurangan kaedah tradisional dengan interaktif dari hasil kajian (Amelia Annette Baldwin 2015) yang membawa kepada pembangunan buku teks interaktif menggunakan pengarang ibook. Hasilnya tindak balas pelajar untuk menggunakan buku teks interaktif dan ipad dilaksanakan. Justeru kertas kerja ini memberi motivasi membangungan pembelajaran interaktif menggunakan ibooks khususnya kepada pelajar Kolej Komuniti Malaysia bagi meningkatkan mutu pelajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian yang ingin melihat bagaimana persepsi pensyarah dan pelajar serta isu-isu yang berkaitan dengan pembelajaran melalui web atau web-based. Ibooks adalah satu aplikasi e-book yang telah dilaksanakan oleh Apple Inc untuk sistem pengoperasian IOS dan sistem pengoperasian MAC. ibooks adalah Ebook interaktif yang mempunyai potensi besar, penuh dengan kandungan yang teks dan gambar rajah. ibooks mampu menggabungkan elemen multimedia dan konsep voiceover atau membaca kandungan mana-mana halaman secara automatik. Menurut (Rian Vebrianto dan Kamisah Osman, 2011) media pengajaran yang tidak sesuai sering menimbulkan masalah kepada pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Masalah yang dihadapai menyebabkan pelajar pasif dan seolah-olah mereka tidak wujud dalam proses PdP itu. Ekoran daripada itu, ibooks akan menjadikan pelajar lebih berdaya saing dan minat terhadap proses PdP yang dijalankan. Sejajar dengan hasrat kerajaan

untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah dituntut (Johan @ Eddy Luaran, 2013). Perkara ini menunjukkan pentingnya peningkatan proses pengajaran dan keberkesanannya kepada pelajar. Oleh yang demikian, pensyarah dan pelajar perlu lebih menggunakan teknologi dan aplikasi terkini. Di dalam kajian Jennifer et. al (2011) menyatakan e- pembelajaran merupakan satu istilah yang luas yang merangkumi pendekatan pengajaran seperti jenis teknologi dan pentadbiran. 2.1 OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini menjurus kepada persepsi pensyarah dan pelajar terhadap penggunaan Aplikasi ibooks. Berikut adalah objektif kajian ini iaitu: 1. Untuk menilai persepsi pensyarah dan pelajar terhadap penggunaan aplikasi ibooks. 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan metodologi kaji selidik kepada pensyarah dan pelajar. Analisa secara kuantitatif digunakan dimana data dikumpulkan melalui soal selidik yang diedarkan. Borang Soal Selidik di edarkan menggunakan aplikasi Google Form dan data akan direkodkan di dalam format Microsoft Excel. Kajian ini menggunakan telah diedarkan kepada 40 orang pelajar dan 8 orang pensyarah dari program SSK. Tujuan kaji selidik ini dijalankan adalah untuk melihat persepsi pensyarah dan pelajar terhadap penggunaan aplikasi ibooks. Soalan kaji selidik ini adalah sebanyak 25 soalan yang terbahagi kepada 5 bahagian iaitu: i. Pengetahuan mengenai ibooks ii. Keberkesanan ibooks iii. Pengetahuan penggunaan ibooks iv. Kecenderungan motivasi pensyarah dan pelajar kepada ibooks v. Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan ibooks 4.0 ANALISIS DAN KEPUTUSAN Dalam kajian ini dapatlah dibentangkan bahawa fokus kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pensyarah dan pelajar terhadap penggunaan aplikasi ibooks. Fokus kajian adalah kepada 5 bahagian utama pengetahuan mengenai ibooks, keberkesanan ibooks, pengetahuan penggunaan ibooks, kecedenderungan motivasi pensyarah dan pelajar kepada ibooks dan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan ibooks. Dapatan kajian seperti rajah 1 bagi bahagian kaji selidik i: pengetahuan mengenai ibooks mendapati bahawa lebih 50% responden pernah mendengar dan mengetahui tentang ibooks manakala kurang 45.8% responden mengetahui bahawa ibooks sebagai aplikasi pembelajaran. Sebanyak 37.5% responden sentiasa mengambil tahu tentang ibooks tetapi sebanyak 35.4% responden tidak memasang aplikasi ibooks di telefon pintar mereka.

Saya sentiasa mengambil tahu tentang ibooks Saya mengetahui ibooks sebagai aplikasi pembelajaran Saya memesang aplikasi ibooks di telefon pintar 37.50% 35.40% 45.80% Saya mengetahui tentang ibooks 64.60% Saya selalu mendengar tentang ibooks 50% Rajah 1: Pengetahuan mengenai ibooks Dalam rajah 2 pula menunjukkan bahawa keberkesanan ibooks melalui persepsi pensyarah dan pelajar boleh dianggap sederhana kerana hanya 41.7% sahaja responden menjawab setuju manakala 31.3% sahaja yang pernah menggunakan aplikasi ibooks. Separuh daripada responden pula menyatakan bahawa ibooks sangat berguna kepada pensyarah dan pelajar untuk tujuan pembelajaran. Seperti yang dinyatakan di bahagian permasalahan bahawa ibooks adalah medium untuk menggantikan buku rujukan, sebanyak 41.7% responden berpendapat bahawa ibooks boleh menggantikan buku rujukan. Ini menunjukkan bahawa kurang daripada 50% responden bersetuju dengan ibooks. Masing-masing sebanyak 43.8% dan 45.8% responden menyatakan bahawa pernah membaca artikel di media elektronik dan media cetak. Saya pernah menggunakan ibooks 41.7% Saya pernah menggunakan ibooks 31.3% Saya tahu bahawa ibooks sangat berguna kepada pelajar dan pensyarah Saya tahu ibooks adalah aplikasi yang boleh menggantikan buku rujukan Saya pernah terbaca artikel tentang ibooks di media elektronik (cth: Saya pernah terbaca artikel tentang ibooks di media cetak (cth: majalah) 50.0% 41.7% 43.8% 45.8% Rajah 2: Keberkesanan ibooks

Dalam bahagian 3 pula kajian berfokus kepada pengetahuan tentang penggunaan ibook situ sendiri. Rajah 3 menunjukkan 52.1% respondent ahu bahawa aplikasi ibooks boleh dipasang di telefon pintar dan ipad manakala 53.2% mengetahui bahawa ibooks merupakan aplikasi rujukan yang lengkap. Responden juga tahu bahawa ibooks mempunyai elemen membesarkan teks bacaan dan boleh membuat fungsi carian secara terus ke atas talian. 52.1% 50.0% 43.8% 53.2% Saya tahu bahawa ibooks adalah satu aplikasi yang boleh dipasang di telefon pintar dan ipad Saya tahu bahawa ibooks mempunyai fungsi carian secara terus Saya tahu bahawa ibooks mempunyai elemen membesarkan teks untuk bacaan Rajah 3: Pengetahuan Penggunaan ibooks Saya tahu bahawa ibooks merupakan aplikasi rujukan yang lengkap Rajah 4 pula menunjukkan bahawa kecenderungan motivasi ibooks ini kepada pensyarah dan pelajar bagi Program Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) di Kolej Komuniti Selandar. Sebanyak 51.5% responden berminat untuk menggunakan ibooks manakala 44.7% responden ingin mengambil peluang untuk belajar mengenai ibooks dan mengikuti kursus sekiranya diberikan peluang. Kajian mendapati pensyarah dan pelajar SSK berminat untuk mengetahui tentang teknologi masa kini.

51.5% 44.7% 44.7% Saya berminat untuk menggunakan ibooks Sekiranya diberikan peluang, saya ingin belajar cara menggunakan ibooks Saya berminat untuk mengikuti kursus berkaitan ibooks Rajah 4: Kecenderungan motivasi pensyarah dan pelajar kepada ibooks Faktor-faktor yang dikaji juga adalah sejauh mana mereka mempunyai peranti itu sendiri untuk memasang ibooks. Berdasarkan rajah 5 di bawah menunjukkan sebanyak 44.7% responden tidak mempunyai ipad, iphone dan komputer MAC dan 50% menyatakan bahawa rakan-rakan mereka juga tidak mempunyai kemudahan tersebut. Ini menunjukkan bahawa sukar untuk merka menggunakan aplikasi ini jika tidak mempunyai peranti-peranti seperti yang disebutkan. Kebanyakan rakan tidak menggunakan ipad, iphone dan dan komputer MAC 50.0% Ketiadaan ipad, iphone dan dan komputer MAC 44.7% Rajah 5: Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan ibooks Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden tahu tentang aplikasi ibooks tetapi dan berminat untuk menggunakannya. Hasil dapatan turut menunjukkan responden berminat untuk menggunakan ibooks sebagai sumber rujukan. Kekangan yang dihadapai adalah mereka tidak mempunyai telefon pintar yang bersesuaian untuk memasang aplikasi ibooks.

4.1 CADANGAN KAJIAN Aplikasi ibooks ini dicadangkan untuk digunakan kepada semua subjek bagi Program Sistem Komputer dan Sokongan bukan sahaja di Kolej Komuniti Selandar tetapi untuk kolej komuniti seluruh Malaysia secara amnya. Peningkatan mutu pelajaran seiring dengan arus kemodenan teknologi terkini harus diberi penekanan justeru dapatan kajian yang menunjukkan positif daripada responden supaya ibooks dapat dibangunkan. 5.0 KESIMPULAN Kajian ini dijalankan untuk menilai persepsi pensyarah dan pelajar terhadap penggunaan ibooks. Hasil dapatan menunjukkan pensyarah dan pelajar SSK berminat untuk mengimplemtasikan penggunaan ibooks. Langkah seterusnya, pembangunan satu ibooks akan dibangunkan bagi menambahbaik kaedah teknologi pembelajaran bagi Program Sistem Komputer dan Rangkaian (SSK) di Kolej Komuniti Selandar. ibooks adalah bidang yang baru di Malaysia dan hanya segelintir pendidik yang mengetahuinya tetapi masih belum mengaplikasikannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi ini sangat berimpak tinggi kepada institusi pengajian tinggi seperti Kolej Komuniti. Seperti yang diketahui umum, kolej komuniti adalah hab perantaraan di antara masyarakat luar dan warga kolej seterusnya ia mampu menjadikan teknologi ini lebih berkesan untuk diperkenalkan dan diaplikasikan. Teknologi ini juga akan melahirkan pelajar kolej komuniti yang mempunyai kemahiran dan idea yang baru untuk menggunakan teknologi terkini iaitu ibooks. Ia juga boleh menjadi pemangkin kepada kolej Komuniti dan institusi yang lain untuk melahirkan graduan yang celik teknologi terkini supaya tidak ketinggalan kelak. Diharapkan teknologi ini dapat dihasilkan supaya dapat digunakan oleh semua pelajar dan warga pendidik. Secara tidak langsung akan menaikkan imej Kolej Komuniti dan institusi lain di Malaysia di mata dunia kerana capaian ibooks meliputi satu dunia.

RUJUKAN Sumber Elektronik 1. Amelia Annette Baldwin, Developing an Interactive Textbook Using ibooks Author. Federation of Business Disciplines Journal, Volume 3, 2015 1-12 2. Baldwin, A. A., Settlage, L., Schmidt, G., Tanner, M. & Wollscheid, J. (2013). Lessons Learned from Integrating ipads into the Business Classroom. Journal of Business Administration Online 2, available online: https://www.atu.edu/jbao/ 3. Johan @ Eddy Luaran, Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia, Faculti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA, Malaysia, online: http://i-learn.uitm.edu.my/v2/wpcontent/uploads/2013/02/perkembangan-cabaran-dan-aplikasi-teknologi-maklumatdalam-pengajaran-dan-pembelajaran-di-malaysia.pdf 4. Jennifer Olson,urt demaagd1, Eric Tarkleson3, Julie Sinclair2, Suengyun Yook1 and Rh onda Egidio2 1, Joseph Codde2, K October 2011 The College of Communication Arts and Sciences, ng 2The College of Education, 3The College of Engineering The ICT4D Program, 209 Communication Arts & Sciences Buildi 2011 Michigan State University. East Lansing, MI 48824 USA 5. Lockemer, C. (2014). Building a Better Gross Anatomy Dissector with ibooks. Columbia Center for New Media Teaching and Learning (Faculty Spotlight). Available online: http://ccnmtl.columbia.edu/enhanced/faculty_spotlight/building_a_better_gross_anatomy _dissector_with_ibooks.html 6. Rian Vebrianto & Kamisah Osman, Jurnal Pendidikan Malaysia 37(1)(2012): 1-11 Keberkesanan Penggunaan Pelbagai Media Pengajaran Dalam Meningkatkan Kemahiran Proses Sains Dalam Kalangan Pelajar (The Effectiveness Of Various Instructional Medium In Improving Students Science Process Skills) BIBLIOGRAFI PENULIS-PENULIS Norzahirah Binti Zainuddin merupakan pensyarah di Kolej Komuniti Selandar Melaka. Memiliki ijazah dalam bidang Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dan mempunyai kepakaran dalam pembinaan web (web design), asas rangkaian dan soft skills. Siti Soraya Binti Mohd Sapuan, merupakan pensyarah di Kolej Komuniti Selandar Melaka. Memiliki kepakaran dalam bidang pembangunan server dan rangkaian, IT Administrations dan soft skills. Memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional dari UTHM serta Ijazah Sains Komputer dalam bidang Komputer dan Rangkaian dari UMP. Sharifah Nadiyah Razali merupakan pensyarah kanan di Kolej Komuniti Selandar Melaka. Memiliki kepakaran dalam bidang ICT, elearning, SNSs, education technology dan soft skills. Memiliki ijazah PhD dari UTeM.