APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN KEWANGAN (SMARTGAJI) MUHAMMAD NUR FATEEH BIN ZULKARNAIN BAHARI IDRUS

Similar documents
Aplikasi Permainan Pembelajaran untuk Kanak-Kanak

PEMINDAHAN DATA MENGGUNAKAN KOMUNIKASI CAHAYA BOLEH DILIHAT DAN APLIKASI MUDAH ALIH. Annisa Zakiah Binti Kamarudin Khairul Azmi Bin Abu Bakar

HARDWARE/SOFTWARE SYSTEM-ON-CHIP CO-VERIFICATION PLATFORM BASED ON LOGIC-BASED ENVIRONMENT FOR APPLICATION PROGRAMMING INTERFACING TEO HONG YAP

Pengguna akan diberikan Username dan Password oleh Administrator untuk login sebagai admin/conference Manager bagi conference yang akan diadakan.

VIRTUAL PRIVATE NETWORK: ARCHITECTURE AND IMPLEMENTATIONS

APLIKASI MUDAH ALIH SISTEM SEMAKAN SAMAN KENDERAAN

Semasa buku ini ditulis XAMPP mengandungi empat versi:

MICROSOFT EXCEL. Membina Hamparan Elektronik Fungsi Hamparan Elektronik

SISTEM PENYULITAN DAN PENYAHSULITAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN ALGORITMA RIVEST SHAMIR ADELMAN

Pengenalan Sistem Maklumat Dalam Pendidikan

APLIKASI MUDAH ALIH PEMANTAUAN PESAKIT DALAM AMBULANS MELALUI PANGGILAN NUR ALYA AQILAH MOHD NAZRI PROF. DR. MASRI AYOB

Panduan Guru Maker UNO/ Arduino

SISTEM PENGURUSAN FORENSIK DIGITAL

CLOUD COMPUTING ADOPTION IN BANKING SYSTEM (UTM) IN TERMS OF CUSTOMERS PERSPECTIVES SHAHLA ASADI

PEMPROSESAN ISYARAT DIGITAL DAN FUZZY CLUSTER UNTUK PENGESANAN DAN KLASIFIKASI PEMATUHAN VASKULAR YAP YAO YOUNG PROF. DR.

TEKNOLOGI, GADJET & KEIBUBAPAAN

APLIKASI MUDAH ALIH JOMDAFTAR

SISTEM KOMUNIKASI BERDASARKAN ALGORITMA PENYULITAN AES

SYSTEMATIC SECURE DESIGN GUIDELINE TO IMPROVE INTEGRITY AND AVAILABILITY OF SYSTEM SECURITY ASHVINI DEVI A/P KRISHNAN

OOP ONLINE JUDGE: SISTEM SEMAKAN ATAS TALIAN UNTUK KURSUS PENGATURCARAAN BERORIENTASIKAN OBJEK

AN IMPROVED PACKET FORWARDING APPROACH FOR SOURCE LOCATION PRIVACY IN WIRELESS SENSORS NETWORK MOHAMMAD ALI NASSIRI ABRISHAMCHI

PEMBANGUNAN PERISIAN BAGI MENGGALAKKAN PENGGUNAAN GOOGLE DRIVE DI KALANGAN AHLI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

M2U MANUAL PENGGUNA USER MANUAL M2UNHJ. 0 P a g e BAHAGIAN SIMPANAN DAN PENGELUARAN JABATAN KHIDMAT PENDEPOSIT DAN OPERASI LEMBAGA TABUNG HAJI

Prototaip Pembangunan Papan Mesej Elektronik Tanpa Wayar Menggunakan Raspberry PI

APLIKASI E-DAGANGAN PERALATAN KAMERA BERASASKAN WEB


ONTOLOGY-BASED SEMANTIC HETEROGENEOUS DATA INTEGRATION FRAMEWORK FOR LEARNING ENVIRONMENT

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

SISTEM PEMANTAUAN PENSIJILAN HALAL

VISUALISASI DATA SISTEM SOKONGAN EKSEKUTIF UNIVERSITI. Illi Nadia binti Mohd Khairuddin Prof. Madya Dr. Mohd Zakree bin Ahmad Nazri

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA. CMT322/CMM323 Web Engineering & Technologies [Kejuruteraan & Teknologi Web]

Panduan Menggunakan Autoresponder FreeAutobot.com

EEE 428 SISTEM KOMPUTER

IMPLEMENTATION OF UNMANNED AERIAL VEHICLE MOVING OBJECT DETECTION ALGORITHM ON INTEL ATOM EMBEDDED SYSTEM

Manual Pengguna. PCN Online Service Fulfillment System

SISTEM PENGURUSAN AKREDITASI MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY. New Eng Yau Ts. Dr. Zulkefli Mansor

PANDUAN PENGGUNA (PENTADBIR SYSTEM/SYSTEM ADMINISTRATOR) (INFOTECH, BPPF DAN POLIS

B,8 PERKHIDMATAN KREDIT DAN PERBANKAN. Pemindahan Data PROSEDUR UNIT KOMPUTER. BPKP/KlOK-117 Bilangan Semakan : 0 Tarikh : PERUBAHAN.

AMBULANCE MANAGEMENT SYSTEM

SISTEM PENGURUSAN DATA FORENSIK DIGITAL. Azamuddin Haziq Bin Samsudin. Khairul Akram Zainol Ariffin

HERMAN. A thesis submitted in fulfilment of the requirements for the award of the degree of Doctor of Philosophy (Computer Science)

APLIKASI MUDAH ALIH MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI RANGKAIAN DATA RAYA (CheckLine)

PANDUAN PENGGUNA (SUPPLIER) MAINTAIN CERTIFICATES/SUPPLIER DETAILS SUPPLIER RELATIONSHIP MANAGEMENT SUPPLY CHAIN MANAGEMENT SYSTEM (SCMS)

FUZZY NEURAL NETWORKS WITH GENETIC ALGORITHM-BASED LEARNING METHOD M. REZA MASHINCHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MULTICHANNEL ORTHOGONAL FREQUENCY DIVISION MULTIPLEXING -ROF FOR WIRELESS ACCESS NETWORK MOHD JIMMY BIN ISMAIL

APLIKASI MENGUKUR DAYA TAHAN KOMUNIKASI MENGGUNAKAN RANGKAIAN WI-FI. Miza Faizah Binti Amin Prof. Madya Dr. Rosilah Binti Hassan

Information Security Management System ISO/IEC 27001:2013

1. Threats bermaksud ancaman, atau lebih dikenali sebagai malware (malicious

SEMANTICS ORIENTED APPROACH FOR IMAGE RETRIEVAL IN LOW COMPLEX SCENES WANG HUI HUI

PANDUAN PENGGUNA (PENSYARAH)

DARI KAUNTER KE SISTEM DALAM TALIAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ADAPTIVE METHOD TO IMPROVE WEB RECOMMENDATION SYSTEM FOR ANONYMOUS USERS

LINK QUALITY AWARE ROUTING ALGORITHM IN MOBILE WIRELESS SENSOR NETWORKS RIBWAR BAKHTYAR IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1. Akses untuk koperasi adalah melalui

PENGESANAN PAKET RANGKAIAN UNTUK FORENSIK MEMORI NOR NADIA ABDULLAH MARZUKI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

TINGKAP PINTAR DAN RESPONSIF UNTUK RUMAH NUR AMANINA HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

SISTEM PENEMPAHAN PRODUK AVON HAFIZZAH BINTI HASSAN

ssk 2023 asas komunikasi dan rangkaian TOPIK 4.0 PENGALAMATAN RANGKAIAN Minggu 11

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

SISTEM PENEMPAHAN MAKMAL KOMPUTER SECARA ATAS TALIAN DI FSKSM AHMAD FARIZ B ABD RAHIM

SUPERVISED MACHINE LEARNING APPROACH FOR DETECTION OF MALICIOUS EXECUTABLES YAHYE ABUKAR AHMED

COMBINING TABLES. Akademi Audit Negara. CAATs ASAS ACL / 1

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) short answer and structured essay questions. Answer ALL questions.

SISTEM PENGURUSAN CUTI PRASARANA MALAYSIA BERHAD. Mohd Fitriyanshah Bin Nursyal. Mohd Rosmadi Mokhtar

Sistem Pengurusan Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Secara Online


SISTEM POS BERSAMA PENGURUSAN INVENTORI (SPPI)

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2)short answers and TWO (2) structured essays. Answer ALL questions.

INSTRUCTION: This section consists of FOUR (4) structured questions. Answer ALL questions.

CREATING USER ID AND PASSWORD : NOTA PENTING NOTA PENTING SEBELUM MEMULAKAN PROSES CREATE USER ID & PASSWORD

Registration of Supplier (ROS) TM Supplier Registration Renewal via SUS Portal (Pembaharuan Pendaftaran Pembekal TM melalui SUS Portal)

FIRST TIME LOGIN & SELF REGISTRATION USER GUIDE LOG MASUK KALI PERTAMA & PENDAFTARAN SENDIRI PANDUAN PENGGUNA

ENHANCING TIME-STAMPING TECHNIQUE BY IMPLEMENTING MEDIA ACCESS CONTROL ADDRESS PACU PUTRA SUARLI

PERFOMANCE ANALYSIS OF SEAMLESS VERTICAL HANDOVER IN 4G NETWOKS MOHAMED ABDINUR SAHAL

ICT SPM 2011 SUGGESTION ANSWER. Section A

KAEDAH SISIPAN UNTUK PEMBESARAN IMEJ WEBMIKROSKOPIK. Alvin Low Kah Sheng Prof Madya Dr. Shahnorbanun Binti Sahran

RESOURCE ALLOCATION SCHEME FOR FUTURE USER-CENTRIC WIRELESS NETWORK WAHEEDA JABBAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APLIKASI PEMBELAJARAN KEPERLUAN TUMBUHAN TAHUN 2 MENGGUNAKAN TEKNIK INTERNET BENDA (POKOK+) Khairul Afiq bin Azman Nazatul Aini binti Majid

Kursus Microsoft Excel Lanjutan

PENGECAMAN NOMBOR PLAT KENDERAAN MENGGUNAKAN CONVOLUTIONAL NEURAL NETWORK. Lim Woo Shaun Siti Norul Huda Sheikh Abdullah

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA RELIABILITY PERFORMANCE EVALUATION AND INTEGRATION OF ROUTING ALGORITHM IN SHUFFLE EXCHANGE WITH MINUS ONE STAGE

FAKULTI TEKNOLOGI & SAINS MAKLUMAT

RECOGNITION OF PARTIALLY OCCLUDED OBJECTS IN 2D IMAGES ALMUASHI MOHAMMED ALI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

DOKUMEN TIDAK TERKAWAL

SISTEM E-PILIH MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR BERDASARKAN PELAYAN MOHD RIFAEI MOHD KAMIL KHAIRUDDIN OMAR

DATASET GENERATION AND NETWORK INTRUSION DETECTION BASED ON FLOW-LEVEL INFORMATION AHMED ABDALLA MOHAMEDALI ABDALLA

SISTEM UNTUK PENGENALPASTIAN TREND BERDASARKAN ANALISIS TWITTER MENGGUNAKAN STUDIO R

PROBLEMS ASSOCIATED WITH EVALUATION OF EXTENSION OF TIME (EOT) CLAIM IN GOVERNMENT PROJECTS

SISTEM INTERAKTIF PROFIL PUSTAKAWAN MALAYSIA Interactive Profile System (IPS) for Malaysian Librarians

MANAGE COURSE RESOURCES LABEL TEXT PAGE URL BOOK FILE FOLDER IMS CONTENT PACKAGE

Norasykin Bt Mohd Zaid & Faridah Binti Mohamad Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

AUTOMATIC APPLICATION PROGRAMMING INTERFACE FOR MULTI HOP WIRELESS FIDELITY WIRELESS SENSOR NETWORK

HARDWARE AND SOFTWARE CO-SIMULATION PLATFORM FOR CONVOLUTION OR CORRELATION BASED IMAGE PROCESSING ALGORITHMS SAYED OMID AYAT

SISTEM PENGHANTARAN MESEJ SEGERA PELBAGAI PELANTAR BERASASKAN JAVA SAZARUL IZAM BIN MD SAAD. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer

KELAS MAYA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI PENGARUSAN VIDEO LIEW SHAW CHIN

A SEED GENERATION TECHNIQUE BASED ON ELLIPTIC CURVE FOR PROVIDING SYNCHRONIZATION IN SECUERED IMMERSIVE TELECONFERENCING VAHIDREZA KHOUBIARI

ISOGEOMETRIC ANALYSIS OF PLANE STRESS STRUCTURE CHUM ZHI XIAN

SISTEM PENGURUSAN KES FORENSIK DIGITAL MENGGUNAKAN VIRTUAL PRIVATE NETWORK (VPN) NURELISHA SHAFWANA BINTI MOHD GHAZALI KHAIRUL AKRAM ZAINOL ARIFFIN

INSTRUCTION: This section consists of TWO (2) structured questions. Answer ALL questions.

Transcription:

APLIKASI MUDAH ALIH PENGURUSAN KEWANGAN (SMARTGAJI) MUHAMMAD NUR FATEEH BIN ZULKARNAIN BAHARI IDRUS Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Masalah kewangan dalam kalangan graduan yang baru melangkah ke alam pekerjaan semakin kritikal. Perkara ini dapat dilihat melalui peningkatan kadar muflis bagi golongan muda. Hal ini demikian kerana kegagalan mereka merancang kewangan untuk kelangsungan perbelanjaan harian dan bulanan berdasarkan pendapatan mereka. Objektif pembangunan aplikasi mudah alih penasihat kewangan ini adalah untuk membantu golongan muda yang baru melangkah masuk ke alam pekerjaan untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik dan efisien dengan mencadangkan pengasingan gaji yang ideal di Malaysia berdasarkan modul yang disarankan. Dengan berasaskan metodologi Air Terjun, pembangunan aplikasi ini terbahagi kepada 5 fasa iaitu analisis keperluan, reka bentuk, pembangunan, pengujian dan penyelenggaraan. Metod ini membolehkan aplikasi yang dibangunkan ditambah baik dari masa ke semasa untuk meningkatkan kestabilan aplikasi. Kesimpulannya, pembangunan aplikasi mudah alih penasihat kewangan ini diharapkan dapat membantu golongan graduan yang baru melangkah ke alam pekerjaan untuk merancang kewangan dengan lebih bijak. 1 PENGENALAN Golongan graduan yang baru melangkah ke alam pekerjaan harus bijak mengurus kewangan peribadi supaya mereka tidak berhadapan dengan masalah kewangan. Kegagalan golongan baru bekerja untuk menguruskan gaji mereka dengan baik dan juga perbelanjaan yang tidak terancang merupakan antara sebab yang telah dikenalpasti menjadi punca masalah kewangan (Sufian A. Bakar 2016). Terkini, Kosmo Online (2018) melaporkan, terdapat lebih 11,000 individu bankrap dalam tempoh 7 bulan yang menggambarkan ramai rakyat Malaysia yang tidak mahir dalam mengurus kewangan peribadi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Azaddin Ngah Tasir, punca utama kemuflisan dalam golongan muda adalah kegagalan mereka mengawal kewangan mereka disebabkan kurangnya pendidikan dan perancangan kewangan yang baik (Suffian Abu Bakar 2016). Justeru, pendidikan tentang perancangan kewangan yang bijak perlu ada pada kebanyakan individu. Seterusnya, kerajaan perlu menyediakan satu platform yang sesuai untuk membantu golongan yang bermasalah ini terutama golongan muda untuk merancang kewangan mereka dengan lebih baik. Ini penting agar masalah bankrap dan muflis dapat ditangani dengan kadar segera demi kesejahteraan rakyat.

AKPK merupakan agensi kerajaan yang telah ditubuhkan pada tahun 2006. Tujuan penubuhannya ialah untuk memberi pendidikan kewangan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia, memberi kaunseling dan nasihat berkenaan pengurusan kewangan peribadi dan membantu pengguna dalam pengurusan kredit untuk menstabilkan semula kewangan mereka (AKPK t.th.) Terdapat juga beberapa Apps yang telah dibangunkan antaranya ialah MyTabung yang telah dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2015. Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk membuat belanjawan peribadi dan juga isi rumah, memantau dan merekodkan pendapatan, simpanan dan perbelanjaan (Bank Negara Malaysia 2015). Bank Rakyat juga ada menghasilkan Apps pengurusan kewangan peribadi yang dikenali sebagai TouchStyle. Apps ini merupakan inisiatif terbaharu syarikat untuk memudah dan mendidik pengguna mengenai cara pengurusan kewangan terutamanya generasi muda. Aplikasi berdasarkan Syari ah ini dibangun untuk membantu pengguna memantau pendapatan, komitmen bulanan dan perbelanjaan mereka sambil menggalakkan mereka untuk menetapkan matlamat simpanan. Selain daripada mebolehkan pengguna memantau simpanan, pihak Bank Rakyat turut mengintegrasi beberapa sokongan produk mereka ke dalam aplikasi ini termasuk kalkulator khas untuk mengira kewangan peribadi, melihat promosi dan juga produk yang ditawarkan pihak Bank Rakyat (Siti Syameen Md Khalili 2015). Aplikasi SmartGaji merupakan sebuah aplikasi mudah alih yang bertujuan untuk membantu golongan baru bekerja untuk merancang kewangan mereka dengan lebih teliti dan membuat pembahagian gaji mereka dengan lebih efisyen bersesuaian dengan situasi ekonomi di Malaysia. Aplikasi ini turut memberi sedikit sebanyak pendidikan kewangan kepada golongan muda untuk mengelakkan mereka terjebak ke dalam masalah kewangan yang kritikal. Hal ini secara tidak langsung dapat membangkitkan kesedaran tentang betapa pentingnya perancangan kewangan yang baik bermula daripada usia muda. 2 PENYATAAN MASALAH Masalah kewangan yang berlaku terhadap golongan muda terutamanya mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan adalah disebabkan keghairahan mereka berbelanja lebih dari pendapatan untuk memenuhi gaya hidup yang setaraf dengan orang lain. Mereka berbelanja lebih daripada pendapatan tanpa memikirkan tentang kos kehidupan yang bakal ditanggung dalam jangka masa kitaran gaji dan juga jangka masa panjang dalam kehidupan mereka. Tahap

pengetahuan yang rendah mengenai pengurusan kewangan juga merupakan punca utama bagi golongan ini. Mereka sepatutnya memulakan inisiatif merancang kewangan untuk kelangsungan perbelanjaan harian dan bulanan mereka (Kosmo Online t.th) Kesedaran tentang kepentingan merancang kewangan yang bermula daripada gaji pertama harus dibangkitkan pada golongan muda dengan lebih efektif. Hal ini kerana, jika dilihat dari statistik rasmi yang telah dikeluarkan, kadar kemuflisan dalam golongan muda amat merisaukan. Pada masa kita dipasaran telah terdapat banyak aplikasi pengurusan kewangan peribadi yang telah dihasilkan seperti MyTabung oleh Bank Negara Malaysia, TouchStyle oleh Bank Rakyat, namun begitu kesukaran pengguna untuk menginput data-data kewangan yang menyebabkan pengguna tidak kekal lama menggunakan aplikasi yang dibangunkan. 3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif utama kajian ini adalah untuk membangunkan sebuah aplikasi mudah alih yang dapat membantu golongan muda yang baru melangkah masuk ke alam pekerjaan untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik. Secara khususnya, objektif projek ini terbahagi kepada dua iaitu: i. Membangunkan aplikasi mudah alih pengurusan kewangan berdasarkan saranan modul ii. AKPK Memudahkan perancangan kewangan dengan mengawasi jumlah perbelanjaan harian mengikut klasifikasi yang disediakan. 4 METOD KAJIAN Metod yang digunakan dalam proses membangunkan aplikasi mudah alih ini adalah dengan menggunakan model Air Terjun. Proses pembangunan dalam model Air Terjun mempunyai beberapa fasa. Setiap fasa perlu diselesaikan sebelum fasa berikutnya bermula dan tiada pertindihan dalam setiap fasa yang dilaksanakan seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. Pendekatan metodologi ini dilaksanakan secara berturut-turut mengikut urutan fasa yang telah ditetapkan iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pengujian dan fasa penyelenggaraan.

4.1 Fasa Analisis Keperluan Rajah 1 Model pembangunan berasaskan model Air Terjun Sumber: Wikipedia. Waterfall Model Fasa analisis keperluan mengumpul semua maklumat berkaitan keperluan pengguna dan sistem. Maklumat berkaitan sistem kewangan dikaji dan melihat sistem kewangan yang sedia ada yang telah dibangunkan. Hasil dari fasa ini akan mengenal pasti masalah yang dihadapi, objektif projek yang akan dibangunkan, skop projek, cadangan penyelesaian dan spesifikasi sistem yang akan dibangunkan. 4.2 Fasa Reka Bentuk Fasa reka bentuk merupakan fasa di mana senibina sistem dibangunkan. Aliran fungsi sistem dibina. Antara muka sistem dikenal pasti bersesuaian dan mesra pengguna. Spesifikasi perkakasan dan sistem ditentukan untuk mencapai objektif projek. 4.3 Fasa Pembangunan Fasa ini merupakan fasa mengimplimentasi aplikasi yang telah direka bentuk pada fasa sebelumnya. Fasa ini melibatkan proses pengaturacaraan yang bakal dijalankan menggunakan perisian yang telah ditentukan. Dalam fasa ini, sebuah aplikasi mudah alih dibangunkan sepenuhnya dan diuji di dalam fasa pengujian. 4.4 Fasa Pengujian Fasa pengujian ini merupakan satu fasa yang akan menguji aplikasi mudah alih yang telah dibangunkan. Pengujian dijalankan terhadap semua aspek yang ada pada aplikasi seperti

fungsian, antara muka dan juga keserasian terhadap peranti yang berbeza model. Semua data dan keputusan yang diperoleh didokumentasi dan dihantar ke fasa penyelenggaraan. 4.5 Fasa Penyelenggaraan Melalui fasa penyelenggaraan, segala dokumentasi data, keputusan dan maklum balas yang diperoleh daripada fasa pengujian akan digunapakai dalam proses untuk melakukan penyelenggaraan dan penambahbaikan terhadap aplikasi. 5 SPESIFIKASI Spesifikasi minimum keperluan komputer peribadi dan telefon pintar yang digunakan dalam proses pembangunan aplikasi ini ditunjukkan seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2. Kriteria Sistem Pengoperasian Unit Pemprosesan Utama (CPU) Ingatan Capaian Rawak (RAM) Ruang Cakera Keras (Hard Disk Space) Keupayaan USB 2.0 Jadual 1 Spesifikasi minimum komputer peribadi Spesifikasi Minimum Microsoft Windows 7 (32-bit atau 64-bit) Intel Core i3 (berkelajuan 2.16 GHz) 2 GB 2 GB Ya Resolusi Skrin 1280 x 800 Kriteria Jadual 2 Spesifikasi minimum telefon pintar Sistem Pengoperasian Android 5.0 Unit Pemprosesan Utama (CPU) Ingatan Capaian Rawak (RAM) Ruang Simpanan (Storage) Resolusi Skrin Spesifikasi Minimum Qualcomm Snapdragon 425 1.4 GHz quadcore CPU 2 GB 2 GB 720 x 1280 pixels

Bagi keperluan perisian pula, perisian Android Studio telah dipilih sebagai Integrated Development Environment (IDE) untuk membangunkan aplikasi mudah alih SmartGaji. Android Studio merupakan sebuah perisian yang menyediakan Persekitaran Pembangunan Bersepadu (IDE) yang telah diiktiraf sebagai platform rasmi untuk pembangunan aplikasi Android. Android Studio lengkap dengan pelbagai keperluan yang memudahkan proses pembangunan aplikasi mudah alih berasaskan Android (David t.th.). 6 HASIL KAJIAN Aplikasi SmartGaji merupakan sebuah aplikasi mudah alih yang menyediakan bantuan dalam merancang kewangan terutamanya bagi golongan muda yang baru bekerja. SmartGaji dilengkapi modul kewangan yang disarankan oleh AKPK yang berperanan untuk membantu pengguna untuk merancang kewangan dengan lebih baik dan mengikuti modul kewangan yang disarankan di Malaysia. Aplikasi ini juga dilengkapi dengan tips-tips kewangan yang sedikit sebanyak mampu memberi pendidikan kewangan kepada pengguna. Rajah 1 memaparkan jumlah peratusan perbelanjaan isi rumah yang disarankankan oleh AKPK. Tujuan modul perbelanjaan in direka adalah bagi menjamin kestabilan daripada segi pengurusan kewangan. Sebanyak 30 peratus daripada jumlah pendapatan disarankan untuk diasingkan sebagai menampung kos berkenaan perumahan. Manakala sebanyak 25 peratus diperuntukkan untuk membeli barangan runcit dan makanan.

Rajah 1 Modul kewangan cadangan AKPK Sumber: http://bymarcolejen.com/tag/akpk/

Seterusnya, sebanyak 10 peratus telah disarankan untuk dijadikan simpanan dan 10 peratus berikutnya untuk perbelanjaan utiliti seperti bil air, bil elektrik, bil telefon dan lain-lain. Manakala selebihnya adalah 15 peratus untuk membayar pinjaman, 5 peratus untuk pengangkutan dan 5 peratus untuk insurans perlindungan. Rajah 2 menunjukkan carta alir bagi aplikasi SmartGaji. Rajah 2 Carta aliran aplikasi SmartGaji 8

Rajah 3 (a) merupakan paparan antara muka yang telah direka untuk pengguna mencipta kata laluan yang bakal digunakan setiap kali aplikasi ini dibuka. Tujuan kata laluan ditambah pada aplikasi ini adalah untuk melindungi data kewangan pengguna. (a) Rajah 3 (a) Antara muka pelancaran pertama SmartGaji dan (b) Antara muka pelancaran SmartGaji Rajah 3 (b) merupakan antara muka yang dipaparkan pada setiap pelancaran SmartGaji. Antara muka ini memerlukan pengguna untuk inputkan kata laluan yang telah direka oleh pengguna sendiri untuk melaksanakan aplikasi ini. Rajah 4 memaparkan antara muka app drawer yang mengandungi pilihan yang akan digunakan oleh pengguna untuk mengemudi ke antara muka yang diklik. (b) Rajah 4 Antara muka laci aplikasi SmartGaji 9

Rajah 5 (a) memaparkan antara muka untuk input dan simpan jumlah gaji yang dimasukkan oleh pengguna. Manakala Rajah 5 (b) dan Rajah 5 (c) memaparkan antara muka untuk memasukkan perbelanjaan mengikut kategori. Pengguna boleh memilih daripada pelbagai kategori perbelanjaan dan data perbelanjaan yang disimpan akan digunakan untuk memaparkan statistik perbelanjaan yang telah dilakukan. (a) (c) Rajah 5 (a) Antara muka memasukkan pendapatan, (b) Antara muka memasukkan perbelanjaan dan (c) Antara muka memilih kategori perbelanjaan (b) 10

Rajah 6 merupakan antara muka yang memaparkan statistik perbelanjaan yang telah direkodkan oleh pengguna mengikut kategori. Paparan statistik ini adalah di dalam bentuk carta pai. 6 KESIMPULAN Rajah 6 Antara muka statistik perbelanjaan mengikut kategori Pembangunan aplikasi mudah alih pengurusan kewangan SmartGaji diharap dapat membantu golongan muda yang baru melangkah ke alam pekerjaan yang merupakan objektif utama pembangunan. Secara keseluruhannya, pembangunan aplikasi SmartGaji telah berjaya dilaksanakan dengan memenuhi hampir kesemua keperluan, spesifikasi dan reka bentuk yang telah dikenal pasti pada awal kajian. Oleh kerana itu, beberapa kelebihan yang terdapat pada aplikasi ini yang menjadikan perancangan kewangan lebih mudah untuk dilakukan. Selain itu, diharapkan agar kajian ini akan dapat memberi inspirasi untuk membangunkan aplikasi mudah alih yang mampu meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pengurusan kewangan yang baik pada masa hadapan. 7 RUJUKAN Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit t.th. https://www.akpk.org.my/my/maklumatkami#akpk [8/8/2018] 11

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit t.th. http://bymarcolejen.com/tag/akpk/ [30/7/2018] Bank Negara Malaysia. 2015. Bank Negara Malaysia Introduce Mobile Applications to Facilitate Financial Consumers in Making Informed Financial Decisions. Press Releases, 26 Nov. http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press&ac=2931&lang=en [8/8/2018] David, M. t. th. Learn more about the Android Studio IDE from Google. TechTarget. http://searchsoftwarequality.techtarget.com/feature/learn-more-about-the-android- Studio-IDE-from-Google [26/10/2017]. Kosmo Online. t.th. Muflis pada Usia Muda. Kosmo online. http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0218&pub=kosmo&sec=rencana_ Utama&pg=ru_01.htm [10/8/2018] Kosmo Online. 2018. Lebih 11,000 individu bankrap dalam tempoh tujuh bulan. Kosmo Online, 7 Ogos. http://www.kosmo.com.my/terkini/lebih-11-000-individu-bankrapdalam-tempoh-tujuh-bulan-1.724424 [8/8/2018] Siti Syameen Md Khalili. 2015. Bank Rakyat launches TouchStyle app. New Straits Times, 4 Ogos. https://www.nst.com.my/news/2015/09/bank-rakyat-launches-touchstyle-app [8/8/2018] Sufian A. Bakar. 2016. Kadar muflis golongan muda di Malaysia merisaukan. Berita Harian, 6 Dec. https://www.bharian.com.my/node/220849 [8/8/2018] Wikipedia. Waterfall Model. https://en.wikipedia.org/wiki/waterfall_model [10/8/2018] 12