TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

Similar documents
VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak


CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

SISTEM PENYULITAN DAN PENYAHSULITAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALGORITMA RIVEST SHAMIR ADELMAN

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DALAM AMBULANS MELALUI PANGGILAN NUR ALYA AQILAH MOHD NAZRI PROF. DR. MASRI AYOB

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

SISTEM PENGURUSAN FORENSIK DIGITAL

JABATAN KIMIA Kategori Arahan Kerja

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

VISUALISASI DATA SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Illi Nadia binti Mohd Khairuddin Prof. Madya Dr. Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

SISTEM PENGURUSAN KES FORENSIK DIGITAL MENGGUNAKAN VIRTUAL PRIVATE NETWORK (VPN) NURELISHA SHAFWANA BINTI MOHD GHAZALI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM SEMAKAN SAMAN KENDERAAN

Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI

ISI KANDUNGAN. Microsoft PowerPoint 2016

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

PEMBANGUNAN PERISIAN BAGI MENGGALAKKAN PENGGUNAAN GOOGLE DRIVE DI KALANGAN AHLI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

PENGESANAN PAKET RANGKAIAN UNTUK FORENSIK MEMORI NOR NADIA ABDULLAH MARZUKI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

ANALISA PERPINDAHAN DATA MODEL SURFACE DI ANTARA PLATFOM CAD YANG BERBEZA ASFAEZUDDIN BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

APLIKASI MUDAH ALIH MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI RANGKAIAN DATA RAYA (CheckLine)

SISTEM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL

ISU DAN CABARAN PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) 15 Jun 2016 Dewan Taklimat Serdang

Panduan Pengguna Autodesk Education Community

CREATING USER ID AND PASSWORD : NOTA PENTING NOTA PENTING SEBELUM MEMULAKAN PROSES CREATE USER ID & PASSWORD

MULTIMEDIA COLLEGE JALAN GURNEY KIRI KUALA LUMPUR

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

SISTEM PENGURUSAN CUTI PRASARANA MALAYSIA BERHAD. Mohd Fitriyanshah Bin Nursyal. Mohd Rosmadi Mokhtar

Written by Mazuki Izani Thursday, 02 August :00 - Last Updated Tuesday, 03 February :54

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

SISTEM KESELAMATAN PENGHANTARAN FAIL MENGGUNAKAN TEKNIK KRIPTOGRAFI DAN STEGANOGRAFI SATHIAPRIYA A/P RAMIAH

INSTRUCTION: This section consists of TEN (10) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) short answer and structured essay questions. Answer ALL questions.

SISTEM PENGURUSAN DATA FORENSIK DIGITAL. Azamuddin Haziq Bin Samsudin. Khairul Akram Zainol Ariffin

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

Membina Laman Web Menggunakan Joomla! Mohd Hazmi Kasmin. Pusat Teknologi Maklumat. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

SECURE-SPIN WITH HASHING TO SUPPORT MOBILITY AND SECURITY IN WIRELESS SENSOR NETWORK MOHAMMAD HOSSEIN AMRI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FUZZY NEURAL NETWORKS WITH GENETIC ALGORITHM-BASED LEARNING METHOD M. REZA MASHINCHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

RESOURCE ALLOCATION SCHEME FOR FUTURE USER-CENTRIC WIRELESS NETWORK WAHEEDA JABBAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

ISOGEOMETRIC ANALYSIS OF PLANE STRESS STRUCTURE CHUM ZHI XIAN

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

AN ENHANCED SIMULATED ANNEALING APPROACH FOR CYLINDRICAL, RECTANGULAR MESH, AND SEMI-DIAGONAL TORUS NETWORK TOPOLOGIES NORAZIAH BINTI ADZHAR

TUITION CENTRE MANAGEMENT SYSTEM (TCMS) ZARIFAH BINTI MOHD PAHMI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TEKNIK MESIN SOKONGAN VEKTOR UNTUK SISTEM PENGESANAN PENCEROBOHAN BERASASKAN RANGKAIAN

RECOGNITION OF PARTIALLY OCCLUDED OBJECTS IN 2D IMAGES ALMUASHI MOHAMMED ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENGAWAL LAMPU ISYARAT MENGGUNAKAN TEKNOLOGI BLUETOOTH MOHD FAIZ BIN MOHD NAJIB

Tutorial: Pengenalan kepada Virtools

MULTICHANNEL ORTHOGONAL FREQUENCY DIVISION MULTIPLEXING -ROF FOR WIRELESS ACCESS NETWORK MOHD JIMMY BIN ISMAIL

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

AMBULANCE MANAGEMENT SYSTEM

REPOSITORI PAKAIAN TRADISIONAL MELAYU BERASAS ONTOLOGI

AUTOMATIC APPLICATION PROGRAMMING INTERFACE FOR MULTI HOP WIRELESS FIDELITY WIRELESS SENSOR NETWORK

PROTOTYPE OF POWER LINE INTERFACE SOCKET USING EMBEDDED CONTROLLER FOR DATA ACQUISITION AND CONTROL. LAI CHING HUAT

PANDUAN PENGGUNA PORTAL

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

SISTEM PENGHANTARAN MESEJ SEGERA PELBAGAI PELANTAR BERASASKAN JAVA SAZARUL IZAM BIN MD SAAD. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

SISTEM UNTUK PENGENALPASTIAN TREND BERDASARKAN ANALISIS TWITTER MENGGUNAKAN STUDIO R

PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN PROSEDUR UNIT KOMPUTER. Proses Backup ( Windows) BPKP/KlOK-118 Bilangan Semakan : Q Tarikh :

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

Sistem Capaian Berbilang Terminal

DYNAMIC MOBILE SERVER FOR LIVE CASTING APPLICATIONS MUHAMMAD SAZALI BIN HISHAM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DATASET GENERATION AND NETWORK INTRUSION DETECTION BASED ON FLOW-LEVEL INFORMATION AHMED ABDALLA MOHAMEDALI ABDALLA

SISTEM PENGESANAN PERGERAKAN BERASASKAN SISTEM PESANAN RINGKAS (SMS) KHAIRUNNISA BT ISMAIL

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT

ANALISIS KESELAMATAN RANGKAIAN TANPA WAYAR DI KOLEJ PENDETA ZA BA IDZA AISARA BINTI NORABID DR. ROSSILAWATI SULAIMAN

APLIKASI MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI MENGGUNAKAN RANGKAIAN WI-FI. Miza Faizah Binti Amin Prof. Madya Dr. Rosilah Binti Hassan

Transcription:

TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Satu sistem dibangunkan untuk memberikan keselesaan dan kemudahan pada penghuni rumah dan dapat menjimatkan penggunaan tenaga apabila berada di rumah. Sistem yang berasaskan laman web ini berfungsi untuk mengawal dan menukar darjah sudut tingkap yang dikehendaki dan juga dapat menyemak suhu dan juga kelembapan udara. Laman web tersebut berfungsi sebagai alat bagi mengawal pergerakan tingkap. Laman web ini menggunakan pengaturcaraan PHP dan juga merangkumi beberapa fungsi seperti membolehkan pengguna untuk mengawal dan menukar darjah sudut tingkap bagi mengawal amaun pencahayaan di dalam rumah. Selain itu, ia juga dapat memudahkan pengguna untuk menyemak suhu dan juga kelembapan udara di dalam sesuatu ruang. Bagi bahagian keselamatan pula, projek ini menggunakan Virtual Private Network (VPN) untuk tidak membolehkan orang luar mencerobohi sistem ini. Projek ini menggunakan perkakasan seperti Arduino dan juga Servo Motor untuk menghasilkan pergerakan kepada tingkap tersebut. Projek ini menggunakan kaedah air Model Air Terjun. Bagi sudut kekangan, kekangan yang dihadapi adalah kekurangan pengetahuan tentang cara-cara menggunakan alat elektronik dan mengendalikannya. Sistem ini sesuai bagi golongan yang mahukan ciri-ciri Internet of Things pada kelengkapan rumah dan juga menginginkan elemen mewah dan canggih. 1 PENGENALAN Pada zaman yang moden ini, pelbagai kemudahan yang telah terhasil daripada teknologi yang kian canggih. Kemajuan ini telah berkembang sejajar dengan pengetahuan manusia yang semakin meluas. Teknologi yang ada pada zaman ini ternyata telah memudahkan sebahagian besar daripada kehidupan seharian manusia. Teknologi yang dibentuk dari penggunaan pengetahuan ilmiah dan penerimaan penemuan baru yang dapat meningkatkan cara hidup dan memudahkan kerja seharian manusia. Secara etimologi, teknologi merupakan perkataan yang berasal daripada gabungan dua kata iaitu techne atau techno yang bermaksud keterampilan dan logos yang bermakna ilmu (Susilowatierlinerlin, 2013). Kesemua perkataan tersebut berasal daripada bahasa Yunani dan secara keseluruhannya, teknologi boleh dikatakan sebagai ilmu tentang keterampilan. Teknologi digunakan dalam hampir kesemua aktiviti harian seperti menggunakannya di dalam komunikasi, pengangkutan, pembelajaran, pengilangan, perniagaan dan banyak lagi. Salah satu teknologi terkini adalah, Internet of Things (IoT) yang juga merupakan elemen yang penting dalam memudahkan kerja dan aktiviti manusia. Ramai yang mengetahui akan kewujudan IoT tetapi tidak begitu meluas kerana IoT masih di tahap permulaan. Secara amnya,

IoT merupakan gabungan daripada teknologi perisian, jaringan internet, sensor dan alat elektronik. Terdapat banyak jenis sensor yang sedia ada seperti sensor pergerakan, sensor haba, sensor gegaran dan juga sensor cahaya. Ia banyak digunakan dalam peralatan di dalam rumah yang dikenali sebagai smart home. Idea ini tercetus dan diperkenalkan oleh Kevin Ashton dalam pembentangannya di Procter & Gamble pada tahun 1999. Dalam pada perkembangan teknologi yang pesat, smart home juga giat dijalankan dan dibangunkan. Dengan adanya smart home, ia memberikan keselesaan, keselamatan, kecekapan tenaga seperti kos operasi yang rendah dan keselesaan pada penghuni. Teknologi ini boleh digunakan walaupun penghuni tiada di rumah. Smart home merupakan istilah yang selalu digunakan untuk kediaman yang mempunyai peralatan seperti penyaman udara, televisyen, komputer, sistem keselamatan, dan juga sistem kamera. Peralatan tersebut mampu untuk berkomunikasi antara satu sama lain bagi melengkapkan keperluan penghuni rumah dan juga boleh dikendalikan mengikut jadual yang ditetapkan oleh penghuni. Salah satu ciri yang menarik tentang teknologi ini adalah ia mampu dikawal dari mana-mana lokasi melalui telefon atau internet. 2 PERNYATAAN MASALAH Internet of Things (IoT) merupakan gabungan antara perisian, internet, sensor, dan juga alat elektronik. Penggunaan elemen ini di Malaysia masih belum berada pada tahap yang tinggi. Penjualan alat IoT juga tidak meluas di Malaysia kerana jarang boleh dilihat pengiklanan tentangnya. IoT sering dikaitkan dengan smart home kerana kebanyakan smart home menggunakan IoT. Jika penggunaan IoT di rumah-rumah masih berkurangan, ini bermakna masih banyak lagi penghuni rumah yang belum menaik taraf rumahnya kepada kategori smart home. Hal ini sangat penting kerana masyarakat perlu mewujudkan persekitaran smart home yang dapat memberikan keselesaan kepada mereka sekaligus dapat memiliki kecanggihan di rumah sama seperti negara lain yang bergerak maju pada era millennium ini. Penjimatan tenaga juga perlu dititikberatkan. Hal ini kerana dengan penjimatan ini, ia dapat mengurangkan kos pembiayaan bil elektrik di sesuatu tempat. Contohnya, dengan adanya tingkap, ia dapat menjimatkan kos elektrik di rumah kerana mampu mengawal jumlah pencahayaan yang diperlukan oleh penghuni rumah pada siang hari. Dengan cara ini, lampu hanya diperlukan pada sebelah malam sahaja. Dari situ, pengguna dapat menjimatkan penggunaan tenaga sekaligus dapat memelihara alam sekitar dan juga dapat memberikan visual

comfort kepada mereka kerana dapat mengawal jumlah pencahayaan yang masuk ke dalam rumah. Penggunaan tenaga diukur dengan menggunakan meter Volt dan juga Arduino Uno. Keselamatan dan sekuriti merupakan elemen yang penting dalam sesebuah produk lebih-lebih lagi yang melibatkan penggunaan internet. Bagi projek ini, elemen tersebut digunakan dalam laman web yang berperanan untuk mengawal pergerakan tingkap. Virtual Private Network (VPN) digunakan untuk menghalang sistem daripada diceroboh dan dikawal oleh orang lain. 3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama bagi menjalankan projek ini adalah untuk membangunkan satu laman web bagi mengawal pergerakan tingkap di rumah dan juga menyemak suhu dan kelembapan udara sekeliling. Tujuan pembangunan sistem laman web ini adalah untuk mencapai kehendak dan keselesaan penghuni ketika berada di rumah ataupun sebaliknya. Oleh itu, dengan menggunakan laman web ini, pengguna dapat mengendalikan tingkap dengan mudah. Pembangunan sistem laman web ini merangkumi beberapa fungsi seperti berikut : i. Menambahkan lagi projek IoT yang berkaitan dengan tingkap ynag membolehkan ii. iii. pengguna untuk mengawal dan menukar darjah sudut tingkap bagi mengawal amaun pencahayaan di dalam rumah. Membolehkan pengguna untuk mengetahui suhu dan kelembapan udara dan penggunaan elektrik di dalam rumah. Meningkatkan keselamatan dan sekuriti sistem tingkap dengan menggunakan VPN 4 METODOLOGI PROJEK Metodologi merupakan gabungan paradigma, kaedah, polisi, prosedur, peraturan, teknik, alatan, bahasa pengaturcaraan dan metodologi lain yang digunakan untuk menganalisa keperluan dan rekabentuk sistem. Pemilihan metodologi yang tepat akan menentukan keberkesanan sesebuah sistem yang dibangunkan. Kaedah pembangunan sistem perlu mengikut keserasian dan kesesuian terhadap laman web yang ingin dibangunkan.

Oleh yang demikian, Model Air Terjun atau Waterfall Model dipilih dalam metodologi pembangunan sistem laman web ini. Model air terjun ini mempunyai matlamat yang berbeza bagi setiap fasa pembangunan sistem. Metodologi ini dipilih kerana langkah-langkah yang dilakukan untuk membangunkan projek ini adalah mengikut turutan. Metodologi ini terdiri daripada 5 fasa iaitu fasa perancangan, fasa analisis, fasa rekabentuk, fasa implementasi dan fasa pengujian. Fasa Perancangan Fasa perancangan merupakan fasa yang penting dalam menjayakan projek ini untuk memilih jenis prototaip dan elemen yang diperlukan seperti suhu dan kelembapan udara. Masalah yang terlibat dan cara mengendalikan sistem juga dititikberatkan. Selain itu, subtopik lain juga turut dibincangkan antaranya skop kajian, objektif projek dan juga penyelesaian masalah. Fasa Analisis Kelemahan dan kekurangan yang dihadapi oleh sistem adalah dianalisis semasa fasa ini berlangsung. Sistem sedia ada yang dikaji akan dijadikan sebagai rujukan bagi memudahkan maklumat yang dikumpul untuk dianalisis. Selain itu, pengumpulan maklumat tentang tingkap seperti bahan yang digunakan untuk membina prototaip juga dilakukan. Fasa Rekabentuk Melalui fasa ini, perkakas, bahasa pengaturcaraan yang sesuai digunakan, antaramuka setiap peringkat akan dikenalpasti dan direka mengikut kesesuaian sitem tingkap ini. Fasa Implementasi Dalam fasa ini, sistem tingkap ini dibina dan diuji sama ada dapat berfungsi dengan baik seperti yang direkabentukkan atau sebaliknya. Kesalahan dan kekurangan akan dapat diketahui melalui sistem ini. Fasa Pengujian Dalam fasa pengujian, sistem akan diuji secara keseluruhan apabila sistem tingkap pintar dan responsif selesai dibangunkan. Pengujian ini dilakukan oleh pihak pentadbir dan pengguna untuk memastikan sistem yang dibina dapat memenuhi keperluan yang telah ditetapkan. Setiap fasa mempunyai input, output dan tujuan yang tertakrif berdasarkan setiap langkah-langkah yang dilakukan dalam setiap fasa. Pemilihan model ini dilakukan kerana fasa-

fasa tersebut adalah mengikut urutan dimana hasil bagi fasa pertama akan diteruskan ke fasa kedua dan seterusnya hingga ke fasa terakhir. Rajah dibawah menerangkan proses pembangunan sistem dengan menggunakan model air terjun yang merangkumi 5 fasa utama. PERANCANGAN ANALISIS REKABENTUK IMPLEMENTASI Model Air Terjun bagi metodologi pembangunan laman web PENGUJIAN

5 HASIL KAJIAN Bab ini menunjukan perjalanan dan juga fasa yang akan dilalui oleh pengguna daripada fasa log masuk pada laman utama sehingga selesai mengendalikan tingkap. Melalui bab ini, dapat digambarkan bagaimana sistem ini dikendalikan langkah demi langkah. Selain itu, kesalahan dan juga kekurangan dalam rekabentuk sistem web ini dapat dikenalpasti dan dapat diperbetulkan dan dibaikpulih bagi mencapai kelancaran dan dapat menyempurnakan matlamat pengguna apabila menggunakannya. REKABENTUK ANTARAMUKA Antaramuka Pendaftaran Antaramuka Pendaftaran Rajah di atas merupakan antaramuka pendaftaran pengguna untuk penggunaan yang pertama kali. Pada antaramuka ini pengguna dikehendaki memasukkan Ip Address, katalaluan dan juga email. Email bertujuan untuk apabila pengguna menghadapi masalah seperti terlupa katalaluan maka pada email pengguna akan dihantar akses untuk menukar katalaluan yang baru.

Antaramuka Log Masuk Antaramuka Log Masuk Rajah di atas menunjukkan antaramuka bagi pengguna untuk log masuk ke dalam sistem sebelum menggunakan tingkap. Dalam fasa ini, pengguna perlu memasukkan IP address yang akan menghubungkan sistem dengan tingkap. Kemudian, bagi mengukuhkan kan lagi keselamatan sistem supaya tidak dapat diakses oleh orang lain pengguna perlu memasukkan katalaluan dan pengguna perlu menekan butang login untuk mengakses sistem ini. Bahagian ini juga memerlukan E-mail pengguna untuk tujuan tertentu seperti terlupa kata laluan. Jika pengguna terlupa katalaluan, pengguna dikehendaki menekan butang Forgot password? bagi menukar katalaluan yang baru. Antaramuka Menu Antaramuka Menu

Rajah di atas menunjukkan antaramuka pemilihan menu bagi pengguna untuk memilih keperluan sama ada pengguna mahu menggerakkan façade ataupun melihat suhu dan kelembapan di dalam rumah. Apabila pengguna menekan butang Move Façade pengguna akan dibawa ke antaramuka pergerakan façade dan kemudian memilih pergerakan yang diinginkan. Jika pengguna menekan butang Temperature & Humidity pula antaramukanya akan dipaparkan yang mengandungi suhu dan juga jumlah kelembapan iaitu kelembapan relative. Butang Log Out berfungsi untuk membawa pengguna ke paparan antaramuka log keluar. Antaramuka Pergerakan Tingkap Antaramuka Pergerakan Tingkap Antaramuka ini membolehkan pengguna mengawal tingkap secara manual mengikut kehendak mereka. Selepas pengguna log masuk ke dalam sistem, pengguna boleh mengawal pergerakan tingkap dengan meleret butang yang tertera ke kiri dan juga kanan. Melalui antaramuka ini, modul wifi digunakan untuk menghubungkan servo dengan laman web supaya pengguna dapat mengawal servo daripada laman web. Pengguna perlu memasukkan ip address bagi modul wifi terlebih dahulu sebelum dapat menggunakannya.

Antaramuka Semakan Suhu dan Kelembapan Antaramuka Semakan Suhu dan Kelembapan Rajah diatas menunjukkan antaramuka semakan suhu dan juga kelembapan. Antaramuka ini membolehkan pengguna untuk mengetahui suhu dan juga kelembapan sesuatu ruang atau kawasan. Paparan antaramuka ini akan dipaparkan selepas pengguna menekan butang Temperature & Humidity pada antaramuka menu. Suhu yang akan dipaparkan adalah dalam ukuran darjah celcius dan kelembapan pula merupakan kelembapan relatif yang diukur dengan symbol peratus (%). Antaramuka Log Keluar Antaramuka Log keluar Antaramuka ini terpapar selepas pengguna log keluar daripada antaramuka pemilihan pergerakan tingkap dan juga antaramuka semakan suhu dan kelembapan.

Antaramuka Katalaluan Baharu Antaramuka Katalaluan Baharu Dalam bahagian ini, jika pengguna terlupa katalaluan semasa dalam proses log masuk, pengguna perlu menekan butang Forgot password? pada antaramuka log masuk. Kemudian, antaramuka katalaluan baharu dipaparkan dan pengguna perlu memasukkan katalaluan yang baharu. Walaupun katalaluan yang lama telah direkodkan, admin tidak boleh memberi katalaluan tersebut kembali kepada pengguna untuk tujuan keselamatan. Oleh kerana itu, pengguna perlu mencipta katalaluan yang baharu. Untuk mencipta katalaluan yang baru, pengguna perlu masukkan E-mail. Kemudian, E-mail pengesahan penukaran katalaluan akan dihantar kepada pengguna dan dari situ pengguna boleh menukar katalaluan kepada yang baharu. Dari situ pengguna boleh log masuk semula pada bahagian antaramuka log masuk. 6 KESIMPULAN Tidak dinafikan bahawa sistem ini terdapat banyak kelemahan yang perlu dibaiki dan cadangan penambahbaikan sistem turut dikenalpasti bagi menghasilkan sistem yang lebih baik pada masa hadapan. Salah satu kekangan yang dihadapi dalam pembinaan sistem ini adalah ketiadaan pengalaman membina sebuah sistem yang melibatkan penggunaan pengaturcaraan dan juga Arduino. Oleh itu ia menjadi satu cabaran untuk menyiapkan projek ini. Penambahbaikan yang perlu dilakukan pada sistem ini adalah penambahan ciri-ciri lain ke atas sistem ini. Selain itu, memastikan rekabentuk antaramuka yang lebih mesra pengguna dan juga lebih kreatif. Kesimpulannya, sistem yang berdasarkan laman web ini telah berjaya dibangunkan dengan

mencapai objektif yang merangkumi beberapa fungsi yang telah memenuhi keperluan sistem dan juga keperluan pengguna. Secara tidak langsung melalui sistem ini juga akan meningkatkan bilangan pengguna Smart Home dalam kalangan masyarakat di Malaysia. 7 RUJUKAN. http://searchsecurity.techtarget.com/definition/encryption - Google Search. (n.d.). Retrieved December 11, 2017, from https://www.google.com/search?q=.+http%3a%2f%2fsearchsecurity.techtarget.com% 2Fdefinition%2Fencryption&oq=.+http%3A%2F%2Fsearchsecurity.techtarget.com%2F definition%2fencryption&aqs=chrome..69i57j5.1671j0j9&sourceid=chrome&ie=utf-8 A Simple Explanation Of The Internet Of Things. (n.d.). Retrieved December 11, 2017, from https://www.forbes.com/sites/jacobmorgan/2014/05/13/simple-explanationinternet-things-that-anyone-can-understand/#699bde251d09 An Arduino-Controlled Light Sensor. (n.d.). Retrieved December 12, 2017, from https://www.allaboutcircuits.com/projects/an-arduino-controlled-light-sensor/ How to Set Up the DHT11 Humidity Sensor on an Arduino. (n.d.). Retrieved December 12, 2017, from http://www.circuitbasics.com/how-to-set-up-the-dht11-humidity-sensor-onan-arduino/ PART 1 - Send Arduino Data to the Web ( PHP/ MySQL/ D3.js ). (n.d.). Retrieved December 12, 2017, from http://www.instructables.com/id/part-1-send-arduino-datato-the-web-php-mysql-d3js/ PHP md5() Function. (n.d.). Retrieved December 12, 2017, from https://www.w3schools.com/php/func_string_md5.asp Smart Facades Responsive Designs for Optimal Day Lighting. (n.d.). Retrieved December 11, 2017, from https://www.wfm.co.in/smart-facades-responsive-designs-for-optimalday-lighting-energy-conservations/ Smart Home Benefits HowStuffWorks. (n.d.). Retrieved December 11, 2017, from https://home.howstuffworks.com/smart-home3.htm Smart Lighting using Arduino and a Photocell. (n.d.). Retrieved December 12, 2017, from

https://openhomeautomation.net/smart-lighting-arduino-photocell/ The Origin of the Internet of Things. (n.d.). Retrieved December 11, 2017, from https://www.ifm.eng.cam.ac.uk/news/the-origin-of-the-internet-of-things/ What All This MD5 Hash Stuff Actually Means [Technology Explained]. (n.d.). Retrieved December 11, 2017, from http://www.makeuseof.com/tag/md5-hash-stuff-meanstechnology-explained/ (. http://searchsecurity.techtarget.com/definition/encryption - Google Search, n.d., A Simple Explanation Of The Internet Of Things, n.d., What All This MD5 Hash Stuff Actually Means [Technology Explained], n.d., An Arduino-Controlled Light Sensor, n.d., How to Set Up the DHT11 Humidity Sensor on an Arduino, n.d., PART 1 - Send Arduino Data to the Web ( PHP/ MySQL/ D3.js ), n.d., PHP md5() Function, n.d., Smart Facades Responsive Designs for Optimal Day Lighting, n.d., Smart Home Benefits HowStuffWorks, n.d., Smart Lighting using Arduino and a Photocell, n.d., The Origin of the Internet of Things, n.d.) Nur Amanina Haziqah Binti Abdul Halim (A155901) Khairul Akram Zainol Ariffin Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia